Ok. Marilah kita summarizekan cerita jalan-jalan ke Jepang selama 10 hari 9 malam ni (18th Jan 2013 - 27th Jan 2013). Sedikit sebanyak boleh leh lah kot kan dibuat panduan untuk siapa-siapa yang berhajat nak ke sana. Hehe..
Secara rumusannya, bandar-bandar yang kami singgah ialah Osaka, Kyoto, Nara, Kobe, Tokyo, Fujikawaguchiko, Sendai, Yamadera dan Hiroshima. Boleh tengok dalam peta macam kat bawah ni. Kat bandar-bandar dan pekan ni, ada lah tempat-tempat menarik yang kami pergi. Disebabkan cita-cita tinggi nau nak pusing satu Japan kan, makanya kami stay sekejap-sekejap je kat satu-satu bandar tu. Tak berapa puas lah jugak meround. Harus kena repeat lagi!
Kansai Airport - Osaka - Kyoto - Nara - Kobe - Osaka - Tokyo - Fujikawaguchiko - Sendai |
Sendai - Yamadera - Tokyo - Himeji - Hiroshima - Osaka - Kansai Airport |
Guesthouse/Hostel (7 malam) = JPY 15,050.00
Guesthouse Kinta, Kyoto (2 nights) = JPY4,000.00
New Koyo Hotel, Tokyo = JPY2,400.00
Koe House, Fujikawaguchiko = JPY2,800.00
Miyagi Guesthouse, Sendai = JPY1,650.00
K's House, Hiroshima = JPY2,700.00
Hotel Toyo, Osaka = JPY1,500.00
Transportation = JPY11,030.00
Kansai Pass = JPY5,000.00
Tokyo Subway Train = JPY1,330.00
Otsuki - Kawaguchiko - Otsuki Train= JPY2510.00
Sendai Loop Bus = JPY1,000.00
Hiroshima Tram = JPY300.00
Kansai Airport Train = JPY890.00
Entrance Fees = JPY1,850.00
Todaiji Temple, Nara = JPY500.00
Kinkakuji Temple, Kyoto = JPY400.00
Hojusan Risshakuji Temple, Yamadera = JPY300.00
Hiroshima Museum = JPY50.00
Osaka Castle = JPY600.00
Makan, Minum & Jajan = JPY6,237.00
Lockers = JPY1,150.00
Ok itu kos yang dikongsi bersama lah. Souvenir untuk diri aku dan family serta kiriman orang dan benda-benda merepek lain, aku spend dalam JPY14,650.00.
TOTAL = JPY49,917.00 ≈ RM1,831.95 (Rate semasa JPY100.00 = RM3.67)
Tiket penerbangan pergi balik dari KL ke Osaka (Kansai Airport) pulak RM766.00 termasuk luggage 15kg. Dan JR Pass yang kami dah beli siap-siap di Malaysia berharga RM1,047.00. Makanya, perbelanjaan keseluruhan ialah RM3,644.95. Kalau diabaikan segala benda-benda merepek hasil shoppingan kiriman orang tu, maknanya perbelanjaan untuk aku seorang je tinggal lah lebih kurang RM3,300.00.
Kira boleh lah kot RM3,300.00 all in selama 10 hari kat Jepun nun. Dapat meroyan pergi jauh-jauh banyak tempat some more. Itu masa rate RM3.67. Sekarang ni tinggal berapa je dek non. Yen tengah murah gila-gila. Sila lah pergi jalan-jalan Jepun sana.
Secara keseluruhannya, best lah jugak jalan-jalan kat Jepun ni. Cumanya kelam kabut lah jugak kan sebab pergi banyak nau tempat. Dah tu gatai pi masa winter pulak tu. Siang cepat gelap, mana tak kelam kabut. Lain kali nak datang lagi time summer pulak lah kot. Siang panjang, so lebih jauh lagi kaki ni boleh melangkah. Cuma nak kena tahan panas je lah sebab panas kat sana over nau panasnya.
Okeh! Dengan ini secara rasminya kita tutup edisi Japan Trip!
7 comments :
Kalau pegi time summer, bakal rimas sebab ketibas pula kan. Tapi logik lah budget ko ni. Orang cakap Jepun mahal serba serbi tapi kalau pandai budget, memang boleh berjimba pun.
bibie,
ye.. orang dok sokmo kata mahal.. sebab tak reti nak cari yang murah2 kot.. skarang ni berganda2 lagi murah rasanya sebab yen pun tengah murah..
Cik sengal, airasia tgh promo ni 50%. I is nk pergi la! Huhu... Return tket dlm 545 jer. Luggage biasala x masuk, tp leh add on nnt kn? Yg penting tket tu.
tahun lps sy ada tanya cs pasal busan. Sy dh balik dh pun dr sana last month. Pegi 2 weeks, busan-jeju-seoul. Mmg masa kat busan, pegi mana2 follow itinerary cs 90%! Arigato sgt2! Ms kt seoul mcm kelam kabut sikit sbb subway dia bersimpang siur, nasib dh praktis kt busan. Hehe... Anyway, sy suka blog cs ni compare dr yg lain. Maybe sbb mmg style backpackers kan? N then solat mesti diselitkn. Thumbs up! Kte nk travel yg halal bukn hanya mknn je halal, ye tak? Benda ni klu travel mmg susah nk jaga, tp, time ni lah pergantungan pd Allah tu patutnya lebih lg kan, yela kte alien kt negara org. Cewah... Sy teringin nk ikut cs g travel mana2. Sbb mcm happening dn happy go lucky. Klu ada lg nk ke mana2 ajak saya boleh? Hehe...
Huda,
Cepat beli! Murah sangat tu. Luggage beli kendian pun tak apa. Yang penting tiket beli dulu. Terima kasih banyak-banyak sudi baca blog merepek ni. Akan terus berusaha untuk siapkan entries yang lain!
Setakat ni tak ada plan ke mana-mana sampai hujung tahun ni. Nak kumpul duit + kumpul cuti dulu. Hehe..
CS,
Airasia ada bukak route baru banyak la. Smlm tgk xde lagi. Mlm ni tgk ada, NZ, London, France, Iraq pun ada.. Betul ke tu? Ke sy yg mengigau malam2 ni? Huhu..
Yg NZ tu mmg ada dgr kata diorg nk bukak balik route..
Huda,
ye ke? Tak nampak pulak ni. Hehe.. Motip sangat lah nak pegi Iraq tu. Hehe.. NZ bukak route balik mungkin ke Auckland kot? Sangat tempting.
Saya guna ipad tgk ada pulak. Tgk kt website tu dia letak christchurch je.. Mlm td saja try, takde date lg pun.. Hehe..
Post a Comment