Sunday, August 3, 2014

Ni Hao Shanghai! ~ Day 4: A Day Trip to Hangzhou, West Lake & Phoenix Mosque

Monday, 13th January 2014

Hari ni pergi Hangzhou! Gigih sangat nak keluar dari Shanghai ni dan buat day-trip ke Hangzhou. Tak tau lah berbaloi atau pun tak. Dah nama pun trip ngada-ngada, kita main terjah je. Sebelum keluar hostel, barulah terhegeh-hegeh nak cari info pasal Hangzhou. Berdasarkan info tu lah, jadinya day-trip yang entah apa-apa ni. Sebenarnya ada dua tempat yang menjadi pilihan hati. Hangzhou dan Suzhou. Undi punya undi, dapat Hangzhou. Tu yang selamba kodok je pergi. Janganlah buat macam kami ni ye. Gerenti stress dan menyesal. Haha.. Meh aku cerita.

Kami keluar agak awal jugak lah dari hostel dan terus naik metro ke Shanghai Hongqiao Railway station. Kalau diikutkan, ada tiga stesen keretapi utama kat Shanghai ni dan Shanghai Hongqiao ni salah satunya lah. Kebanyakan service yang disediakan di sini ialah berjenis high-speed train. Ia boleh menghubungkan Shanghai dengan bandar-bandar lain di China ni dengan pantas. Nak pergi Beijing pun boleh dari Shanghai Hongqiao ni.

Going to Shanghai Hongqiao..


Dah sampai tu, terus pergi ke kaunter ticket. Ada satu kaunter khas untuk English, makanya kami berurusan kat situ je lah. Harga tiket speed train dari Shanghai Hongqiao ke Hangzhou ialah sebanyak CNY77.50 sehala. Kalau nak beli return tickets boleh je. Cumanya kami tak tau nak balik pukul berapa je dari Hangzhou nanti. Nak beli ticket tu jangan lupa tunjuk pasport ye. 

Add caption

Dah beli tiket tu, kami tunggu lah waktu berlepas. Sementara tu skodeng sekitar terminal Shanghai Hongqiao ni. Sangat besar dan moden. Tempat tunggu train pun selesa, ada banyak tempat tapi disebabkan ramai nau orang, kami pun tak dapat nak duduk sangat.

Menuju ke gate..
Tempat menunggu..
Antara kedai-kedai yang ada..






Then it's time to depart. Gate pun dibuka, tiket diperiksa dan seterusnya semua passengers terus menuju ke platform dan cari gerabak yang betul. Numbered seat, so make sure jangan salah seat dan gerabak. Dulu kat Jepun dah terkena. Sekarang ni kononnya dah pandai lah sikit. Hehe.. Okies. Mari lah kita duduk diam-diam dan tunggu train berlepas. Perjalanan dari Shanghai Hongqiao ke Hangzhou akan mengambil masa selama 1 jam 10 minit.

Mari naik train!
Dalam train..

Dah sampai Hangzhou, apa yang aku boleh katakan ialah this railway station is CRAZEHHH~!! Hadui dah macam Tokyo Station jugak dah ni, cumanya lagi teruk. Orang-orang sini dah lah kasar kan, kena rempuh saja. Dah tu polis dan askar di mana-mana. Agak takut jugak lah dibuatnya. Cepat-cepat kami keluar dan mencari Tourist Information Center. Kebetulan ada satu di luar station ni. Cadangnya, kami nak ke West Lake. Staff TIC tu tunjukkan jalan paling mudah nak ke sana. Naik metro dari sini dan turun di Longxiangqiao Station, dan jalan kaki selama 10 minit. Jom kita pergi!

Turun dari train..

Disebabkan dah terer naik metro kat Shanghai, naik metro kat Hangzhou ni tak ada lah susah mana. Cumanya, transportation card Shanghai yang kami dah guna 3 hari ni tak boleh nak digunakan kat Hangzhou ni. Kot-kot lah kan ngada-ngada boleh macam T-Money tu. Kan senang. Sudahnya, kami beli tiket sehala je pakai mesin. Tak susah mana pun sebab ada instructions in English. So let's go!

Tiket Hangzhou Metro..

Dari Hangzhou Railway Station nak ke Longxiangqiao Station tu cuma dua stop je. Tak sampai 10 minit, dah pun sampai. Turun lah kami bergerombolan ramai-ramai menuju ke West Lake. Tak susah sebenarnya directionnya. Nak lagi senang, kalau ada internet tu, bukak google map dan tengok arah. Hehe.. On the way nak ke West Lake tu banyak kedai-kedai yang biasa-biasa dan yang high-end kat kiri kanan jalan. Kita jeling-jeling je lah. Tak kuasa nak pi skodeng.

Jalan menuju ke West Lake..
Antara lot kedai yang ada..
Boleh soping soping..
Gigih kot makcik ni bertaici sorang-sorang..
More kedai..

Ada apa dengan West Lake? Basically, it's a lake lah. Agak besar jugak lake ni dengan scenery yang menarik serta beberapa tourist attractions. Termasuk dalam senarai UNESCO World Heritage Site pada 2011 disebabkan garden design yang menarik dan ia banyak memberi pengaruh kepada garden-garden di Korea dan Jepun. Banyak aktiviti boleh dibuat. Boleh naik bot, boleh naik basikal, ataupun boleh naik battery car pusing-pusing lake. Mari lah kita cuba!

Bila tiba kat kawasan West Lake, suasana agak mandom jugak lah. Orang belum ramai. Dah tu tasik pulak creepy semacam sebab kabus agak tebal. Dah macam dalam cerita hantu lah pulak. Kami lepak-lepak sebentar kat bench yang disediakan, dan makan keledek rebus. Semalam beli kat Shanghai Expo tu. Tamak sangat beli banyak kan, sampai tak habis. Hari ni dijadikan bekal. Syok jugak lah makan keledek pagi-pagi macam ni tepi tasik dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. 

Suasana yang mandom..
Creepehhhh..
Takde rupa keledek dah.. 

Dah habis makan keledek, kami berjalan menyusuri tasik dan bercadang untuk naik bot. Tiba-tiba nak naik bot sebab ada nampak kaunter tiket dan banyak bot dok terapung atas tasik. Hehe.. Ni memang jenis belasah punya lah. Tak study pun apa yang ada kat West Lake ni. Serius, jangan lah buat macam ni. Boleh buat sakit hati je. 

Ada beberapa route untuk bot kat West Lake ni. Cita-cita kami tak lah tinggi nak pergi semua route. Ambik satu je yang pergi ke islet yang ada kat tengah-tengah tasik ni. Katanya scenery kat sini cantik. Memang sesuai lah untuk kami yang kaki posing ni kan. Posing dasat sampai jatuh-jatuh kamera aku. Habis kemek. Huhu..

Haduii.. Tak boleh nak tutup lense..

Harga tiket bot ni ya ampun lupa aku dah berapa. Aku ada catat CNY70 dalam buku tapi tak sure all in ke, harga untuk 2 orang ke apa ni. Biasalah, kalau pergi jalan-jalan, sesiapa yang ada duit tu pi bayar dulu, dah tu at the end of the day baru congak-congak kira-kira dan bayar sama sendiri. Yang ni entah ya. Tak ingat! Maybe CNY70 untuk dua orang. Return ticket ye! Tambang bot untuk pergi dan balik.

Tu dia bot datang..
Nice boat..
Tiket bot..

Lepak-lepak dulu dalam bot sementara tunggu passangers lain. Kekdahnya bot ni, kalau penuh baru jalan. Sementara lepak-lepak tu sempat lah jugak tengok musical fountain yang ada kat tengah-tengah tasik ni. Kemain sendu muzik nya. Disebabkan cuaca tak berapa best dan kabus sana sini serta angin yang agak kuat, tak berapa cantik nau air fountain ni bergerak. 

Musical Fountain..

Then off we go to the islet. Berapa ketul je passangers dalam bot ni. Dah lama nau tunggu, kita jalan je lah. Perjalanan dari tebing menuju ke islet mengambil masa lebih kurang 20 minit. Nak tidur pun sempat. Nak snap gambar sekeliling pun takde mood. Tak nampak apa. Balam-balam je semuanya. Kalau datang time-time lain agaknya best kan. 

Mandom..

Ok dah sampai dah ke islet! Mari lah menuju ke Three Pools Mirroring The Moon. Kemain kan namanya. Kisahnya kalau pasang lampu atau lilin kat pagoda boleh buat imej bulan kat tasik tu. Aku pun tak berapa nak paham konsepnya. Pagodanya pun balam-balam je aku tengok. Tapi kat sini, nak ambik gambar memang mantop lah. Provided kalau orang tak ramai. Tepek je lah gambar ye kat islet ni. 


Entrance to the islet..
Cantik bayang-bayang..
Ada orang posing macam model kat sini..
The other side..
Jaga-jaga Cik Salmah..
Walking path..
Antara bangunan yang ada..

Kalau nak feeling-feeling jalan-jalan kat sini memang best sangat. Selain scenery, ada jugak restoran, dan bangunan-bangunan lain. Garden dia pun cantik. Maybe kalau spring ni banyak bunga cantik-cantik kat garden ni. Time winter macam ni, tengok kabus je lah. Huhu..

Kami ronda-ronda almost one hour jugak lah. Lepak-lepak, ambik gambar bagai. Then it's time to go back to darat. Kali ni naik bot pesen lain pulak. Cuaca dah makin cerah. Tapi cerah gitu-gitu je lah. Masih ada kabus dan matahari tak nampak pulak batang hidung. So, boleh dikatakan masih mandom lagi lah cuaca kat sini. Angin? Kus semangat mak kau..

Bot balik ke darat..




Dah turun bot, perut pun dah bergegar kelaparan. Berpandukan Google Maps, ada satu kedai mi tarik berhampiran dengan lokasi kami berada ni. Kalau ikut map betul-betul, letaknya di jalan belakang hotel Hyatt. Sila lah cari hotel Hyatt dan lalu di jalan belakangnya. 

Ini lah kedainya..

Seperti biasa, gunakan teknik tunjuk gambar untuk order makanan. Tak susah pun. Hari ni kita makan nasi lauk daging dengan cendawan! Sedap weh.. Kali ni makan, dapat sup kosong sekali. Wah, macam kat KK lah pulak makan nasi dapat sup. Ah, kat KK tu makan nasi lemak pun dapat sup jugak. Hehe..

Nyam nyam..

Dah kenyang, kami pun jalan semula ke West Lake dan jalan-jalan tepi tasik tu menuju ke utara. Sambil-sambil tu kami nak cari jugak battery car. Kalau ada, tak payah lah jalan dah. Naik je battery car tu dah tu boleh pusing-pusing keliling tasik. Jimat masa. Tapi tak jumpa lah pulak info pasal battery car tu. Stesen untuk dia stop pun tak ada. Katanya ada banyak stop, dan boleh je naik dari mana-mana stop. Tapi stop pun tak jumpa, apatah lagi battery car tu. Maybe ada stopnya cuma dalam tulisan Cina. Idokler kami nak paham kan. Apa-apa pun, kita jalan je lah.


Nice place to walk..
Pakcik ni menulis pakai air.. 
Atuk-atuk dan nenek-nenek berdancing!
Ada artis cari makan..
Ada kedai souvenirs..
Pokok-pokok togel..

Jalan punya jalan sampai lah ke jambatan. Aku tak tau nama jambatan ni apa, tapi setelah di google, nama jambatan ni ialah Broken Bridge. Hurmm entah tang mana lah yang broken tu aku tengok ok je kot. Kenalah google kan. Aku ni malas. Google setakat nak cari nama je. Hehe..

Dah sampai kat jambatan ni, aku nampak ada satu battery car yang dok bergerak menuju ke arah kami. Beria aku tahan sebab nak tanya nak naik kat mana. Tak berhenti ko. Lagi sekali ada battery car lalu, tahan lagi, tapi belum apa-apa dah kena jerit "NO" dengan driver tu. Haha.. Wei aku bukan nak naik lah! Nak tanya mana nak naik je pun. Tskk.. Diorang takut aku tanya lebih-lebih kot, diorang tak paham. 

Setelah beberapa percubaan menahan battery car gagal, kami jalan-jalan je lah kat atas jambatan tu. Cantik weh kalau ambik gambar kat sini. Dah lah suram je kan. Got some pakcik-pakcik main layang-layang lagi. Nice scenery lah.

Broken Bridge..
Main layang-layang..
The other side of the bridge..

Kami jalan sampai tengah je sebab malas. Nak-nak suhu semakin drop dan angin semakin kuat. Tak mampu nak berlama-lama kat kawasan ni. Terus patah balik dan menuju ke stesen metro Longxiangqiao. Tapi on the way tu. masih lagi berharap nak naik battery car. Sekali kami nampak information counter. Terus kami tanya pasal battery car. Dan-dan orang tu sengih dan kata "No English". Hah? Alamak. Then kat depan tu ada lagi satu booth. Tanya lagi, No English lagi. Wadehel lah kan. Beberapa booth kami singgah. Semuanya NO ENGLISH! Apa tourists yang datang sini semuanya Chinese ke? Hadoi bengang pulak aku.

Booth terakhir yang kami jumpa, staffnya english so-so je. Ok, macam ada harapan je. Bila sebut battery car, terus dia blur. Ya Ampun. Aku rasa nak menyumpah-nyumpah je kat situ. Terus aku ketepi dan tengok kot-kot ada battery car lalu. Kebetulan ada. Terus aku snap gambar battery car tu. Dah tu aku tunjuk balik kat staff kat kaunter tu. Hampeh dia tak tau jugak. Stress makcik tau. Last-last give up saja. Apa gunanya booth information banyak bersepah-sepah setiap 200m tapi sorang pun tak boleh cakap English? Memang kena maki je lah dengan aku. Dalam hati lah tapi. Hehe..

Gigih ambik gambar battery car..
Punyalah banyak booth macam ni sekitar West Lake tapi tak boleh pakai..

Dah geram tu, terus lah ke stesen metro. Kami nak pergi ke masjid Hangzhou lah pulak. Nama masjid ni ialah Pheonix Mosque atau nama lainnya Zhenjiao Mosque. Nak ke masjid ni, kita naik metro dan turun di stesen Ding'an Road. Dari situ pandai-pandai lah kau cari jalan. Haha.

Kita keluar ikut Exit D

Dah keluar dari Exit D Ding'an Road Station tu, jalan terus je sampai lah jumpa Phoenix Mosque ni di sebelah kanan. Dah tu masuk lah lorong depan masjid tu. Sampai lah kat Phoenix Mosque. Mula-mula kami ikut pintu belakang. Kena halau dengan sorang atuk ni. Haha.. Dia suruh lalu depan. So kami pun ke depan lah. 

Boleh nampak tembok besar ni..











Kat sebelah masjid ni ada satu restoran. Macam best je restoran ni. Restoran halal ler sebab kat dalam kawasan masjid kan. Dah tu ada jual sate pulak tu. Sate apa entah jangan tanya aku pun tak tau. Mari lah kita jalan-jalan dulu. Nanti nak balik, kita singgah momom. Mula-mula kita singgah masjid dulu untuk solat. 

Restoran tepi masjid..
Pintu masuk masjid..

Phoenix Mosque ni asalnya banyak nama. Libaisi, Zhenjiaoshi dan jugak Huihuitang. Last-last dinamakan Phoenix Mosque sebab architecture nya ala-ala phoenix gitu. Burung legend tu lah. Dibina pada zaman Dinasti Tang. Uihh lama dah tu. Cuba Google Dinasti Tang tu bila. Ye lah, yang keluar kat Google tu Tang Dynasty Hotel kan. Bersepah kat KK hotel Tang ni. Hehe.. So, Tang Dynasty ni dah lama. Kurun ke-7 lagi dah ada. Kiranya lebih kurang 1300 tahun dah masjid ni wujud. Sangat tua dah! Walaupun wujud dah lama, in between tu ada lah kemusnahan dan kerosakan serta proses pembaikan semula. Sekarang ni, masjid ni dah jadi one of the important heritage site of China. China dek non. Bukan setakat Hangzhou je. Bagus bangunan lama ni diorang preserve. Tak macam Malaysia ni, sikit-sikit nak roboh. Apadaa..

Dah selesai solat, kami menyusuri lorong depan masjid ni. Agak cantik jugak bangunan-bangunan yang ada kat sini. Semua pesen lama. Aku pun tak tau nama lorong ni apa. Jalan-jalan je lah.

Suasana di kawasan masjid..
Menarik..
Kedai-kedai..

Dah sampai hujung lorong tu, kami bertemu dengan shopping street. Macam-macam ada jual kat sini. Kami sekadar cuci mata je lah tengok apa yang ada. Meriah jugak lah. Orang pun ramai. Kami patah balik bila perut dah mula kre'ok-kre'ok. Jom kita makan sate!

Balik semula ke restoran tepi masjid tu. Bila masuk, blur. Sebabnya tak ada gambar untuk ditunjuk-tunjuk. Haha.. Sudahnya kami bangun dan tunjuk makanan yang ada. Gigih lah pekerja kedai tu nak memahamkan apa yang kami order. Nasib baik betul makanan yang sampai. Serius aku tak tau nama makanan ni. Satu tu sate kambing. Lamb skewers lah ni kot. Satu lagi macam bun pun ada macam dumpling pun ada. Intinya daging jugak. Entah lah nama apa tapi sedap! Memang syok makan. 

Sate kamben!
Ni bun lah kan?

Sedap weh! Sampai ke hari ni dok terbayang-bayang. Mana mau cari ni kat KK. Hukk.. Dah puas makan habiskan semua, kami pun beredar untuk ke Hangzhou Railway Station untuk balik semula ke Shanghai. Hari dah gelap. Tak nak lah sampai Shanghai nanti lewat malam nau.

Dah sampai railway station tu kan, hazabedah sangat-sangat. Punya lah ramai orang. Dah tu security ketat gila. Tak ada tiket, tak boleh masuk dalam terminal. Kami ni entah macam mana, lalu kat celah tang mana boleh terselit pulak sampai ke dalam stesen. Dah tu menggagau nak cari kaunter tiket. Tak jumpa! Ikut signage, dia suruh keluar. Bila nak keluar, tak jumpa jalan keluar. Semuanya jalan masuk. Dan ada polis standby kat situ. Dengan manusia yang berduyun-duyun nak masuk ke stesen. It was CRAYZEEEHHHH~!! Gila lah!

Kami buat bahasa isyarat nak keluar beli tiket pun polis tak paham. Rasa nak nangis kat situ jugak. Dengan ditolak-tolak diasak-asak lagi. Dengan tak ada siapa yang boleh cakap English. Memang masa tu terasa menyesal datang Hangzhou ni. Haha.. Tengah serabut tu, kami ditegur oleh seorang chinese lady. "Do you need help?" katanya. Masa tu memang lah bersyukur ya amat. At last ada jugak orang yang boleh cakap English! Agaknya muka kami dah serabai sangat kan mengharapkan orang dapat tolong. Kami pun bagitau lah dia nak beli tiket. Dia cakap kaunter tiket kat luar. Nak kena keluar. Kami pun bagitau lah ye, kami tau tapi kami tak dapat nak keluar. Tak ada cara nak keluar sebab semua orang sibuk masuk. That lady pun bawak kami ke pintu masuk yang penuh dengan orang tu, dan bagitau polis yang stenbai situ. Entah apa dia bagitau, polis tu pun benarkan kami lalu. OH.EM.GEE memang terima kasih banyak-banyak kat perempuan tu. Dia pun balik-balik kata no problem, no problem. It's crazy here right? Haha.. Tau pun crazy. Aku pun nak naik crazy kalau tak dapat keluar.

Terus ke kaunter tiket. Beli tiket. Dah tu baru masuk balik ke tempat tadi. Kena tunjuk tiket dan pasport. Baru lah dibenarkan masuk. Pheewww.. Gila punya experience. Haha.. Memang stress lah. Ini lah akibatnya kalau tak study betul-betul. Main terjah je, ye padan muka. Lain kali, buat lah preparation ye.


Train pukul 7 malam..

Tunggu je lah..






Nothing much to do melainkan tunggu train je. Dah tak kuasa nak jalan-jalan kat stesen ni. Kang sakit jiwa je dengan kegilaan suasana kat sini. Hehe.. Dalam train pulak kena tegur dengan seorang passenger. Punyalah gigih dia speaking Chinese bagai, kami tak paham! Bila cakap "Sorry, we don't understand" terus dia cakap "Oh you're not Chinese? I thought you're Chinese". Omagaddd.. Tang mana muka aku nampak Chinese ni. Kemain gelak amoi tu. Agaknya lawak betul kot muka aku berkerut. Dia ingat kami ni Chinese yang kat hujung-hujung kat Mongolia Ughyur tu. Haha Sabar je lah!

Dah sampai Shanghai Hongqiao, kami terus balik ke hostel. Singgah beli buah kat kedai bawah. Ceri dia gemok-gemok ko. Beli lah seciput. Bila nak bayar, boleh terberak aku sebab seciput macam tu je sampai CNY54! Haha mampuihh.. Tapi berbaloi kot dengan harga. Manis gila. Memang sedap.


Cherry for supper..

It's time to pack! Besok nak check out dah. Tak banyak pun nak kena pack sebenarnya sebab takde shopping sangat pun. apa yang ada je lah. Sambil-sambil packing sambil layan TV.

Satu-satunya cerita yang aku paham..

Orait. Habis dah hari ke-empat trip Shanghai ni. Besok last day! Till the next entry. Chiaooo~!!


Kos perbelanjaan hari ni:-

Topup Transportation Card = CNY20.00
Ticket Shanghai-Hangzhou return = CNY145.00
West Lake Boat = CNY70.00
Makan-makan = CNY27.00
Metro Hangzhou = CNY6.00
Jajan, Air, Cherry  = CNY61.00


TOTAL = CNY329.00

0 comments :