Saturday, December 6, 2014

SK10D9N ~ Day 5: Wonderful Jeju Part II: Seongsan Ilchulbong, Seopjikoji, Maze Land, Manjanggul Lava Tube, Smart Grid Jeju, Gimnyeong Beach

Tuesday, 28th October 2014

Aktiviti pertama kami pada hari ni ialah pergi melihat sunrise di Seongsan Ilchulbong. Jarak dari hostel ke Seongsan Ilchulbong ni lebih kurang 45km. Makanya, seawal pukul 4 pagi kami dah bangun, mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Pagi-pagi macam ni, breakfast belum ada disediakan lagi oleh pihak hostel. Takut kebuluran kat tengah jalan, kami pun bawaklah bekal. Nasi segera yang dibeli malam tadi kami letak air sikit dan panaskan dalam microwave. Lauknya pulak, lauk segera dari Brahim's. Kari ayam dan sambal ikan bilis. Tidak dilupa, serunding daging dan juga kimchi. Fuh, dah mewah sangat dah macam ni. :D 

Kami keluar lebih kurang pukul 5 pagi. Keadaan kat luar memang gelap gelita dan agak sunyi jugak lah. Nasib baik ada lampu jalan. Berbekalkan suara GPS unnie, kami pun memulakan perjalanan kami ke Seongsan Ilchulbong. Gitu gini, begitu begini, kami tiba di perkarangan Seongsan Ilchulbong lebih kurang pukul 5.30 pagi. Walaupun masih awal, boleh tahan dah ramai jugak orang yang datang. Semuanya bergerak menuju ke pintu masuk dan seterusnya menggagahkan lutut menaiki tangga yang disediakan untuk ke puncak.

Golap eh tapi ada cafe dah bukak..
Ini kali kedua aku ke Seongsan Ilchulbong. Trip dulu, aku sampai ke sini dah tengahari. Dah tu, kelam kabut pulak tu berkejaran ke sana sini dek kerana naik public transport. Buatnya, kami hanya mampu nak jalan-jalan kat kaki bukit je. Tak cukup masa nak mendaki sampai ke atas. Kali ni, nak tengok sunrise, aku nekad jugak naik sampai ke atas.

Naik ke atas tu, kuss semangat. Ye lah. Aku yang tak berapa nak kuat stamina, memang hampush jadinya. Sekejap-sekejap berhenti. Lutut pun rasa lembik. Sakit pulak tu. Asyik kena potong jalan je dengan pengunjung-pengunjung yang lain. Bila dibelek-belek, ramai tourists kalau nak dibandingkan dengan local people. Masing-masing dressing macam nak pergi tengok wayang. Ada beberapa orang tu siap berhigh-heels lagi. Adehh.. Ko mampu? Lebih setengah jam jugak lah aku menapak naik, sampaikan tertinggal kat belakang. Kawan-kawan lain semua dah ke depan. Takde lah aku rasa nak cuak apa sangat kan. Nanti nak berposing ambik gambar mesti muncul sorang-sorang tu entah dari celah mana. :P

Kami naik dari bawah tu..

Dah sampai atas tu, agak huru-hara jugak lah. Orang ramai, tapi ruangan yang ada tu tersangatlah kecik dan sempit. Rupanya ada construction tengah dijalankan kat atas tu dan banyak ruangan yang ditutup. Tengah kelam kabut tu, jumpa jugak aku dengan Mulan. Yang lagi dua tu entah ke mana entah. Kami pun menyelit duduk mana yang boleh untuk mendapatkan view sunrise yang cantik. 

Tunggu dan tunggu dan tunggu. Hasilnya? HAMPEH. Tak nampak pun sunrisenya! Penat oii aku menapak, ciput je yang keluar? Haha.. Nak buat macam mana. Banyak awan lah pulak pagi-pagi ni. Nampak samar-samar je kuning oren dari jauh. Alahaii.. Sangat frust. 

Ni je sunrise nya.. Huhuhu.. 

Tak panas lagi punggung, tak cukup lagi gambar nak disnap, tiba-tiba ada seorang pakcik ni dok jerit-jerit. Aku ingatkan kenapa lah. Rupanya dia jerit dan suruh kami beredar dari tempat ni. What? Baru je sampai, dah kena halau ke turun? Apa lagi, muka masing-masing yang tengah frust dengan sunrise semua jadi tak semenggah. Dah penat-penat naik, belum sempat nak buat apa-apa dah disuruh turun. Memang hangin kuskus mak. Yang seorang pakcik ni terjerit-jerit. Yang seorang lagi ni dok tolak-tolak dan marah-marah supaya semua cepat turun. Yang tengah berposing ambik gambar pun ditolak sama. Suruh turun cepat-cepat. 

Tak agak-agak lah kan. Pakcik-pakcik ni sebenarnya construction worker yang tengah buat kerja-kerja pembaikan kat atas tu. Dia suruh kami turun cepat-cepat supaya diorang boleh sambung buat construction work ni. Ciss.. Siap ada helikopter lagi berlegar-legar. Demi keselamatan pengunjung lah kan. Tapi ye lah. Tak boleh ke start kerja tu lambat sikit. Kami ni datang dari jauh pakcik oi. Penat naik tadi belum reda lagi, dah disuruh turun. Huhu..

Ramai-ramai turun..
Ciss helikopter ni.. 

Nak naik punya lah lama. Turun tu, sekejap je dah sampai. Isyy, nyampes aku. Dah sampai bawah, dah terang macam ni boleh lah bergambar kat kawasan sekitar. Ambik gambar pun ala kadar je, sebab dulu-dulu dah banyak berposing sakan kat sini. Hehe.. Tak berapa kreatif sangat lah aku ni. Dah balik Malaysia, menyesal pulak tak posing tempat yang sama, pose yang sama, tiga tahun dulu. Padan muka. 

Oh ya. Dulu, masa datang sini kami dikenakan bayaran KRW2,000 untuk masuk ke Seongsan Ilchulbong ni. Tapi hari ni tak kena bayar lah pulak. Mungkin sebab kami datang sebelum kaunter tiket bukak kot. Ataupun, disebabkan ada construction kat atas, bayaran masuk ke sini dah kena waive siap-siap. 

Boleh jumpa haenyeo kat sini..
Some of the scenery..
Dulu ada posing kat sini.. Kali ni tak pulak..
Helikopter bertuah tu meng photo bomb..
It's a UNESCO site..

Dah penat menyumpah-nyumpah tu kita nak buat apa pulak? Balik ke kereta dan makan bekal! Berselera betul makan sempit-sempit dalam kereta macam ni. Nak duduk kat luar, sejuk konon tak mampu. Hehe.. Kononnya lah kan, kalau breakfast berat makan nasi macam ni bolehlah kita bertahan sampai ke malam. Kalau pergi jalan-jalan macam ni, makan sekali je. Tak payah nak susah-susah pikir pasal makan dah lepas tu. Malam nanti dah balik hostel, baru makan lagi. Tapi time jalan-jalan je aku praktikkan macam ni. Kalau kat Malaysia, setiap masa dan ketika aku ni makan je kerjanya. :P

Sampai comot-comot..

Dah lepas makan, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Seopjikoji. Dari dulu lagi teringin nak datang ke sini. Sebabnya, Seopjikoji ni merupakan salah satu shooting location untuk drama All In. Drama zaman tok kaduk dulu. Suka gila kot drama ni. Dah tu, scenery kat sini pun cantik jugak. Boleh ambik gambar banyak-banyak.

Tengah dalam kereta on the way nak pergi ke Seopjikoji dari Seongsan Ilchulbong ni, tiba-tiba masing-masing menjerit mentel. Bukannya apa, ada kawasan lapang penuh dengan rapeseed flower di kanan jalan. Cantik! Kuning-kuning macam mambang kuning gitu. Balik dari Seopjikoji nanti harus singgah untuk posing-posing. 

Perjalanan dari Seongsan Ilchulbong ke Seopjikoji tak lah jauh mana. Dalam 15-20 minit je. Sampai kat sana lebih kurang pukul 8.45 pagi. Tapi boleh tahan dah panas jugak ni, matahari dah naik. Nasib baik lah ada angin laut. Tak lah sejuk, tak lah panas. Walaupun masih awal pagi, dah ada banyak kereta parking kat sini. Sebelum berbas-bas pelancong-pelancong dari Seongsan Ilchulbong tadi datang menyerbu, kami pun cepat-cepat keluar dari kereta. Dah ramai nanti kang pening pulak.

Tapi, bukannya nak terus masuk ke Seopjikoji tu. Boleh pulak lah pergi menebeng kat ahjumma jual sotong bakar. Tak senonoh sungguh. Haha.. Beli lah dua ekor kongsi-kongsi, buat ngonyel-ngonyel sambil jalan-jalan. Seekor harganya KRW8,000. Jangan kau convert ke RM!

Kemain laris.. Ramai orang beli..
Sedap ni sesungut!

Macam nak tercabut gigi mengunyah sotong ni. Tapi once dah start tu tak boleh berhenti. Nak balik nanti, kena beli lagi ni. Hehe.. So, dengan sotong di tangan dan di mulut, menapak lah kami naik ke Seopjikoji ni. Ye, kena naik bukit sikit. Tapi tak payah risau lah, tak tinggi mana pun bukitnya. Ada laluan rata disediakan, tak perlu nak merangkak naik tangga macam kat Seongsan Ilchulbong tadi tu.

Moh naik!!

Menurut papan info yang ada disediakan kat sini, "Seopji" merupakan perkataan dalam dialek Jeju yang bermaksud tanah yang sempit dan "Koji" pulak bermaksud tanjung ataupun semenanjung. Kalau kita combined jadi apa ye? Jadi Seopjikoji lah. Haha.. Tanah tanjung/semenanjung yang sempit lah gitu kan. Pada zaman Joseon dulu, some sort of beacon diletakkan kat Seopjikoji ni. Beacon as in lampu isyarat lah. Bukan bacon ngongok. 

Sepanjang pantai (tak nampak macam pantai pun) dilitupi dengan batuan gunung berapi. Dah tu pelik-pelik pulak tu bentuknya. Ada satu batu besar kat situ bentuknya macam candlestick dikenali sebagai "Seondolbawi". Mengikut lagenda tempatan, seorang (ke seekor?) anak tuhan laut bertukar menjadi batu disebabkan cinta pada seorang/seekor pari-pari laut ni tak berbalas. Tragik sungguh kann..

Hat batu beso tegak tu ke candlesticknya?

Excited tau hakak dah sampai Seopjikoji ni. Boleh posing-posing depan rumah All In tu. Kalau ikutkan, rumah All In tu sebenarnya church lama. Dalam cerita All In tu, jadi rumah anak yatim kot, tak ingat dah aku. Tapi kan, dari jauh aku tengok, apasal lah macam pelik je tempat tu. Penuh ceria warna-warni gitu. Tak boleh jadi ni, cepat-cepat aku jalan ke depan. Dah sampai depan tu, HOMAIGAD ternganga tak terkata apa. Sangat speechless. Dah jadi rumah Hansel and Gretel dah! Hadoilahhh..

Awat kaler-kaler rumahnya?
Hoiii apa neh??

Mak oih. Apa ini? Dah bertukar rupa jadi Candy House rupanya. Ya ampun, sabar je lah aku. Dah jadi tempat bermain untuk kanak-kanak riang dah. Lorr.. Tak dapek lah nak berfeeling-feeling All In kat sini. Dah lah kena bayar nak masuk ke tempat ni. Hampeh betul. Ambik gambar dari luar je lah. Huhu.. Tensen mak.

Berapa kali nak frust daa hari ni. Tadi dah frust kat Seongsan Ilchulbong. Ni frust lagi. Huhu.. Frust-frust pun, kami terus jalan ke depan menyusuri laluan yang disediakan. Dari jauh nampak ada sebuah lighthouse kat atas bukit. Disebabkan ada seorang fanatik lighthouse dalam group kami ni, kami pun berjalan lah menuju ke sana. On the way tu, ada satu kawasan lapang for horse riding. Sesiapa yang terasa gedik nak naik kuda, boleh lah try. 

Kawan-kawan Masiwon..
Aiyarrkkk naik tangga horr!!

Kupikirkan ada laluan landai, sekali kena naik tangga. Semput makcik. Nasib baik lah tak sejauh Seongsan Ilchulbong Peak tadi. Dah kat atas ni, memang best lah tengok scenery kawasan sekitar. Angin pun kuss semangat sangat kuat. Terbang-terbang dah tudung. Nasib baik tak tercabut terus. Dah kat hujung-hujung ni, kita boleh nampak Seongsan Ilchulbong dari jauh. 

Lighthouse..
Seongsan Ilchulbong dari jauh..
Gingerbread House Hansel and Gretel dari jauh..

Dah ambik gambar scenery, kami jalan lagi sampai lah ke penghujung jalan. Berjumpa pulak dengan jalan tar. Entah ke mana pulak lah jalan tar ni menghala, patah balik lah jawabnya. Kat hujung dunia ni ada pulak sebuah bangunan. Macam terbiar je takde orang. Bila tengok betul-betul macam pernah nampak bangunan ni kat sebuah rancangan TV. Gigih memikir. Rupanya dalam salah satu episode Running Man. Bangunan ni, Seopjikoji Observatory rupanya. 

Sampai hujung..
Seopjikoji Observatory..

Serius sunyi sepi tempat ni. Memang takde orang ke. Tapi nampak macam ada cafe kat tingkat atas, and ada pekerja kat situ. Tapi, siapa yang datang jalan kaki sampai ke sini? Hantu kot. Haha..

Balik lah semula kami ke parking. Dah ramai dah manusia kat kawasan rumah gula-gula bertuah tu. Nak ambik gambar pun dah susah. Sebelum balik ke kereta kami turun dulu ke pantai berbatu. Tengok manusia-manusia yang jakun tak pernah nampak pantai dan juga mengskodeng ahjumma-ahjumma menjemur sotong. Lepas skodeng tu? Kita pergi beli sotong lah. Haha..

Jemuran Sotong..
Beli sotong buat bekal..

Tamak sungguh beli sotong seorang satu. Kedekut takmo share sebab sedap sangat. Haha.. Lepas bayar parking KRW800, kami pun bergerak pergi meninggalkan Seopjikoji. On the way keluar ke jalan besar, kami lalu depan Aqua Planet. Dah alang-alang lalu, tempat shooting Running Man some more, mari lah singgah kejap. Kami suka masuk akuarium bagai ni. Kalau murah boleh lah singgah masuk.

Aqua Planet

Kemain excited nak masuk, tapi tiba-tiba rasa nak terberak bila tengok harga bayaran masuk ke Aqua Planet ni. KRW39,000 per person! Tak jadi masuk! Kalau KRW10,000 tu gigih lah jugak, ini dah lebih RM100. Kirim salam je lah. Makanya, kami bergambar kat kawasan sekitar je lah. Dah tu duduk lepak-lepak minum air yang dibeli kat kedai berhampiran (mahal gila airnya) sambil skodeng orang. Takde kerja betul.

Akuarium..
Marine Science Hall..
Ada cafe kat tingkat bawah..

Around 15 minutes later, kami pun beredar. Patah balik semula menuju ke Seongsan Ilchulbong sebab nak pergi berposing kat ladang rapeseed flower tu. Hehe.. Kami berhenti dan parking kat bahu jalan je. Ahjumma penjaga ladang tu kata tak apa parking situ. Tak lama tu, berduyoonn tiba beberapa kereta ikut parking macam kami. Bila ramai-ramai buat macam tu, takde lah rasa alien sangat. Hehe.. So, nak masuk berposing kat rapeseed flower field ni, sila lah bayar KRW1,000 ye. 

Rapeseed ni merupakan sejenis canola. Boleh buat minyak jugak ni. Walaupun kekuningan dan cantik dari jauh, rapeseed yang ada kat sini tak berapa lebat bunganya. Dah autumn nak masuk winter dah pun. Patutnya kena datang masa spring/summer. Kalau lagi lebat, lagi cantik lah dia menguning. Apa yang ada je lah ni. Janji boleh.

Kunen-kunen..
Posing lah wei..

Dah! Destinasi seterusnya ialah Maze Land. Kami patah balik dan ikut jalan menuju ke Jeju City. Agaknya kemaruk ber Running Man kami ni, sebabnya Maze Land ni merupakan filming location untuk Running Man jugak. Kalau tak bersungguh pasal Running Man ni, takdenya nak singgah. Hehe..

Bagi aku, untuk trip kali ni, kalau entrance fee bagi sesebuah tempat tu KRW10,000 ke bawah, aku boleh layankan lagi. Yang Aqua Planet tadi tu, hadoi mak, tak sanggup lah aku. Maze Land ni harga masuk KRW9,000. So, kita masuk lah jawabnya.

Jom masuk!
Kedekut betul bagi satu tiket je..

Masuk je ke dalam, terpampang besar logo Running Man kat tembok. Nak tunjuk crew Running Man pernah datang sini lah tu. Jalan ke depan sikit nampak peta maze. Tak payah lah kita nak hafal laluan maze ni. Masa beli tiket tadi staf kaunter dah bagi siap-siap peta maze ni. Boleh lah congak dari situ.

Peta Maze..

Kalau tengok pada peta maze ni, ada tiga maze yang berbeza. Bentuk bulat, bentuk orang berjalan dan bentuk dolhareubang batu tu. Sebenarnya bentuk maze yang ada ni merupakan lambang bagi pulau Jeju ni iaitu, rock (dolhareubang), wind (bulat) dan jugak women (orang berjalan). Women kat sini maksudnya Lady Diver ataupun Haenyeo. Terkenal kat Jeju ni sebab makcik-makcik diver ni kuat menyelam mencari rezeki tanpa menggunakan tangki oksigen.

Selain daripada tu, Maze Land ni termasuk jugak dalam senarai Guinness World Records sebab mempunyai maze yang terpanjang di dunia yang diperbuat daripada batu. Hebat, tak hebat. Kat Malaysia, kita ada roti john terpanjang. Hehe..

Sebenarnya tak lah susah mana nak jalan-jalan dalam maze ni, janji kita ada sense of direction. Tak pasal-pasal aku yang jadi leader kat depan cari jalan. Yang lain-lain malas nak pikir. Baik diorang posing ambik gambar je. Hehe.. Boleh tahan peluh jugak lah mencari jalan keluar.

Start!
Pendek je aku nak compare dengan dinding maze..
Starting of Dolhareubang maze..
Bila nak habis ni..
Ni mata dolhareubang..
Yay berjaya keluar!!

Setiap satu maze ni bercantum antara satu dengan yang lain. Kalau dah separuh jalan tu, jangan harap lah nak patah balik. Teruskan je lah jalan sampai habis. Selepas 50 minit bertarung (ecehh..), kami pun jumpa jalan keluar. Yay!

Disebabkan dah pukul 12.45 dan matahari tegak kat atas kepala, kami pun masuk ke dalam main building. Kat sini, ada macam-macam puzzle yang disediakan. Teringat aku kat Wanaka Puzzling World dulu. Duduk lah sekejap main puzzle dan tengok items on display. 

Tower of Hanoi..
Fuhhh.. Syok ni..

Dah tu, kami melepek. Tiba-tiba ada dua ahjumma cleaner menghampiri sambil tersengih-sengih. Ni bukan ahjumma dah ni, nenek dah aku rasa. Tak pasal-pasal ajak kami berborak. Haha.. Aku pun sengih balik je lah. Paham dia tanya apa, tapi tak reti nak menjawab. Terpaksalah Mulan melayan. Agresif pun ya nenek-nenek ni sebab dia main tarik-tarik tudung Mulan. Fascinating kekdahnya tengok kami pakai tudung ni. Agresif, tapi nasib baik dia kata kami cute pakai tudung. Tak jadi nak marah sangat. Haha..

Dari tanya yang simple-simple macam dari mana, buat apa kat sini, sampailah tanya dah kahwin ke belum. Hadoilah. Bila kata belum je, terus masing-masing offer anak jantan mereka. Wakaka.. Sewel dah jadinya, melekek-melekek gelak. Terus aku terbayang rancangan Love in Asia tu. Kahwin dengan orang Jeju pastu kerja ladang. Haha.. Gila ahh, takmo aku! Terus cepat-cepat kami berangkat pergi. Haha.. 

Bangunan ni ada beberapa tingkat. Kalau naik ke bahagian rooftop bangunan ni, kita boleh nampak the whole maze. Kiranya, luas jugak lah kawasan ni, sampaikan tak muat dalam screen camera nak capture the whole maze. Mana yang dapat je lah. Konon nak lepak lama-lama kat atas ni, tapi tiba-tiba salah seorang nenek tadi tu muncul depan kami. Terus kami cabut. Haha..

Dolhareubang maze dari kejauhan..

Dari Maze Land, kami ke destinasi seterusnya iaitu Majanggul Lava Tube. Ini merupakan kali kedua aku datang ke Manjanggul ni. Masa belok masuk dari main road, dah terkenang-kenang dah ketika aku pertama kali datang ke sini naik bas dulu dan terpaksa berjalan sejauh 2km ke dalam. Hari ni kita rempit naik kereta yeah!

Manjanggul Lava Tube..

Dulu dah cerita serba sedikit pasal tempat ni, kali ni aku tepek gambar je. Nak-nak kali ni kamera agak best sikit kalau nak compare dengan kamera dulu. Kamera best pun, gambar yang terhasil tetap buruk jugak. Hehe.. Entrance Fee ke Manjanggul Lava Tube ni cuma KRW2,000 saja. 

Masuk!!
Boleh nampak bekas aliran lava..
Besar kan tube ni?
Singgah berehat sekejap..
Almost there..
Sampai dah penghujung..

Kalau diikutkan memang panjang lagi tube ni ke belakang. Tapi setakat sampai sini je yang dapat diakses oleh pengunjung. Dulu datang, rasa seram. Kali ni datang pun masih rasa seram lagi. Asyik terbayang je apa akan jadi kalau tiba-tiba lava keluar dan menderu lalu dalam tube ni. Takyah nak bayang dah. Rentung terus jadinya. 

Dah puas meronda kawasan Manjanggul, kami pun beredar. Dah takde arah tuju dah sebenarnya. On the way keluar tu, boleh pulak lah nampak orang jual limau naik lori tepi jalan. Selamba kodok je berhenti dan beli limau. Tamak sangat, beli sampai sekotak. Hehe.. Ni kalau kongsi 4 orang memang cepat je habis. Nak-nak limau tu sangat manis dan langsung takde biji. Memang syok mengupas. Jangan lepas ni syok masuk jamban sudehh..

Balik lah semula kami ke main road dan menuju je Jeju City. Sepanjang perjalanan tu kami nampak banyak kincir angin di pesisiran pantai. Kami pun follow je lah laluan kincir angin tu. Entah macam mana kami boleh masuk ke kawasan perkampungan dan akhirnya sampai ke Smart Grid Jeju, pusat kawalan kincir angin tu. Hari dah petang, information center pun dah tutup. Makanya kita ambik gambar je lah dengan kincir angin yang ada. 

Kincir angin..
Tutup dah!
Kawasan sekitar..
Kincir terdekat..
Kereta elektrik sila charge di sini..

Baliknya, kami stop sekejap di Gimnyeong Beach. Parking kat tepi sambil layan blues sekejap kat sini. Duduk dalam kereta je. Nak keluar malas. Padahal ramai je manusia yang pergi main-main kat gigi air. Lepak, ambil mood dulu sebelum balik terus ke hostel. Sedar, tak sedar, Gimnyeong Beach ni jugak merupakan filming location untuk Running Man. Memang Running Man habis lah kami hari ni. Hehe.. 

Gimnyeong Beach..

Dah. Balik lah kita. Sampai hostel, terus melepek. Dah freshen up bagai, kami bersilat kat dapur masak nasi goreng untuk dinner. Lepas dinner kita buat apa? Tidur lah. 

Dinner!

Dah habis! Banyak tempat kami merewang hari ni. Besok kami akan pergi ke satu tempat je. Ke mana? Sila lah tunggguuuuuuuu..

Till the next entry! Bye-bye!

Peta jalan-jalan hari ni..

Kos perbelanjaan hari ni:-

Seopjikoji Parking = KRW200
Rapeseed Flower Field = KRW1,000
Sotong Seopjikoji dan Jajanan = KRW15,000
Maze Land Entrance Fee = KRW9,000
Manjanggul Lava Tube Entrance Fee = KRW2,000

TOTAL = KRW27,200

0 comments :