Wednesday, May 21, 2014

TransJava Yuk! ~ Day 8: Seharian di Dieng ~ Sikunir Sunrise, Candi Arjuna, Dieng Plateau Theater, Telaga Warna, Kawah Sikidang

Friday, 3rd May 2013

Menggigil kot, pagi-pagi sebelum subuh dah kena bangun. Walaupun tidur rapat-rapat 3 orang atas satu queen-size bed bertemankan dua selimut tebal, tak dapat nak menghalang kesejukan tu dari terus menerjah sampai ke tulang. Kemain bahasa aku kan. It's cold, and it's still too early, tapi kami dah terpaksa bangun sebab mengada-ngada nak pergi tengok sunrise. Kalau takmo, haruslah sambung tidur lagi kan. Selepas bersiap ala kadar, dengan tak mandinya sebab sejuk macam apa, solat subuh siap-siap bila dah masuk waktu, kami pun ikut Mogel dan tuan homestay untuk panjat bukit melihat sunrise. Excited gittew..

Tempat nak tengok sunrise ni namanya Sikunir. Katanya, tempat ni merupakan lokasi yang paling best dan keren lah gitu untuk tengok sunrise di Indonesia. Kami tiba di kaki bukit Sikunir lebih kurang pukul 5 pagi. Nak kena panjat lebih kurang 500m. 500m ke atas lah ye. Setengah jam jugak lah kot kami berjalan naik. Almaklumlah, stamina tak kuat. Tak fit some more. Redha je lah. Selain kami, ada dua orang tourists yang ikut serta naik ke atas, seorang dari Jakarta dan seorang lagi pakcik mat saleh dari Sydney. Pakcik mat saleh ni balik-balik suruh kami pergi gym balik nanti untuk kuatkan stamina. Hahaha.. Malunya..

Dah sampai atas tu, takde buat apa dah lah melainkan tunggu sunrise. Sambil-sambil tunggu, kami borak-borak dan minum kopi. Kelesss kan kat atas ni ada jualan. Yang jualan ni pun, naik saing-saing kami jugak tadi. Cumanya dia laju sikit lah, dan sampai dulu kat atas untuk bukak kedai. :P

Marilah menunggu..


Sambil minum kopi..

Lebih kurang pukul 5.40 pagi, keluarlah mataharinya. Memang cantik dek non. Snap gambar banyak kali pun tak boleh nak lawan dengan apa yang kita nampak dengan mata. Lagi pun aku bongok sikit bab kamera ni tak pandai nak setting. Hehe.. Dah tu main tekan-tekan je. Apa yang ada je lah.

Malu-malu dia muncul..
SARANGHAE~!! Cik Sengal dengan Pengembara Berpoket Nipis..

Banyak jugak lah kami snap gambar kat atas ni. Ke sana, ke sini, pegi balik bukit sebelah sana, sebelah sini lagi. Berlari-lari lah jugak ke sana ke mari. Dah tu posing maut baeekk punya. Yang lompat-lompat, yang terbang-terbang, yang aksi menendang, semua ada. Bila tengok balik, entah apa-apa jadinya. Macam bongok je posing macam tu. Huhu.. 

Selain posing-posing, kami berborak sakan dengan pakcik Sydney tu. Macam-macam dia bercerita. Almaklumlah, orang dah lama makan garam kan. Dia datang ke Indonesia sebab ada kerja. Dah habis kerja, ada masa terluang, tak tau nak buat apa dah so dia decide untuk pergi jalan-jalan. Kawan-kawan and family suggest dia pergi Bali. Tapi dia rasa Bali tu dah terlalu mainstream sangat. Ramai nau orang Australia kat situ. So dia pun cari lah tempat yang rare. Stumble upon Dieng ni lah, bila buat searching kat Internet. Berbaloi-baloi katanya.

Pakcik ni walaupun sempoi, tapi aku ada feeling ilmu dia banyak. Dia lagi terer pasal politik dan isu semasa kat Malaysia daripada aku ni. Malu lah jugak, tapi aku ni jenis malas nak ambik tau kan. Ilmu-less lah jadinya. 

Ngintai peta Pakcik Sydney..
From the other side..
Adoii aku dah lupa dah gunung ni namanya apa... Sumbing ke Sindoro.. Alah lupaa..

Tourist dari Jakarta tu pulak minat photography. Dengar cerita pasal Dieng, dia pun datang lah menjenguk. Join naik bukit ni untuk capture sunrise. Seorang pergi jalan-jalan pun tak apa katanya. Borak punya borak, dapat tau dia pernah duduk Malaysia hampir 3 tahun sebab buat Master kat UNITEN. Agak terer lah jugak bercakap menggunakan slang Malaysia. 

Lebih kurang sejam setengah jugak lah kami lepak-lepak di atas tu. Then it's time to go down. Kemain curam jugak perjalanan turun ni. Stressful lutut aku nak menahankan body dugong aku ni. Pagi tadi masa naik, tak nampak kiri-kanan, tak nampak apa-apa. So tak dapat nak bayangkan macam mana keadaan sekitar. Ni dah nampak, seram jugak dibuatnya. Kat tengah-tengah jalan ni pun sempat jugak berposing sakan. Kamera kat tangan Mogel, makanya memang banyak ler aksi poyo turun ke bawah tu berjaya dirakam.

Meh turun..
Sampai bawah dah..
Sikunir Sunrise..

Naiknya almost setengah jam. Turunnya sekejap je. Dah sampai bawah, kami terus balik semula ke Homestay. Dah panas ni, barulah boleh mandi. Hehe.. Dah bersiap-siap, kami pun terus check out. Nak jalan-jalan sekitar Dieng lah pulak. Kat bawah ni aku tepek sikit gambar homestay tempat kami bermalam malam tadi. 

Bilik kami tidur..
Toilet..
Ada TV kat luar..
Tuan rumah sediakan minuman panas..
Contact number, kalau ada plan nak merasa duduk sini..
Dari luar..
Pemandangan dari depan homestay!! Mogel photobomb lah pulak..

Homestay Rodja ni letaknya di Desa Desa Sembungan di Dieng Plateau ni. Pemiliknya Pak Eko. Guru agama kat sebuah sekolah berdekatan. Ustaz ko. Tapi tak ada rupa ustaz. Rugged gila dah tu layan blues je dok menyanyi-nyanyi lagu Ukays, Spring bagai. Hehe.. Rumah Pak Eko ni merupakan rumah paling hujung dan paling tinggi di Dieng. Memang marvelous lah view kat sini. Bukan setakat view je tau. Signal telefon pun cecah 4G! Memang terbaik sangat lah. Bayaran untuk homestay satu malam dan pengangkutan pergi balik Wonosobo-Dieng dan jalan-jalan sekitar Dieng untuk 3 orang berjumlah IDR400,000. Kalau tak silap aku lah. Boleh lah gitu kan.

Next activity ialah jalan-jalan sekitar Dieng. Nak masuk ke dalam kawasan wisata, ada bayaran IDR18,000 seorang. Ni kira all in lah ni, pusing habis tempat-tempat wisata yang ada kat Dieng. Mengikut pembacaan aku, perkataan Dieng ni datangnya dari perkataan "Di" yang bermaksud tempat dan "Hyang" yang bermaksud Dewa. Tempat dewa-dewa lah, senang cerita. Kalau dah namanya tempat dewa, mestilah ala-ala mistik gitu kan? Hehe.. Moh lah kita tengok apa yang ada. Tapi sebelum tu, kita singgah breakfast dulu. Disebabkan lapar nau kan, aku terus makan nasi berlauk. Hehe..

Ada pintu gerbang..

Tiket masuk.. Kat tiket pun dah tulis mistik.. :D
Breakfast.. Nyam nyam nyam..

Dah lepas makan, tempat pertama yang kami pergi ialah Kompleks Percandian Arjuna. Candi Arjuna lah secara singkatnya. Dipercayai dibangunkan sekitar kurun ke-9. Kat kompleks ni ada banyak candi selain Candi Arjuna. Ada Candi Srikandi, Candi Semar, dan banyak lagi. Walaupun masih awal pagi, cuaca agak panas, dan matahari macam dah tegak kat atas kepala. Walaupun panas, posing maut lompat-lompat tidak dilupakan. Baju kami dah lah cantik warna kuning, merah, biru. Sesuai dengan latar belakang warna hijau dan hitam-hitam kelabu ni. Colourful gambar jadinya. Tak lama mana kami di sini. Rasa-rasa macam dah cukup gambar melompat, kami pun beredar. Untuk memelihara muka aku yang putih gebu ni dari terbakor kekdahnya. Hehe..

Dari parking kena jalan sikit nak ke kompleks candi..
Kawasan candi.. Candi Arjuna yang mana? Yang berbumbung tirus tu..
From the other angle..
Candi Arjuna..

Sekitar kawasan Candi Arjuna ni memang kawasan rata je. Ada beberapa bahagian dimanfaatkan dengan penanaman sayur. Ada kebun sayur lah kiranya kat sekitar Candi Arjuna ni. Kebanyakannya mengusahakan penanaman kentang. Syok ni kalau hari-hari makan kentang. 

Berdekatan dengan Candi Arjuna ni ada juga sebuah lagi candi yang bernama Candi Gatotkaca. Aku ingatkan Gatotkaca ni nama local. Tak silap aku gatot tu nama makanan. Kalau tak silap lah. Rupanya Gatotkaca ni nama watak dalam Mahabhrata. Haha.. Sengal betul aku ni. Dah namanya candi kan. Mesti lah ada kaitan dengan nama-nama Hindu. Ghatotkacha ejaanya. :P Yang paling sengal lagi, gambar candi tu aku tak ambik. Gambar signboard je. Buang karan betul.

Signboard je ada dalam koleksi.. Hahaha..
Makanya rembat satu gambar K Awa.. :P

Dan paling buang karan lagi, kat seberang Gatotkaca ni ada Museum Dieng Kilasa. Muzium pasal Dieng tau! Tapi baru sekarang aku tau. Menyesal kemudian tiada berguna. Kenapa lah si Mogel tak explain bangunan yang ada kat seberang tu sebenarnya ialah muzium. Kalau tak, boleh jugak kami singgah. Kami ni kan hantu muzium. Sobs.. Tapi sebenarnya masa tu, kami tak nampak pun apa-apa bangunan. Terlindung kot. Tak pun mata dah dikelabui dengan candi-candi. Hehe..

Next stop ialah Dieng Plateau Theater. Kat sini kita boleh tengok video berkaitan dengan Dieng ni. Antaranya ialah keunikan anak-anak Dieng yang berambut dreadlocks yang dipanggil Anak Gembel. Serius. Memang dreadlocks habis macam Bob Marley tu. Bukan dibuat-dibuat tapi semulajadi. Ada misterinya tu anak-anak gembel ni. Boleh baca serba sedikit pasal anak gembel ni kat sini.

On the way nak ke theter ni, kami berselisih dengan Pakcik Sydney kat tepi jalan tengah ambil gambar pemandangan. Berhenti sekejap dan say hi kat dia. Dia kata apa barang jalan-jalan kat sini naik van. Hahahahahha.. Sentap iols. 

Dieng Plateau Theater..
Pemandangan dari Teater..
Main Entrance..




Kami bertiga je yang dok layan video kat dalam teater ni sementara Mogel tunggu kat luar. Aku rasa aku bertahan dalam 5 minit je kot. Selebihnya aku tido ngorok tak ingat. Haha.. Dah kat dalam ni sejuk je, nyaman je dah tu gelap gulita. Memang sedap lah aku tidur. Ingatkan aku je. Kakak-kakak dua orang lagi tu pun bantai tidur gak. Bila video dah habis, kami masih tidur. Sedar, terkejut dan terpisat-pisat bila Mogel bukak pintu teater, dan cahaya matahari masuk ke dalam. Bila ditanya macam mana tayangan video tadi, kami jawab BESSSSTTTTTT.. Hahaha..

Ni je yang sempat snap.. Dah tu zzzzzzzzzzzz...

Dah keluar dari teater kami ke gerai goreng-goreng berhampiran. Ada seorang makcik ni tengah tekun menggoreng. Ada kentang goreng, cendawan goreng. Kami pun beli lah satu set sorang. Sambil jalan-jalan boleh ler makan-makan. Tengah dok menunggu tu, kami nampak seorang budak perempuan datang menghampiri. Anak makcik ni kot. Bila diperhatikan betul-betul budak ni ANAK GEMBEL! Ternganga aku tengok. Rambut dia perggghhh.. Kagum tabik spring gitu lah. Malu-malu je budaknya. Nak mintak ambik gambar pun dia tak nak. 

Singgah beli jajan..

Dah beli jajan, Mogel bawa kami masuk dalam semak samun. Kekonpiusan terlebih. Ada denai rupanya kat semak samun tu. Jalan lah kami mendaki ke atas. Katanya kita nak pergi tengok Telaga Warna. Wah best ni! Warna apa agaknya telaga tu ye?

Jalan punya jalan dalam semak..

Dah sampai kat atas, ta-daaaaaaa.. Cantiknya view. Telaga Warna tu jauh lah pulak. Haha.. Kena ambik gambar pakai kamera dah tu zoom lelebih sikit. Hari ni warna turquoise! Warnanya sangat lah menonjol. Memang cantik. Ambik gambar lah kan, apa lagi. 

Telaga Warna yang hujung nun..
From the other side..

Telaga Warna ni dinamakan Telaga Warna sebab warna air dia berubahubah mengikut keadaan. Kebetulan time aku datang ni warna turquoise. Ada yang pernah nampak warna merah, warna kuning. Warna violet pun ada! Thanks to the kandungan sulfur dalam tasik ni lah. 

Dari atas, kami melangkah menuju ke denai yang menghala ke arah bertentangan kami naik tadi. Turun ke bawah pulak. Entah ke mana entah si Mogel ni nak bawak turun. Jalan punya jalan punya jalan, jumpa lah dengan tangga-tangga. Turun tangga sampai ke bawah, sampai lah kami di gigi air. Telaga Warna tu lah. Kat sini kami pun posing-posing lagi.

Ada sebatang pokok just nice landing atas air tasik ni. Ambik gambar kat sini memang cantik ni. Tapi nak melangkah sampai ke hujung tu, mau terketar-ketar lutut. Silap haribulan boleh gedebush masuk dalam tasik. 

Pokok kayu ni glamer betul lah.. Banyak gambar kat tenet.. Aku pun cuba nak glamer jugak.. :P

Dah tu kami berjalan sampai ke penghujung tasik. Kat hujung-hujung ni barulah dapat bau sulfur kuat ya amat. Memang menusuk hidung betul. Air tasik pulak bubbling bagai. Memang panas kot kat bawah tu. Tak berani pulak aku nak celup kaki kat situ. Kang masak pulak kaki aku. Huhu..

Penghujung tasik..

Pak Eko dah setia menanti kat parking berdekatan dengan Telaga Warna ni. Baru balik solat Jumaat katanya. Heh. Jumaat ke? Aku ni dah berjalan lama sampai tak ingat hari jadinya. Tapi ni baru pukul berapa ni. Kok dah habis solat Jumaat? Tapi betul lah kot sebab Zohor sini 11 lebih. Haha.. Dah agak-agak tak ada apa nak buat kat sini, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya. 

Walaupun kami rasa tak banyak benda nak buat, tapi yang jenis sukakan cabaran dan outdoor, banyak je sebenarnya boleh buat kat kawasan Telaga Warna ni. Ada banyak gua kat sini yang boleh di explore. Teringin jugak nak masuk gua-gua ni tapi macam tak sempat je. 

Last but not least, tempat yang terakhir kat Dieng yang kami lawati ialah Kawah Sikidang. Keluar je van, bau sulfur menggila masuk ke dalam lubang hidung. Tengik! Jauh lagi ni nak ke kawah. Kalau dah dekat dah macam mana lah ye. 

Ada banyak kawah di sekitar Dieng ni, tapi yang paling famous dan paling senang untuk diakses ialah Kawah Sikidang. Kawah Sikidang ni unik sebab dia merupakan kawasan yang luas dan terdapat banyak lubang gas yang mengeluarkan asap. Walaupun banyak lubang gas, asap yang keluar ni sekejap kat sini, sekejap kat sana. How to say hah. Macam main-main lah pulak gas ni keluar dari lubang tu. Sekejap keluar kat lubang sini, sekejap keluar kat lubang sana. Tak tetap. Bila dah keluar kat lubang sebelah sini, macam lama lah pulak nak tunggu dia keluar lagi. Alih-alih keluar kat belah sana. Melompat-lompat lah gitu macam kijang. You know kijang? Adik beradik rusa, kancil, bambi semua tu. Dalam Bahasa Jawa, kijang ialah kidang. Dapat lah nama Kawah Sikidang. Begitulah pemahaman aku menurut kata si Mogel. Kalau dia salah, aku pun salah gitu. Hehe.. 

Kalau nak baca tentang Lagenda Kawah Sikidang boleh baca kat sini

Mogel khusyuk memberi penerangan..

Nak disenangkan cerita, sebenarnya kami ni berjalan atas kawah lah ni. Nasib baik tempat kami jalan ni setakat lubang-lubang kecik je. Kalau kedepan lagi jumpa lubang besar pulak. Yang ni memang sentiasa berasap sampai berjerebu tak nampak apa. Dasar lubang tu pun aku tak nampak. Nak datang dekat, bau sulfur menyengat. So, tengok dari jauh je lah. 

Mari pergi mendekati..
Apa pun tak nampak..
Belanja satu gambar mak kijang yang dikhuatiri terlebih makan..

Done! Tamat sudah aktiviti jalan-jalan sekitar Dieng. It's time to say bye-bye dan balik semula ke Wonosobo. Semalam perjalanan ke Dieng waktu malam, tak nampak pemandangan kiri kanan. Ni siang-siang terik macam ni, baru lah nampak. Memang cantik kawasan lereng bukit ni. Tenang dan nyaman je. Dekat satu selekoh, kami berhenti di sebuah gerai. Gerai ni glamer sebab location dia betul-betul kat lereng bukit. Boleh nampak kampung-kampung yang berada di kaki gunung.

So, buat apa kat gerai ni? Buat apa lagi. Makan ler!

Antara bentuk muka bumi..

Aku pun tak tau apa nama mi yang aku makan ni. Macam mi sup tapi takde rupa mi sup. Rasa dia pun tak tau nak describe macam mana. Dihidangkan dengan tempe yang dipotong nipis-nipis dan digoreng celup tepung. Setelah kugoogle, namanya ialah Tempe Kemul. Ni tempe gaya macam ni pun selalu aku buat kat rumah. Kang orang Dieng nampak aku buat tempe ni kat rumah kang, diorang datang buat demo depan rumah aku pulak kata aku perampok. Haha..


Entah namanya apa..

Then off to Wonosobo. Lebih kurang sejam jugak lah perjalanan. Dah sampai Wonosobo, kami singgah sekejap kat rumah Mogel untuk solat. Dah tu, kami pun terus ke stesen bas. Stesen bas, nak ke mana tu makcik-makcik? Hehe.. Ke Bandung kita! Mabuk lah, jauhnya perjalanan.

Nasib baik kali ni naik bas express yang betul-betul bas express. Bukan bas kampung stop sana sini. Bas besar macam ni selesa sikit lah nak duduk. Tak sabar rasanya, Haha.. Harga tiket aku tak ingat berapa. Buku catatan dah hilang. Susah betul nak buat reference.

Naik bas Sinar Jaya..

Bas bertolak pukul 6.30 petang. Waktu maghrib pun macam lebih kurang je pukul 6 lebih. Kami perlu solat dulu sebelum naik bas sebab bas ni non stop 10 jam sampai ke Bandung. Nak ke surau jauh ke luar. Kat terminal bas ni pulak, tak ada surau. Tapi manager Sinar Jaya yang baik hati tu, bagi kami solat kat dalam office dia. Terharu sungguh. Dah tu, habis solat pun dah around 6.35 macam tu, tengok-tengok bas masih setia menanti. Beg-beg kami pun dah dibawak naik ke atas bas. Double terharu. Semoga bisnes Sinar Jaya terus sukses. ^__^

Naik bas..

Say bye-bye kat Mogel, dan bermula lah perjalanan kami ke Bandung. Boleh lah tidur dengan aman atas bas ni kan sebab dah kepenatan. Tapi aman amendenya. Dah malam-malam buta pun, driver dok pasang radio kuat-kuat lagu dangdut. Hadoiii... Tapi aku ni kalau dah penat sangat, bising ke tak bising ke, memang selamat pengsan, tidur dengan nyenyaknya. Sampailah Bandung. Hehe..

Dah! Till the next entry. Our final day in Java Island. Tunggu aku rajin mengarang. :P

1 comments :

Jati Wijaya said...

Assalamualaikum wr wb.

Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

Kami bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa, Bandung dan lain-lain.
Ada juga sewa kereta (avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50) seats dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)

Day 1
Kami jemput Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Selepas itu kita nak pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel guna check in. Selepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat perseiapan tour esok hari.

Day 2
Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.

Day 3
Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik raja, bilaman sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu menyusuri sungai bawah goa menggunakan ban. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati keindahan kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
Day 4
Drop airport

Harga bermula dari: RM 482

All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (optional)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide (by request)
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)

Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season

Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau
whatsapp +628985101301 (FREE).
Email: ganeshabantul@yahoo.com
FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

Wassalamualaikum Wr Wb