Thursday, 7th July 2011
It's our final day~!! Malam ni dah balik Malaysia dah. Boohooo.. Banyak lagi aktiviti tak dibuat, tapi masa tak mengizinkan. One week in winter, and another one week in summer ni pun tak sempat nak meround habis. I think I need to live here for 10 years baru dapat cover semua ceruk Seoul ni. Hehehehe..
Pagi ni kami selesaikan kerja-kerja mempacking. Need to check out today before pergi jalan-jalan. Barang banyak ya ampun. Aku ada satu beg tarik, satu backpack, satu slingbag (beg balik kampung yang lembik tu) and 2 hand carries. Gilerr.. Macam mana nak bawak pergi airport ni nanti. Tak apalah. Fikir kemudian. Yang penting siapkan kemas, check out and keluar berjalan.
Hari terakhir. Ingatkan boleh lah jalan-jalan dengan syoknya. Tapi HUJAN LEBAT lah pulak. Aiseh. Memang leceh kalau nak pergi jalan-jalan. Tapi, gigihkan jugak lah keluar. Letak barang kat bawah, pinjam payung Sunshine and off we go~!!
Our view..
Jalan masuk..
Tengah sebok berkemas..
So kami pergi ke Kangnam~!! Weehuuuuuu.. One of the elite areas of Seoul. Tempat orang kaya ni. It's a place where most Korean celebrities went out to lepak-lepak. Kalau ada rezeki boleh lah jumpa mana-mana artis kat sini. Manalah tau kan. Tapi sebenarnya, kami saja je nak jalan-jalan cari SME and JYPE. Kalau dah namanya hantu KPOP, dua tempat ni dah jadi tempat lawatan yang wajib masuk dalam itinerary. Hehehe.. Tu baru dua. Belum YG, belum Cube, belum Loen, belum DSP etc. etc. etc. Tak mampu den~!!
So we took a train of subway line no 3 dari Jongno straight to Apgujeong. Turun dan mulakan misi mencari dalam hujan. Aku pun sebenarnya tak tau the exact location. Redah je ikut instinct dengan harapan jumpa lah nanti. Sambil-sambil tu, tengok apa yang ada kat area Apgujeong ni.
From Apgujeong Station..
Hujan.......
Hujan lebat..
Jalan punya jalan, boleh dikatakan area sini banyak kedai-kedai high-class. Kedai orang kaya. Orang macam aku ni nak berdiri depan pintu pun rasa tak layak. Huhuhu.. Jalan ke depan, jumpa lah jugak dengan bangunan SME yang buruk tu. Hahaha.. Snap beberapa keping gambar buat syarat. Kalau tak hujan mau je aku menebeng kat depan tu. Kot-kot budak SuJu keluar ke. Hehehe.. Berangan tak hengat.
SM Entertainment
Salvatoreyyyy..
More kedai orang kaya..
SME dah jumpa, it's time to look for JYPE pulak. Serious susah banget. Entah kat ceruk tuk kun mana lah JYPE ni. Memang bangunan tu bukan kat jalan besar. Kena masuk lorong-lorong kecik. Tapi punyalah banyak lorong kecik kat situ. Boleh dikatakan semua lorong kami masuk, tapi tak jumpa jugak. Hahahaha..
Lorong situ kah?
Lalu sini kah?
Last-last kami masuk 7-Eleven dan tanya pekerja kat situ. Tersenyum minah tu. Aku tanya pendek je, dia punya jawapan prong prang preng prung panjang lebar. Hahahaha.. Sabar je lah. Nasib baiklah cara dia explain tu tak susah mana nak paham. Kiri kanan terus depan belakang je. Boleh tahan lah jugak. Based on the direction yang dia bagi jumpa lah jugak akhirnya dengan JYPE. Hehehehe..
JYP Entertainment..
Ni pun kalau tak hujan mau aku menebeng tunggu 2PM keluar. Macam lah diorang ada kat situ kan? Berangan tak hengat lagi. Tapi tengah sibuk-sibuk ambik gambar tu, a black van passed us by. Siapakah gerangannya yang berada di dalam van ittew?? O_O
Ni landmark nak pi JYPE.. Masuk lorong ni..
Dah habis berposing depan JYPE kami melangkah balik. Kalau ikutkan mau jugak mengexplore Apgujeong ni dengan lebih lama. Ada Rodeo St, kalau ke bawah sana lagi ada Tehranno, antara tempat-tempat happening yang ada kat Kangnam ni. Tapi disebabkan hujan lebat tak hengat, terpaksalah batalkan saja. Kasut pun dah basah. Seluar apa lagi. Huhuhu..
LV..
Shopping Complex..
More Shopping Complex..
Dah. Sekejap je pusing-pusing sini. So, mana lagi nak pergi? Cik Dila teringin nak pergi balik ke 63 Building untuk tau status camcoder dia dengan harapan ada orang letak di Lost and Found section. So of we go to 63 Building. Kami naik bas. Kebetulan memang ada direct bus dari Apgujeong ni ke 63 Building. Senang lah kerja kami.
Sila baca no bas betul-betul..
Naik bas~!!
Traffic seems bad. Tersengguk-sengguk aku dalam bas tu. Around 1 hour later sampai lah kami kat 63 Building. Terus ke bahagian Lost and Found. But, dah tertulis memang tak ada rezeki buat kami. Memang dah selamat dah camcorder tu kat tangan orang lain. Terima je lah hakikat dengan hati terbuka. Huhuhuhu.. So, next destination? Jalan-jalan Hongdae. ^^
Dah last kopek, last minute macam ni, pusing-pusing area Hongdae (Hongik University) je lah. Dengan hujannya lagi. Memang pergerakan sangat terhad. Dulu, aku dah pernah pergi Hongdae ni. Sama jugak situationnya ~ pergi on the last day, just a few hours before going to the airport. Kali ni pun sama jugak. Dah tak tau nak ke mana dah lah kan. Last time plan nak cari Coffee Prince cafe. Tapi tak jumpa. Ni kalau ada rezeki, nak try cari jugak.
Jalan-jalan dalam hujan..
The busy road..
Makan kebab..
The ahjusshi then tanya, since today is your last day, what can i do for you? Hamboih. Semacam je bunyinya pakcik oi. Hahahaha.. So kami cakap lah, please tell us where the Coffee Prince cafe is. Bukan cafe yang kat tepi-tepi yang bernama Coffee Prince tu. Cafe betul yang dijadikan shooting location dalam drama Coffee Prince tu. Tergaru-garu kepala pakcik tu. Dia kata kat Hongdae sini dia kerja je tak pernah ambik tau pasal hal lain. Lorrr.. Since you've been asking, kami cakap je lah. Tak pedulik~!! Nak jugak tau cafe tu kat mana. Sila cari tau~!! Hahahaha.. Bersungguh-sungguh dia tanya kedai sebelah menyebelah. Tapi takde pun yang tau. Tak apa lah pakcik. Kami cari sendiri je lah. Huhuhu..
Berjalan lah kami. Sampai hujung. Entah macam mana boleh jumpa jugak dengan cafe tu~!! Walaweiii.. Terkejut beruk jugak aku dibuatnya. Hahahaha.. Nak masuk dalam bergambar sana sini tapi kalau dah masuk tu at least kena buy something baru boleh ambik gambar. Cheh.. Duit tarak~!! So ambik gambar kat luar je lah.
Coffee Prince Cafe..
Ramai orang kat dalam..
Signboard kat luar..
Ni landmark jalan masuk ke cafe tu..
Puas hati dapat jumpa cafe tu. So, dengan malasnya kami pun melangkah balik ke subway station. Nampak Family Mart kat tepi jalan, singgah sekejap beli kimchi and rice cake buat topup stok yang dah habis kat rumah. Hehehe.. Dah settle semua, balik lah kami ke Sunshine ambil beg dan off to airport~!!
Nak jimat kos punya pasal, kami sanggup naik train terus dari Jongno ke Incheon Airport. Memang masak bawak beg banyak-banyak macam tu. Nak nangis pun ada. Ada seorang dua atuk yang nampak aku terkial-kial bawak beg, bersungguh mengofferkan diri untuk tolong bawakkan. Terharu sungguh aku. Terpaksa aku cakap gwenchanayo banyak kali. Dia dah pegang dah beg aku tu. Berat lah atok oi. Aku tak nak susahkan kau. Karang kau pulak yang tergolek bawak beg ni. Huhuhu..
Berkat usaha yang gigih sampai jugak kami di Incheon Airport. Check in dan seterusnya boarding. Huwaaaaaa.. Sedih mengalahkan apa.
My baggage.. Gilerr banyak..
Mamam atas flight..
Nom nom nom~!! 30 hengget melayang..
So, bye bye Korea~!! I will see you soon. InsyaAllah, memang aku akan datang lagi ke Korea ni. Tunggu dan lihat sajalah~!! Muahahahahahahhahaa..
Perbelanjaan untuk Hari ini :- KRW30,000
Dengan ini tamatlah sudah pengembaraan di musim panas. Nantikan edisi musim luruh pulak. (Eh, ada ekk edisi musim luruh? Lagi mau tanya lah kan??). Hehehehee..
4 comments :
kak, kalau book room/hotel selalu guna web mana? booking.com, expedia? etc ?
biasanya deal terus dengan hotel tu.. kalau jalan2 kat Korea ada yang mintak tolong kawan book kan, etc.
Ko byk sgt layan kpop, aku ni dh la xkenal name retis dorg,kalu tereerempak agaknya aku wat dek je la hihi
Aku br lyn drama miss ahjumma hahahah
Aku tak tengok mias ahjumma.. Hehehehhe...
Post a Comment