Saturday, May 10, 2014

Ni Hao Shanghai! ~ Day 2: Xintiandi, Shikumen Residence, People's Square, Shanghai Museum, Oriental Pearl TV Tower, Shanghai Urban History and Development Museum

Saturday, 11th January 2014

Hari kedua sudehh.. Semalam punya lah penat berjalan kemain jauh kan, sampai sakit-sakit kaki aku dibuatnya. Pagi ni macam dah reda lah sikit. Tapi bila jejak lantai ala-ala berdenyut-denyut gitu. Stress aku dibuatnya. Mungkin kasut yang aku pakai ni tak sesuai. Bukannya kasut baru pun. Dah pernah pakai lenjan jalan-jalan pergi Seoul tahun lepas. Entah ler. Kalau semakin parah, memang kena beli kasut lain lah gamaknya. Tak kan nak duduk kat bilik je tak nak pergi jalan-jalan kan? Hurrr.. 

Aktiviti pagi ni, disebabkan cuaca sejuk ya ampun, pagi-pagi lagi perut dah menangis kesedihan. Nyampess sungguh. Hostel yang kami duduk ni takde disediakan free breakfast, makanya kena lah cari makanan sendiri. Malam tadi dah bukak google map dan type Shanghai 清真, keluar lah dot-dot kecik warna merah tu. Kebetulan ada satu kedai mi tarik yang berdekatan dengan hostel kami ni. Makanya pagi-pagi ni kita pergi isi perut dulu! Dah tu baru lah start pergi jalan-jalan.

Breakfast kat sini..














Kami jalan kaki tak sampai 10 minit. Tak jauh mana lah kedai ni. Nasib baik lah kedai ni dah buka pagi-pagi ni. Rezeki kami lah kan. Kalau tak, maunya muka sememeh je.



So masuk lah ke dalam, dan macam biasa lah, no English no talk, point point picture only. Nak makan kenalah pandai-pandai kan. Berjaya lah jugak dapat makanan dan makan lah kami dengan gembiranya gitteww..

Senang kot nak cari kedai makan, kebanyakannya ada banner macam ni..
Jangan tanya nama dia apa.. Sedap wehh.. CNY13..

Dah kenyang, kami pun memulakan perjalanan kami untuk hari ni. Kalau dipikir-pikir, ditengok-tengok dan ditenung-tenung macam banyak je tempat nak pergi hari ni. Tapi yang tak bestnya, kaki aku dah mula buat hal. Semakin galak dia berdenyut-denyut. Terasa macam nak bukak je kasut dan jalan kaki ayam. Sudahnya terdengkot-dengkot makcik jalan. Seksa ya ampun! Hopefully mampu lah bertahan sampai aku jumpa kedai kasut. Kena beli kasut baru!

Apa-apa pun, destinasi pertama kami untuk hari ni ialah Xintiandi. Sebelum mai Shanghai ni dah belek-belek dah kat Internet gerangan apakah tempat yang bernama Xintiandi ni. Tengok gambar kemain menarik. Dah macam kat somewhere else gitu bangunan-bangunannya. Macam bukan kat China dah. Tengok pun macam best je. Kawasan ni, mengikut pembacaan kat internet, Old Shanghai katanya. Makanya mari lah kita tengok dengan mata kepala sendiri what is Xintiandi all about gitu.

Nak ke Xintiandi ni kami naik metro je. Dari Luban Road Station Metro Line 4 naik train dan transfer di South Xizang Road Station Metro Line 8 dan Laoximen Station Metro Line 10 dan turun lah kat Xintiandi Station. Penat dok transfer je. Siapa suruh duduk kat Luban Road kan. Dari Xintiandi Station, sila lah keluar ikut Exit 6 dan jalan lah ke arah utara. Kejadah lah kan mana nak tau utara, selatan, timur, barat. Jangan risau. Papan nama jalan-jalan kat Shanghai ni ada letak penanda arah. Tak pun korang bukak je lah compass kat smartphone korang tu. Tak payah sakit kepala. 

Dah sampai tu aku agak terkesima jugak lah. Ye lah, aku ni suka tengok architecture zaman tok kaduk. Best lah tempat ni. Dengan bangunan yang macam ni. Dengan kiri kanan pokok togel tak ada daun. Dengan cuaca yang sendu lagi mendamaikan. Dengan tak ramai orangnya. Hurmm.. Macam mana nak describe ye perasaan tu? Best? Syok? Semua sekali lah kot. Yang penting aku SUKA. 

Deretan bangunan di Xintiandi..
Old Shanghai berlatarbelakangkan Modern Shanghai..
Cuaca hari ni agak mandom lah jugak. Hujan renyai-renyai. Nasib baik coat ada hood, dapat lah cover kepala. Tapi aku bawak lah jugak payung. Ada orang tu sempat lagi jadi model payung posing tepi jalan. Kuikuikuikkk..

Kisahnya lah kan, bangunan batu-bata warna kelabu ni dipanggil Shikumen. Kalau ditanslate Shikumen tu jadi lah "stone gate". So, boleh kot kalau aku nak konklusikan kat sini bahawasanya bangunan warna kelabu ni sebenarnya ialah gate, pagar ataupun tembok lah ni. Disebalik tembok ni ada rumah-rumah kediaman gitu. Dah macam balik ke zaman feudal dulu-dulu lah kan berangan kengkonon ni castle. :P

Yang menariknya, inside this so called gate ke wall ke apa ke ni, bukan setakat rumah kediaman je. Ada kedai-kedai, restoran, bar, macam-macam lagi lah. Meriah lah pulak kisahnya kan. Boleh lah skodeng-skodeng nanti tengok kedai apa yang ada. Sebelum tu kita tengok kediaman orang dulu.


There's more behind the walls..

Kisahnya lagi lah kan, Xintiandi ni merupakan lokasi kongres pertama Parti Komunis China. Lokasi tempat ahli-ahli kongres ni berjumpa dan berbincang dan bermeeting lah gitu kan. Tempat kongres ni dijaga dengan baik dan dah pun dijadikan muzium. Namanya Museum of the First National Congress of the Chinese Communist Party gitu. Moh lah kita masuk.

Nak masuk ke dalam ni tak dikenakan apa-apa bayaran. Tapi mesti ada tiket. Pergilah kat kaunter untuk ambik tiket, dan ada security yang akan check tiket tu. Sebenarnya penggunaan tiket ni untuk kira berapa orang yang masuk ke dalam. Satu hari ada certain quota je berapa orang boleh masuk. Kalau dah habis tiket, sila lah datang besok pulak ye.

Tiket masuk..

Masuk-masuk je terus ada bendera China yang sangat besar dan merah itu. Dah tu ada arrangement bunga-bungaan in red and yellow kat atas lantai. Aku jeling Mulan, Mulan jeling aku. Boleh ambik gambar ke kat sini? Kena marah tak? So, terkepit-kepit je lah kat tepi, tunggu kot-kot ada orang ambik gambar kan. Bila dah nampak sorang pengunjung ambik gambar tak kena marah, baru lah kami berani posing depan tu. Hehe.. Tapi posing ambik gambar pun entah apa-apa sebab winter coat aku warna merah gak. Mulan pun merah jugak. Buruk kedaung merah sana-sini. 

Boleh lah posing kat sini..

Kat dalam muzium ni tak dibenarkan untuk snap gambar. So tangan tu dok dendiam je lah ye. Kat mana-mana ada security dok jaga. Kang tak pasal-pasal ko kena tahan, naya pulak lah kan. Interesting sebenarnya tempat ni. Kita boleh belajar pasal sejarah parti komunis ni, macam mana dia berkembang, apa aktiviti-aktiviti mereka, siapa yang terlibat, etc. etc. etc. TAPI malangnya semuanya dalam tulisan Cina. English ilekk~!! So tak paham apa lah. Sekali sekala aku menyelit kat dalam group yang ada tour guide. Tapi group tu pun Chinese. So tour guide speaking Chinese lah. Pengsan tak paham apa. Haha..

Susun atur barang-barang dalam muzium ni pun diletakkan mengikut kedudukan asal zaman kongres tu dulu. Ada bilik-bilik, ruang makan, meeting room, kat dalam meeting room tu pulak ada kedudukan setiap ahli kongresnya. Yang ketuanya duduk kat sebelah sini, yang ahlinya pulak duduk sebelah sini dan banyak lagi lah. Sayang kan, tak dapat nak memahami dengan lebih details. Time-time macam ni lah baru rasa menyesal drop out dari kelas Mandarin dulu. Kalau tak, mesti dah pandai cakap-cakap dan baca-baca dan paham-paham. Tskk..

Exhibition on relics..

Dah keluar dari main building, baru lah boleh ambik gambar. Gambar dinding je lah aku ambik. Dinding pun boleh buat aku kagum. Haha.. Parah sungguh. So, macam mana nak kenal bangunan kongres a.k.a muzium ni senang je. Gate atau tembok kelabu bersulamkan merah oren dia ni warnanya lagi terang kalau nak compare dengan tembok yang lain. Pintu masuk dan pintu keluar tak sama ye. Masuk ikut tang lain, keluar ikut tang lain. Jangan sesat sudey. Tapi kat situ-situ jugak lah. 

Dinding je lah..
Boleh nampak, yang sebelah kiri ni warna lagi terang dari yang sebelah kanan nun..

Keluar ikut sini..

Dah habis meround dalam muzium, kami masuk pula ke Shikumen Residence yang terletak bersebelahan dengan Muzium Kongres ni. Nak masuk ke dalam sini kena lah bayar CNY20. Kat Shikumen Residence ni kita boleh tengok senibina rumah, dan susun atur perabot yang ada. Syok jugak lah. Boleh tengok dapur, ruang makan, ruang rehat, bilik tidur. Bilik tidur pulak ada bilik utama, bilik anak perempuan camne, anak lelaki, atuk nenek, complete lah kot kan. Cumanya yang aku mosykil jamban takde. Nak u'uk kena keluar rumah lah kan. Tak nampak lah pulak jamban kat luar. Hehe..

Aku dok perhatikan lah kan dari segi architecturenya macam ramai yang duduk kat dalam satu-satu rumah ni. Maybe dia angkut sekali extended family dia. Tak pun yang dalam gate ni semua kaum kerabat dia. Senang kan bila nak raya. Tak payah balik jauh-jauh. Aku tepek gambo je lah ek keadaan kat dalam rumah Shikumen ni.

Tiket masuk..
Reception area? Masuk-masuk main door terus jumpa ruang ni..
Ruang tamu..
Dapur..
Bilik tidur..
Dah macam meja solek arwah nenek aku dah..

Ada banyak lagi gambar sebenarnya. Bilik tidur mak bapak lain designnya. Bilik tidur atuk nenek pun. Bilik tidur anak perempuan pun. Semuanya lain lah tapi malas aku nak tepek sini. Korang pergi google je lah ye. Tak pun pergi Shanghai ni terus. Hehe..

Now, it's time to skodeng kedai-kedai. Menarik kooo. Aku sampai konpius ini China ke, Europe ni. Hehe.. Restaurants yang ada kat sini semuanya western. Italian lah, French lah, Macam-macam ada. Tempat hang out orang putih kot kat sini. 

Antara kedai-kedai yang ada..
Tapas ni Mexican kan?
Macam tempat orang kaya lepak kan? 
Youngsters pun suka lepak sini kot..
Nampak mahal...

Dah! Marilah kita bergerak pergi. Dari Xintiandi tadi tu kami malas nak patah balik ke Xintiandi Station sebab macam dah jauh melencong. Nak try naik train kat South Huangpi Road Station je. Katanya berdekatan tapi hampeh tak jumpa. Nampak lah pulak uncle security ni duduk kat dalam booth dia tepi jalan. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Tapi kalau kita tanya dia tak paham, sesat jalan jugak. Hehe.. 

Penat kot nak explain kat uncle tu sebab seriously no English talk talk. Metro? Dia pun cong ceng. Metro zai na li? Cheh konon mempraktikkan few words yang aku tau. Mampuihhh dia cong ceng cong ceng kan aku balik. Alahai. Gigih lah pulak aku mengoogle perkataan metro ni Chinese. Tengah belek handphone tu ternampak apps Shanghai Metro, terus aku tunjuk kat uncle tu simbol metro. Aku pun dengan konpidennya, "Igo.. Igo.. Zai na li.." Lepas cakap tu baru perasan. Tebiat sungguh aku campur aduk Korean dengan Chinese. Haha.. Nasib baik uncle kenal simbol Metro. Terus dia suruh jalan straight je no kona-kona. Huhu.. 

Destinasi kami seterusnya ialah People's Square. Station metro yang terdekat dengan People's Square ni, People's Square Station lah. Dari South Huangpi Road Station ni cuma satu stop je tak payah nak tukar-tukar train. Kalau setakat satu stop, boleh je jalan kaki. Tak ada lah jauh mana pun. Tapi mengenangkan kaki aku yang dah seriously injured ni, kita naik train je lah ye. 

Sebenarnya banyak landmarks dan attractions yang ada kat sekitar People's Square ni tapi kami tak pergi kesemuanya lah. Ada Shanghai Museum, Shanghai Urban Planning Exhibition Center, Shanghai Grand Theater, Shanghai Municipal Government Mansion dan banyak lagi lah. Attraction yang kami pilih untuk pergi ialah Muzium. Jom!

Urban Planning Exhibition Center & Municipal Government Mansion..
Shanghai Museum..

Macam semakin lebat lah pulak hujan. Cepat-cepat kami berlari masuk ke dalam muzium. Mungkin sebab masih awal lagi walaupun dah dekat pukul 12 tengahari, orang tak berapa ramai kat kawasan sekitar People's Square ni. Sebab hujan pun ye jugak kan. Tak ramai orang, takde lah serabut kepala aku masuk muzium. 

Shanghai Museum ni besoooo. Ada 5 tingkat. Setiap tingkat tu ada 2-4 galeri. Mabuk jugak lah jalan-jalan dalam tu. Memang full course, apa yang perlu kita tau pasal Shanghai dan China secara umumnya boleh kita dapat dalam muzium ni. Opening hours ialah dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Admission FREE! Tak payah bayar apa-apa. Kemain gembira aku. Tapi tiket masuk tu terhad kepada 8000 pengunjung je setiap hari.

Kebetulan time kami pergi ni ada pameran tentang Tamadun Islam. Memang banyak lah barang-barang exhibits yang berkaitan dengan Tamadun Islam yang dipamerkan. Aku ni kemain takut-takut nak ambik gambar dalam ni, tapi disebabkan semua orang selamba je, aku pun keluarkan kamera. Hehe.. Tak sure pulak ada signage tak boleh ambik gambar atau tak.

Mostly on Turks ni..
Add caption

Jalan-jalan dalam muzium ni aku surrender. Oleh kerana galeri-galeri dalam muzium ni berkarpet makanya kasut sudah selamat kutanggalkan. Memang jalan kaki ayam je pakai stoken. Kasut jinjit kat tangan. Tak tahan dah makcik! Bila tak pakai kasut ni kemain sedap kaki aku bernapas. Nak jalan pun takde masalah. Orang pandang pun aku buat donno je. Ada budak seorang ni gigih suruh mak dia tengok aku jalan kaki ayam. "Mama kan! Kan!" Chaittt..

NI KAN LE~!!

5 Tingkat, kami mula dari tingkat atas dan turun ke bawah. Gasak je lah ikut turutan mana janji semua galeri aku pergi dan tengok apa yang ada. Kat sini syok sikit lah nak menghayati pameran yang ada sebab ada description in English. Kalau tak mau aku jeling-jeling je. Tak banyak nau gambar aku ambik kat sini sebab malas. Hehe.. Asal boleh je lah ye aku tepek gambar kat sini.

Bertingkat-tingkat..
Duit zaman dulu-dulu..
Meeting room?
Jade..
Taburan etnik di China..
Ni dah macam tangkal buat halau hantu je.. Tulisan dia tu.. hehe..
Dragon Kiln namanya.. 

Entah apa-apa gambar aku tepek kat sini. Buat cukup syarat je lah aku dah sampai Shanghai Museum ni. Hampir 3 jam jugak lah kami berkampung dalam muzium ni. Gigih kan? Lagi pun syok duduk dalam ni panas. Kat luar sejuk kedaung. Kat luar langit masih mendung. Hujan macam makin lebat. Tapi yang buat aku kagum serta terkejut gila babannya bila tengok barisan kat luar muzium ni. Homaiii.. Mereka semua ni beratur panjang untuk masuk muzium. Ternganga makcik. Tak pernah aku tengok orang beratur panjang macam ni untuk masuk muzium. Kalau masuk stadium untuk konsert, biasalah aku tengok. Hehe..

Kagum dek non!
Dah kat luar ni tak boleh lah buat sewel jalan kaki ayam. Kang gangren pulak kaki tu kesejukan. So kena lah jalan slow-mo. Kami jalan-jalan kat People's Park pulak. Park ni aman damai jugak lah. Macam pelik pulak ada kawasan hutan macam ni kat tengah-tengah bandar dan dikelilingi bangunan-bangunan tinggi. Aku cakap hutan sebab pokok dia tinggi-tinggi ler. Tapi best jugak lah jalan-jalan kat sini. Relaks je..

Ada banyak benda kat dalam People's Park ni. Aku nampak Amusement Park lah, ada kolam-kolaman lah, flower garden lah, macam-macam lah. Walaupun rasa best jalan-jalan kat sini, stress jugak sebab hujan. 

Skodeng-skodeng..
Amusement park..
Ni beratur nak masuk mana pulak ni?? 
Ada pond..

Jalan punya jalan punya jalan dah dekat 3.30 petang dah. Siang dah tak panjang mana dah. Perut pun dah mula menggelegak makanya kena lah kami cari makan. Kisahnya, kat area People's Square ni ada kedai mi tarik yang agak glamer reviewnya kat internet sebab ada menyediakan beef stew ke apa gitu. Aku pun lupa dah. Kami pun cari lah sampai sesat barat pusing-pusing. Masa ni memang stress habis sebab selalunya aku memang terer bab-bab mencari arah ni. Kalau tak tau, ikut je instinct dan terus jumpa dengan tempat yang kita nak cari tu. Tapi agaknya sebab kerek nau dah kan haha, tak jumpa pulak. Dekat setengah jam jugak lah kami melilau.

Jalan-jalan tu jumpa jugak lah dengan satu kedai mi tarik. Tapi aku ni mentel nauu takmo yang ni. Nak yang review best kat internet tu jugak. Degil sangat kan. Nasib baik dah last-last tu jumpa jugak. Kalau tak jumpa mau aku kena bantai dengan Mulan. Dah la sejuk, kelaparan, mentel pulak tu. Haha..

Ini lah kedainya..

Kementelan aku tu tahap macam mana tau? Mentel sebab nak pi kedai beef stew tapi dah sampai ni tak order pun beef stew. Order nasi goreng! Kejadah sangat lah kan. Kalau makan kat kedai yang first jumpa tadi pun takpe. Haha.. Sorry Mulan. Aku mentel hari ni. So macam biasalah kan, tunjuk gambar kat dinding. 

Siapa boleh tolong translate? Hehe..
Nyamnyamnyam... 

Tapi yang bestnya kedai ni kan, dia bukan setakat ada makanan goreng-goreng je. Dia ada jual kuih-kuih and dumpling. Aku tengok macam kecur air liur je kan tengok gambar dumpling kat dinding tu, so order lah satu set. Sedap ko.. Inti dia mince meat and veggies. Haiyohh.. Ngencess bila ingat balik.

Dumplings.. Rupamu yang seksi itu.. Rasamu yang sedap itu..

Total makan, seorang CNY17. Boleh lah, janji kenyang dan puas hati. Bergerak lah kami balik semulaa ke People's Square. Jalan-jalan tu, jumpa lah pulak SPAO. Aleng ada kirim baju, tapi tak ada stok lah pulak. Duduk sekejap dalam SPAO ni panaskan badan. Kuikuik..

SPAO dari kejauhan..
Banyaknya t-shirt!!

Kalau ikutkan, jalanraya kat sebelah SPAO ni boleh tembus terus ke East Nanjing Road, tapi malas lah pulak kami nak jalan-jalan kat sini. Besok je lah kami datang balik. So, kami pun terus ke next destination iaitu Oriental Pearl TV Tower. Tower yang glamer tu. Yang jadi lambang Shanghai tu. Glamer disebabkan architecture dia yang unik dan menarik. 

Oriental Pearl TV Tower ni letaknya di Pudong, di kawasan seberang sungai. Nak ke tower ni, kami naik train dari People's Square Station dan turun di Lujiazui Station. Naik line 2, cuma dua stop je tak perlu tukar-tukar train. Kat sini, nak keluar tu agak confusing sikit sebab Exit yang dinyatakan kat Internet dah ditutup sebab ada renovation in progress. So, pusing ikut lain ler kami ni jawabnya. Dari jauh dah nampak tower ni, jadinya kami jalan je menuju ke arah tower tu.

I see you~!!

Dah alang-alang sampai, kalau tak naik ke atas macam rugi lah pulak. So beli lah tiket. Ada beberapa pakej tiket ni. Konon nak ambik paling murah tapi habis stok dah. Yang ada tiket mahal je. Huhu.. Tutup mata je lah bayo. 

Tiket.. CNY160 koooo.. Nangis..

Agak besar jugak lah kawasan luar tower ni. Macam-macam ada. Lampu lip lap anak mami pun menarik untuk dipandang. Apa-apa pun kita masuk lah dulu sebab hujan + angin kuat + sejuk nak mampuih. Tower ni bukan sekadar tower je. Macam-macam jugak ada kat dalam. Kalau sempat boleh explore satu-satu. Tapi kalau dah malam, macam ni dah lambat, mana yang dan je lah.

Macam tengok konsert SUJU plak.. Kuikuikkk..
Welcome earthlings...

Dari pintu masuk ke tower ni punyalah jauuuuuhhh nak kena jalan berpusing-pusing nak sampai ke lif untuk ke observation deck. Dah sampai lif tu ramai pulak pemandu lif (pemandu ke?) tengah tunggu mangsa. Hehe.. Kemain merah mak ngah uniform diorang. Kami pun merah-merah jugak. Kadang-kadang aku rasa seram jugak takut kena tangkap sebab pakai merah-merah ni. Haha motip sangat lah kan.

Pemandu lif..

Entah berapa tingkat lah untuk naik sampai ke atas. Tapi yang aku tau, tinggi tower ni 468m setelah digoogle sebelum mai naik atas ni. Dah sampai atas tu, perghh.. Best gilak kot? Boleh nampak kawasan Pudong, The Bund pun nampak jugak. Banyaknya lampu-lampu. Suka, suka. 

Ini kat belah dalam lah. Kalau keluar kat bahagian luar, dia punya lantai see-through you know. Gayat mokcik tengok ke bawah. Nak berdiri kat lantai tu pun seram je takut pecah dan terus i believe i can fly gitu. Menggigil-gigil jugak lah. Mula-mula seram tapi lama-lama eksen pulak tu berani kemain. Tapi kesian lah, ada kawan sampai merangkak kat situ nak bergambo punya pasal. Hehehe..

The Bund..
Berdekatan tower..
Mohh berdiri kat situ..

Selain observation deck, ada lah jugak kedai souvenir, game arcade, mini amusement park, 5D cinema (apo yang sampai 5d tu?) dan macam-macam lagi. Memang boleh spend banyak masa lah jugak kat sini. Tapi kami setakat tengok-tengok macam tu je. Malas nak stay lama-lama. Stay pun sebab layan blues tengok pemandangan malam. 

Sebenarnya attractions dalam tower ni letaknya kat berlainan tingkat. Kenalah rajin-rajin mengexplore. Turun tingkat bawah, dan bawah, dan bawah lagi. Banyak benda jugak lah yang ada. Cuma rajin atau tak je.

Kedai souvenir..
Game Arcade..
5D cinema.. 360 darjah kot screen dia?
Amusement Park..

Bila rasa dah puas tu kami pun turun lah ke bawah. Turun-turun je terus nampak Shanghai Urban History and Development Museum. Kami masuk lah sekejap. Kaki aku pun dah pengkor, boleh lah nak masuk dalam jalan-jalan bukak kasut.

Ada beberapa ruang kat dalam muzium ni yang menceritakan tentang sejarah Shanghai. Dari kisah old city, perjanjian dengan foreigner, shikumen, architecture dan banyak lagi lah. Kisahnya aku malas dah nak jalan-jalan sebab sakit kaki. Aku bagitau Mulan aku tunggu kat pintu masuk ni je dan suruh dia jalan-jalan sendiri. Tapi rasa nak menyumpah-nyumpah aku dibuatnya bila pintu masuk ni one way je. Tak boleh keluar ikut situ jugak. Siap ada security jaga. Haha.. Stress haku. Nak keluar kena naik tangga. NANGIS..

Dah alang-alang kat dalam ni, aku ambik gambar jugak lah sekeping dua. Tak banyak pun. Jumpa tempat duduk je aku duduk. Jadinya, aku tak menghayati sangat lah muzium ni. 

Tram ye olde days..
Tokey candu ke ni?
Shanghai in the old days..

Dah naik tangga tu, pusing-pusing aku ingatkan boleh terus keluar. Boleh pulak turun tangga balik. Chaiittt.. Macam dah nak terkeluar air mata aku menahankan kaki ni. Masih kat dalam muzium lagi ni. Jauh lagi nak ke metro station. Dah tu nak tukar-tukar train lagi balik hostel. Dah tu nak kena jalan lagi. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

Tapi akhirnya kami berjaya jugak lah sampai hostel. Lega dapat bukak kasut dan renggang-renggangkan kaki. Lepas mandi bagai, tepek salon pas banyak-banyak. Baru lah lega sikit. Sangat lah tak boleh jadi kalau macam ni. Besok mesti cari kasut! Tapi nak kabo jugak lah. Hari ni makcik berjaya berjalan sebanyak 25000 langkah. Hehe.. 



Stop sini dulu!

Kos perbelanjaan hari ni:-

Makan Breakfast & Lunch = CNY30.00
Topup Transportation Card = CNY10.00
Shikumen House Entrance Fee = CNY20.00
Oriental Tower Entrance Fee = CNY160.00

TOTAL = CNY220.00

0 comments :