A few days ago, kami pergi melantak. Melantak kat mana? Melantak kat sini~!! Sini tu South Gate Restaurant. Restoran makanan Korea uols. Dah lama berangan nak makan makanan authentic Korea kat Malaysia ni, tapi belum pernah berkesempatan. Sekali, bila K Awa kata dia dah mendiscover satu restoran kat JB ni, tak payah tunggu lama lah. Once aku dapat balik JB, terus aku pergi~!!
Kami sampai lebih kurang pukul 11.30 pagi. Senyap je tempat ni. Nak kata bukak pun tak, nak kata tutup pun tak. Tekan loceng, tak ada orang jawab. Aku tanpa segan silu, terus buka pintu. Sunyi tak ada orang kat dalam. Tapi lampu dan kipas semua menyala. Aku tutup balik pintu. Berjalan ke depan pagar, nak telefon lah ni kononnya. Tiba-tiba pintu terbuka. Seorang pekerja Melayu menjemput kami masuk. Ada orang rupanya kat dalam tu. Cheh...
Korea House..
No 6..
Ada zirapah lagi..
Restoran ni sebenarnya merupakan sebuah rumah semi-D. Tuan kedai ni merupakan seorang ahjumma Korea yang dah lama menetap kat JB ni. Dia tinggal kat rumah sebelah restoran ni. Seorang je. Husband dia dah meninggal. Meninggal kat JB ni jugak. Anak-anak pulak semuanya kat Seoul. Semua ni aku korek dari pekerja dia. Hehehe.. Ye lah kan. Kagum macam mana makcik ni boleh tersesat kat JB ni. Kalau kat KL ke, kat KK ke aku tak heran sangat.
Meh belek-belek interior kedai ni..
Pintu masuk..
Ada ruang makan lagi kot kat atas tu..
Menu..
Tuan restoran.. Lelaki tu tak sure siapa..
Lagi gambar..
Kami pilih untuk duduk kat lantai je..
Kata-kata Hikmat?
Cutlery..
Menu dia boleh tahan. Banyak jenis makanan Korea yang ada. Harga pun boleh tahan mahal jugak. Tapi tutup mata je lah. Nak merasa lah jugak style masakan kat Malaysia ni macam mana. Sama tak dengan apa yang aku makan kat Seoul sana tu. Kami order set Haemultang dengan set daging yang aku tak dapat nak tangkap nama dia. Hahahhaha.. Dari gambar nampak menarik. Sungguh aku tak sabar nak makan ni~!!
Air apa ni.. Macam air rebusan kerak nasi rasanya..
Kami dihidangkan dengan air yang pelik rasanya. Serius sebijik rasa air masa makan kat Jeju dulu. Tengik, pahit, entahlah. Aku tak boleh describe rasanya macam apa. Macam air rebusan kerak nasi pun ada. Macam air rebusan jagung hangit pun ada. Oh ya. Siapa yang pernah tertipu minum air yang ada gambor HyunBin tu. Haaaa.. Macam tu lah rasanya. Aku tau, ramai yang tertipu dengan air tu. Kekekeke.. Tapi semakin lama minum, macam sedap lah pulak. Hahahaha..
Tak lama tu side dishes pun datang. Fuhh.. Kemain suka aku tengok. Nampak sedap pun ye. Then datang lah salad dengan pencicah. Macam sambal belacan pulak aku tengok pencicah tu.
Side dishes..
Salad & lada pencicah..
Di kala kami menunggu makanan sampai, ada sekumpulan Chinese masuk. Nak melantak jugak lah kekdahnya ni. Tengoklah nanti. Diorang dah siap makan, dah balik, confirm kami masih lagi meleweh-leweh kat meja makan ni. Makannya sikit. Boraknya lebih. Hehehehe..
Then, the main dishes arrived. Yeeehaaa~!!
Daging lembu yang dipanggang..
Haemultang ~ Seafood Stew..
HOMAAII~!! Sungguh. Korang pernah tengok tak reaksi Seunggi kalau merasa makanan kat dalam rancangan 1N2D tu? Macam tu lah reaksi aku. SEDAPPP WEHH~!! Especially Haemultang dia. Rasanya sebijik dengan apa yang aku makan kat Myeongdong hari tu. Fullemekkk.. Betul, tak tipu. Memang sedap. Lain kali tak payah lah nak pergi jauh-jauh cari Haemultang. Huhuhuhu..
Ada labu lagi.. TERBAAAEEKKK SEDAPP~!!
Memang makan dengan nikmatnya. Slow je makan. Hahahaha.. Kan betul. Chinese-chinese tadi dah balik, kami belum siap makan. Pekerja tu macam dah penat je nak tunggu kami habis makan. Hehehehe.. WOKEH~!! Thumbs up. Memang sedap. Boleh recommend kat orang. Kami berdua makan total RM110. Mahal tapi berbaloi. Memang ada feeling kat Seoul. Kehkehekhe.. I think I over-exaggerated here. Hehehe.. Who cares~!! Yang penting aku suka!!
Alamat Restoran..
Peta pun ada..
So apa lagi, siapa yang ada kat JB, or those peminat makanan Korea boleh lah datang singgah melantak kat sini. ^_____^
13 comments :
terliur la tengok daging ngan seafood stew die.
cik sengal tolong ler tapau anta at putrajaya ni. huhuhuh
ahahahhaaa... saya pun kat KK.. ㅠ____ㅠ
Akak, ni halal korean food kan?
tak silap itu air sake, better pi tanya owner untuk kepastian.. tak berapa pasti sangat tp mmg air sake dr beras kan..
Bukan sake.. Tapi corn tea.. :)
halal tak? macam mana nak tahu halal ke tak?
Anonymous,
Saya pergi 2012. Pada masa tu, pelayan dan tukang masak memberi jaminan makanan yang disediakan adalah adalah suci dan halal. Saya tak pernah pergi dah selepas tu. Sekarang, saya tak tau. Boleh tanya kalau pergi..
Thank you for the respond :)
Dia jual maekgeolli takkan halal... nampak kat tripadvisor
hkjhio,
makgeolli yang tak halal.. makanan halal..
dy punye side dish boleh topup for free tak?
anonymous,
tak sure lah pulak boleh topup ke tak sebab hari tu tak topup pun sebab kenyang sangat..
actually makgeolli tu ape? mahap.. tinggal keretapi..
Post a Comment