Saturday, 8th February 2014
Hari keempat sudah! It's time to say bye-bye to Bukittinggi dan bergerak balik ke Padang. Dah nak sampai ke penghujung dah pun trip Padang-Bukittinggi ni. Besoknya dah bertolak balik ke Malaysia. So, nothing much left to do untuk pagi ni. Special breakfast by Ling, angkut barang, check out dan tahan angkot tepi jalan untuk ke town. Then from town straight to Padang.
Sempoi pun sedap.. Huhu.. |
Sebenarnya kan, tak ada proper bus stop, terminal bas, whatsoever kat Bukittinggi ni. Naik je mana-mana angkot, dan bagitau nak turun kat tempat naik bas ke Padang. Then dia bawak lah kita ke sanun. Tepi jalan je kot. Dah tu supir angkot tu akan jerit-jerit tanya orang kat situ yang mana bas ke Padang. Bila dah dapat identify tu, naik lah kami ke atas bas tu. Sama macam dari Padang ke Bukittinggi hari tu jugak lah, nama je naik bas. Tapi sebenarnya taraf-taraf van je. Bila dah penuh baru jalan. Harga tambang angkot dari guesthouse ke town ialah sebanyak IDR3,000 dan tambang bas dari Bukittinggi ke Padang ialah sebanyak IDR18,000.
To Padang! |
Kat Padang pun tak ada proper terminal bas atau bus stop. Kami turun je lah kat tepi jalan tu. Entah kat mana-mana entah ni. Dah tu duduk termenung tak tau nak menghala ke arah mana. Kereta sapu, teksi sapu, van sapu dan segala jenis penyapu memang banyak kat situ. Tapi disebabkan semuanya berkerumun ramai-ramai dok bertanya nak ke mana nak ke mana, aku jadi pening. Cepat-cepat kami melarikan diri, menumpang teduh di sebuah stesen minyak yang berhampiran. Hehe..
Kat kaki lima stesen minyak tu lah baru kami belek internet, cari tempat tidur untuk malam ni. Gila gamble sangat-sangat. Banyak-banyak tempat tidur, kami memilih untuk tidur di Brigitte's House. Tak ingat kenapa pilih Brigitte's ni. Mungkin sebab review yang baik dan tengok gambar pun macam homey and cozy and bersih.
Now. How to go to Brigitte's? Masalah betul. Haha.. Berpandukan WAZE, agak jauh jugak lah kami nak berjalan. Makanya, kami bercadang untuk naik bas dan turun di bus stop yang berdekatan dengan Brigitte's. Tapi nak naik bas yang mana? Kebetulan lah pulak jumpa dengan pak-pak polisi yang tengah melepak kat tepi jalan. Selamba kodok je tanya mereka-mereka nak naik bas yang mana satu. Baik hati betul pak-pak polisi ni. Pak lah konon kan. Padahal macam adik-adik aku je. Nak ke Brigitte's tak ada bas yang direct dari sini. Kena turun kat Imam Bonjol dan jalan kaki. Lah. Kat mana pulak lah Imam Bonjol ni. Haha.. Agaknya nampak nau muka kami yang blur ni kan, mereka pun tahankan bas untuk kami dan bagitau konduktor bas kami nak turun kat Imam Bonjol. Settled masalah! Setelah di google, Imam Bonjol tu sebenarnya Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol. Oooo.. Macam MUIS, JAIS, JAIJ gitu lah kot kan.
Konduktor bas pun paham. Kami siap remind lagi, kami tak tau Imam Bonjol tu kat mana. Kalau dah sampai, sila bagitau. Hehe.. Bas boleh tahan penuh. Tapi kami dapat jugak lah tempat duduk. Dah ler laju mencilok sana sini. Pasang muzik pulak sekuat-kuat tidak. Lagu ala poco-poco semuanya. Dah tu ada orang bertepuk tangan. Amboii.. Kemain dia menghayati betul lagu-lagu ni. Dengar muzik sampai tepuk-tepuk tangan. Gigih sangat lah kan. Dah tu bas pun berhenti dan orang yang tepuk tangan tadi pun turun dari bas. Bas pun jalan lagi. Ehhh?? Tak lama tu ada orang lain pulak bertepuk tangan. Dah tu, bas pun berhenti dan orang tu pun turun. Laaaaa.. Kalau nak turun kena tepuk tangan ke? Gitu konsepnya rupanya. Aku dan K Awa dah gelak tak keluar suara dah pun. Hadoilahhh.. Mati-mati ingat orang tu khusyuk dengar muzik. Haha.. Senang kan, tak payah pakai loceng. Tepuk je tangan kuat-kuat. Hahaha..
Bas Tepuk Tangan.. |
Aku dan K Awa saling berpandangan, siapa nak tepuk tangan untuk turun bas nanti. Haha.. Tapi tak perlu nak tepuk pun. Sebab Imam Bonjol tu stesen terakhir. Konduktor bas pun suruh kami turun di situ. Betul-betul depan satu hospital ni. Lupa lah pulak aku apa namanya. Memang betul-betul experience lah naik bas tepuk tangan ni. Tapi menurut K Elsa, my ex-colleague from Padang ni (kerja sekejap kat KK sebelum balik semula ke Padang for good), bas tepuk tangan ni dah tak ada dah a few weeks lepas kami balik. Alahai, sayang betul. Tak dapat nak tepuk-tepuk lagi dah. :P Tambang bas tepuk tangan ni ialah IDR4,000.
Last Stop... |
Dah turun bas ni, baru lah kami menggunakan khidmat WAZE. Kalau ikut celah-celah bangunan, kena jalan kaki dalam 3km. Belasah. Dah biasa jalan jauh-jauh. Kat luar negara sanggup je jalan 3km ni. Kat dalam Malaysia, aku lagi rela naik teksi. Kuikuik.. Tapi tak rasa jauh sangat lah sebab ada distraction kiri kanan jalan kan. Ada rumah orang. Ada kedai. Sambil-sambil tu boleh cuci mata.
On the way tu jugak nampak restoran. So berhenti lah sekejap untuk lunch sebelum sambung berjalan. Makan pecel lele uols. Sedap gilak dia punya sambal. Mengalir air mata makan. Kachiingggg IDR25,000.
Pecel Lele.. |
Akhirnya sampai lah jugak. Walaupun WAZE bagi salah direction, tapi area tu dah betul. Agak tersorok sikit Brigitte's ni. Tu yang WAZE tak jumpa. Sepatutnya aku kena buat satu special entry on Brigitte's House ni. Tapi disebabkan dah hari terakhir, dah malas nak ambik gambar bagai, makanya kat Brigitte's ni cuma ada satu gambar je. Gambar depan rumah. Hehe..
Brigitte's House.. |
Brigitte's House ni sebenarnya rumah orang. Tuan rumah ni sewakan beberapa bilik untuk guests. Homestay lah kiranya ni kan. Ada beberapa bilik berupa dorm serta toilet yang dikongsi bersama. Sangat bersih. Puas hati jugak lah. Kami stay di dorm 3 katil. Tapi kami dua orang je yang konker satu dorm tu. Memang buat bilik sendiri lah. Harga satu malam per head ialah IDR95,000. Simple breakfast ada disediakan. Overall best. Tapi yang tak berapa bestnya, Brigitte's ni agak jauhlah jugak dari pusat bandar.
Dah selesai check in, letak barang dan rehat-rehat sekejap, kami pun memulakan langkah. Jalan kaki je kot menggunakan WAZE. Sampai lah kami di Pantai Padang. Dalam 15 minit jugak lah kami berjalan dari Brigitte's House. Pantai Padang ni nama lainnya ialah TAPLAU singkatan dari TAPI LAUIK. Hambik kau. Tepi laut! Hehe.. Kek sini kono lah terel speaking Minang. Haha.. Tapi kan, kalau dengar yang pure punya tu, sumpah memang ler aku tak boleh nak tangkap. Nganga je lah jawabnya.
So, Taplau ni idokler bersih mana. Kalau nak mandi-manda kat sini, macam tak best kot. Agak bersepah jugak lah dengan sampah sarap. Boleh lah, kalau setakat nak jalan-jalan je menghirup udara pantai. Nak tengok sunset pun boleh kat sini. Tapi tak kuasa lah kami nak menunggu. Sempat jugak lah kami berborak dengan these two girls yang tengan layan blues atas batu. Dok bertanya tentang tempat-tempat menarik kat Padang ni. Antara yang glamer ialah Jembatan Sitti Nurbaya. Wallahhh, siapa pulak lah Sitti Nurbaya ni. Bila ditanya macam mana nak ke sana, budak-budak ni kata jauuuuuuuuuuuuuuuhhhh. Kena naik angkot, tak boleh jalan kaki dari sini. Hurmm.. Cadangan lain yang dibagi ialah muzium. Boleh lah try pergi besok pagi. Dah last-last tu tak tau nak ke mana dah, kami tanya shopping mall terdekat kat mana. Haha..
Jalan-jalan Taplau.. |
Hoh buat apa tu? |
Berjalan lah menyusuri pantai menuju ke utara mencari shopping mall yang terdekat tu. Plaza Andalas namanya. Kot-kot lah kan ada kedai buku, boleh lah K Awa borong buku. On the way to sempat lah jugak lalu Taman Budaya dan jugak Fakultas Hukum Universiti Andalas.
Taman Budaya.. |
Universitas Andalas.. |
Bebek oh bebek.. |
Sampai dah Plaza Andalas.. |
Round pusing-pusing dalam Plaza Andalas, tak ada lah pulak kedai buku. Kalau ada pun, satu corner ni je kat dalam satu department store. Tapi ada lah jugak buku yang nak dicari tu. Senyum lebar K Awa bila dapat buku. Dah penat meronda, dok lepak restoran mahal. Tapinya order minum es jeruk kelapa je. Hehe.. Asik asik asiiikkkkkkkk~!!
Es Jeruk Kelapa.. Sedap gila koo.. |
Jangan main-main kereta Proton Pervert pun dah sampai sini.. |
Then it's time to go back lah. Sambil-sambil jalan tu sempat lagi belek-belek pasal Jembatan Sitti Nurbaya. Tak puas hati aku dibuatnya bila budak-budak tu kata jauh sangat. Bila bukak Google Maps, LEHHHHH.. Tepi Brigitte's House je pun! Hadoilah budak-budak tadi tu. Mesti dia tak pernah jalan kaki jauh-jauh kan. Iyolah. Maybe definisi dia boleh jalan kaki tu, jalan dalam 5 minit je kot. Kalau lebih 10 minit, dah kira jauh lah tu.
Apa ada dengan Jembatan Sitti Nurbaya ni? Nama jambatan ni diambil sempena nama novel klasik Sitti Nurbaya tulisan Marah Rusli. Ala-ala Romeo and Juliet lah gitu kunun. Boleh Google dengan lebih lanjut. Jambatan biasa-biasa je ni, merentasi sebuah sungai. Kat sungai tu kemain banyak bot-bot ikan. Kalau siang ni, cantik nak ambik gambar. Dah malam gelap macam ni, apa pun tak nampak. Nak ambik gambar pun Parkinson memanjang.
Tak ada apa specialnya jambatan ni, tapi kemain ramai orang lepak atas jambatan makan jagung. Macam syok lah pulak kan. Kerusi disusun disepanjang-panjang jalan antara beberapa gerai yang ada. Berderet je, dah macam menanti lintas hormat pulak dah. Kami pun berjalan lah di atas jambatan tu menuju ke depan. Dah sampai tengah tu, kami patah balik dan lepak di satu gerai jagung ni. Makan jagung bakar. Sedap!
Jembatan Sitti Nurbaya.. |
Singgah makan jagung.. |
Nyam nyam nyam.. |
Gigih sangat lah berdinnerkan jagung bakar je. Walaupun penat berjalan, tak rasa lapar mana pun. Makan sekali sehari je. Kalau kat Malaysia, mau setiap masa aku makan. Huhu..
Rasa-rasa dah puas duduk atas jambatan, kami pun balik ke Brigitte's. Dah malam-malam ni baru lah nampak guests lain. Majoritinya bule-bule. You know bule-bule? Orang putih ler. Baik yang lelaki, baik yang perempuan. Kami je orang coklat yang ada selain tuan rumah dan kaum kerabatnya. :P
Ok. Selesai sudah hari keempat. Tinggal besok pagi je untuk pergi jalan-jalan dan seterusnya ke airport dan balik Malaysia! Sila nantikan the next entry ye. ^___^
Angkot & Bas = IDR7,000
Bas Bukittingi ke Padang = IDR18,000
Makan Minum + Jajan = IDR67,600
Brigitte's House (1 malam) = IDR95,000
TOTAL = IDR187,600
0 comments :
Post a Comment