Monday, June 23, 2014

South Korea 7th Edition ~ Day 2: Kona Beans, Meeting Kim Woobin, Sindang Tteok, The Moon Embrace The Sun Musical

Friday, 24th January 2014

I tell you one hah, this trip ha is very-very mandom got nothing to do except meroyan jumpa abang-abang K-Pop, K-drama. Boleh gitu? Boleh je lah kan. Memang trip terjah untuk lepak-lepak je ni. Jangan lah ikut cara aku yang ni. Memang buang karan, buang duit. Tapi kalau banyak nau duit untuk dibuangkan, boleh je nak cuba. Haha..

Okeh, aktiviti buang duit yang pertama ialah melepak di Kona Beans. Apgujeong lah, mana lagi. Tempat kerja bonda jejanz-jejanz tu lah, mana lagi. Masih awal pagi, orang pun tak berapa ramai. Agak syok jugak lah nak melepak. Duduk lepak sambil makan honey bread. Dah tu belek-belek kedai macam YB melawat kawasan. Ada banyak item baru kat kedai. Nak-nak, baru-baru ni bapak salah seorang daripada jejanz ni mati bunuh diri. Banyak lah consolation letters and gifts bersepah-sepah di sini.

Tak ramai orang pagi-pagi..






Breakfast..
Antara consolation yang ada..


Dah lepas breakfast, kami ke Namdaemun pulak untuk aktiviti buang duit yang kedua. Shopping habis lah ni. Aku setakat meng re-stock kimchi, seaweed dan yuzu tea yang dah habis kat rumah nun. Itu je lah souvenir aku kalau pergi Korea ni. Benda makan. Dah tu pergi beli brooch lah pulak. Aku sampai ke sudah memang sesat barat kalau cari kedai brooch ni. Kali ni, aku nekad ambik gambar kedai ni. Semoga lepas ni senang jumpa kalau tetiba gatal nak beli brooch. 

Kedai brooch ni paling murah..


Nak kata murah, idoklah murah sangat brooch ni. Tapi Made in Korea kan, kira boleh lah. Aku pun bukannya pakai nau brooch yang fancy-fancy ni. Setakat nak pin tudung kat leher je. Tak reti nak bergaya. Memang comot je penampilan. Tak ada rupa golongan profesional gitu. Chewahh, profesional sangat lah aku ni khen..

Dah habis shopping brooch dan benda-benda merepek yang lain, kami terus ke Seoul Station. Mengada sangat nak menebeng kat sini sebab dapat info bahawasanya, ada seorang mamat tu buat fansign kat sini. Kim Woobin uols! Screaaaaaamm.. Haha.. Memang mengada. Saja singgah untuk tengok muka Woobin dengan lebih dekat. Kot-kot boleh say hi hi lah kan. Tapi dah sampai sana, hampeh sangat.

Ramai gila orang!
Fan sign Buckaroo.. 



Memang kedekut betul organizer ni. Diletaknya Kim Woobin dalam khemah. Siapa yang dapat sign je dapat jumpa. Yang ramai-ramai kat luar ni, nak tengok pun tak dapat. Dah pergi rapat-rapat dengan khemah pun tak nampak muka. Tapi kan, zoom habis 20x celah-celah banner, nampak lah pulak muka dia. Kehkehkeh..

Hi Woobin~!!

Dah dapat snap satu pueh hati ler jadinya. Terus lah balik. Haha.. Tak kuasa nak berasak-asak dengan manusia kat sini. Semakin ramai kekdahnya yang datang ni. Siap bawak tangga bagai, panjat untuk ambik gambar. Gila sungguh. 

Balik wei balik..


Dah tu, kami balik hostel untuk solat dan seterusnya keluar untuk late lunch. Aktiviti menghabiskan duit yang ketiga. Gigih kami merewang sampai ke Sindang untuk makan tteok. Cara nak ke Sindang ni aku dah explain dari entry-entry dulu. Malas nak explain lagi. Sila lah godek ye. Tak pun, google je. Hehe.. 

Explain pakai gambar je lah ye..

Satu.....
Dua....
Tiga! Burrrpppp...


Masih mantop macam dulu. Harga KRW17,000 untuk makan dua orang. Senak nak ngabiskan!

Dah lepas makan? Kami pun terus ke Seoul Arts Center untuk aktiviti menghabiskan duit yang ke-empat. Kita pergi tengok musical! Err.. Musical ni aku dah cerita kat sini. Sila lah lompat ke sana pulak ya. Dah habis aktiviti ke-empat ni, kami pun balik lah semula ke sarang. Besok pulak lah kita sambung aktiviti menghabiskan duit ni. Hehe..

Pendek je entry ni sebab malas tahap babun..

0 comments :