Friday, 7th February 2014
Dah masuk hari ketiga. Seperti semalamnya, hari ni pun keluar lambat. Tak kuasa lah nak rushing-rushing. Kita relaks-relaks, lepak-lepak makan breakfast yang dah disediakan oleh Ling. Ha, kali ni aku sempat ambik gambar. Simple and nice, with nice presentation and nice plate macam pinggan hotel yang berat dan tebal tu, with fork and knife some more. Makan roti bakar pakai garfu dan pisau gitu. Ko mampu? :P
|
Simple breakfast.. |
Lepas makan, bermulalah balik expedisi merempit naik motor kami yang best ni. Hari ni kita ke Danau Maninjau lah pulak. Sebelum keluar, baru buat pencarian. Selain daripada cuci mata tengok danau, kita boleh lalu jalan bengkang bengkok yang dinamakan Kelok 44. Dah tu, aku baru tau jugak rumah Hamka, a very important person dalam sejarah politik dan kesusasteraan Indonesia, ada kat Danau Maninjau ni. Ngam lah. Boleh jalan-jalan ke sana. Lagi pulak K Awa hantu sastera. Boleh lah belek-belek apa yang patut gitu. Ok lah jugak tu kan? Banyak tempat boleh singgah and experience.
Sakit bontot starteu!! Hehe.. Berpandukan arah yang diberi oleh Ling, kami pun memulakan perjalanan. Tenang dan damai je lalu jalan-jalan kampung. Turun bukit, naik bukit, turun bukit, naik bukit. Menahan je lah atas motor tu. Kalau tak, maunya tergelincir melorot jatuh atas jalan. Baru jalan sikit, aku ada nampak entrance ke Lobang Jepang. Nampak macam tak ada orang lah pulak kat sini. Maybe ni one of the entrance lah kot kan. Main entrance kat tempat lain. Balik ni, kalau sempat, nak jugak singgah Lobang Jepang ni.
|
Entrance to Lobang Jepang.. |
Perjalanan dari Bukittinggi ke Danau Maninjau menaiki motor ni mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Bergantung lah jugak kan. Ada masanya, kami pecut. Ada masanya, kami slow down nak tengok scenery sepanjang jalan. Ada masanya jugak kami berhenti terus tepi jalan untuk posing-posing. Lagi pulak, nak sampai ke danau ni, jalannya menuruni bukit. Kalau balik nanti, maunya dekat dua jam jugak kot.
On the way menuruni bukit ni lah, kami lalu di satu bahagian jalan yang dipanggil Kelok 44. Kenapa Kelok 44? Sebab ada 44 kelok gitu. You know lah kan what is kelok. Kona baring gitu kan. Jalan belok-belok lah senang cerita. Ada 44 semuanya. Tapi aku takde lah nak mengira satu-satu. Tak kuasa! Tapi as a reference, ada diletakkan signage kat setiap kelok tu yang memaparkan kelok tu kelok nombor berapa.
I tepek je lah gambar buat tatapan.
|
Sekolah Inti.. Inti apa ya? |
|
Sila translate.. |
|
Dah sampai Matur.. |
|
Kawasan Kampung.. |
|
Masjid Raya Matur.. |
|
More scenery.. |
|
Sedar-sedar dah Kelok 12.. Haha.. |
Masa turun ke bawah ni tak sedor nau keloknya. Nanti baliknya kita ambik gambar puas-puas. So dah kat penghujung jalan tu, tibalah kami kat satu simpang tiga. Ada simpang ke kiri dan ke kanan. Depan tu memang danau terus lah tu. Kami ronda-ronda lah dulu ikut simpang kanan. Agak meriah jugak lah kat sini. Mungkin sebab hari ni hari Jumaat, ramai yang sibuk buat aktiviti harian sebelum pergi ke masjid untuk Solat Jumaat.
Dah sampai ni kita aim toilet dulu lah ye. Kematu dah kot atas motor. Terhentak-hentak some more. Nak pengsan rasa. Haha.. Cari masjid lah jawabnya kan. Kami stop kat Masjid Jamik Al Ihsan. Dah settle hal toilet, layan blues tengok danau. Apa yang best pun tak tau, tapi best lah. Sayup je nak nampak tanah seberang sana. Kat tengah-tengah danau ada perusahaan penternakan ikan. Ikan lah kot kan. Pandai-pandai aku je cakap ikan. Banyak lah jugak sangkar yang ada. Ni kalau boleh beli ikan fresh pastu bakar on the spot cicah air asam best ni.
|
Masjid Jamik Al Ihsan.. |
|
Ternak ikan.. |
|
Close up.. |
Dah selesai layan blues, kami memulakan operasi mencari rumah Hamka. Mana lah tau kan rumahnya kat mana. Makanya, kita tanyalah orang-orang setempat. Dari masjid ni kita ikut balik jalan tadi dan straight je jangan belok-belok. Ada lah dalam 15 minit jugak naik motor ni. Jalan pun slow motion. Jalan kampung. Kecik dan sempit. Kena hati-hati dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Dah fefeeling macam kampung aku kat Kulai je ni.
|
Jalan-jalan.. |
Wokeh. Sampai dah. Nak ke rumah Hamka ni nak kena naik tangga ke atas. Kat bawah tu ada lah ruangan untuk parking. Ada sebuah coach parking kat tepi. Ada tourist datang kot. Meh lah kita naik ke atas.
|
Sampai dah rumah Hamka.. |
|
Rumah Hamka.. |
Siapakah Hamka? Ramai yang tau Hamka ni siapa. Ramai yang tak. Kalau aku, aku pernah dengar nama je. Dan aku pernah dengar dia merupakan penulis. Titik. Itu je. Tak banyak yang aku tau sebenarnya pasal Hamka ni. Ni dah datang sini, boleh lah belajar sikit-sikit tentang Hamka.
Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Ko ambik setiap initial dari nama penuh ni, dapatlah Hamka. Dilahirkan pada 17 Februari 1908 dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981. Aku belum lahir pun masa tu. Boleh lah belek wikipedia or google mana-mana sumber yang betul untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Hamka ni.
Masuk ke dalam rumah Hamka ni, kami nampak ada dalam 10 orang yang tengah duduk di atas kerusi dan di atas lantai dan khusyuk mendengar cerita dari seorang pakcik ni. Tatkala kami naik ke atas rumah (chewah tatkala tu), pakcik ni senyum je nampak kami dan jemput dengar sekali apa yang dia tengah ceritakan tu. Pakcik ni pun perkenalkan diri dia as Pak Hanif Rasyid. Merupakan anak saudara Hamka. Pak Hanif ni ditugaskan untuk menjaga rumah Hamka ni, dan menceritakan sejarah hidup Hamka dari lahir sehinggalah meninggal dunia. Kami pun dengar lah cerita Pak Hanif ni.
|
Pak Hanif Rasyid bercerita.. |
Banyak jugak lah maklumat yang kami dapat hasil penceritaan Pak Hanif ni. Dah habis bercerita, baru lah kami pusing-pusing tengok apa yang ada dalam rumah ni. To our surprise lah kan, pengunjung yang datang ni semuanya Malaysian. Hehe.. Pak Hanif kata, orang Indonesia jarang datang. Kalau ada pun sikit sangat. Yang ramai dari Malaysia, Singapore, Brunei. Even ada satu ketika tu katanya, Pak Hamka ni mengaku lebih selesa berada kat Malaysia dari Indonesia.
|
Gambar-gambar Hamka.. |
|
Masa muda.. |
|
Bilik tidur.. |
|
Hamka meninggal dunia.. |
Pengunjung yang datang dari Malaysia, seriously no joke. Memang ramai. Banyak betul pennant cenderahati dari sekolah-sekolah dan IPT Malaysia tergantung kat dalam rumah Hamka ni. Kagum betul. Dari Malaysia saja yang aku nampak. Memang bersungguh orang Malaysia untuk datang ke sini. Ada jugak beberapa almari kaca yang menempatkan karya penulisan Hamka sepanjang hayatnya. Ada jugak karya orang lain tentang Hamka.
|
Tu dia.. Sekolah je pun.. |
|
Orang Batu Pahat pun dah sampai gak.. |
|
Jubah Konvo.. UKM kalau tak silap.. Kalau silap tolong betulkan.. |
Ada beberapa judul buku Hamka boleh didapatkan kat sini. Rare collection gitu kot. Ada jugak lah biography Hamka yang ditulis oleh Pak Hanif ni sendiri. Kalau beli, boleh mintak autograph lagi. Glamer tau Pak Hanif ni. Hehe.. Tak lama mana pun kami kat rumah Hamka ni. Pak Hanif pun nak pergi solat Jumaat. Dah say bye bye kami pun beredar dari situ. Pusing-pusing seround dua sekitar kampung dan cari tempat isi minyak, sebelum balik ke Bukittinggi.
Kisahnya lah kan, tak ada proper stesen minyak kat Danau Maninjau ni. Tapi boleh dapatkan minyak petrol daripada penduduk-penduduk di sini. Unik tau. Kebanyakan rumah ada jual minyak petrol. Siap ada mini pump lagi kat luar rumah. Singgah lah kami di satu rumah ni. Ada seorang makcik yang keluar melayan kami.
Gigih lah diajak berborak dari mana nak ke mana etc. etc. Macam terkejut je tengok kami berdua perempuan naik motor dari Bukittinggi. Bila dapat tau je kami dari Malaysia, terus dia menjerit "Bang oh banggg!!". Terkejut iols tau. Rupanya abang ipar dia orang Malaysia. Terjerit-jerit dia panggil abang ipar dia kat dalam rumah tu. "Ini orang kampung abang niiii......" Haha.. Dah, tak pasal-pasal sambung borak panjang lebar kat situ. Katanya memang ramai orang Malaysia datang jalan-jalan sini. Tapi ni baru first time dia nampak orang Malaysia datang jalan-jalan naik motor. Hehe.. Siap ajak singgah masuk rumah lagi, tapi terpaksa decline sebab nak terus balik ke Bukittinggi.
Ok dah. Mari balik Bukittinggi! Layan gambar lah ye..
|
Orang pi solat Jumaat.. |
|
Cantik-cantik rumah sini.. |
|
Sawah padi & danau.. |
|
Sangkar-sangkar ikan dari kejauhan gitu.. |
|
Kelokkk.. |
|
Ni entah kelok no berapa ni.. |
|
Kelok 25.. |
|
Kelok 28.. |
|
Berhenti kejap sebab kematu sangat dah.. |
|
More Scenery.. |
|
Nearing Bukittinggi.. |
|
Last kopek.. |
Selamat sampai di guesthouse. Turun motor tu, ya ampun hazabedah sangat. Dah tu kantoi dengan Ling. "Kenapa? Sakit pantat?" tanyanya. Terus tersembur aku kat situ. Hadoi lah Ling, Ling. Semakin sakit bontot aku jadinya. Masuk bilik, pengsan. Tidur berjemaah di tengahari. Hehe.. Lagi pulak driver motor tak berapa sihat hari ni. Bagi chance dia rest dulu sebelum merempit lagi.
Dah puas tidur baru lah pergi cari lunch. Dah pukul berapa dah pun. Cari makan kat area guesthouse je. Selang 5 pintu kot dari guesthouse, so jalan kaki je. Kita makan mie ayam!
|
Mie ayam.. |
Lepas makan, merempit naik motor pergi ke Taman Panorama. Kat Taman Panorama ni kita boleh buat dua benda. Boleh view Ngarai Sianok dan jugak boleh masuk Lobang Jepang. Ngarai tu Canyon lah dalam English nya. Menarik jugak lah. Sebab aku ni mana lah pernah tengok canyon depan mata. Ni baru first time. Kalau pandai ambik gambar memang cantik. Tapi aku pakai kamera handphone je. So biasa-biasa je lah jadinya.
|
Sianok Canyon.. |
Perasannya, masa pergi dan balik Danau Maninjau tadi macam lalu kawasan ngarai ni. Tapi takde lah nampak sangat. Nak tengok secara keseluruhan pun kena tengok dari Taman Panorama ni. Perasannya jugak, on the way tadi macam ada banyak signage on activities around canyon ni. Tapi takde lah pulak aku gigih nak tengok satu-satu. Maybe ada lah kan. Kena google lebih lanjut.
Dah cuci mata tengok ngarai, kami pergi jengah Lobang Jepang lah pulak. Kisahnya, Lobang Jepang ni tempat penyimpanan senjata tentera Jepun sekitar tahun 1942. Dalam ke bawah dan seram pulak aku tengok. Mengikut pakcik guide yang ada kat situ, kalau nak masuk ke dalam dan explore kena pakai guide. Tak boleh main terjah je. Sebab masa tu, diorang tengah buat upgrading tambah signage and so on. Bila dah siap, boleh lah jalan without guide. Kalau takmo pakai guide, boleh lah merasa jalan-jalan kat sekitar tangga masuk ke dalam je. Takut sesat lah pulak kan kat dalam tu. Dah ler panjang terowongnya. Kang tak balik.
|
Lobang Jepang.. |
|
Nyiahahaha.. Dalam dan jauhnya... |
Aku teringin nak masuk, tapi tak berani. Aku kan penakut. Nak-nak K Awa masik weng lagi. So dia duduk je kat bench yang ada. Kang ajak masuk kang, takut kena sampuk lah pulak. Dah laa nak dekat maghrib dah. Haha.. So, skodeng dari atas je lah. Nanti dah siap signage, tanda arah bagai lah baru aku datang lagi.
Siap ambik angin jalan-jalan Taman Panorama ni kami pun beredar. Naik motor pusing keliling Bukittinggi. Bila dah azan maghrib, kami pun balik lah semula ke guesthouse. Dah. Tak keluar ke mana dah lepas tu. Rehat-rehat, packing-packing sebab besok pagi dah nak balik semula ke Padang.
Ok. Habis dah hari ketiga!
Kos perbelanjaan hari ni:-
Sewa Motor = IDR30,000
Minyak Motor = IDR10,500
Makan Minum + Jajan = IDR18,000
Taman Panorama Entrance Fee = IDR5,000
Parking Motor = IDR1,500
TOTAL = IDR65,000
0 comments :
Post a Comment