Thursday, March 19, 2009

Test Sengal

Aku dah pernah experience test sengal ni tahun lepas. Tahun ni, anak-anak buah aku pulak yang experience. Memang sengal ya amat. Punya lah berbelit soalannya. Macam-macam aksi dah budak-budak ni buat sepanjang menjawab seoalan. Yang dapat jawab soalan-soalan sengal tu boleh tiba-tiba berteriak kegumbiraan. Suka hati kau lah labu..

Test apa yang sengal ni? Infosys punya Aptitude Test. Tau-tau je lah kalau sebut Aptitude Test ni. Memang soalan-soalannya menyakitkan kepala. Menguji IQ betul. Kalau soalan objektif boleh la juga dihentam jawapannya. Ini tidak. Pandai-pandai kau lah nak hidup.

Ye, Infosys Foundation Program is back. Untuk kali ketiga. Kisahnya, batch yang ini sepatutnya ke India juga. Tapi telah dicabar oleh Infosys untuk buat sendiri di Malaysia. Elehhh.. Padahal ada kisah lain. Tu cuma untuk cover line je tu. Hehehe..

Pemilihan peringkat IPT dilakukan oleh SPOC and committee. Kebetulan colleagues aku semua join Semantic Course 3 hari. Nak tak nak aku sorang lah terkontang-kanting handle semuanya dari Essay Test sampai lah ke Interview Session. Nak muntah rasa terkejar ke sana-sini.

Dengan rasa kelam kabut tu, kami yang di dalam lab ni hampir-hampir dikunci dari luar. Sedang aku invigilate budak-budak ni aku dengar pintu grill lab ditutup. Lintang pukang aku berlari ke pintu. JANGAAANNN KUNNCIII KAMIII!! Hehehe.. Kelakar pula bila diingat balik.

Hari ni settle semua. Hasil test dan interview dah dipos ke Putrajaya. Lega rasanya. Hopefully ramai lah candidate dari sini. Boleh aku tumpang menyemak nanti. Dr Jason pun suruh aku join bertapa kat Melaka sana sepanjang sebulan lebih tu, tapi tak mampu lah aku. Baik aku pergi PTK. Speaking of PTK, ni pun lagi satu sengal. Disuruh apply secara online, tapi linknya tak aktif langsung. Bengap betul...

Related Posts:

  • Kisah Aku Dan Dia Ini kisah aku dan dia Bukan kisah tipu tapi semua benar belaka Bukan nak kata apa, cuma nak kongsi aja Peristiwa yang menyiat-nyiat aku punya jiwa raga Kisah bermula dengan perkenalan aku dan dia Mula-mula jumpa aku rasa pe… Read More
  • Bila Dah Bosan.. Apa nak jadi dengan aku semester ni? Sejak balik dari India hari tu, malas kemain. Buat kerja malas. Nak baca report budak-budak, malas. Nak marking kuiz, test, malas. Nak mengajar pun malas. Apatah lagi disuruh buat paper. … Read More
  • Parti Buih @ Bukit Sepanggar Semalam kami berparti. Tapi pagi2 lagi aku dah terlibat dengan presentation student PLUMS. Dengar je la. Dah jadik penyelaras ni kena la amik tau apa yang diorang presentkan. Takde la nanti aku blur tak tau pape. Habis prese… Read More
  • Cerita Hari Isnin Nothing much. Bilik opis ku ini sudah dikemas. :-p Dah pandai menyelongkar, menyepah, kena la pandai kemas ye. Last week, one of my foreign students from China got me a gift. Dia kata, sebagai tanda terima kasih aku telah… Read More
  • What is Autism? Autism is a brain development disorder that impairs social interaction and communication and causes restricted and repetitive behavior, all starting before a child is three years old. This set of signs distinguishes autism f… Read More

4 comments :

Ayuniez said...

kak yatt, rasenye bkn apptitude je yg sengal, test lg satu tu pon sengal. nasib baek essay bole goreng.
hahaha.

CikSengal said...

Tu lah.. dulu rasa macam ada dua test.. tahun ni satu test tu je.. Tahap kesengalan diorang tak boleh nak celen kita dulu2 lah.. hahaha..

yantie said...

Eh akak pun ada tgk soalannya...siap bincang jawapan ngan kawan...sebenarnya akak n kawan tu tak amik pun..saje gatal2 masuk tempat jawab soalan tgk kawan sorg lagi duk menjawab...kitorg bagi idea mcm mana nak jawab...kekekeke

CikSengal said...

nangis woo nak jawab.. nasib baik tahun ni satu je set soalannya.. hehe..