Tuesday, January 3, 2012

Kimbab Party~!

Semalam kami ada party kimbab~! Nom nom nom~!! Kisahnya, Simon Lee sonsaengnim sebelum Krismas lagi dah sakan SMS all the students to come for the party. Aku pun iyakan sajalah. Syok jugak kot dapat kumpul-kumpul makan-makan kan? A few days later, another SMS datang lagi. Kali ni entah dari siapa. Grace kot. Pesannya, Please come! We have some Korean Friends joining us~!! Wahh.. Ini sudah bagus, kataku dalam hati. Kot-kot ada yang hensem ke kan. Hahahaha.. Banyak lah kau punya handsome. Yang handsome of course lah dah jadi artis kan?? 

The day has come. Aku agak huru hara jugak lah because the party starts at 6pm. Aku ni dah lah almost a day berkelana kat jalan. Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Kota Kinabalu. Bermula dari 7 pagi di Johor Bahru sehinggalah pukul 4 petang tiba di Kota Kinabalu. Gilersss.. Penat jangan cakap lah. Ting tong ting tong pukul 5 baru sampai rumah. Ting tong ting tong lagi 5.45 baru keluar rumah. Sampai sana dah pukul 6.20. Solat maghrib dulu sebelum terjah party. 

Masuk-masuk je kelas, si Grace dah sergah. HAH~!! "Sila bayar dulu.." katanya. Iskk.. Yoja seorang ni. Rajin pulak dia nak cakap Melayu dengan aku hari ni. Tersengih Gace bila aku hulur RM10 padanya. "Ok. Boleh join sini." Diushernya aku dan Dila ke satu meja. 

Aku pun duduk lah. There's these two Korean girls sudah menunggu. Aiseh. Perempuan kah? Mana lelakinya? Hahahaha.. Lambat kami ni kan. Mula-mula rasa masak jugak lah bila fikir macam mana nak communicate dengan budak dua orang ni. Korean aku dah lah lama tak brush up. Kelas pun dah berapa kali dah aku ponteng. Padan muka aku kan. Sekali hambik kau. They spoke fluent English. Nganganganga....

Yang seorang nama Tina. From Seogwipo-si, Jeju-do. Tersengih aku. Mana taknya. 3 hari aku dan geng melepak kat sana back in February 2011. Yang seorang lagi namanya Lyn. Sakan you all masing-masing pakai nama English. Senang kot nak sebut. Alah, kalau bagi nama Korean pun, tak adanya aku nak tergeliat lidah nak sebut. Lyn ni dari Busan. Ngaaaaaaa... Suka aku kalau nak dengar dialek Busan. So, bebudak dua orang ni dan beberapa lagi kawan-kawan mereka datang dari Gyeongin University kalau tak silap aku. Somewhere in Incheon. Ambik course Education for Elementary School. Wahh.. Bakal cikgu lah ni. Kenalah pandai serba serbi macam ni. Menyanyi, menari, bersukan, bercerita etc. etc. etc. Diorang beramai-ramai datang dengan dua orang Prof diorang. Cuti-cuti ke Malaysia kekdahnya sambil mingle with the Korean Community yang ada kat KK ni. 

Lyn..

So kami borak-borak lah. Aku lebih banyak berborak dengan Lyn daripada Tina. Tina dok melayan lagi dua orang Chinese girls ni. Lyn ni comel jugak lah. Ceria sentiasa. Manja pun ye. Banyak aegyo minah ni. Hehehe..

Then it's time to melantak~! Sebelum melantak kena buat kimbab sendiri ye tuan-tuan dan puan-puan~!! So, the Korean kids pergi mengcollect bahan-bahan untuk dibuat kimbab.

Simon Lee sakan memberi instruction. Belasah dia campur cakap Melayu, English dan Korean. 

Getting ready..

Meja sebelah..

Meja depan dah start buat..

Ok. Kenapa kimbab bernama kimbab? Kenapa tak nama lain? Basically "kim" ialah seaweed, "bab" ialah rice. So, seaweed rice lah jadiknya. Senang kan? Hahahaha.. 

Ini ialah "kim". Excited sangat sampai pegang "kim" terbalik..

The ingredients..

So, bermula lah aktiviti kami membuat kimbab. Tina pun ikut excited sebab dia pun tak pernah buat kimbab ni. Hahaha.. Aku tanya kenapa. Dia jawab "Because my mom made it for me...." Cheh~!! So bahan-bahan yang ada :- seaweed, nasi, timun, telur goreng, carrot, pickled radish and sosej. Aku tenung je sosej tu. Entah sosej apa yang Simon Lee ni bagi. Hahaha.. Jadinya kimbab aku, aku tak letak menatang tu. Tepek punya tepek. Gelek punya gelek. SIAPPP~!!

Jajan~!! My Kimbab!!

Kebetulan Simon Lee pun lalu. Ditanya sosej apakah itu wahai sonsaengnim? "Chicken.. Chicken.. Ayam.. Halal tu.." katanya. Laaa.. Awat tak habaq awal-awal. Takpe lah.

Sesi memotong~! Sebelum potong, sila sapukan kimbab anda dengan minyak bijan. Kata Lyn untuk menambah rasa disamping buat gam supaya kimbab tu tak terburai. Selain dari bahan-bahan ni, Lyn kata kita boleh kreatif. Letak lah tuna ke. Daging ke. Ikut selera kitalah.

Potong~!

My Kimbab~!! Lyn kata, boleh kahwin dah.. Hahahaha..

Hujung-hujungnye.. 

Ok. It's time to makan~! Ada lauk-lauk disediakan. Kebanyakannya adik beradik kimchi. Fuhh.. Pedas berdesing kau. Sedap. Sedap.

Kimchi Tauge..

Bean paste soup..

Sambil makan, sambil borak. Banyak aku korek dari Lyn. Hehehe.. Sakan minah tu nak cari Malaysian Boy. Sabor je lah aku. Sebelum ni Lyn ambik course Psychology. Dah grad dah. Ni ambik course Education pulak. Gigih lah minah ni belajar. Aku ni bila pulak nak sambung belajar? Huhuhuhu..

Dah habis makan, it's movie time~!! Cerita apa ye? Into the Fire kooo.. Cerita perang lagi. Alahai.. TAKDE SUB~!! Hahaha.. Buat dialog sendiri lah aku. Walau tak paham apa, sedih banget lah cerita tu. Semua orang mati kecuali pakcik sorang tu. Huhuhuu..

Dokko Jin~!!

Dah habis movie, kami sempat bertukar-tukar email, facebook and no tel. Lyn pulak sesedap ayam masak merah pergi install KakaoTalk dalam handphone aku. "Kakao me OK??" Katanya berulang kali. Ye lah Lyn oiii.. Nanti aku datang Korea bolehlah kita jumpa kan. ^___________^

With Lyn and Tina.. Jae Hanguk Chingu.. ^__^

Kkeut~!! Tamat sudah Party Kimbab kami. They will be staying here till Wednesday. Selamat mengenjoykan diri kat KK ni and have a safe journey home~!!

3 comments :

Muiz Misri said...

Mcm Sussi jer . Seaweed adalah rumpai laut yg boleh dimakan begitu sahaja.

CikSengal said...

Sushi bahasa jepun.. Kimbab bahasa korea.. Typically kalau kita sebut sushi kita akan refer kepada nigirizushi.. Nasi dengan lauk pauknye tepek kat atas.. Kimbab ni pulak ala2 japanese punya makizushi -- rolled sushi.. .

MIDONZ said...

hehe.. nice