Lama dah aku tak menyonteng kat sini. Aku sambung balik cerita pasal Bangkok hari tu lah ye. Nak kena habiskan cepat-cepat ni sebab lepas ni cerita pasal Bali pulak. Hehehehe..
Monday, 6th April 2009
Hari ini kami bercadang untuk berjalan jauh keluar dari Kota Bangkok. Eceh.. Macam best je bunyinya kan? Hehehe.. Kami nak pergi Ayutthaya, yey! Mesti korang tertanya-tanyakan kan apa kejadahnya yang ada kat Ayutthaya tu sampai Cik Sengal sebok-sebok sangat nak pergi ni? Meh aku cerita. Ingat tak dulu masa belajar sejarah kita ada belajar pasal kerajaan awal di Asia Tenggara? Mesti korang dah tak ingat dah kan? Haaa.. Kerajaan Ayutthaya ni salah satu daripadanya lah. Kalau ikut buku sejarah tu Kerajaan Ayutthaya tu disebut Kerajaan Ayuthia. So, Kerajaan Ayuthia ni kerajaan apa adik-adik? Ye, kerajaan agraria ye. Kerajaan agraria tu kerajaan apa pulak? Aiyorkkk.. Kalau nak tau, sila rajin-rajinkan diri tanya Wak Google ye. Hehehee.. Jadinya, bagi aku yang gila sejarah dan gila senibina unik dan culture/budaya sesebuah negara, maka tak berapa best lah perjalanan gamble aku ni kalau aku tak ke tempat-tempat macam ni. Ada paham? Hehehe..
Seperi biasanya, kami akan breakfast ala kadar je. Port sama dengan yang lepas-lepas. Mana lagi kalau tak 7 Eleven nun. Kekeke.. Kaya 7 Eleven ni kalau tiap-tiap hari muka kami sokmo kat situ. Dah agak-agak konon-konon kenyang tu kami ke train station naik cab. Ye kawan-kawan. Kami naik keretapi ke Ayutthaya ni. Aku dah lama tak naik keretapi. Last sekali naik keretapi, keretapi yang tak serupa keretapi tu. Hahaha.. Apa aku merepek ni. Keretapi Beaufort-Tenom tu. Macam kambing aku duduk kat atas pelantar open air tu tak ada bumbung tak ada dinding. Gasak kena panas. Eh, kejap. Salah lah. Last aku naik keretapi masa aku kat India lah. Wakaka.. Jalan-jalan pi Ooty sana. Lupa pulak. Err.. Ni cerita pasal keretapi betul ye. LRT, komuter semua tu tak main. Aiseh, cerita pasal India tu entah bila aku nak habiskan. Huhuhu..
Terasa nikmatnya dunia bila dapat pekena ni..
Hua Lumpong Train Station..
Ada banyak sebabnya kenapa kami nak naik train. Orang kata convinient. Lagi pulak, boleh lah kami tengok Thailand punya countryside sepanjang perjalanan. Kekeke.. Sampai kat train station, kami agak bingung juga. Boleh ada kaunter asing-asing untuk local dengan foreign passanger. Nak aja kami berlagak local. Muka lebih kurang dah. Cuma tang bahasa tu je lah yang ala-ala tak dapat nak membantu. Karang kantoi tak pasal. Berpeluh-peluh juga nak communicate dengan pakcik kat kaunter tu. Dah nama kaunter foreign, haruslah pakcik boleh cakap english. Ya dok? Belasah je lah. Dapat juga tiket-tiket tu. Perjalanan ke Ayutthaya mengambil masa selama dua jam dan harga tiketnya....
245 Baht! Memang mahal. Local passanger harus separuh harga punya kalau macam tu. Harus lepas ni aku belajar bahasa siam supaya aku boleh menyamar jadi orang local. Kekeke.. Train datang agak lewat juga. Sempatlah kami berposing. Ramai juga umat kat stesen ni. Dan kebanyakkan yang aku nampak adalah 'mak nyah wannabe'. Muda-muda lagi, masih sekolah lagi dah bercita-cita tinggi. Hehehe..
Nasib baik nyah tu tak terselit masuk sekali..
The seats are numbered. Tak perlu nak rebut-rebut. Seat agak selesa. Tapi tingkapnya..........
Huh! Nak tengok countryside hapa macam ni? Sabo je lah Cik Sengal...
Sepanjang perjalanan aku tak berani nak tidur. Buatnya terlepas station, menangis kami nanti. Berbekalkan route perjalanan, aku mengira setiap stesen yang kami singgah. Itu saja lah caranya. Nak tengok signbod stesen kat luar pun susah. Dah tingkapnya ya ampun macam tu. Nak tanya orang sebelah, orang sebelah pun tak tau. Ye lah, orang sebelah aku tu K Awa. Kekekeke..
Setibanya kami di stesen Ayutthaya, ada seorang kakak dah setia menanti. Macam tau-tau je kami ni makhluk asing. Datang approach, "you want tour?" Harga yang dioffer 1500 Baht untuk pusing-pusing Ayutthaya naik tuktuk selama 4 jam. Kalau tak silap aku lah. Tak ingat dah. Nego punya nego, dapat 1000 Baht. Hehehehe.. Best betul dapat diskaun banyak-banyak macam ni. Boleh lah harga tu. Kami pun mula lah perjalanan keliling Ayutthaya.
Kat Ayutthaya ni banyak ruins of temple. Dulu-dulu kan Ayutthaya satu kerajaan yang kuat. Kesan-kesan peninggalan kerajaannya pun banyak. Tempat pertama yang kami singgah ialah Wat Yaichaimongkhol. Dalam wat ni ada jugak the sleeping buddha. Tapi takde lah besar macam yang dalam wat kat Bangkok tu. Alkisahnya, wat ini dibina pada zaman Raja Naresuan sebagai tanda kemerdekaan bebas dari jajahan Burma. Kerajaan Ayutthaya ni memang gemilang. Tapi kemudiannya jatuh ke tangan kerajaan Burma. Dan kembali naik ketika zaman Raja Naresuan ni lah. Tapi rasanya macam tak segah dulu. Entah la ye. Aku pun kena kaji balik pengetahuan sejarah aku. Hehehe.. Oh ya, nak masuk ke dalam wat ni kena bayar 20 Baht.
Pemandangan dari kawasan atas wat..
Seram betul tangga ni. Menjunam ke bawah..
Our next stop entah ke mana pakcik tuktuk ni bawa kami. Yang pastinya kawasan pemuliharaan gajah ler. Ada beberapa pakej yang disediakan. Boleh naik gajah pusing-pusing kampung, masuk hutan, masuk sungai. Macam-macam ada. But the packages are so damn expensive bagi kami backpackers yang suka benda-benda murah dan kedekut gila ni. Hehehehe.. Walaupun mahal, kami nak juga merasa naik gajah ni. Akhirnya dapat juga lah naik untuk 10 minit. Berapa bayaran yang dikenakan pun aku dah tak ingat.
Gajah ni miang ok. Dok gesel-gesel je kerjanya..
Selepas puas naik gajah kami ke wat seterusnya - Wat Maha That. Pada zaman kegemilangan Ayutthaya dulu, wat ni merupakan wat diraja. Pernah runtuh dan dibangunkan semula. Tapi setelah Ayutthaya jatuh ke tangan Burma, wat ni dibiarkan begitu saja sampai lah sekarang. Tak ada sebarang proses baikpulih dijalankan. Bayaran masuk ke dalam wat ni adalah 50 Baht seorang.
Kat sini jugalah letaknya the infamous Head of the Sandstone Buddha Image. Bahagian patung buddha yang tinggal cuma kepala sahaja. Badannya entah hilang ke mana. Kepala tu tertanam di celah-celah akar pokok. Selama ni, aku tengok dan baca kisah kepala ni di Internet saja. Sekarang aku dapat tengok di depan mata. Memang seronok.
Kepala yang terselit..
Macam dalam cerita Mohabbatein lah pulak..
Kemudiannya kami ke kawasan peninggalan kota kerajaan kegemilangan Ayutthaya dulu. Nama siamnya apa ntah. Aku lupa nak capture signbod yang ada kat situ. Tempat ni one of my favourite. Mungkin sebab gambar yang ditangkap kat sini semuanya cantik-cantik. Tengoklah siapa yang capture. Hehehe.. Kawasan ni luas. Nak buat video clip hindustan menari-nari, lari-lari memang cantik. Ada satu menara kat tengah-tengah and few other apa ya? Menara jugak lah kot. Kekeke.. Entrance fee is 50 Bath per person.
Antara gambar favourite aku kat kawasan tu..
Then kami ke Monumen Raja Naresuan. Di area situ ada satu wat yang dinamakan Wat Phu Khao Thong yang bermaksud 'Gunung Emas'. Wat ni unik sikit sebab warnanya putih. Wat ni jugak ada pengaruh senibina Burma. Sebelum masuk ke kawasan wat, aku terpegun dengan susunan ayam-ayam gergasi di sepanjang jalan. Kerajaan Ayutthaya = Kerajaan Ayam? Wallahualam. Aku pun tak tau. Bengong ek tak tanya pakcik tuktuk tu. Aku nak tanya pun macam malas sebab dia english pun susah nak paham.
Monumen Raja Naresuan dan KOQ~!
Cik Sengal tengah buat video clip tarian ballet..
Ayam lagi... KOQ~! KOQ~!
Dengan pakcik tuktuk..
Kali ni naik train sardin. 2 jam lah kami berdiri.
Harga tiket?.....................
20 Baht je! Wakakakaa.. Pergi RM24.50, balik RM2 je! Hahahaha.. Lawak betul lah.
Dari Hua Lumpong kami ambil cab untuk cari makan. Kali ni kami ke area Silom. Mengikut apa yang K Awa korek kat Internet, area ni banyak kedai makan muslim. Landmark yang diberi Hotel Narai dan kuil Hindu. Berpusing-pusing kami cari. Akhirnya jumpa juga Deen Restaurant. Aku makan nasi goreng apa ntah namanya. Sambal belacan pun ada tau kat sini. Hehehe..
Deen Restaurant..
Singgah solat kat Masjid Mirasuddeen dan membantu makcik yang meniaga di luar masjid tu melariskan jualannya. Aku beli ceker ayam. Hehehe..
Masjid Mirasuddeen..
Makcik ni jual ayam goreng, segala ball goreng.. Macam kat pasar malam tu..
Makan ceker sambil jalan-jalan.. Berangan nak jadi orang siam..
We took Silom punya skytrain pergi ke Siam Paragon. Jalan-jalan cuci mata je lah kami kat sana. Nak shopping pun malas. Dah penat dah pun sebenarnya. Jalan pun tak abis kat Paragon ni. Beli makanan je tapau bawak balik.
depan Siam Paragon..
Hasil shopping..
Satu hari berjalan. Memang LEPAK!! ~ End of Day 4...
Lain-lain cerita pasal Bangkok:-
Meroyan Di Bangkok - Day 1
Meroyan Di Bangkok - Day 2
Meroyan Di Bangkok - Edisi Restoran Mak Yah
Meroyan Di Bangkok - Day 3

5 comments :
yatt, ceker ayam tu pe kejadahnye? explain ler ler.. aku nak pegi bangkok last year.. tapi riot la pulak..terpaksa aku g refund ticket kat MAS..so, tertangguhla hajat dihati..huhuhu
hehehehee.. kaki ayam ler.. celup tepung n goreng garing.. perghh.. sodappp.. aku hari nak balik tu diorang start riot.. day 6 punya cerita tu.. nanti aku story la ye.. hehehe..
yatt, jauh betul kita berjalan kan haritu? diaorg saja bagi 1500 bath. padahal kita dah siap2 survey kat net harga bleh dapat 1000 bath huhu. the power of internet :P
kat deen rst tu ko makan nasi goreng ayam. aku makan nasi goreng daging - tapi rupanya sama wakakaka..
alin cakap kepala buddha tu ada dalam cerita Nang Nak - aku pon tak ingat.
sos thai makcik jual ceker tu sedap giler, camnelah dia buat ek.. try jugak eksperimen dgn chili flakes yg beli dulu tu, tp tak menjadi :P
hehehee.. memang berbaloi kita buat research dulu ekk.. kalau tak memang kena tipu bulat2.. slack dulu masa pi medan kita tak buat research sangat.. kalau tak indah je perjalanan masa tu.. wakakakaa..
nasi goreng ayam ekk.. lupa dah.. macam tak nampak ayamnya.. hehe..
mak oi.. chilly flakes kita ntah kat mana.. langsung tak ingat ada beli jugak.. balik ni harus cari.. sedapnya wat tabur2..
I got into your blog when researching for what people thinking about Thailand. It's very useful information for my planing trip in Bangkok. Thank you so much...
Post a Comment