Friday, June 20, 2014

Peringatan Pertama Katanya

Kena saman katanya sebab parking suka hati mak bapak iols kat mana iols nak parking. Tarikh melakukan kesalahan ialah tahun 2006. Selepas 8 tahun ko, baru berjaya surat ni sampai. Yang kelakornya, kereta yang kena saman tu dah tak wujud dah. Selamat jadi besi buruk akibat eksiden tahun 2007.

Urgent gitu..

Yang aku tak puas hatinya, aku tak ingat pun aku ada parking pada tempat dan tarikh yang dinyatakan tu. Hari kerja. Kat tengah-tengah bandar KK. Aku pergi mana? Macam tak logik je. Bila pergi kat sana, minta check balik, katanya tak dapat nak check sebab ni dokumen lama. Wah wah. Tau pulak dokumen lama. Tapi lama pun, boleh pulak keluarkan saman ye. Katanya, kalau nak check kena ambil masa, dan boleh melangkaui tempoh pembayaran tu. Kemain korang ye. Lambat nak check ke, memang tak ada dalam sistem dah? Korang ada-adakan? Ke memang tak ada sistem? Nak marah lah ni.

Dengar penjelasan menyakitkan jiwa tu, aku terus malas nak layan dah. Makanya bayar je lah saman tu. Kalau aku rajin, aku dah pergi dah tribunal court. Tapi masalahnya aku malas. Kalau betul aku tak buat kesalahan tu, takdenye aku nak halalkan duit tu. 

Related Posts:

  • Lemak Tiba-tiba teringin nak masak nasi lemak. Mengada sungguh lah tekak ni, beli kat kedai depan tu tak sampai dua ringgit pun. Ni nak masak bagai. Dah la fail gila-gila masakan yang melibatkan santan ni. Huhu.. Punyalah baca… Read More
  • Huruharare.. Less than a month, a 2 1/2 storey house, and me alone doing it. Yes ALONE untuk mengemas semuanya sebab nak pindah hujung bulan ni. Pengsan makcik! Huwaaaa... Terpaksa pindah sebab dah duduk seorang sebab tak ada housema… Read More
  • Berperang Dengan Cik Ti Dah berapa minggu ni Cik Ti mengganas di rumah. Mula-mula tu ok je. Tapi bila dia tunjukkan muka tu, mula lah kami melompat keriangan melarikan diri. Sampai ke satu tahap, spray ridsect menjadi senjata melawan Cik Ti ni. Pa… Read More
  • Peringatan Pertama Katanya Kena saman katanya sebab parking suka hati mak bapak iols kat mana iols nak parking. Tarikh melakukan kesalahan ialah tahun 2006. Selepas 8 tahun ko, baru berjaya surat ni sampai. Yang kelakornya, kereta yang kena saman tu … Read More
  • Oficially Bye Bye Akhirnya, selepas almost 3 bulan bersusah payah mengemas, rumah ini aku tinggalkan juga. Sedih nak say bye-bye. Dah 7 tahun kot aku duduk rumah ni. Rumah besar, sewa murah (kalau duduk ramai-ramai), tuan rumah pun baik. Tap… Read More

0 comments :