Thursday, October 16, 2008

ARGGHHH!!

Minggu ni aku sewel.
Tiap-tiap hari balik lambat.
Kalau belum pukul 7 jangan harap nak balik rumah.

Besok tarikh akhir hantar FYP report.
Anak-anak buah aku baru minggu ni tunjuk muka.
Kerja aku asyik betulkan DFD dengan ERD mereka-mereka ni je.
Bila disuruh buat, banyak pulak komen dan demandnye.
Tak pasal-pasal karang aku failkan aje.

Aku nak makan tak sempat. Sebab tu aku puasa.
Hari ni pun aku puasa. Aku nak balik buka puasa. Tapi budak-budak ni tak paham bahasa.
Lepas sorang, sorang datang. Berlonggok ramai-ramai depan bilik.
Aku pun sambung bertenggek kat opis ni tak reti nak balik-balik.
Hari ni sempat berbuka biskut raya dengan air jarang je.
Sedihnya rasa.

Malam ni nak amik Dr Hanan ngan wife dia kat airport.
Bawak pegi makan lagi.
Besok nak bawak wife Dr Hanan pergi pasar filipin lagi.
Dengan budak-budak FYP nak merasuk aku lagi.
Dengan ada kelasnya pukul 2 petang lagi.
Hari Sabtu pun ada kelas lagi.
Pagi sampai petang lagi.

Minggu depan nak cover gila-gila semua kelas lagi.
Lepas tu FYP presentation lagi.
Lepas tu jaga final exam lagi.
Lepas tu nak kena pergi kursus lagi.
Kena terlibat dengan meeting lagi.
ISO lah, akademik lah, management lah, program lah, plums lah.
Pastu nak marking exam lagi.
Bukan setakat exam, assignment, quiz, mid term pun belum marking lagi.
Selagi tak habis semester ni aku memang tak boleh duduk diam.
Tapi bila habis buat semua ni, sedar-sedar dah start semester baru.
Nak tak nak, bermulalah semula kisah sewel ku..

HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Related Posts:

  • ARGGHHH!! Minggu ni aku sewel. Tiap-tiap hari balik lambat. Kalau belum pukul 7 jangan harap nak balik rumah. Besok tarikh akhir hantar FYP report. Anak-anak buah aku baru minggu ni tunjuk muka. Kerja aku asyik betulkan DFD dengan ER… Read More
  • Kenapa Kau? Enr ini diujukan khas unuk lapop aku ang ersaang.. oh, lapop.. kenapalah kau bua aku macam ni.. kenapalah iba-iba kau bua pasal.. kenapalah iba-iba huruf ak boleh nak diaip.. kenapalah iba-iba huruf jugak ak boleh nak dia… Read More
  • Komen Pun Kena Spam? Diambil dari blog friendster aku yang dah lama terbiar.. Agreed with author tengkorak dia! … Read More
  • Mata Yang Tajam Mata aku tak tajam. Kalau tak pakai cermin mata memang tak boleh fokus. Alkisahnya, tahun 2009 aku memakaikan kanta lekap ke mataku ini. Mula-mula aku pakai ok je. Tapi suatu hari, aku rasa amat tak selesa. Mataku sebelah k… Read More
  • Siapa Sial? I noticed an extra wording on my poster this morning.. Hurmm, kepada si penulis, aku ada berapa soalan lah nak tanya:- Dulu kau tak pergi sekolah ek? Mak bapak kau tak ajar ek? Tak baik menconteng di tempat awam. Lagi-la… Read More

2 comments :

Anonymous said...

sobo.. cik adik ku.. kekek.. sama2 la menyewelkan diri.. hidup sbagi lect mmg gini.. hihihihih.. waaaaaaaaaaaaa... nak jadi lain.. tak nak jadi lecturer.. yat blm laie sebut pasal research laie.. baru ni.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

CikSengal said...

Research tu menatang hapa? Kehkeh..