Thursday, 2nd May 2013
Dah hari ketujuh uols! Dah tiba masanya untuk kami meninggalkan kota Jogjakarta ni. Aiseymen, macam sedih pulak gitu kan. Takpe, JB dah ada direct flight ke Jogja, nanti-nanti boleh lah kita pergi lagi khen. Ada banyak tempat yang belum sempat kami pergi. Nak-nak tempat-tempat yang pernah keluar kat variety show Barefoot Friends tu. Nak kabo lah sikit, masa diorang dok shooting episode kat Jogja tu, kami ni ada kat Malang. Malang sangat lah kan. Kalau kami dah kat Jogja, boleh lah kami skodeng-skodeng.
So, pagi ni nothing much lah. Kemas barang, breakfast dan lepas tu check out. Tinggal beg sekejap kat hostel, dan kami pun rewang-rewang lah last minute sekitar bandar Jogja ni. Kami ke kraton! Kraton lagi kami ni. Hari tu kat Solo dah pergi, ni gedik nak pergi lagi kat Jogja ni. Yosh. Untuk menjimatkan kos, kita jalan kaki!
Dari Edu Hostel ke keraton Jogja ni mengambil masa lebih kurang setengah jam jugak lah jalan kaki. Lalu jalan yang kami lalu malam tadi lepas balik dari tengok wayang kulit. Nothing much yang boleh diceritakan sepanjang perjalanan. Aku tepek gambar je lah ye.
|
Bangunan apa lah ni aku pi snap.. |
|
Monumen Serangan Umum 1 Maret.. |
|
Deretan kedai majalah.. |
|
Muzium Sonobudoyo.. Tempat tengok wayang kulit malam tadi.. |
|
Tukang gunting berbisnes tepi jalan.. |
Kawasan Kraton Jogjakarta ni agak besar lah jugak. Nak kena pusing jauh ke belakang untuk ke main entrance. Sepanjang jalan ke sana ada beberapa gerai orang meniaga souvenir. Aku dok jeling je lah sebab tak ada yang menarik di hati.
|
Muzium Kereta pun ada kat sini.. |
|
Jualan tepi jalan.. |
|
Pintu masuk.. |
|
Pondok tiket.. |
|
Jangan pakai spender je masuk ye.. |
Kat sini ada dua kaunter jugak. Untuk local dan onternational. Disebabkan tak nak malu macam kat Borobudur semalam, kami tanya dulu berapa harga tiket. Hehe.. Ingatkan dapat harga kawan-kawan senusantara kan. Tapi dikenakan harga international jugak. Nasib baik lah tak mahal mana.
|
Tiket masuk.. |
|
Dapat sticker some more.. |
|
Bawak kamera kena bayar 30 sen ye.. |
Tak banyak beza sebenarnya kraton Jogja dengan kraton yang kami pergi kat Solo. Susun atur banguna lebih kurang sama je. Yang bezanya, kat sini gila ramai orang. Hari tu kat Solo, kami dan dua orang uncle dan aunty mat saleh je. Kat sini, perghh.. Dengan rombongan sekolah bagai. Memang sesak jugak lah. Jalan-jalan tengok apa yang boleh nampak je lah. Kat sini, tak banyak lah pulak patung pelik-pelik macam kat kraton Solo. Lagi Islamik mungkin? Entah lah ye.
|
Sila jelir kembali.. Hehe.. |
|
Pentas gamelan.. |
|
Ruang berkumpul kot.. |
|
Pengangkutan zaman dulu.. |
|
Hurmmm.. Takkan singgahsana kot? |
|
Lupa dah bangunan apa ni.. |
|
Atuk-atuk ni pekerja kraton ni kot? |
|
Kemain ko siling dia.. |
|
Perghhhhh... |
|
Meja tulis peribadi Sultan.. |
|
Sultan Jogjakarta.. |
|
Sultan Jogjakarta masa muda-muda dulu.. |
|
Salasilah keluarga diraja.. TAK PAHAM sebab tulisan jawa.. |
|
Nama lainnya, Orang Besar.. |
Dah selesai pusing-pusing, kami kembali semula ke pentas gamelan untuk menonton persembahan gamelan. Lama jugak lah persembahannya. Tapi kami tak tunggu sampai habis. Mungkin dalam 15-20 minit je kot kami menebeng kat situ. Nak kena balik dah untuk ke destinasi seterusnya.
On the way balik, kami lepak minum-minum sebentar kat kawasan Masjid Gedhe. Kelakar betul makcik yang jual air ni. Terjerit-jerit "Kak Ros, Kak Ros" bila nampak kami. Ada apa dengan Kak Ros? Aku tanya K Awa, rupanya Kak Ros tu watak dalam Upin Ipin. Lorrr.. Haha.. Kak Ros pun Kak Ros lah.
|
Masjid Gedhe.. |
|
Gerai makcik 'Kak Ros'.. |
|
Ada tadika kat sini.. |
|
Sedapnya air kelapa time panas-panas ni.. |
Dah siap minum-minum kami solat jamak dulu kat Masjid Gedhe sebelum balik ke hostel. Jalan kaki lagi dek non. Memang gigih lah kan. Dah sampai hostel, ambik beg, naik teksi untuk ke terminal bas. Kami nak ke Wonosobo lah pulak. Ayuuuuhhhhh~!!
|
Tempat wudhu perempuan.. |
|
Gembiranya... |
|
Ayooo~!! |
Dah naik teksi tu agak- terpinga-pinga jugak lah sebab pakcik teksi tu tak sure nak hantar kami ke terminal bas yang mana satu. Loh, banyak terminal ke kat Jogjakarta ni? Kiranya ni kaedah cuba jaya jugak lah. Kalau terminal yang kami pergi ni betul, betul lah jawabnya.
Dah sampai terminal tu, pakcik teksi pun bertanya kan orang-orang kat situ. Nasib baik betul. Orang-orang yang ditanya tu cepat-cepat tunjukkan bas untuk ke Magelang. Katanya lagi dah sampai Magelang, kena tukar bas untuk ke Wonosobo. Wah, banyak kali kerja jugak lah ni. Tak ada bas direct rupanya ke Wonosobo dari Jogja ni. Kita belasah je lah.
Bukan bas express ye tuan-tuan dan puan-puan. Bas berhenti-henti sangkut-sangkut. Huwaaa ni bila nak sampai Magelang ni. Tambang bas tak mahal mana pun. Sekitar IDR5,000 je. Tapi jadi mahal sebab ramai nau pengamen yang naik bas dok nyanyi-nyanyi mintak duit. Sekali je lah aku bagi. Bila ada pengamen lain yang naik, aku purak-purak tidur.
|
Pengamen.. |
|
Bas yang penuh.. |
Aku lupa nak keep track berapa lama masa yang diambil dari Jogja untuk ke Magelang. Dalam dua jam jugak lah kot. Dah sampai Magelang, kami cepat-cepat turun dan tukar bas. Dah turun bas tu, ada orang-orang yang baik hati tanya nak ke mana. Bila disebut Wonosobo, terus datang tolong angkat beg naik ke bas yang berkenaan. Memang dipermudahkan sangat-sangat lah perjalanan.
|
Bas dari Magelang ke Wonosobo.. |
|
Gigih tak kami ni? |
Sama seperti bas yang tadi, yang ni pun banyak lah naik turun pengamennya. Budak-budak muda lagi. Mesti tak sekolah. Modal dia cuma naik dua tiga orang dengan satu gitar. Nyanyi ramai-ramai dah tu mintak duit. Aku lagi purak-purak tidur. Malas nak layan. Dah tu ada jugak pakcik-pakcik tua berjualan naik atas bas. Lagi bagus aku beli barang dengan pakcik ni daripada bagi duit sesuka hati kat budak-budak muda tadi. Yang ni nampak lah jugak usahanya nak menjual barang. Yang tadi tu asal boleh nyanyi je. Lagu ntah apa-apa pulak tu. Tskkk..
|
Entah pekan apa lah ni.. |
|
Bila nak sampai.. Huwaaaa.. |
Kami sampai di Wonosobo lebih kurang pukul 6.30 petang. Hujan sangat lebat. Bas tak nak masuk ke terminal, makanya kami turun je kat tepi jalan. Habis lencun. Segera berlari ke kedai seberang jalan untuk berteduh sementara menunggu orang mengambil kami.
Aku pun tak tau sebenarnya siapa yang akan datang ambil kami ni. K Awa yang deal dengan kawan-kawan Indonesia dia. Ada seorang mamat ni akan entertain kami untuk bawa jalan-jalan sekitar Dieng pada esok hari. Katanya pakej yang ada ni termasuk pengangkutan dan tempat tidur. Seram jugak sebab tak tau apa-apa. Dalam hati berdoa je lah banyak-banyak.
Tak lama tu sampai lah orang yang dimaksudkan. Namanya Mogel. Datang dengan dua orang pakcik ni. Aku pun tak sure pakcik ni siapa sebenarnya. Kami ikut je lah. First stop ialah ke Masjid Wonosobo untuk solat dulu.
|
Masjid Wonosobo.. |
|
Dalam masjid.. |
Dah lepas solat, kami makan kat gerai tepi jalan. Entah lah nama makanan ni apa. Nasi Gudeg? Betul lah tu kot. Hehe.. Kalau sekali pandang nampak macam tak sedap, tapi bila dah rasa, boleh lah diterima tekak. Dah lapor sangat kan. Bedal je lah.
|
Nasi Gudeg.. |
Lepas makan, kami pun bertolak ke Dieng. Lagi sejam gitu perjalanannya. Tiga orang ni rancak bebenor lah berborak. Kami bertiga pulak diam seribu bahasa. Sekali sekala kami tergelak sebab dengar pakcik dua orang ni ikut nyanyi lagu-lagu yang dipasang kat van tu. Jangan memain ko. Lagu UK's, Spring bagai tau. Gila lahhh pakcik-pakcik ni minat lagu tangkap leleh dari Malaysia. Haha..
Entah pukul berapa entah kami sampai. Terus masuk ke homestay. Rupanya homestay ni, homestay milik pakcik yang drive tadi tu. Sejuk kemain noks kat sini. Cecah lantai pun macam tak mampu je. Almaklumlah Dieng ni kawasan tanah tinggi. Harus lah sejuk gitu khen. Nasib baik dah solat bagai tak payah kena air dah. Mandi? Oh pleaseeee tak kuasa mak gigil-gigil macam ni! Setakat basuh muka, cuci kaki je.
Dah tu? Apo laie, tido ler. Besok nak bangun awal pagi nak tengok sunrise. ^____^
1 comments :
Salam. Hee seronok pergi Jogja.
Post a Comment