Friday, June 27, 2014

Wadihana Islamic Steakhouse, Johor Bahru

*Restoran ni dah tutup! T__T

Seperti selalunya, kalau aku berkesempatan balik JB, mesti aku pergi food hunting. Kebetulan ada tempat momom baru bukak kat BBU, mari lah kita skodeng. 

Namanya Wadihana Islamic Steakhouse. Mengikut pemahaman aku, restoran ni dah banyak cawangan kat KL. Kali ni bukak cawangan di JB lah pulak. 

Wadihana..


Suasana dalam restoran ni sangat lah best dan menarik. Cuma masalahnya, masa kami pergi hari tu ya ampun ramainya umat manusia. Pukul 9 kami datang, pukul 10 baru dapat tempat dan order, pukul 11 baru makanan sampai! Wahhh.. Kemain lama kan? Kalau gini lah jadinya, mau sekali je aku datang sini. Tapi mengada jugak kan, dah tau penuh gatal jugak nak menunggu. Mesti lah tunggu sebab kita dah plan nak makan sini. Nak buat review lagi. :P

Drinks counter..

Dah pukul 11. Perut pun dah masuk angin kuskus. Sikit lagi je nak mengamuk. Makanan pun sampai satu persatu. Tapi disebabkan dah lapar sangat, banyak makanan tak sempat nak disnap gambarnya. Apa yang ada je lah ni. 

Seafoof Chowder dalam roti apa namanya ni lupa dah aku..


Apo neh? Quesadilla? Belasah je lah..
Creme Brulee..
Choc Brownie with Ice cream..
Tembikai Juice..

Verdict? Boleh tahan jugak lah. Sedap lah jugak. Boleh datang lagi untuk makan-makan. Tapi memikirkan kalau nak kena tunggu macam tadi tu memang tobatlah tak nak dah. Lain kali datang kena datang awal. ^__^

Related Posts:

  • ZZ Sup Tulang, Johor Bahru Lagi satu port makan kalau datang ke JB ni. Food Court di Hutan Bandar. Tau Hutan Bandar tu apa? Boleh dikatakan tempat untuk rekreasi lah. Kami datang pun untuk rekreasi jugak. Rekreasi perut. Kekekeke..  Food Co… Read More
  • Maco Vintage, Johor Bahru Sempena birthday Cik Fieza kita, kami pi keluar makan. Kebetulan ada kat JB kan. So kami check out cafe yang baru dibukak ni. Namanya Maco Vintage, dan lokasinya ialah ditengah-tengah bandar Johor Bahru. Berdekatan dengan B… Read More
  • City Square's Dapur Kita, Johor Bahru Aku tak ingat dah berapa lama dah aku tak menjejakkan kaki ke City Square ni. Ni datang pun sebab nak jumpa dengan geng jalan-jalan. Kalau jumpa, mesti lah nak kena lepak-lepak. Dah alang-alang berada kat City Square ni, me… Read More
  • Kenyang di Senibong, Johor Bahru Ni first time tau aku datang Senibong! Selalu dok dengar orang makan seafood kat Senibong. Murah lah, apa lah. Cumanya aku je yang tak pernah pergi. Ni dah alang-alang ada yang mengajak, aku ikut je lah. Nak jugak tau Senib… Read More
  • Warung Saga, Johor Bahru Siapa pernah datang sini? Aku orang JB pun tak pernah tau kewujudan tempat ni. Hahahaha.. Nasib baik ada K Awa yang sudi bawak aku ke sini. Orang bawak kan. Jangan harap lah aku nak hafal laluannya. Total fail!  … Read More

0 comments :