Thursday, March 26, 2009

Tak Glamer Ke?

Empat orang manusia sedang melepak keboringan di satu booth di CentrePoint, KK.


Anis Ayuni, Aleya Anessa, Lynn Dayana & Ramlee Awang Murshid.

Siapa mereka ni? Bagi peminat-peminat novel melayu terutamanya terbitan Alaf 21 pasti mengenali mereka. Penulis novel lah.

Kasihan mereka! Dari awal aku datang ke CP ni sampailah aku nak balik, tak ada siapa pun yang beramah-mesra dengan mereka ni. Tercongok je lah dekat meja tu. Aku yang meminati hasil karya Anis Ayuni dan Ramlee Awang Murshid, ada juga keinginan nak menyapa mereka. Tapi terasa segan lah pulak. Kalau kat semenanjung maunya mereka ni dah dikerumun ramai.

Kenapa ek? Orang Sabah tak layan novel melayu kot? Ramlee Awang Murshid tu sendiri orang Sabah. Pernah bekerja di RTM Sabah. Takkan tak ada kaum kerabat dia yang datang? Entah lah ye. Tak tau aku nak komen apa.

Related Posts:

  • Koki Bandung, Alamesra Kota Kinabalu Koki Bandung ni merupakan kedai makan biasa-biasa je kat Alamesra ni, tapi bertemakan Indonesian food lah gitu. Bila masuk ke kedai makan ni pun terasa macam kat Indonesia dengan background music lagu gamelan. Macam seram j… Read More
  • English Tea House And Restaurant, Kota Kinabalu *Updated on January 2016, restoran ni dah tutup! Apadaa.. Huhu.. Aku baru je tau tentang kewujudan restoran ni di Alamesra KK bila officemate ajak makan kat sini. Ingatkan ada kat Sandakan je, sebelah rumah scary Agnes K… Read More
  • Kerana Orked Kalau tak kerana orkid, memang tak sampai aku ke sini. Aku saja memenuhi permintaan nenek saudara aku yang bertandang ke KK ni untuk pergi jalan-jalan cari orkid hutan. Peminat orkid lah katakan. Dia nak pergi terus ke kamp… Read More
  • Windbell Seafood Restaurant, Kota Kinabalu Ada beberapa orang kat office aku nun naik pangkat. Makanya dibelanjanya kami ramai-ramai makan kat sini. Serius dah 8 tahun duduk KK ni, aku tak pernah pun tau kewujudan restoran ni. Sebab ada majlis makan-makan ni lah aku… Read More
  • Aquaria UMS Siapa-siapa yang saja-saja masuk ke dalam UMS untuk jalan-jalan tengok bangunan dan landscape dan alam sekitar, boleh lah singgah di Akuarium dan Muzium Marin. Letaknya di Institut Penyelidikan Marin Borneo. Paling hujung s… Read More

6 comments :

Anonymous said...

orang sabah ni suka baca novel..memang suka la..kalau suruh makan novel tu pun dorang sanggup agaknya..
masalahnya, dorang ni tak kenal penulis novel tu. takat tau nama je. muka, payah sket nak knal..atau tak knal langsung..salah satu sebabnya, berapa kali dalam setahun-dua penulis2 novel ni datang sabah?..
aa, itu kita tak tau!

CikSengal said...

oo.. stakat baca je lahh ekk.. kita ni kalau dah suka membaca dengan penulis2 sekali kita mesti kenal.. kalau tak kenal, tak malu tak segan tanya pakcik google.. :p ye lahh.. lagipun memang takde promo apa2 tentang kedatangan diorang.. susah laa nak bajet..

r0xz said...

haa..ini lagi satu masalah..yang baca novel ni mostly...mostly...orang yang kira "buta IT"..pelik?..tapi benar! pacik dia sendiri pun dia orang ni susah nak knal, inikan lagi google! lagipun kalau kita google, muka tang kluaq tu muka lain..muka time muda la...muka penuh mekap la..muka itu la, muka ini la..macam2 style. tup-tap yang sampai kat KK ni lain pulak dari yang kena google..sudahhhh!...

CikSengal said...

hehe.. cam marah jek.. :p
biasalah tu.. orangnya real life jauh beza dengan yang ada kat tenet.. even yang datang tu pun muka lain sangat dengan gambar diorang kat banner blakang diorang tu.. hahaha..

epal said...

alamak..macamana sa buleh xtaw ada durang datang? alalalaaa..menangis la macam ni..-(

mmg xada promotion ka? or sa yg ketinggalan?

CikSengal said...

memang takde promo.. alih2 ada.. kalau tak berjalan ke sana memang tak tau pun..