Thursday, August 7, 2014

Ni Hao Shanghai! ~ Final Day: City Sightseeing Bus, Yuyuan Garden, Shanghai Pudong Masjid, Shanghai Maglev

Tuesday, 14th January 2014

Hari terakhir kami kat Shanghai. Pagi-pagi ni, aku dah teman Mulan ke airport sebab flight dia ke KL dalam pukul 9 pagi. Aku pulak mengada-ngada balik lambat sikit sebab aku ambik flight direct ke KK malam nanti. Makanya, aku masih ada satu hari untuk berpoya-poya. Walaupun masih ada masa, aku belum ada plan lagi nak ke mana.

Ke airport, kami naik teksi je sebab takut tak sempat. Train pun pukul 6 baru beroperasi. Tak mampu nak ambik risiko. Tapi bila dah sampai airport, punya lah lengang kaunter check in belum bukak. Padahal dah pukul berapa dah pun. Tunggu je lah kat situ. Dah settle semua, cium pipi kiri cium pipi kanan, aku pun say bye-bye ke Mulan. Tinggallah aku seorang diri kat Shanghai ni. Warrghhh takootttnyaaa.. 

Lengang..


Aku pun balik semula ke hostel, siapkan kemas-kemas apa yang patut, dan seterusnya check out. Beg aku tinggalkan dulu kat hostel sementara aku pergi jalan-jalan untuk membuang masa yang ada. Tapi nak pergi ke mana pun belum decide lagi. Aku saja je naik train pergi ke People's Square. Nanti dah sampai sana baru pikir nak buat apa. 

Dah termenung-menung, terpikir-pikir, aku pun decided untuk pergi naik city tour bus. Time tu decide, time tu jugak lah baru godek-godek info nak naik tour bas ni kat mana. Kebetulan kat People's Square ni ada beberapa stop untuk naik bas ni. Aku memilih untuk naik di stop yang pertama, betul-betul di depan bangunan Shanghai Urban Planning Exhibition Hall. Keluar je dari stesen, terus jalan ikut underground passage menuju ke sana. Nak jalan ikut atas tanah macam tak mampu je sebab sejuk bebeno lah pagi-pagi ni. 

Exit yang berdekatan dengan urban planning ni sangat menarik. Sebabnya kat bawah tu dibuat style Shanghai in 1930. Bentuk-bentuk kedai zaman dulu punya architecture, dah tu ada display on sejarah Shanghai, menarik jugak lah untuk dibelek. Ada beberapa spot jugak untuk kita posing-posing ambik gambar. 

Deretan kedai pesen lama.. Underground ni!

Tram zaman dulu..

Naik eskalator, terus jumpa Shanghai Urban Planning ni. Cari lah bus stop untuk city sightseeing bus ni. Tak jauh mana pun. Ada 3 routes semuanya untuk sightseeing ni. Ada line merah, line hijau dan line kuning. Lain-lain route, lain-lain harga. Ada jugak discounted price dalam bentuk pakej. Sama ada nak ambik satu route, mana-mana dua route atau ketiga-tiga route. Kesemuanya kena dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Aku ni yang tinggal beberapa jam je kat Shanghai ni, takde lah nak tamak-tamak sangat. Aku ambik dua route je iaitu route merah dan hijau. Yang kuning aku tak ambik sebab takut tak cukup masa. Nak-nak kesemua bus ni, habis beroperasi pada pukul 5.30 petang. 

Route bas.. Cedok dari Google..
Map and earphone..

Harga yang dikenakan untuk pakej dua route ni, ialah CNY30. Boleh lah. Nak pusing-pusing buang masa je kot. Dari tak buat apa-apa aku ni. Bas akan datang selang 10-15 minit. Pandai-pandai lah tunggu. Disebabkan aku beli untuk dua route, aku naik bas ikut route merah dulu, Dah habis route merah baru naik route hijau pulak. Bas untuk route hijau boleh naik kat sini jugak. 

Kat stop ni bukan setakat bas city sightseeing ni je tau. Ada bas-bas tour yang lain jugak. Jangan sampai salah naik bas. Kena tengok betul-betul. Bas yang kita nak naik ni warnanya merah. Bukan hijau, bukan coklat. 

Stop untuk route merah dan hijau..
Bas..
Boleh pilih bahasa..

Earphone yang dibagi tu, jangan lah pulak simpan. Sila pasang pada player yang disediakan untuk dengar penerangan bagi setiap tempat yang kita lewati. Nasib aku agak baik sebab seat depan di tingkat atas kosong. Full view habis. Boleh nampak semua angle. Tapi kena toleh-toleh jugak ler. Malas nak cerita panjang, aku tepek gambar je lah. 

View.. 
Ni entah kat mana..
Nampak Pudong side.. 
Lalu Yuyuan Garden..

Sampai je Yuyuan Garden, aku pun turun. Untuk last minute shopping lah kononnya ni. Tak tau nak beli apa sebenarnya untuk souvenir. Beberapa kedai aku masuk. Macam kuang hajo je salah seorang penjual tu letak harga baju mahal-mahal. Mula-mula letak CNY100. Dah tu aku blah dia kata CNY80 pulak. Aku berhenti. Dah tu aku start jalan balik, dia jerit CNY60 pulak. Aku buat donno. Last-last dia jerit CNY40. TAHI KUCING betul. Rasa nak lempang-lempang je. Cepat-cepat aku lari. Takut dia kejar suruh beli. Hehe..

Then, aku lalu satu kedai di dalam Yuyuan Garden ni. Tiba-tiba kena tegur "Kakak, sila singgah barang murah-murah." Terus terkejut aku dibuatnya. Berpusing-pusing badan tengok kot-kot ada orang Malaysia ke, Indonesia ke kat situ. Tak ada! Yang tegur tu pekerja kedai yang aku baru lalu tu. "Mari masuk tengok" Katanya lagi. Wah. Pekerja ni boleh cakap Melayu! Masuk lah kita kan? 

Kagum pulak aku tengok budak Chinese ni cakap Melayu. Bila ditanya mana belajar, dia cakap belajar sikit-sikit dengan tourist Malaysia yang datang. Banyak Malaysian datang sini katanya. No wonder lah kan. Aku pun terus pusing kiri kanan tengok kot-kot ada Malaysian lain. Tak ada lah pulak. Hehe.. Dengan berkat semangat budak ni pandai cakap Melayu, selamatlah aku beli souvenir t-shirt untuk adik-adik aku kat sini. Harga yang dia bagi sehelai CNY35. Lagi murah daripada pekedai yang terjerit-jerit menipu tadi tu. Huh..

Ini lah kedainya..

Dah habis beli souvenir, aku beli poskad untuk dipos ke diri aku sendiri dan kawan-kawan. Sangat gigih. Kebetulan ada post office kat Yuyuan Garden ni, terus lah aku pos. Dia punya stem bukan main mahal lagi ko. CNY4.50 untuk satu poskad. Tapi kan, sampai ke sudah poskad ni tak sampai-sampai ke tangan aku. Gila betul. Entah ke mana entah poskad ni sesat!

Post office di Yuyuan Garden..
Bila aku nak dapat poskad ni?

Lepas urusan di pejabat pos, aku berjalan balik menuju ke Fuyou Road Mosque. Hari tu dah pergi tapi tak berkesempatan nak jumpa makcik roti yang famous tu. Makanya ni aku pergi untuk berkenalan dengan dia lah. Haha.. Makcik ni sentiasa berjualan kat tepi pintu masuk masjid tu. Glamer tau makcik ni. Banyak blog-blog yang aku baca ada cerita pasal makcik ni. Aku pun nak cerita lah jugak ni. Dah alang-alang jumpa makcik ni meh lah kita beli roti yang dijualnya. Boleh lah jugak buat alas perut aku yang dah macam apa berbunyi sebab tak breakfast lagi. 

Makcik Roti..
Kuih inti glass noodle..

Aku beli roti dua ketul dan kuih macam bentuk karipap dua ketul. Harga dah lupa dah berapa. Yang ala-ala kuih karipap tu kan, inti dia ada glass noodle. Sedap lah jugak rasanya. Teringat aku masa pergi Tawau dulu, kawan beli karipap intinya mihun goreng. Terus terpadam selera nak makan karipap. Hehe.. 

Dah settle kerja-kerja di Yuyuan Garden, aku sambung balik naik bas. Pusing lah lagi sampai lembam. Sampai penghujung route merah. Turun balik kat Shanghai Urban Planning tadi tu dan naik pulak bas route hijau. Bas ni pusing-pusing area Pudong pulak. Duduk diam-diam dalam bas tak turun mana-mana, sampai lah balik semula ke Shanghai Urban Planning. Dah tu je. Tamat sudah naik bas pusing-pusing Shanghai. Hehe..

Ada mosque lain..
Ni entah belah mana aku pusing..
Somewhere in Pudong side..
Somewhere near to Oriental TV Tower..

Now what to do? Masih banyak lagi masa untuk dibuang, aku pun terus naik train untuk ke Pudong Mosque. Naik train dari People's Square Station ni lah. Nak ke Masjid Pudong, kena turun kat stesen Yuanshen Stadium. Dah tu keluar ikut Exit 4. Jalan je tegak sampai lah jumpa masjid kat sebelah kanan. 

Turun sini..
Jalan lagi..
Tadaaaa.. Sampai pun masjid..
Masuk ke dalam..

Suasana kat masjid agak lengang. Kalau ada orang pun, taraf-taraf atuk dan nenek kita je. Masa aku masuk, aku ditegur oleh seorang atuk. Dia tanya nak pi mana. Hat ni, dia tanya in Chinese aku paham lah, sebab simple question. Aku tak tau nak jawab macam mana, aku buat aksi nak solat. Seorang nenek yang ada kat sebelah atuk tu terus volunteer kan diri tunjukkan aku ruang solat untuk perempuan. Sambil jalan tu sambil gigih lah dia bercakap. Tapi hat ni aku tak paham dia cakap apa. Haha..

Masjid ni agak besar. Ruang solat perempuan berada di tingkat atas. Tempat ambil wuduk pulak ada kat tempat lain. Pandai-pandai aku lah nak kena explore sendiri ini kat mana, itu kat mana. Dah kena air tu kan, kus semangat sejuk ya ampun. Dalam masjid ni pun sejuk sebab tak pasang heater. Berjoget-joget, terkinja-kinja lah sekejap aku ni konon dapat panaskan badan. Citpoodahh takdenya nak panas mana.

Ruang solat Perempuan..
Ruang tingkat bawah..

Dah selesai semua, aku pun melangkah keluar. Kat perkarangan masjid ni ada supermarket dan jugak kedai makan. Tapi masa aku lalu tu macam tutup je kedai makan tu. Tapi ada lah nampak makcik-makcik ni dok mencucuk sate kamben. Haduii terus teliur aku dibuatnya. Nak beli, macam tak ada tanda-tanda sate ni nak dibakar. Takkan nak beli mentah? Haha.. Jadinya, aku tenung je lah sate tu. Dah tu aku terus keluar. 

Kedai kat masjid..

Perut dah bernyanyi-nyanyi. Tak nampak pulak kedai makan sekitar masjid ni. Semua bangunan high class je aku tengok. Siap ber pak guard kat luar gate. Seram pulak aku. Macam frust menonggeng lah gitu kan. Nak makan tapi tak nampak kedai. Melangkah longlai lah menuju ke metro stesen. Kalau tak jumpa tu, aku makan je lah kat kedai yang berhampiran dengan hostel. Tapi kan, dah nak sampai ke metro stesen tu, mata aku agak besar lah jugak bila nampak ada kedai mi tarik kat seberang jalan. Weeehuuuu~!! Ada rezeki jugak aku ni makan kat area sini.

Bab makan besar je mata aku nampak..

Kedainya kecik je. Amoi pakai baju merah tu dok pandang je aku berjalan ke arah dia. Tanpa segan silu aku menjemput diri aku masuk ke dalam kedai. "Chi fan le ma?" tanyanya. Boleh pulak aku jawab "Naeee.." Buduhh.. Ni China lah, bukan Korea. Sewel dah macam-macam bahasa dah keluar. Nasib baik dia paham. Kat dalam kedai tu, meja terhad. Ada seorang atuk tengah makan berseorangan kat satu meja. Bila dia nampak aku terkial-kial kat situ dia pun tersenyum. Dah tu dia ajak aku duduk semeja dengan dia. Terima kasih atuk! 

Now, time to order. Dah macam nak pitam aku jadinya bila kedai ni tak ada gambar makanan kat dinding! Oh my. Macam mana nak tunjuk-tunjuk? Haha.. Gila baban blur. Kalau dah situasi macam ni, tak payah nak memilih sangat lah. Kau tunjuk je apa yang atuk kat depan kau ni makan. Senang cerita. Hehe.. 

Pelik, tapi sedaaaaapp..

Entah apa lah makanan yang aku order ni, tapi sedap. Atuk kat depan ni dah senyum-senyum. Pelanggan dan tokey kedai dah tergelak-gelak tengok gelagat aku. Atuk ni pun berborak dengan yang lain-lain tu. Dari cara dia cakap tu, aku boleh tangkap yang dia kata aku ni tak tau nak order makanan apa. Haha malu lah wei. Tebalkan muka je lah makan bagi habis.

Dah settle makan, balik lah aku ke hostel. Malam masih muda. Nak ke airport masih awal. Sudahnya aku jalan-jalan sekitar hostel. Ada shopping mall rupanya kat area situ. Jalan-jalan lah sekejap skodeng apa yang ada. Itu pun tak sampai setengah jam aku merewang.

Ada secret recipe gak..
Antara kedai yang ada dan banyak lagi..

Gitu gini, baru pukul 7.30 malam. Dah tak tau nak buat apa. Balik ke hostel, aku lepak-lepak kat common room. Konon-konon nak bermingle dengan orang lain. Konon je. Duduk lepak-lepak, charging handphone bagai, update SNS bagai, padahal instagram je yang dapat tembus kat China ni. Around 8pm, baru lah aku bergerak ke airport. Naik train je, sebab nak jimat punya pasal. Dah tu, berangan lah pulak nak try naik Maglev. Hari tu masa sampai, tak dapat nak naik disebabkan staff kaunter yang tak berapa nak friendly tu. Hari ni, aku nekad nak naik jugak. Makanya aku turun kat Longyang Road Station untuk naik Maglev ni ke Pudong International Airport.

Harga tiket ialah CNY50 sehala. Dan perjalanan ke airport mengambil masa 8 minit je. Tak sempat nak panas punggung pun duduk dalam Maglev ni. Saja nak merasa kan. Nak tengok berapa laju dia pergi. Tapi disebabkan dah malam, tak nampak sangat Maglev ni laju. Gelap kat luar so tak nampak apa-apa. Tapi kat dinding ada lah indicator berapa km/j Maglev ni bergerak.

Tiket Maglev..
Maglev..
Dalam Maglev..

Seat punya lah banyak. Gerabak punya lah panjang. Tapi penumpangnya seciput. Dalam gerabak yang aku duduk ni ada 5 orang je. Kalau nak pikir kedekut, jimat duit, memang better lah naik metro train biasa. Tapi kalau sebab nak rasa, sila lah try naik Maglev ni. Bila lagi nak merasa kan. Bukannya selalu nak pergi Shanghai ni. Teettttt.. Hahaha.. *Jeling Mulan*

Dah namanya naik Maglev 8 minit je, aku sampai kat airport dalam pukul 8.30 malam. Haduilahh.. Flight pukul 1 pagi. Entah apa aku nak buat kat airport ni. Dah lah kaunter bukak lambat. Duduk melangut je lah jawabnya. 

Nak balik dah!!


Selesai Trip Shanghai..

That's it! Tamat lah sudah kisah jalan-jalan mengejut, tiba-tiba dan mengada-ngada kami ni ke Shanghai. Overall it's a very nice place. Aku suka Shanghai ni. Kalau ada peluang lagi untuk datang, memang aku akan datang lagi. Cumanya nanti-nanti lah kan. Kita jalan-jalan tempat lain dulu. Agak bangga lah jugak aku ni sebab berjaya sampai ke negara China. Yay! Ini baru seciput je bahagian China yang kujejak. Banyak lagi yang menanti. Ke mana lah pulak kita lepas ni ye? We'll see.. :P

Take me home~!!

Okies. Stop sini. Lepas ni aku akan buat summary untuk Shanghai Trip ni. Till then!


Kos perbelanjaan hari ni:-

City Sightseeing Bus = CNY30.00
Souvenirs & Postcards = CNY193.00
Topup Transportation Card = CNY20.00
Makan, Jajan dan Air = CNY29.40
Maglev Train = CNY50.00


TOTAL = CNY322.40

0 comments :