Friday, 6th February 2015
Setelah berhabis duit untuk
persediaan pengembaraan ni, akhirnya tibalah hari untuk kami menerbangkan diri. Today is the day! Kami akan ke Amman, Jordan untuk menyertai program Our Touch for Syrian Refugee. Tapi sebelum tu, kita pergi jalan-jalan ke tempat lain dulu. Kita jalan-jalan Mumbai yeah!
Mumbai, India. Entah lah. Tak tau nak expect macam mana. Tapi India as a whole tu dah boleh lah imagine macam mana rupa parasnya. Hehe.. This is my 2nd time traveling to India. Dulu tahun 2008 dah pernah pergi ke Mysore, bertapa untuk 2 bulan pulak tu kat sana untuk program Infosys Foundation Program. Memang culture shock gila lah masa tu. Dah tu, bila balik Malaysia, dekat 6 bulan jugak lah tak boleh nampak kari. Kalau nampak je, terus loya tekak. Haha..
So, nak ke Mumbai ni kami naik Malaysia Airlines dari Singapore. Kemudiannya singgah di KL sebelum terus terbang ke Mumbai. Kebetulan lah pulak my mommy and daddy nak balik ke Jeddah via Changi pada hari ni jugak, makanya aku tunggu K Awa datang ke rumah, dan together-gether lah kami gerak dari rumah ke Changi Airport.
|
Bekalan untuk 18 hari.. |
Aku bawak satu backpack 44L dan satu backpack kecik. K Awa pun sama jugak. Tapi kami ada bawak satu extra bag, beg tarik yang amat besar yang diisi dengan barang-barang yang akan digunakan di Amman nanti. Gigih sangat lah kami nak bawa ke hulu ke hilir sebelum sampai Amman. Nak berjalan punya pasal kan, terpaksa lah jugak heret sana sini. Antara barang yang dibawa ialah set jersey bola JDT, untuk diagih-agihkan kepada anak-anak pelarian di kem nanti.
|
Ada 100 pasang baju dan seluar.. |
|
Tu dia penuh.. |
Ramai yang tau my parents tinggal di Rabigh, Saudi Arabia. Rabigh ni pekan kecik je lebih kurang satu jam setengah perjalanan dari bandar Jeddah. My daddy mengajar kat sana since 2009. So, my mommy kenalah ikut jadi peneman daddy. Biasanya, mereka akan balik bercuti ke Malaysia dua kali setahun, pada bulan Januari dan juga bulan Jun. Ni dah bulan Februari, cuti dah habis, balik lah semula mereka ke sana.
Memang selalunya bila pergi dan balik Malaysia, mereka akan turun di Changi Airport. Dah tu, sewa kenderaan untuk balik ke rumah. Kalau tak jem, tak sampai dua jam dah boleh sampai rumah. Kat JB ni banyak orang yang buat part time hantar / ambik orang pergi dan balik Changi Airport --> JB. So, senang lah sikit. Aku dan K Awa pun ikut senang jugak ler sebab dapat free ride. Haha..
|
Moh masuk Singapore.. |
Alhamdulillah, tak berapa jem kat jalan. Pukul 2pm kami dah sampai Changi Airport. Oleh kerana aku dan K Awa naik dari terminal yang berbeza dengan parents aku, driver turunkan kami dulu di Terminal 2. Say bye bye polok cium kat sini je lah. Tak dapat nak lepak lama-lama sikit sebab mereka pun nak kejar flight balik ke Jeddah. Nak check in barang lagi yang berbondong-bondong banyaknya. Biasalah kan, sekali sekala balik Malaysia, banyak stok makanan yang diangkut balik ke Jeddah. :P
Flight kami ke KL lambat lagi. Bila dah sampai tu, kaunter check in pun belum lagi dibuka. Terpaksa lah merewang-rewang dulu dalam airport ni. Dah pergi solat, dah minum-minum, baru lah kami check in.
|
Our baggage.. |
Kami check in 3 beg. Nasib baik naik MAS dapat lah 30kg seorang. Yang beg tarik seketul tu je dah dekat 27kg. Memang berat ya amat! Kami dua orang angkat pun sengsara rasa. Harap-harap nanti, adalah yang baik hati tolong angkatkan. Jumlah berat kesemua beg ialah 48kg.
|
Mari tolak masuk.. |
|
Berat dek non.. |
Masa kat imigresen, punya lah lama aku berdiri depan kaunter tu. Officer tu berkerut-kerut dahinya, tanya bila dan macam mana aku boleh masuk ke Singapore. Menurutnya takde data pun kat dalam sistem. Uih, terus berderau jantung aku. Macam mana lah boleh tak ada data. Aku baru je masuk ikut tambak tadi. Terpaksa lah explain satu-satu aku dari JB masuk Singapore semata-mata nak naik flight pergi KL, bla bla bla. Officer tu buat muka "are you serious?". "You're from JB and you want to go to KL via Changi? Really?". Haha.. Payah betul nak mengexplain. Tapi last-last dia ketawa je bila aku kata nak pergi Mumbai tapi lagi murah ikut Changi dari ikut KL. Aku terpaksa tunggu sekejap, sistem probably lambat update katanya. So, tunggu je lah kat situ. Tak ada data masuk, macam mana dia nak isi data keluar kan? Dekat 15 minit jugak lah baru selesai.
Nasib baik ok. Kalau tak, nangis woo tak dapat pergi. Maybe sebab jarang sangat kan masuk keluar macam ni. Selalunya, paling poyo pun selepas 6-7 jam masuk baru keluar. Tapi ni baru beberapa jam je. Sistem pun pening. Hehe.. Dah tu, tunggu je lah masuk ke dalam.
|
Tunggu.. |
Dah sampai KL, tunggu lagi untuk naik the next flight. Kemain ramai orang India. Orang yang pakai tudung macam aku ni, aku macam tak nampak pun. Maybe cuma ada aku dengan K Awa je. Atas flight, dinner yang disediakan ialah Indian style. Aku ni kan, dah lama betul tak nampak makanan macam ni since balik dari Mysore dulu. Walaupun tak kena sangat dengan taste aku, tapi boleh lah. Sedap jugak lah aku makan sampai habis. Apa pun makanan yang dihidangkan, mesti nak kena makan jugak sebab nanti dah sampai Mumbai, dah malam sangat, takdenya lah gigih nak pergi cari makanan.
|
Flight meal.. |
|
Nak sampai dah! |
Selepas lebih kurang 5 jam, sampai lah kami di Chhatrapati Sivaji International Airport (CSIA), Mumbai. Keluar je kapal, terus wow, tak percaya dah berjaya menjejakkan kaki lagi sekali di bumi India. Ingatkan dah tak datang lagi dah selepas pertapaan 7 tahun dulu tu. Dah rezeki dapat datang lagi kan, kita layankan je lah. Cuba untuk jadikan edisi jalan-jalan ke India kali ni lebih manis dari yang dulu. Chewahh.. Apa pun, kita kena keluar dulu dari airport ni. Perjalanan dari pintu gate ke immigration boleh tahan jauh lah jugak. Penat juga nak menapak.
Dah sampai kawasan imigresen tu aku terus jadi blur dan terpinga-pinga. Ramai polis dan askar india merata-rata. Terus aku dok terbayang movie Hindustan babak-babak polis dan askar yang korup tu. Haha.. Yang ada berlegar-legar ni tak lah korup kot kan. Dah hilang arah tuju ni, terpaksa lah minta tolong diorang ni tunjuk direction. Diorang tak cakap banyak pun. Tunjuk pakai tangan je.
Kisahnya, kita ni nak kena isi arrival card. Biasanya kalau aku ke mana-mana negara yang nak kena isi kad ni, dia dah dibagi siap-siap kat atas kapal terbang tadi dah. Tapi yang ni tak ada lah pulak. Terpaksa lah pergi ke kaunter yang disediakan tu untuk ambik dan isi arrival card tu. Nasib baik lah tak leceh mana sangat.
|
Arrival Card masuk India.. |
Proses di imigresen sekejap je. Officer tu cuma tanya datang Mumbai untuk buat apa je. Dah settled immigration, ambik luggage semua, kami pun keluar lah ke arrival hall.
Jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Orang masih ramai di kawasan arrival hall ni. Kat luar pun masih ramai orang berkumpul. Menunggu ketibaan family and friends lah kot kan. Memang meriah. Di kawasan arrival hall ni ada deretan kerusi, Kami lepak-lepak kat sini je sementara menunggu pagi. Dah pagi nanti baru lah boleh masuk ke bandar dan check in tempat tidur. Memang menjimatkan sangat ler. Hehe..
Sebenarnya, aku tak tau pun boleh lepak kat CSIA ni, atau tak. Mana lah tau kan kena halau atas sebab-sebab keselamatan. Sebelum datang, aku memang gigh menggoogle untuk cari maklumat. Ada yang kata boleh stay, ada yang kata tak boleh stay. Ada yang kata takde tempat duduk, ada yang kata boleh baring-baring lagi. Ada yang kata airport buruk, tak sesuai stay. Ada yang kata airport ni baru renovate. Lama-lama aku jadi confuse. Sudahnya, aku terus tanya direct pada Facebook page CSIA ni sendiri.
|
Malu bertanya, sesat jalan.. |
Kemain baik betul staf yang handle page ni. Sengaja je aku bohong kata aku sorang. Kalau aku kata aku dua orang, mesti dia dah suruh aku terus check in hotel malam tu jugak. Haha.. Kalau sorang-sorang, dia boleh lah paham for safety reason. Paling tak tahan, siap nak tolong hantar ke hotel pulak tu. Kalau hotel 5 bintang takpe jugak lah kan. Ni rumah tumpangan Ashok. Karang tak pasal-pasal kena bebel kat situ jugak. Hehe..
Tapi ok jugak lah duduk kat airport ni, sebab sentiasa ada orang. Takde lah rasa sunyi sangat. Lagi pun airport ni luas dan selesa dan agak baru dan moden. Mesti baru lepas renovate ni. Tak pun, baru siap buat. Macam dulu pergi Mysore tu. Turun airport Bangalore rasa nak nangis je sebab betul-betul buruk macam Puduraya zaman-zaman dulu. Tapi bila balik, airport dah upgrade. Moden, semoden-modennya. Hehe..
|
5 am and still a lot of people.. |
|
Lepak saja.. Hat sana tu syok baring.. |
Kat airport ni takde surau ye. Bila tanya kat information counter, staf kat situ kata solat je kat mana-mana. "People always do that and nobody cares". Katanya lagi. Dah tu, duduk diam-diam je lah. Nak tidur pun, tak boleh nak tidur sangat. Dah lepas Subuh baru lah kami gerak masuk ke bandar dan terus ke tempat penginapan.
Tu, aku cerita dalam next entry lah ye. Tungguuuu!!
0 comments :
Post a Comment