Thursday, June 12, 2014

HLAF Annual Awards & Workshop 2014

I was here! Datang untuk menghabiskan peruntukan kursus Universiti. Hehe.. Kalau tak habiskan peruntukan, tahun depan dapat ciput je. Baik kita habiskan kan? Selain kita habiskan, kita dapat jugak ilmu yang bermanfaat. Poyo je lah aku kata habiskan peruntukan universiti. Padahal, bengkel ni FOC tak dikenakan apa-apa bayaran. Hehe..

HLAF Annual Award & Workshop. Gempak gitu khen tajuk bengkel ni. Memang gempak. Dianjurkan oleh Human Life Advancement Foundation yang dipengerusikan oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebenarnya, aku pun tak pernah tau tentang program ni. Itu pun sebab Mel yang bekerja dengan yayasan ni dok war-warkan siapa nak join. Terasa pulak macam best kan. Makanya aku pun join ler. Hehe..

Moh masuk..


Yayasan Human Life Advancement ni sebenarnya ada banyak program. Antaranya menyediakan geran dan biasiswa kepada mereka yang berminat dalam bidang human life ni lah dan jugak award kepada sesiapa yang dapat memberikan sumbangan yang besar dalam bidang ni.

Yang aku attend ni kiranya ada bengkel di siang hari untuk mengetahui apa aktiviti-aktiviti human life advancement yang dibuat di seluruh dunia, dan di malam hari pulak ada aktiviti makan-makan dinner dan penyampaian award. 

Meh tulis apa-apa yang patut..

Tunggu nak mula..


Opening dilakukan oleh Tun M. Banyak maklumat yang aku dapat daripada speech dia. Ada yang aku rasa sentap jugak lah, tapi memang betul pun apa yang dia cakap. Sentap tak sentap. Haha.. Dah lepas speech ada lah sesi talk dengan orang-orang kuat program advancement ni dari merata dunia. Menarik jugak lah projek-projek mereka. 

Tun M giving speech..

So apa aku buat? D.E.N.G.A.R je lah. Hehe.. Sampai ngantuk-ngantuk aku dibuatnya. Walaupun menarik, aku tak tau nak menyampuk tang mana nak tanya soalan sebab macam nak kena kona baring rempit 160km/j kalau nak dikaitkan dengan bidang aku. Boleh tu boleh tapi aku macam tak larat nak pikir masa tu. Kihkih..

Tapi apa yang aku tunggu ialah aktiviti makan-makan waktu malam ler. Dah kenyang sempat pulak menyengal. Huehuehue..

Ni je.. Lupa nak selfie-selfie.. Huhuhu..


Habis dah! :P

0 comments :