Tuesday, March 10, 2009

Pandai Pun..

Betul kata orang. Kalau kita hidup berdikari, tinggal seorang diri, secara otometiknya kita akan pandai buat kerja-kerja yang kita tak biasa buat. Aku merefer kepada dua orang tuan puteri kat rumah ni. Kalau mak ada kat rumah, haram jadah mereka ni nak volunteer tolong buat kerja-kerja rumah. Dah disound, dibambu, dijerit dan yang sewaktu dengannya baru lah terhegeh-hegeh mengangkat punggung yang besar tu membuat kerja-kerja. Sambil mulut moncong sedepa. Biasalah. Aku dulu pun macam tu juga. Hahaha.. Tapi aku dah ada kesedaran sivik tahap dewa.

Kat rumah sekarang ni cuma ada abah, aku dan tuan-tuan puteri sahaja. Mak pergi berkampung di hospital Kota Tinggi menjaga nyaiku yang ditahan di wad kerana kencing manis. Jadinya, bersorak kegirangan jugalah anak-anak dara Wak Daut ni sebab tak ada orang yang akan melaser, melaung dan menjerit tiap-tiap pagi. Hehehe.. Tapi dah dua hari ni, aku rasa macam sunyi pula. Rindu pula aku dengan bebelan mak.

Jadinya, bila mak tak ada kat rumah, masing-masing pandai buat kerja. Rajin terus! Otometik. Yang paling aku terkujat habis Ika Kembong boleh sediakan breakfast untuk abah. Nasi Goreng dengan telur goreng mata lembu dua biji. Fuh! Terkesima campur terkagum aku kat situ. Ko biar betul dik? Tapi betullah. Sungguh aku tak menyangka. Nak puji lebih-lebih karang bertambah kembang dan kembong lagi dia. Hahaha.. Ok la kan. Aku macam biasalah. Flat memanjang. Selepas abah pergi kerja dan Ika pergi sekolah aku pun sambung tidur. Bila lah demam aku nak baik ni. Huhuhu..

Related Posts:

  • Konvo.. Konvo.. Macam la majlis kawin tu aku yang punya. Kepenatan sangat aku tido mati macam kayu sampai tak sedar dah pukul 10 pagi. Terjaga pun sebab dapat mesej dari bapak aku "jap lagi nak kuar dewan ni.." WHAT?? Terus aku melompat dar… Read More
  • Go Jebon, GO!!Tengah dok mengemas bilik yang macam sarang tikus ni aku terima call dari bapak aku. Dia tanya aku dah call rumah blom. Aku pon saspen nape plak? Ada something happened ke? Bapak aku pon cakap ler si jebon tuntut RM500. Aku t… Read More
  • Mak Tiri Returns..Hallu.. Aku kat JB lagi ni. Bulan lepas aku balik. Bulan ni balik lagi. Hehehe.. Kali ni memang aku betul2 cuti tenangkan fikiran dan minda. Chewahh! Tapi hangen gak aku balik ni. Aku terlupa bawak balik coklat2 Labuan nun. A… Read More
  • Cuti2 Mesia lama tak menconteng kat sini.. for the past few weeks lepas aku balik dari jb a lot of things happened.. yang paling besar skali is.. AKU DAH ADA HOUSEMATE!! yey!! student master kat school aku.. dari jakarta buk!! nice girl… Read More
  • Pinggiran Bayu, Skudai *Update 14/4/2012*  Restoran ni dah tak ada dah. Futsal Centre tu pun dah runtuh. Kerja-kerja membesarkan Surau sedang dijalankan.  Funny bila kadang2 teringat kat kisah bos. Kalau aku ingatkan bos balik pasal kis… Read More

0 comments :