Wednesday, October 15, 2008

Operasi Makan

Last saturday, rumah aku ada operasi makan-makan. Resume semula setelah beberapa tahun tak buat due to kemalasan, kemelesetan dan yang sewaktu dengannya. Tak dirancang sebenarnya aktiviti ni. Last minute decision from abah. Dia ada SPACE hari ahad kat KL. Tak sempat, katanya nak buat. Tapi, tiba-tiba je last minute dia kata "on". Aku pun apa lagi. On ler.

Main menu - Nasi Biryani, ayam masak merah, dalca, daging masak apa entah aku tak tau dan pajeri nenas. Side dishes - nasi impit, kuah kacang, bubur pulut hitam, kuih cara berlauk, and some oranges and tembikai. Okla tu kan. Sederhana je. Jemput pun tak ramai.


Resipi Hj Kasdi..

Operasi makan-makan dibahagi ikut zon masa. Kalau tak, memang tak cukup tangan. Paling ramai yang datang kaum kerabat abah dari ofis and his students as well as kaum kerabat Ika Kembong. Ramai bebenor. Ika Kembong tu agaknya jemput kelas A-Z kot. Kawan-kawan aku? Dua orang tu je yang setia datang tiap-tiap tahun walaupun takde open house. Yang lain-lain tak nampak batang hidung.


My 2 MSc mate.. K Sharin & K Awa..

Geng-geng sekerja Sharir merangkap pekerja + students abah datang jugak. Mamat tu nak pergi kerja KL dah. Kiranya ni farewell party jugaklah. Kesian Ika Kembong. Dah tak ada kawan nak gaduh dah kat rumah. Lepas ni gaduh dengan mak and Aida je lah. Haha.. Saudara mara aku pun ramai yang datang. Jiran-jiran satu taman pun ada juga. Boleh dikatakan meriah juga lah.

Waktu malam giliran geng-geng surau abah. Yang datang semua berkopiah, berserban, berjubah and so on. Gerun aku tengok. Terselit seorang muka yang aku cukup kenal. Ustaz Hamezah, ustaz aku masa tingkatan 3 dulu. Wahaha.. 12 tahun tak jumpa. Maintain je. Aku mampu senyum je kat dia. Dia pun senyum balik. Sempat lagi tanya bila aku nak kawin. Chett..

Aktiviti tamat around 10 malam. Masa tu memang aku dah melepek habis. Sesi mengemas lah pulak. Tapi tak siap-siap jugak. Aku serender. Besok paginya aku nak balik KK. Flight pagi pukul 7.20. Kenalah keluar rumah 5.30. Huhuhu.. Abah & Sharir plak nak ke KL pukul 4 pagi. Tinggallah mak, Ika n Aida mengemas. Meja makan gabak berat nak mampus tu aku rasa akan maintain duduk diam-diam kat ruang tamu tu sampai lah Udin Gemokk balik nanti. Dah tak ada orang nak tolong angkat! Hehe.. Hari tu pun nak patah pinggang angkat 4 orang. Ni yang tinggal kat rumah pun siapa je. Mak pulak memang tak boleh nak angkat barang berat-berat.

Next year? Rasa tak nak buat lah lagi. Aku bukannya ada kawan-kawan pun nak dijemput. Buang karan aku je. Tunggu kenduri aku je lah nanti ye. Kekeke..

Related Posts:

  • Apa-Apa Yang Patut.. Mak kata, "Balik ni kau packing lah apa-apa yang patut".  Hambik kau.. Ye mak. Sampai satu beg berisi apa-apa yang patut tu. Hehe.. … Read More
  • Gentel Jangan Tak Gentel Ini lah kerja aku setiap tahun menjelang raya. Menggentel dan menggentel.  Tart cara old school.. Kuih wajib setiap tahun! Itu pun kalau aku balik awal ler. Kalau aku balik malam raya, memang tak ada yang nak m… Read More
  • Sari Mysore Mari Ada orang tu kan, tengah kemas-kemas bilik. Sekali dia jumpa harta ni. Colourful pelangi.. Mak oihhh.. Dah 8 tahun dah aku beli sari-sari ni. Import dari Mysore lagi tau. Sempena berkampung kat sana selama dua bu… Read More
  • Bebek!! Sapo suka makan bebek? Aku ni dari dulu kini dan selamanya, agak kureng jugak lah. Tapi adik-adik aku kemain suka makan. Sedap katanya. Buat bebek bakar je masuk oven.  Bebek yang sedap katanya.. Kebetulan ad… Read More
  • Kenduri Doyan Sapo suka makan doyan? Aku tak suka so tak boleh kawan dengan aku. :P Tapi kan kalau korang gila makan doyan, boleh lah ikut aku balik kampung makan doyan. Bersepah-sepah doyan tak habis nak makan.  Sebahagian dari… Read More

4 comments :

Anonymous said...

sorry ler gue tak dapat ke rumah loe untuk open house.. gue ke kl, ada urusan pulak..

CikSengal said...

Ngak papa.. Ngak ngarap kok orang jauh datang. Hekhekhek.. :p

sitinurulhawa said...

2 org yang baru kehilangan beberapa kilo hua hua hua

CikSengal said...

Hilang sekejap je. Ni dah naik balik. Angin betul..