Tuesday, July 7, 2009

Fruit Picking

Seingat aku, kali terakhir aku pergi fruit picking, masa aku kanak-kanak ribena lagi. Lebih 16 tahun yang lalu. Picking segala jenis berries - straw, blue, black, rasp, goose, dan juga apples, plums bla bla bla.. Ye. Masa tu aku berada kat negara mat saleh. Kat Malaysia ni mana ada benda-benda tu semua. Aku masih ingat lagi, kami berpiknik beramai-ramai mengerjakan kebun mat saleh tu. Bila dah kenyang baru balik. Yang dibawak balik tu teramatlah sedikit kuantitinya berbanding dengan apa yang selamat dibalun ketika dalam kebun tu. Wakakaa..

Balik JB baru ni aku sempat berpicking juga. Bukan lah segala macam berries tu. Mana ada donk! Aku berpicking buah-buahan tempatan. Tak jauh mana pun. Di halaman rumah makcik ku dikampung. Macam-macam pokok ada. Dari durian, manggis, rambutan. Suka betul aku. Ala-ala adventure juga lah merayap-rayap bawah pokok mencari durian. Tengah mencari-cari tu dengar lagi durian jatuh. Seronok je rasanya. Hurmm, poyo je aku ni mencari durian kan? Padahal aku tak doyan pun makan durian ni. Kuikuikui.. Rambai belum masak lagi. Kalau dah, memang separuh togel dah pokok tu aku kerjakan.


Durian satu boot kereta. Tu baru sikit tu..

Durian dah terlampau banyaknya kat rumah tu. Kalau dijual murah sekali pun, belum tentu ada orang nak beli. Aku tiba-tiba rasa kesian dengan orang-orang KK yang terpaksa berbelanja lebih untuk makan durian.....

Related Posts:

  • Makan dan Makan Kalau aku balik JB, apa yang aku buat? Yes, makan! Kali ni aku balik JB, aku makan.. Lontong Kering Pak Mansor.. Mi Rebus Hj Wahid.. Ya Allah, makin gemuk lah aku dibuatnya. Balik hujung minggu pun boleh naik 3kg… Read More
  • Gentel Jangan Tak Gentel Ini lah kerja aku setiap tahun menjelang raya. Menggentel dan menggentel.  Tart cara old school.. Kuih wajib setiap tahun! Itu pun kalau aku balik awal ler. Kalau aku balik malam raya, memang tak ada yang nak m… Read More
  • Beraya di Kebun Aku orang bandar. Tapi aku masih ada kampung. Kampung mak dan bapak lah. Bila balik raya, aku merasa lah jugak beraya kat kampung. Meriah ko.  Tapi raya kali ni, kami raya dalam kebun. Seronok weh, nak-nak tengah mu… Read More
  • Bebek!! Sapo suka makan bebek? Aku ni dari dulu kini dan selamanya, agak kureng jugak lah. Tapi adik-adik aku kemain suka makan. Sedap katanya. Buat bebek bakar je masuk oven.  Bebek yang sedap katanya.. Kebetulan ad… Read More
  • Apa-Apa Yang Patut.. Mak kata, "Balik ni kau packing lah apa-apa yang patut".  Hambik kau.. Ye mak. Sampai satu beg berisi apa-apa yang patut tu. Hehe.. … Read More

4 comments :

sitinurulhawa said...

penat2 pon larat ek ko pi pungut durian. jual kat bali la sebiji 80k. mau dapat sejuta kalau jual bnyk cam ni

CikSengal said...

80K ekk? mahal giloss diorang jual kat sana.. memang boleh jadi jutawan camni..

ernie said...

waaa... nak makan durian...

CikSengal said...

makan lerrrr... hehehe..