Wednesday, 29th October 2014
Hari ketiga di Jeju, dan hari ni kami nak naik Halla-san yay! Memang tinggi betul cita-cita aku nak naik gunung ni. Tak padan dengan sakit lutut, sakit pinggang bagai. Orang lain nak naik, takkan aku nak kena tinggal kat belakang kan. Yang penting kita enjoy-enjoy dulu, sakit ke, tergolek ke, apa ke kita pikir kemudian. Hehe..
Kami keluar selepas simple breakfast, roti bakar, scrambled eggs dan sambal ikan bilis. Roti dan telur, hostel ada sediakan. Boleh lah bersilat kat dapur tu nak buat apa-apa dan sila lah makan mengikut kesesuaian. Nak naik gunung ni kena lah makan banyak buat bekal tenaga. Kang terkelepet lah pulak tengah jalan.
|
Jom!! |
Naik ke puncak Hallasan merupakan salah satu daripada aktiviti yang boleh dibuat di Pulau Jeju ni, especially pada mereka yang minat hiking. Ada 7 hiking trail kat sana, tapi tak semuanya sampai ke puncak. Kami ni bukan lah jenis pendaki tegar, cuma lebih kepada jalan-jalan slow motion tengok nature. Makanya, daripada banyak trail yang ada ni, kami ambik trail yang paling pendek, iaitu Yeongsil Trail. Hehe..
Dah la paling pendek, lepas tu dek tersampuk pulak dengan variety show Korea 2 Days 1 Night, di mana satu episode tu
Sung Sikyung dan Yoo Haejin naik Hallasan ikut laluan Yeongsil Trail ni. Semangat lah ni kononnya nak feeling sama-sama dengan pakcik-pakcik ni. Hehe.. Lagi pulak, scenery yang ditunjukkan kemain lawa. Memang teringin sangat lah nak tengok dengan mata kepala sendiri.
Nak ke Halla-san melalui Yeongsil Trail ni, kalau sewa kereta boleh ikut Route 1100. Dah tu ambil Route 1149 (simpang masuk ke kiri, kalau dari Jeju City). Dari simpang masuk jalan besar ke main entrance Yeongsil Trail, kena drive lebih kurang 10 minit lagi. Kalau naik bas pulak, dari Jeju City Inter-city Bus Terminal cari bas Route 1100. Tapi bas ni berhenti kat jalan besar je kat simpang masuk tu. Terpaksalah menapak mendaki bukit untuk ke entrance Yeongsil Trail. Fuh, penat tu! Kalau naik teksi, bagitau je driver teksi nak ke Yeongsil (영실). Tau lah dia nak ke mana. Hehe..
|
Route 1100.. Pandai-pandai lah ko paham sendiri.. |
|
Parking dulu.. Dah banyak kereta dah.. |
Disebabkan gerak dari hostel pun dah lambat, car park pun hampir penuh. Terpaksa lah parking jauh sikit dan jalan kaki dalam 10 minit ke permulaan trail. Bayaran yang dikenakan untuk parking ni dalam KRW1,200 kalau tak silap aku. Bayar masa masuk dari jalan besar tadi.
Oklah, kita tarik napas panjang-panjang dan off we go!
|
Fighting!! |
Yeongsil Trail ni bermula dari bahagian barat Hallasan, dan panjangnya ialah 3.7km (lebih kurang dari entrance ke Witseoreum Shelter) dan terbahagi kepada 3 bahagian. Mula-mula laluan senang yang ditanda dengan route berwarna kuning. Pendek je kalau ikutkan route kuning ni. Dia kira dari simpang masuk jalan besar agaknya. Haha.. Dah masuk ke entrance tu, akan bertemu dengan laluan susah yang ditanda dengan route warna merah, dan last sekali baru lah laluan sederhana (route warna hijau).
Witseoreum Shelter yang berada di penghujung Yeongsil Trail ni pulak, merupakan titik pertemuan antara Yeongsil Trail dan jugak Eorimok Trail. Kalau sambung lagi perjalanan (melalui Eorimok Trail), kita akan bertemu dengan Nambyeok Junction. Nambyeok Junction ni pulak merupakan titik pertemuan antara Eorimok Trail dengan Donnaeko Trail. Pening? Sila tengok gambar kat bawah ni. Haha..
|
Kesemua route yang ada.. Gambar diambil dari http://www.hallasan.go.kr/english/ |
Seperti yang aku dah taip kat atas tadi, kat Hallasan ni ada 7 hiking trails. Nak tau lebih lanjut, trail mana yang memenuhi kesesuaian jiwa raga, operating hours, the do's and don'ts, boleh lah pergi ke website rasmi
Hallasan National Park.
Bersiap-sedia lah kami untuk naik ke atas. Jenis santai-santai je kami ni, baju ala kadar pakai windbreaker cikai, bawak air seorang sebotol dan jugak jajan biskut dan buah limau. Masing-masing bawak beg cantik pergi shopping. Bukannya proper beg hiking pun. Hehe.. Nasi bekal dan lauk ada jugak kami bawak, tapi ditinggalkan dalam kereta je. Nak bawak banyak-banyak naik ke atas karang tak larat lah pulak. Dah turun nanti boleh lah kita picnic menjamu selera.
Tersenyum sumbing je lah kami melihat pakcik, makcik, atuk dan nenek Korea yang nak naik ke atas bersama-sama kami ni. Baju masing-masing warna striking dan shocking habis punya fluorescent. Beg masing-masing pun agak besar. Dah tu, tak dilupakan hiking stick di tangan. Memang tak boleh lawan lah dengan diorang! Ada yang tersenyum je tengok kami sempoi ya ampun macam ni. Ada jugak yang rajin menegur. Pelik pulak dia tengok kami yang bertudung ni nak berhiking sampai ke atas.
|
Sebelum naik, boleh baca apa-apa yang patut.. |
|
Start!! |
Ok, start! Mengikut maklumat yang diperolehi setelah menggoogle, nak naik sampai ke Witseoreum Shelter tu mengambil masa lebih kurang satu jam setengah hingga ke dua jam. Kalau kami ni, kena kali dua lah gamaknya. Hehe.. Mula-mula tu rasa ok je jalan. Sebab masih route warna kuning kan. Dah mula route warna merah, fuhh.. Senak! Lagi senak bila kena potong dengan atuk dan nenek. Nangis mak!
|
Masih steady.. |
|
Tenang je.. |
|
Mula dah route merah.. |
|
HUWAAAA!! Padan muka kaaaauuuuuuuuu.. |
Haha.. Gila betul! Jalan tak sampai seminit, berhenti. Jalan lagi seminit, berhenti 5 minit. Ni bila nak sampai pun tak tau lah. Sebenarnya kan, tak lah gerun sangat laluannya. Cuma aku ni kurang stamina. Haruslah kembang kempis hampushh kat tengah jalan. Last-last, kami terpisah. Aku lah yang paling belakang sekali. Hehe..
Awal-awal naik ke atas ni, tangga yang ada ni pun sekadar batu-batuan je. Kena lah pandai memijak. Tak lama tu, bertemu lah dengan tangga kayu. Rasa lega sikit naik tangga kayu ni, tak lah gayat sangat dan tak perlu nak melangkah besar-besar. Tapinya, sampai ke sudah tangga kayu ni je. Memang menangkap betul lutut aku yang karat ni. Huhu..
Yeongsil Trail ni merupakan salah satu daripada Ten Most Beautiful Scenic Views of Jeju Island. Selain daripada tu, ia jugak merupakan hiking trail yang mempunyai autumn foliage paling cantik kat Hallasan ni. Tapi malangnya, masa kami kat sini belum nampak sangat autumn foliagenya. Ada lah jugak warna oren, merah, coklat sana-sini. Cuma tak berapa nak meng"wow"kan. Hehe..
Tarikan lain yang ada di Yeongsil ni ialah sekumpulan batuan volkanik yang diberi nama Yeongsilgiam. Ia terletak di ketinggian 1,400 sehingga 1,600 meter dari aras laut. Yongsilgiam ni bermaksud "The room where the Mountain Gods Live". Bentuk batuan volkanik Yeongsilgiam ni agak unik jugak lah, muncung-muncung menirus ke atas gitu. Hehe..
|
Yeongsilgiam berlatar belakangkan Hallasan.. |
|
Yeongsilgiam yang aku capture.. Haha.. |
Nama lain bagi Yeongsilgiam ni ialah Ohbaekjangun dan Ohbaeknasan yang bermaksud 500 General. General tentera lah ni. Ini disebabkan bentuknya yang muncung-muncung ke atas tu yang dikatakan menyerupai bentuk seorang jeneral. Eh, bukan seorang, tapi 500 orang. Haha.. Alkisah mengikut lagendanya, seorang ibu ni tengah masak sup dalam satu periuk yang besar untuk menjamu 500 orang anaknya. Entah macam mana, ibu ni terjatuh ke dalam periuk dan mati. Anak-anaknya yang seramai 500 orang ni, tak perasan ibunya jatuh ke dalam, lalu memakan lah sup itu. Sedap gitu kan. Haha..
Dah tu, anak bongsu ibu ni, anak yang ke-501 I supposed, balik ke rumah dan dapat tau apa yang dah terjadi. Tergamak abang-abang dia makan mak dia kan, lalu dia pun melarikan diri ke Chagwi Island disebabkan tak sanggup lagi nak hidup dengan abang-abangnya. Kat sana, dia bertukar menjadi batu. Kesemua 500 abang-abangnya pulak pergi ke Hallasan, dan bertukar menjadi batu juga. Dah kenapa semuanya nak jadi batu, best kot kan jadi batu ni. Begitu lah ceritanya. Sekian, terima kasih. :P
Ada beberapa tempat rehat disediakan sepanjang laluan ni. Yang semput macam aku, haruslah berhenti rehat kan. Kat tempat-tempat rehat macam ni lah geng kami berkumpul balik, ambik gambar dan makan jajan. Bila start balik jalan, berpecah lagi. Dah tu jumpa balik di tempat rehat yang seterusnya. Ambik gambar dan makan jajan lagi. Bilanya nak sampai ke atas aku pun tak tau lah kalau dah macam ni.
|
Antara tempat rehat yang disediakan.. Dalam 2D1N ada pertandingan karaoke kat sini.. |
|
Dah jauh dah kami berjalan.. |
Kalau dah naik ke atas sikit, boleh lah nampak Byeongpung Bawi, yang bermaksud "Folding Screen Rocks". Byeongpung Bawi ni sebahagian daripada Yeongsilgiam. Bentuk dia tegak-tegak macam folding screen. Tau tak folding screen tu hapa? Kalau suka tengok sageuk (drama korea zaman raja dulu-dulu), memang boleh cam lah folding screen tu apa. Kalau tak tau jugak, kau ibaratkan je lah sunscreen kereta kau yang boleh lipat-lipat tu. Hehe..
|
Byeongpung Bawi sebelah kiri.. Tegak dan menjunam dan panjang melebar.. |
Kami berempat ni tak ubah gaya artis kat lereng Hallasan ni. Ramai betul orang nak bergambar dengan kami. Hehe.. Ye lah, alien kan. Antaranya ahjusshi-ahjusshi kat gambar bawah ni. Excited dia nampak orang bertudung. Pandai dia teka kami dari Malaysia. Mungkin sebab dia pernah pergi jalan-jalan Malaysia lah kot kan. Kalau tak, sokmo aku ni kena cop orang India. Haha..
|
Ahjusshi baju oren dan biru kemain excited, yang baju hijau redha je.. Haha.. |
Perjalanan disambung. Penat jangan cakap lah. Nak-nak somewhere tengah jalan tadi, tiba-tiba lutut aku bunyi praaapp. Memang sedap lah kan jadinya. Dah terhencot-hencot naik tangga. Nak naik rasa OK lagi ni. Memikirkan macam mana nak turun je nanti ni. Mau mengesot aku dibuatnya. Huhu..
|
Baru separuh jalan.. |
|
Candid yang tak candid.. Hehe.. |
|
Cuba teka starting tadi kat mana? |
Setelah lama mendaki menikmati kawasan pemandangan yang luas, kami tiba di kawasan yang agak tertutup dengan pokok-pokok kayu gondol. Kalau tengok pada pokok-pokok ni dan kawasan sekitar, rasa macam seram je. Aku terus terbayangkan hutan scary dalam kartun Disney Sleeping Beauty tu. Penuh dengan pokok-pokok berduri.
Daripada kawasan coklat-coklat, tiba-tiba jumpa kawasan hijau-hijau. Tangga pun dah semakin kurang. Banyak berjalan atas batu-batu je. Memang yabedabedu lutut aku dibuatnya. Haha..
|
Hutan Sleeping Beauty.. |
|
Tandus.. |
|
Batang pokok.. |
|
Unik kan.. |
|
Tiba-tiba je hijau.. |
|
Jaga-jaga Cik Salmah... |
Once keluar je dari hutan Sleeping Beauty tu, terus rasa nak menangis pun ada. Mana taknya, bertemu dengan jalan rata all the way sampailah keWitseoreum Shelter. Yay! Aktiviti pertama dibuat kat sini, of course lah ambil gambar dan posing sakan. Siap lompat-lompat. Memang cari nahas aku ni.
|
Tadaaa.. Keluar je hutan terus nampak view ni.. |
|
Sikit lagi nak sampai.. |
|
Panoramic view.. |
|
Peak of Hallasan close up.. |
Dah jalan rata macam ni, memang syok sikit lah nak jalan. Takde lah rasa stress sangat. Tak lama jalan tu, kami bertemu dengan kawasan mata air. Air minum pun dah tinggal sikit, boleh lah top up kat sini. Ramai jugak yang beratur ambik air ni.
|
Boleh ambik air kat sini.. |
|
Sambung lagi jalan.. |
|
Sikit je lagi.. |
|
Yay sampai dah! |
|
You are here! |
Alhamdulillah. Akhirnya, sampai juga di Witseoreum Shelter. Tak lah besar mana tempat ni. Ada beberapa buah bangunan je kat sini. Bangunan management merangkap kedai runcit, toilet dan jugak guard post. Berehat lah kami seketika kat sini sebelum merangkak turun lah pulak. Hehe..
Seperti yang aku dah explain tadi, Witseoreum Shelter ni merupakan titik pertemuan di antata Yeongsil Trail dengan Eorimok Trail. Dari sini, ada lagi trail sejauh 2.1km untuk ke Nambyeok Junction. Tapi disebabkan dah lewat dah ni, trail tu dah pun ditutup. Ada cut off time lah kiranya untuk hike ke sana. Makanya, kita lepak kat sini je lah.
|
Ke Nambyeok Junction.. |
|
Route kat belakang tu ke Nambyeok Junction.. |
Dah berjam naik, mesti lah nak pergi jamban kan. Tak tahan dah. Tapi, gila horror lah jambannya. Haha.. Sebab dari jauh lagi belum sampai toilet lagi, dah semacam baunya. Bila masuk, fuh jangan cakap ler. Sekali kan, sekali kan, sekali kan. Memang kau rasa nak pengsan pun ada. Haha.. Jamban tu setakat lubang je. Apa yang dibuang semuanya jatuh ke tanah. Siap boleh nampak hasil tinggalan manusia kat atas tanah tu. Hahaha GILA! Memang horror habis. Tapi ye lah, kalau kau dah tak tahan, kau belasah je lah kan. Natural Fermented Restroom katanya. Haha.. Apa yang fermented? Haha..
|
Jamban fermented kat belakang tu.. |
Tengok orang lain kemain best je makan ramyun kat atas ni. Semua pakat beli kat kedai runcit yang ada kat situ. Rugi pulak kami tak bawak maggi cup. Haha.. Seronok juga ni kalau piknik kat atas ni. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Tapi, takpelah kot. Angin sepoi-sepoi ni jugak lah yang membawa natural scent dari fermented toilet tu. Haha.. Nak makan pun takde selera jadinya.
Dah agak puas berehat, kami pun bergerak turun. Memang challenging sungguh buat lutut aku yang injured ni. Terpaksa ikat knee guard ketat-ketat dan pinjam tongkat hiking Mel. Redha sangat-sangat lah kena tinggal kat belakang. Dah malas nak pikir apa-apa dah. Jalan je lah pelan-pelan. Janji tak rushing. Karang semakin teruk pulak jadinya. Masih banyak hari lagi ni kat Jeju ni. Huhu..
|
Bergerak turun.. |
Selepas lebih kurang dua jam setengah berjalan, kami pun sampai ke trail entrance. Syukur Alhamdulillah. Masa yang diambil untuk naik, rehat dan turun adalah selama 7 jam. Tu baru trail pendek. Kalau trail panjang entah kena camping agaknya kat atas tu. Haha.. Memang aku orang yang paling terakhir sekali sampai kat bawah. Bila mula-mula cecah route kuning, aku ditinggalkan dengan pantas kat belakang. Yang lain semua dah pecut 100 meter ke depan. Masing-masing dah tak tahan nak terberak lah terkencing lah. Banyak sangat minum air dan makan buah limau. Mana perut tak bergelodak. Orang ajak masuk fermented restroom kat atas tadi tak nak. Haha..
Dah selesai memerut dan membuang, kita isi balik perut kita. Cari port yang sesuai, dan NGAP ler!
|
Bekalan yang dibawa.. |
|
Aduh nikmat sangat! |
Lepas makan, terus balik hostel. Penat ya ampun dibuatnya. Tidur awal malam tu lepas habis satu badan kutepek dengan salon pas, dengan harapan besok dah tak sengal-sengal dah. Nak buat marathon besok ni, badan nak kena kuat. Haha..
Settled hari ketiga di Jeju. Till the next entry!
Kos perbelanjaan hari ni:-
Yeongsil Trail Parking = KRW300
TOTAL = KRW300
0 comments :
Post a Comment