Tuesday, October 21, 2008

Dua Kali Terkejut..

Aku terima dua berita yang mengejutkan malam tadi. Tergamam, terkedu tak terkata apa.

Pertama, aku dikhabarkan yang Sharir ditransfer kerja ke KK! Huih. Terkejut beruk aku. Akhirnya, berkampung di KK juga rupanya dia. Baru je berangan nak jadi orang KL. :-p Aku rasa happy ye, rasa tak happy pun ye. Hehe.. Happy sebab ada kaum kerabat terdekat yang sanggup memboringkan diri bersama-sama aku kat sini. Rasa tak happy mungkin bila dia ada kat sini, dia akan report apa yang aku buat pada mak. HARU! Mak pulak macam sedih je. Sempat aku call dia semalam. Katanya, "kenapa lah semua orang nak duduk KK.." Huhu.. Sedih pulak aku dengar.

Keduanya, aku dikhabarkan seorang rakan SCK UTM meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Nor Azlina Jalil. Zaman study dulu, dia agak famous di kalangan student Sc Comp disebabkan suka mengenakan heavy make-up. Disebabkan kelas kami mempunyai ramai Nor Azlina, kami menggelarkan dia Lina Tepung Gomak. Dia tau, ramai yang bahasakan dia macam tu. Tapi sedikit pun tak ambil peduli. Dia baik dengan semua orang. Generous pun ye. Sekarang dia dah tak ada. Salam takziah untuk keluarganya especially hubby - Zul. Semoga roh lina dicucuri rahmat hendaknya. Amin.

Mmm, mak & abah akan ke Jepun petang ni selama seminggu. Semoga selamat pergi dan kembali dan membeli souvenir yang banyak untuk aku. Hehe..

Related Posts:

  • E'ehh.. Keciknye.. Once upon a Tuesday, I was craving for a slice of cheesecake. So I drove myself to 1B. Yahuuuuu~!! Bila dah mengidam sangat, tak boleh nak buat apa dah. Kena jugak pergi beli. Sedapnya kan bila dapat. Yam yam~!! I'm one … Read More
  • Padan Muka.. I wrote this last Friday............. Today.... 1. Woke up late.. 2. My make up things cari pasal.. Cannot find mascara, eyeliner broke. 3. Car broke down. Cannot start. Terpaksa tumpang Murni pergi kerja. 4. Sampai offi… Read More
  • Salam Dari Innolife Tiba-tiba je dapat email.. Hello This is innolife We are taking the reservations for the premier DVDs of ‘Mary stayed out all night’The DVDs will be released on the later of March. The reservatio… Read More
  • Kerana Lagu Cina Siang tadi aku ada terima 3 calls. Kesemua 3 calls aku tak jawab. Sebabnya? Sebab nombor KL. Malas aku nak angkat. Entah-entah orang nak jual insurance lah, orang nak verify credit card lah. So MALAS nak layan hokkay!! Nombo… Read More
  • Ada Apa Dengan ALICAFE Pagi tadi aku bergrocery shopping. Buat stok sebulan kat rumah ni. Macam biasalah. Selalunya aku menabung kat Giant 1Borneo. Suka betul aku pergi situ. Boleh cuci mata. Boleh pergi Daiso. Boleh menebeng kat depan Money Chang… Read More

0 comments :