Monday, June 16, 2014

Ni Hao Shanghai! ~ Day 3: Nanjing Road, Qibao Old Town, China Art Museum, Mercedes-Benz Arena, Huangpu River Cruise

Sunday, 12th January 2014

Hari ini hari Ahad. Dan kaki saya pun wow, membengkak bagai johan. Makanya, pagi ni kena lah pergi cari kasut sebelum boleh pergi jalan-jalan dengan lebih jauh. Keluar hostel pun agak lambat jugak lah kalau nak compare dengan hari-hari sebelum ni. Lambat pun, sebelum pukul 8.30am dah keluar. Ke Nanjing Road kita!

Nanjing Road ni merupakan tempat shopping yang paling utama kat Shanghai ni. Jalannya panjang. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian timur dan barat. Kalau ke sini dengan menaiki metro, boleh turun kat dua stesen iaitu People's Square Station dan East Nanjing Road Station. Kami turun di People's Square sebab malas nau nak tukar-tukar train ke East Nanjing Road. Dah sampai tu boleh lah jalan-jalan window shopping. Dan juga kasut shopping. :P

Nanjing Road Pedestrian Walk.. 
Ruang pejalan kaki di Nanjing Road ni agak luas. Nak lari lintang pukang pun boleh. Tapi kena hati-hati lah jugak. Walaupun ianya pedestrian walk, ada juga tram lalu lalang di sini. Tram ni pulak macam tak kuat bunyinya. Alih-alih dah ada kat sebelah. Kalau tak alert, mau senggol-senggolan, lenyek-lenyekkan nanti. Hehe..

Tram comel..





Shorgaaa kanak-kanak..

Walaupun masih belum pukul 10 pagi, orang dah ramai berkeliaran dan jalan-jalan kat sini. Kedai pun banyak yang dah bukak. Tak lama jalan tu jumpa lah aku dengan kedai kasut. Selamat lah aku mempow satu. Nangis kot terpaksa gores dan hutang. Huhu.. Disebabkan nak jalan jauh kan, relakan je lah. 

Dah dapat kasut baru ni, memang kemain seronok lah aku berjalan. Terus tak sakit dah kaki ni. Mengada sungguh kan. Kami pun sambung jalan-jalan sepanjang Nanjing Road ni sampai ke penghujung. Kat sini, katanya ada satu farmasi yang merupakan farmasi pertama dan tertua di Shanghai. Tapi tak dapat dipastikan yang mana satu. Banyak farmasi kat sini. Main teka-teka je lah. Internet ada kat tangan pun malas nak Google. :P

Yang ni kot.. haha..
Uihhh.. Suka ni nak masuk..

Dah habis jalan-jalan cuci mata, baru lah kami pergi makan. Ni 2-in-1 breakfast sekali dengan lunch lah ni. Kedai makannya tak lah jauh mana. Area Nanjing Road ni jugak. Memang sayang sangat kami dengan Google Maps kat Shanghai ni. Ia dapat menghindarkan kami daripada kelaparan. Hehe.. Heh? Kedai mi tarik lagi? Mesti lah kan. Ini je yang bersepah-sepah banyaknya. Surprisingly, aku tak muak pulak masuk kedai-kedai macam ni. Menu dia banyak, jenis makanan pun lain-lain. Tiap-tiap kali datang, kita try menu lain-lain. 

Ada banyak kedai mi tarik sekitar Nanjing Road ni. Pilih je lah nak pergi yang mana satu. Kami ni pun main jalan je. Mana yang kami jumpa dulu, itu lah yang kami masuk. Kebetulan kedai yang kat bawah ni lah. :D

Yay jumpa!!
Makan nasi bagi kenyang!!

Makan nasi putih, lauk sayur dan daging. Ada sup sekali. Nyam nyam. Jangan lah ditanya macam mana aku order nasi putih lauk bagai tu. Kita tunjuk-tunjuk gambar je. Dah kenyang, kami pun membuat keputusan untuk ke Zhujiajiao. Ancient Water Town gitu. Dah tu dipanggil Venice of Shanghai some more. Mesti cantik nak ambik gambar, pose bagai kat sini kan. Mari lah kita check it out.

Zhujiajiao ni letaknya di luar Shanghai. Nak ke Zhujiajiao ni ada banyak cara. Tapi kami gedik nak ambil bas dari Shanghai Stadium. Gigih kami belek cari jalan nak ke Shanghai Stadium. Nasib baik ada stesen metro yang berdekatan situ. Naik metro lah jawabnya. Tapi bila dah sampai tu, kami sesat barat. Tak jumpa info nak naik bas kat mana. Ditulisnya gate 5. Berpusing kami cari Gate 5. Takde lah pulak dia tulis besor-besor Gate 5 kat stadium ni. Dah tu sunyi sesunyi sepinya kawasan stadium ni. Biar betul? Hadoii..

Nampak pak guard, kami jadi ayam itik. Nampak polis bantuan, kami jadi lembu kambing. Lama-lama tu stress jadinya. Boleh tahan dekat sejam jugaklah kami menapak, melilau, pusing keliling. Muka pun dah tak semenggah dah. Berpandukan instinct, akhirnya kami sampai jugak dekat terminal bas tu. Nak menjadikan lagi aku hangin kus-kus satu badan, belakang terminal bas tu ada stesen metro Caoxi Road! ARGGHHHH~!!

Nak lagi stress, terminal bas tutup! WARGGHHH.. Nasib baik ada staf kat situ yang boleh cakap English. Katanya, hari ni hari Ahad. Tak ada bas yang pergi Zhujiajiao tu. Datang lah besok ye, dengan sopan dia berkata. Hadoilah. Tak ada pulak dalam info yang kami cari tu, hari Ahad takde perkhidmatan bas dari Shanghai Stadium ke Zhujiajiao. Memang bukan rezeki kami lah. Melepek sekejap kat perkarangan terminal sebelum decide nak pergi mana. Penat!

Nasib baik lah ada back-up. Pergi water town jugak. Tapi yang dekat-dekat je. Tak sebesar Zhujiajiao. Tapi boleh lah, asal dapat berposing kat water town. Qibao namanya. Yang ni sonang je nak pergi. Naik je metro dan turun lah kat Qibao Station. Dah tu keluar ikut Exit 2. Kat luar tu ada signboard nak menghala ke mana. Tak perlu risau kalau sesat.

To Qibao Old Town..
Menuju ke Old Town..

Qibao ni kalau mengikut sejarahnya dah wujud sejak kurun ke-9 lagi dan merupakan satu-satunya ancient town dalam masih wujud dalam wilayah Shanghai ni. Ancient town lain tu banyak lah jugak, tapi kena keluar dari Shanghai. Yang betul-betul dalam Shanghai cuma Qibao ni je. Saiznya dalam 2km persegi gitu. Gigih sangat lah aku ni godek internet untuk dapatkan semua maklumat ni. Hehe..

Kita jalan-jalan dan posing ambik gambar je lah kat sini. 

Peta around Qibao..
Gerbang pintu masuk..
Deretan kedai-kedai..

Dah namanya ancient town, haruslah banyak bangunan style lama, style zaman dulu-dulu. Unik dan menarik. Orang pun ramai ya ampun kat sini. Sampai satu tahap tu sampai berlaga bontot sana sini. Deretan kedai yang ada ni kebanyakannya jual souvenirs dan snacks. Macam best je snack masing-masing tapi takde lah sampai teringin bebenor nak merasa. Cuci mata je lah tengok. 

Siapa ingat gegula ni angkat tangan!

Gilak ramai orang. Semput nak sampai ke jambatan. Dah sampai jambatan baru lah boleh posing maut. Tapi sekejap je pun kat sini, sebab terlampau ramai nau orang. Nak ambil gambar pun tak senang. Setakat dua tiga snap on surrounding dan selfie yang tak menahan gitu. 

Ramai orang..
YIKESSS~!!















Jambatan nomot 1..

Jambatan nomot 2..








Idokler pula kami teringin bebenor nak naik sampan lalu ikut sungai ni. Lagi pun kejar masa. Dah tu, malas nak lama-lama kat tempat yang ramai orang macam ni. Boleh bikin migrain je. 

Next destination ialah Shanghai Expo! Bila tengok kat Internet, kemain besar Shanghai Expo ni. Kalau nak redah semua tempat memang lah kena ambil masa berhari-hari. Makanya, kita pergi yang dekat-dekat dengan metro station je. Naik lah metro dari Qibao Station dan turun di China Art Museum Station. Kami bajet, stesen tu lah yang terdekat. Kalau jauh pun, kami jalan-jalan je lah sekitar situ untuk ambil feel.

China Art Museum station ni agak menarik lah jugak. Banyak info dan gambar-gambar tentang Shanghai Expo di sepanjang dinding stesen ni. Boleh lah berhenti sekejap, belek apa-apa yang patut.

Kat siling..

Tentang sekitar expo..




Keluar je stesen melalui Exit 4 terus nampak China Art Museum. Unik ko, dia punya architecture. Dah macam torii gate kat Japan dah aku tengok. Merah oren semacam warnanya. I'm lovin' it! Sakan lah jugak snap gambar dan posing-posing kat sini. Sementara masih ada masa terluang, kami pun masuk ke dalam untuk tengok apa yang ada. Free je, tak perlu nak bayar. Tapi kena dapatkan tiket di kaunter di luar gate sebelum masuk ke perkarangan muzium. Waktu operasi muzium ni ialah dari pukul 9 pagi sampai lah 5 petang. 

China Art Museum Shanghai..
Tiket masuk..
Bangunan opposite muzium. Unik gila!

Art museum. Haruslah semuanya art kat dalam tu. Aku yang tak berapa nak abstract ni tak pandai nak menilai semua art yang ada. Setakat jeling-jeling je lah. Mana yang aku rasa menarik, baru lah aku belek dan ambil gambar. 

Walaupun art yang susah aku nak paham, boleh tahan ramai jugak yang datang ke sini. Lebih-lebih lagi parents yang bawak anak-anak. Nak ajar anak masing-masing art dari kecik kot kan. Bagus betul lah. Kalau kat Malaysia, aku rasa lagi ramai parents bawak anak pergi shopping mall. Haha.. Tapi tak boleh nak salahkan diorang jugak. Dah muzium kita pun kena bayar kan? Cuba kalau free. :P

Ni aku tepek sikit buat cukup syarat..

Antara hall yang ada..
Ermmm..
Lukisan zaman dulu-dulu..

Dari tingkat atas muzium ni, kami boleh nampak Mercedes Benz Arena dari jauh. Macam UFO rupa dia. Menarik sungguh. Lepas ni boleh lah singgah. Ada banyak cerita pasal Mercedes Benz Arena ni. Hehe..

Mercedes Benz Arena..

Dah pueh jalan-jalan dalam muzium, kami pun keluar menghala ke Mercedes Benz Arena. This is it. Tempat yang paling glamer dikalangan kaki konsert. Ye, kalau kat Shanghai ni, segala tok nenek konsert bagai, memang buat kat sini. Let's check this place out!

Tengah jalan tu kan, sekali ada nampak atuk jual keledek bakar. Bau dia, boleh pengsan dibuatnya. Perut pun macam dah lapar. Tenung-tenung je atuk tu dan keledek-keledeknya. Panas-panas lagi nampak berasap. Kalau dapat makan ni, perghh.. Makanya, beli lah kan. Kang kempunan lah pulak. Atuk tak pandai cakap English. Kami tunjuk-tunjuk je lah nak beli berapa dan bagi duit besar. Bila dah pulang baki tu, baru kira balik berapa harga keledek. Haha..

Dah tu, cari port dan mengunyah kejap. Sedap ko. Beli pun seketul je sorang. Dah habis pusing-pusing nanti, kalau atuk ni masih berjualan, kita beli lagi ye. :P

Dari depan..
Main entrance..
Lobby..

Tempat ni bukan setakat arena untuk buat konsert je. Ada jugak shopping mall dan ice skating rink! Meriah dek non. Kalah Stadium Putra Bukit Jalil. Hehe.. Ye lah kan, kat Malaysia, konsert biasa kat Stadium Putra. Tak pun Stadium Negara. Tapi sekitar stadium-stadium tu? Nan hado je. Kat sini meriah sangat. Walaupun tak ada apa-apa event, orang sentiasa ramai berkunjung.

Time kami datang ni, selang beberapa hari later ada konsert Avril Lavinge. Nasib baik tak berapa minat. Hehe..

Deretan kedai..
Ice Skating Rink..

Dah penat jalan-jalan meneroka arena ni, chewaahh gitu kita pun pergi lah lepak minum kopi kat Starbucks. Kecik je kedai yang ada kat arena ni, tak besar mana tapi mak datuk ramainya manusia. Sejuk-sejuk minum kopi panas. Aman damai rasanya. Konon nak lepak lama-lama tapi semakin lama, semakin ramai manusia masuk kedai ni. Dengan orang-orang mereka yang suka cakap kuat-kuat, sakit kepala aku. Alamatnya kena chow chin chow ler. 

17 hengget setelah diconvert..

Dah tu jalan-jalan lah kat luar. Sejuknya ya ampun. Ada sungai kat tepi tu. Angin pun kuat. Menggigihkan diri jugak lah ambik gambar kat luar ni sebab ada banyak pokok berlampu kat sini dah macam I-City kot. 

At night..
Pokok berlampu..
Jambatan merentasi Huangpu River..

Bila dah masuk angin, baru lah kami beredar untuk ke destinasi yang berikutnya iaitu Huangpu River Cruise. Konon nak tengok keindahan Shanghai di waktu malam menaiki cruise lah ni. Mudah-mudahan tak ler keras kejung kat atas cruise tu, almaklumlah angin makin kuat.

Dari China Art Museum Station kami naik metro dan turun di East Nanjing Road Station. Dah tu menapak lah jugak dalam 20 minit untuk sampai ke jeti untuk naik cruise ni. Jalan je along The Bund Promenade tu. On the way nak ke jeti, ada kaunter jual tiket. Beli lah siap-siap kalau rajin. Kalau tak rajin, beli je kat jeti. 

Oh, terlupa pulak. Atuk keledek masih berjualan! Rezeki atuk lah. Kami beli lagi. Hehe..

CNY100 for the cruise..
The cruise..
Boleh tahan ramai jugak yang naik cruise ni. Aku pikirkan ada ruang dalam cruise untuk lepak-lepak. Memang ada, tapi diorang tak bagi masuk. Haha.. Beku lah kat luar ni. Kami cari tempat yang tersorok sikit, nak menyorok dari kena tiup angin. 

Tempat tersorok..

Best jugak lah naik cruise ni layan blues. Idokler teruja mana sebab kesejukan gitu. So, dari Shilupu Jetty ni, straight up menghala ke muara sungai. Tapi tak sampai muara pun, then patah balik ke jeti. Aku pun lupa dah berapa lama masa yang diambil sepanjang cruise ni. tak sampai sejam rasanya. Apa-apa pun, scenery memang cantik..

Nyorok dan tengok..
Pudong side..
The Bund side..
Panoramic view yang tak jadi..

Dah siap! Kami pun keluar dan jalan kaki menuju ke Yuyuan Garden. Plan nak makan malam kat kedai mi tarik pakcik haritu. Nasib baik masih bukak lagi. Berselera kot kami makan. Mi sup panas-panas. Nyam nyam.

Mi sup campur telur goreng..

Dah kenyang, balik ler jawabnya. Naik train di Yuyuan Garden Station dan terus ke Luban Road Station. On the way nak ke station, kena kejar anjing. Semput. Haha.. Sampai bilik mandi-mandi dan terus titon. Besok nak jalan jauh ke Hangzhou. Nak kena bangun awal. Tadi kat stesen metro pun dah topup siap-siap transportation card. Besok tak lah kelam kabut tak cukup balance. 

Yuyuan Garden at night..

Habis dah hari ketiga! 


Kos perbelanjaan hari ni:-

Makan Lunch & Dinner = CNY30.00
Topup Transportation Card = CNY20.00
Jajan, Air, Starbucks & Keledek = CNY52.00
Huangpu River Cruise = CNY100.00

TOTAL = CNY202.00

0 comments :