Friday, November 28, 2014

SK10D9N ~ Day 4: Wonderful Jeju Part I: Rent a Car in Jeju, Hallim Park, Hyeopjae Beach

Monday, 27th October 2014

Perkara yang paling dinanti-nantikan dalam trip ke Korea kali ini ialah jalan-jalan ke Jeju Island. Dan itulah yang kita nak buat for the next five days starting today. Ke Jeju kita hari ni yay! 

Untuk memaksimakan masa jalan-jalan di Jeju, kami ambil flight seawal pagi yang mungkin. Tapi idokler pagi betul. Kalau pagi betul, pukul 6 pagi dah terbang. Tu nak kena tidur airport macam tu. Trip santai ni, kami tak kuasa lah nak tidur airport. Oleh itu, kami ambil flight yang sesuai yang dapat kami kejar dari hostel ni. Flight pukul 8 pagi.

Dari hostel, kami naik airport bus je. Bus stop yang berdekatan nak ke airport ni letaknya di depan hotel Best Western Kukdo, Euljiro-4-ga. Nak kena jalan kaki lah jugak dalam 10 minit dari hostel ke bus stop ni. Bas pertama yang gerak dari bus stop ni ialah pada pukul 4.30 pagi. Kami ni jalan laju-laju pun tak sempat nak kejar. Sampai je bus stop, bas pun jalan. Terpaksalah tunggu the next bus pukul 4.50 pagi. 20 minit menunggu tu pun boleh rasa keras kejung. Sejuk pulak pagi-pagi ni. 

Bus Stop ke airport..

Ada dua jenis bas yang berhenti di bus stop ni. Bas bernombor 6001 dan bas bernombor 6015. Kedua-dua laluan bas ni berakhir di Incheon Airport, tapi menggunakan laluan yang berlainan. Oleh sebab kami nak ke Jeju, kami menaiki bas bernombor 6001 untuk turun di Gimpo Airport. Kalau naik bas 6015, sampai Incheon Airport boleh lah balik ke Malaysia terus. Hehe..

Gimpo Airport ni rata-ratanya served domestic flights. Kot mengada-ngada lah kan nak naik flight dari Seoul ke Busan ke, dari Seoul ke Gwangju ke, ke Daegu ke selain daripada Jeju, boleh lah naik flight dari sini. Selain dari route domestik, Ada jugak lah beberapa route antarabangsa yang berlepas dari Gimpo Airport ni seperti Tokyo, Taipei, Shanghai dan Beijing. 

Untuk ke Jeju kami naik Jeju Air. Ada banyak flight options sebenarnya untuk terbang dari Seoul ke Jeju ni. Selain dari Jeju Air, ada Air Busan, Korean Air, T-Way Airlines, Asiana Airlines, Eastar Jet dan Jin Air. Pilih je lah mana yang nak. Kami masa nak beli tiket pun punyalah serabut nak cari harga yang murah bersesuaian dengan masa yang dipilih. First trip dulu, naik Eastar Jet. Agak murah jugak lah harga tiket masa tu. Ni, pilih punya pilih, pikir punya pikir, last-last, Jeju Air je lah yang menepati citarasa. Timing OK, tapi harga agak KO. Terpaksa lah give and take. Harga tu OK sebenarnya. Tapi disebabkan currency exchange tak berapa nak best, tu yang rasa mahal tu. Tiket pergi balik Jeju ni kami dah beli siap-siap di Malaysia. Pergi ke Jeju dari Seoul, dan balik dari Jeju nanti kami terus balik ke Busan. Harga tiket keseluruhan ialah KRW105,000.

Perjalanan ke Gimpo Airport mengambil masa lebih kurang satu jam. Sempat jugak tidur. Terjaga ngam-ngam sebelum sampai airport. Bila turun bas tu, ya ampun terus menggigil-gigil kesejukan. Memang bergetar habis tangan, kaki, mulut, macam kena karan. Tak boleh nak fikir kenapa boleh jadi sejuk sangat macam ni. Dah lah hebat pakai baju selapis je. Berlari-lari masuk ke dalam terminal mencari haba. Bila dicheck, suhu semasa ialah 4 darjah celsius. HEOL! Betul-betul temperature drop sungguh ni. Dah macam nak winter dah, padahal lambat lagi. 

So, masuk dalam, check in dan seterusnya tunggu untuk boarding. Kemain ramai manusia yang nak naik flight sama dengan kami ni. Kebanyakannya ahjumma-ahjumma. Macam bergeng-geng mereka datang. Bergerombolan. Mesti pergi trip kengkawan geng-geng pencen. Macam best je kan dah tua-tua pun masih ada geng nak pergi jalan-jalan. Kita ni ada harapan tak macam tu suatu masa nanti? Haha berangan sangat lah.. 

Pergi Jeju yay!!
The flight..

Masuk ke dalam kapal kami disambut oleh pramugari yang comel-comel. Sopan santun sungguh, sampai apa yang dia cakap pun aku tak dengar. Haha.. Ambil tempat duduk, dan mula lah mata merasa kuyu. Dah habit dah. Asal naik flight je, mesti pengsan. 

Aku nampak Lee Minho je.. Hehe..

Lebih kurang satu jam sepuluh minit kemudian, tiba lah kami di Jeju International Airport. Agak mamai jugak lah nak disemabark dari kapal ni. Masa nak turun tu, ku perhatikan ada seorang ahjumma tu dok pandang kami je. Ye lah, kami ni kan alien. Lain daripada yang lain. Dah tu senyum-senyum pulak ahjumma tu. Dressing dia kemain macam bini-bini CEO dalam drama Korea tu. Dah kenapa pulak ahjumma ni. Nak ambik aku jadi menantu ke? Wahaha.. 

Turun kapal, kami pun naik bas yang disediakan untuk ke terminal. Dah pulak, suratan atau kebetulan aku ditakdirkan duduk kat sebelah bakal mak mertua @ ahjumma bini CEO tu. Aku senyum je lah kan, bila dia senyum kat aku. Tak lama tu dia tanya aku, "From Malaysia?". Wah. Sangat terkujat aku dibuatnya. Aku pun angguk-angguk je lah. Kemain berabuk ahjumma ni speaking London. Borak-borak lah kami. Dia kata, dia kenal kami ni dari Malaysia sebab tengok dressing kami. Lorr.. Biasa pergi Malaysia ke auntie. Dari ahjumma tukar jadi auntie haha.. Dia kata selalu pergi. Nice country katanya. Kembang kempis hidung aku. Bila ditanya datang Malaysia buat apa, rasa nak tercekik bila dia jawab "To play golf". Haha.. Terbaekk bak hang! Ditanya kat mana selalu main, dia sebut KK. Hoh! Ada jodoh antara kita nampaknye. *Blink blink*. Aku dengan excitednya cakap lah aku pun dari KK. Oihh kemain seronok makcik ni. Hadei lahh.. Banyak jugak borak-borak. Tanya sampai Korea bila, pergi Jeju ada apa, etc. etc. Bila aku tanya dia datang Jeju buat apa, dia pun gelak sambil cakap "Golf". Haha.. Best betul makcik ni. Tapi malangnya tiada jodoh antara kita. Sampai terminal je terus kami berpisah. "See you in Kota Kinabalu", katanya. KEMAIN MAKCIK ni..

Berangan tak sudah sambil tunggu beg. Dah dapat beg, kami terus keluar dari airport dan pergi ke bus stop untuk ke pejabat KT Kumho, salah sebuah syarikat kereta sewa yang ada kat Jeju ni. Kemain, sewa kereta bagai. Tak dapat nak imagine driving around Jeju dengan stereng belah kiri kereta. Nak jimat kos sebenarnya. Tak nak dah naik public transport. Dulu dah pernah rasa, takmo rasa lagi dah. Banyak buang masa kat jalan, disebabkan tempat-tempat menarik jauh-jauh jaraknya. Nak hire driver pulak macam tak berbaloi. Baik sewa kereta dan drive sendiri. 

Bukan trip backpacking.. Kebetulan, sakit pinggang masa ni..

Macam mana nak sewa kereta kat Jeju? Macam ni..
  1. Mula-mula mesti ada International Driving Permit. Sila lah pergi ke JPJ yang terdekat dan apply for this permit. Harga ialah RM150 dan sah untuk penggunaan setahun. Leceh kan, nak buat IDP bagai. Hari tu, pergi NZ tak payah pun IDP. Pakai lesen Malaysia pun ok.
  2. Pergi ke website KT Kumho Car Rental dan sila register as member. Kalau tak register, harga dia ya ampun mahal kedaung! Kalau dah register, boleh dapat diskaun sampai 60%. Gila banyak bezanya. 
  3. Pilih lah jenis kereta yang kita nak, tarikh bila sampai bila beserta masa pick up and drop off kereta. Isi jugak lain-lain maklumat, such as personal details, payment details (credit card sahaja kalau tak silap), dan lain-lain request kalau ada such as wifi rental, GPS, etc. 
  4. Dah submit tu, sila lah print itinerary dan bawak pergi office KT Kumho bersama-sama pasport dan IDP.

Tak lah susah mana pun. Dah sampai Jeju Airport ni boleh lah ke Syarikat KT Kumho menaiki free shuttle yang disediakan di pintu Gate 5. Tapi sebelum tu, nak kena confirmkan dulu reservation di kaunter KT Kumho yang letaknya berdekatan dengan Gate 2. Dah confirm tu, boleh lah tunggu shuttle. 

Perjalanan ke KT Kumho ni mengambil masa lebih kurang 15 minit menaiki shuttle. Dah sampai tu, boleh lah terus ke kaunter untuk urusan penyewaan. Aku lepak-lepak saja di kerusi sementara tunggu Sue settlekan kereta sewa. Untuk trip ni, kami dah bagi-bagi tugas siap-siap. Aku handle tempat tidur, Mulan handle flight ticket dan train ticket Busan-Seoul, manakala Sue pulak handle kereta sewa. Sonang, bila masing-masing uruskan hal masing-masing. Tak ada lah nak pening kepala pikir banyak benda. 

Ahjumma-ahjumma Korea dan Malaysia. Haha..
Tempat menunggu..

Yang paling kelakar ialah, bila nak pilih kereta tu, ambik yang paling compact, paling murah. Namanya Kia Morning. Murah memang murah. Harga untuk 96 jam (pick up Isnin pukul 10.30 pagi dan drop off Jumaat, pukul 10.30 pagi) cuma berharga lebih kurang KRW160,000. Tapi bila dah sampai ni, tak terpikir pulak beg kami 4 orang ni gabak-gabak belaka. Macam mana lah nak sumbat nanti. Haha.. 

Dah selesai urusan di kaunter, kami dibawa ke luar bangunan untuk melihat kereta sewa. Perghh.. Merah berkilau. Kilat! Baru lagi kereta ni. Rezeki kami lah dapat kereta baru. Tapi bila tengok bontot kereta ni, memang nak gelak guling-guling lah jadinya. Daripada 4 beg yang ada, 2 je yang muat. Lagi dua terpaksa lah pangku di seat belakang. 

Our Kia Morning yang merelippp..

Check punya check, kami rasa nak marah pun ada lah jugak. Masa booking, dah request for English GPS. Sekali yang dia bagi ni Korean GPS. Tak kau melalut nak operatekan GPS tu? Kata staff tu, English GPS dah tak ada stock. Walahwei. Nasib baik lah Mulan pandai Korean. Aku pulak, setakat mengeja tu insyaAllah tak ada masalah. Gila, sebab kalau English GPS boleh lah taip nama-nama tempat tu in English. SEONGSAN ILCHULBONG umpamanya. Ni Korean GPS terpaksa lah type 성산일출봉. Wah, satu kerja pulak nak mengeja ye. Disebabkan kami ni dah panas sikit lagi nak naik hantu, staff tu pun ajar lah kami macam mana nak guna Korean GPS tu. Paling senang, masukkan nombor telefon je lokasi yang kita nak pergi tu. Terus lah dapat route. Iyolah kan, kalau tau nombor telefonnya. Haduilahh.. Memang bertabah je lah nanti.

NOTE: KT Kumho Car Rental dah ditukar nama ke LOTTE rent-a-car. Sila buat booking di sini.

Bila dah dapat feel, baru lah kami gerak. Oleh sebab cuma Sue dan Mulan je yang ada IDP, makanya mereka saja lah yang boleh drive kereta. Dan dua-dua pun duduk di depan. Aku duduk kat belakang jadi mem. Haha.. Menjajar-jajar drive di kanan jalan. Bila dah macam ni, passenger kat sebelah memang kena memainkan peranan yang penting untuk alert. So, tak ada harapan lah nak tidur. Kalau dah menjajar, haruslah slow je driving kan. Nasib baik lah jalanraya kat Jeju ni rata-rata hadlajunya cuma 70km/j. Ngam sangat lah tu, tak boleh laju-laju. Bahaya tau kat sini. Terlajak sikit je hadlaju boleh terus kena saman. 

Slow and steady..

Dari KT Kumho kami terus ke Yeha Guesthouse (City Hall) untuk check in tempat tidur. Agak suspen jugak lah mencari arah menggunakan GPS. Bawak kereta pun 50km/j haha.. Bila dah nampak guesthouse, satu hal lagi nak cari parking. Free parking yang disediakan sekitar guesthouse pun kami belum pandai lagi nak locate. Makanya kami masuk je ikut celah lorong yang ada. Nasib kami agak baik, ada satu spot parking ngam-ngam depan hidung. Parking lah, dan masuk lah kami ke guesthouse. Kebetulan masih awal lagi, kami masih belum boleh check in. Lagi pun bilik belum ready. Kami just letak barang, dan balik semula ke kereta untuk pergi jalan-jalan. 

Driving kat Jeju ni, InsyaAllah senang. Sebab hadlaju rendah, kereta pun tak banyak kalau kat countryside. Kereta banyak bila masuk ke Jeju City dan Seogwipo City je. Tapi, kalau boleh sebelum gerak tu, isi lah petrol sampai penuh. Bukan boleh bajet the next petrol pump kat mana. Nasib baik masa kami ambik kereta tadi, tangki minyak penuh. Tak perlu lah nak isi lagi. Besok lusa baru pikir macam mana nak isi minyak. Haha.. 

Sebenarnya kami belum susun lagi itinerary kat Jeju ni, walaupun dah ada tempat-tempat yang menjadi pilihan hati untuk pergi. Setakat apa yang kami ada, kami just allocate hari pertama pusing-pusing belah kiri pulau. Hari kedua pulak pusing-pusing belah kanan pulau. Hari ketiga naik Hallasan (kemain cita-cita). Hari keempat pusing-pusing belah bawah pulau, dan hari kelima sebelum depart balik, pusing-pusing belah atas pulau. Fuh. Bila pikir-pikir, macam tak sempat je nak explore semua tempat. 

Laut~!!

Tak banyak pun tempat-tempat menarik di belah kiri pulau Jeju ni yang masuk dalam senarai "must visit" kami. Yang ada pun seketul dua je. Antaranya Hallim Park. Lebih kurang 45 minit jugak lah drive dari guesthouse ke sini. Senang je nak ke Hallim Park ni sebab pakai GPS. Tapi hazabedah sikit lah sebab nak kena type 한림공원 instead of just Hallim Park in tulisan rumi masuk ke dalam GPS tu. Hadoilah. Harap-harap besok dah terer bab-bab eja Hangeul ni. Bukan takat tu je. Dia punya announcement, direction bagai pun in Korean. Senakk.. 

Hallim Park ni letaknya di tepi jalan besar je. Ada banyak lot tempat letak kereta percuma yang disediakan kat sini. Kereta yang ada pun tak berapa banyak. Mungkin tak ramai orang kot yang datang time-time macam ni. Isnin some more. Tengah-tengahari buta panas berdeting some more. Dah dapat parking bawah pokok, kami pun menuju lah ke main entrance.

Selamat datang!!
Beli tiket..

Nak masuk ke dalam Hallim Park ni, ada dikenakan bayaran. KRW10,000 untuk seorang dewasa. Harga untuk senior citizen, students dan kanak-kanak, kami tak pulak nak ambik tau. Nanti google je lah ye berapa harganya. KRW10,000 tu sebenarnya boleh tahan mahal tu. Tapi belasah je lah sebab belum ada idea nak ke mana lagi kat area barat pulau ni. Harap-harap berbaloi lah hendaknya jalan-jalan kat dalam ni. Opening hours pulak bergantung kepada musim yang kita pergi. Time kami datang ni, Hallim Park ni dibuka dari pukul 8.30 pagi hinggalah pukul 6.00 petang.

Tiket masuk ke Hallim Park..

Kisahnya lah kan, Hallim Park ni sebenarnya terdiri daripada gabungan beberapa jenis garden pelbagai tema. Antaranya Water Garden lah, Bird Garden lah, Bonsai Garden lah dan macam-macam lagi. Kot suka nak ambik gambar nature, gambar pokok lah, gambar bunga lah, gambar batu lah, memang sesuai sangat-sangat untuk datang ke sini.

Masuk je melalui entrance, akan jumpa satu bangunan yang menempatkan information counter dan juga gift shop. Nanti dah habis pusing-pusing boleh lah singgah untuk beli souvenir seketul dua.

Peta Hallim Park..
Information Counter and Gift Shop..
Let's go!!

Agak stress jugak lah, sebab jalan-jalan ambik gambar dalam Hallim Park ni aku pakai kamera adik yang tak reti nak setting. Sudahnya, kebanyakkan gambar hampeh. Memang frust sangat-sangat. Dalam kamera, bila di playback, nampak ok. Dah transfer ke PC nganga melopong dibuatnya. Iskk.. Memang besok lusa tak nak bawak dah kamera ni. 

Ni aku tepek je lah apa yang ada ye. Mula-mula kita jalan-jalan dulu kat Subtropical Botanic Garden. Mengikut info yang diberikan, dalam botanic garden ni ada lebih daripada 2000 jenis tumbuhan dari negara-negara tropik dan sub-tropik seluruh dunia. Ambik kau. Tak payah pergi pusing-pusing satu dunia nak cari tumbuhan-tumbuhan ni. Belek kat botanic garden ni pun dah cukup. Bukan setakat tumbuhan. Hidupan liar macam ular, cicak, biawak bagai pun ada on display kat garden ni. 

Jalan-jalan..
Dari segala jenis tumbuhan sampai lah hidupan liar yang ada..
Bunga Raya~!!
Macam-macam jenis cactus..
Pokok buah kiwi..

Kami jalan-jalan ni ikut laluan yang diberikan dari dalam peta. Malas nak terlampau adventurous, explore sana-sini. Keluar je dari botanic garden, kami berjumpa dengan satu kawasan yang dinamakan Palm Tree Avenue. Dah nama palm tree, mesti lah ada palm tree kan. Malangnya, gambar kawasan palm tree ni tak menjadi! Berpinau-pinau mata tengok hasil yang ditangkap. Huhu.. 

Sejarah Palm Tree Avenue..

Jalan je terus, jumpa lah kami dengan wild grass dan flower garden. Banyak bunga-bunga liar yang cantik-cantik ada kat sini. Boleh snap gambar close up. 

On the way ke wild grass and flower garden..
Bunga ni kat Malaysia pun banyak khenn..
Nak nyanyi Tujhe Dekha kat sini pun ok..

Dah habis pusing-pusing dan jalan-jalan kat wild grass dan flower garden ni kami patah balik ikut laluan yang penuh dengan Dolhareubang yang ada kat kiri kanan jalan tu dan terus ke bahagian Hallim Park yang seterusnya iaitu Hyeopjae dan Ssangyong Cave. 

Kat Jeju ni banyak betul caves and lava tubes disebabkan bentuk muka buminya yang terjadi dari letusan gunung berapi. Volcanic island lah kita panggil Jeju ni. Kalau dah statusnya volcanic island, haruslah banyak pemandangan nature yang cantik kat sini kan. Ada macam-macam tasik, air terjun, gua, crater, dan macam-macam lagi lah. Pantai-pantai dia pun cantik. Itu yang menyebabkan kami semua sewel nak duduk lama-lama kat Jeju ni. Lagi lama lagi bagus. 

So, dalam Hallim Park ni ada tiga caves. Tapi yang mudah untuk diakses oleh pengunjung ialah Hyeopjae dan Ssangyong Caves ni lah. Hyeopjae Caves ni kecik je. Ssangyong Cave besor sikit. Ada macam-macam boleh kita tengok dalam kedua-dua caves ni.

Peta Hyeopjae dan Ssangyong Caves

Kedua-dua caves ni termasuk dalam senarai khazanah Korea tau. Bawah kategori Natural Monument. Bagus diorang ni gazetkan tempat-tempat ni sebagai khazanah negara. Kat tempat kita, kalau ada pun, dah dirobohkan nak buat shopping complex. Hehe.. Both Hyeopjae dan Ssangyong Caves ni merupakan Natural Monument No 236. Cuba bayangkan dah ada 235 monumen yang digazetkan sebelum gua-gua ni. Kalau lah aku ni monument hunter kan, dah pergi dah hunt semua monument tu. 

Hyeopjae Cave..

Apa yang menariknya tentang kedua-dua gua ni ialah, lava cave dan limestone cave bergabung menjadi satu gitu. Mengikut pemahaman geografi aku zaman sekolah dulu, limestone caves (gua batu kapur) ada menghasilkan stalactites dan stalagmites. Yang lava caves pulak tak menghasilkan apa-apa. Dan staclatites stalagmites tu memang takkan wujud dalam lava caves. Tapi yang magic Cooperfieldnya, kat sini boleh pulak stalactites bagai ni terpacak-pacak dalam lava cave ni. Dah tu katanya, both Hyeopjae dan Ssangyong Caves ni, the only place in the world gitu yang berlakunya fenomena ni. Aku pun bukannya paham pun kenapa stalactites tak boleh tumbuh kat dalam gua lava. Jadi tak dapat lah nak menghayati betul-betul. Kena tanya pakar Geologi ni kat bangunan sebelah. Hehe..

Hyeopjae cave ni pendek je. Boleh tengok stalactites dan stalagmites. Ssangyong cave panjang sikit. Nama dia pun unik. Siapa yang pandai Bahasa Korea, mesti tau apa maksud Ssangyong tu. "Ssang" tu maksudnya "dua" dan "Yong" tu maksudnya "naga". So apa jadinya? Gua Dua Naga lah. Kenapa panggil Gua Dua Naga? Sebab bentuk gua ni macam bentuk dua ekor dragon yang terngah terbang-terbang. Ada lah bentuk macam kepala, badan dan ekor naga pada dinding dan siling dalam gua tu. Kena perhatikan betul-betul, gunakan imaginasi, baru lah boleh nampak. 

Bukan setakat naga jadian je yang adalam gua ni. Ada jugak some sort of statues yang terhasil secara semulajadi, dan jugak yang dihasilkan oleh sculptor artist. Pernah dengar Legend of Dr. Jin? Aku pun baru first time dengar. Haha.. Katanya Legend of Dr Jin ni berlaku kat dalam gua ni. Kisahnya pada suatu hari si Jin ni, pergi ke sekolah. Tapi on the way tu hujan turun. Makanya, dia pun berteduhlah kat dalam gua ni. Sekali kat dalam gua ni, dia nampak ada budak perempuan tengah main-main dengan bead. Manik lah kot kan. Dia pun berkenal-kenalan lah dan boleh dikatakan lepas tu dia selalu datang ke gua untuk bermain bersama-sama. Kat sekolah pulak, cikgu nampak si Jin ni semakin hari semakin pucat. Makanya Jin pun cerita lah apa yang dah berlaku. Cikgu kata, lepas ni kalau jumpa budak perempuan tu, ambik bead yang dia pegang tu dan telan. Jin pun buat lah apa yang cikgu suruh. Zam zam alakazam, budak perempuan tadi pun bertukar menjadi musang. Jin pun kena kejar dengan musang tu. Tengah belari kena kejar tu, ada seorang pakcik pergi selamatkan Jin. Since that day, Jin ada ability untuk tahu the miracles of human body dan dari situ jadilah dia doktor yang terkenal. Musang tu entah ler apa cerita dia. Tak pulak kena mentioned. Gitu lah legendnya. Entah betul entah tak lah kan. Nama pun legend.

*cerita diolah mengikut ayat suka hati aku berdasarkan penerangan yang diletakkan berhampiran dengan statue. :P

Statue Jin nak telan bead musang jadian..

Dah tu ada statue emak dengan anak. Kalau tengok statue dia, tak berapa nampak. Kena tengok bayang-bayang dulu. Teringat aku kat gua mana entah aku pergi masa school trip kat Hengland dulu, ada bayang-bayang The Witch, The Lion and The Wardrobe. Haha, gila scary. Aku tak tau lah, sebab bayang-bayang dalam cave tu baru buku cerita tu terhasil atau sebaliknya. 

Statue mak dengan anak with bayang-bayang..

Ok. Habis dah jalan-jalan dalam gua. Next stop ialah Jeju Stone dan Bonsai Garden dan seterusnya Folk Village. Pada sesiapa yang minat bonsai tu, memang suka kot jalan-jalan kat sini. Macam-macam jenis bonsai ada. Dah tu, batu-batuan yang ada sekitar Jeju pun ada diletakkan kat sini, dihias bersama bonsai-bonsai. Cantik lah jugak kawasan ni. 

Jeju Stone and Bonsai Garden..
More bonsai and stones..

Kat folk village pulak, boleh berposing ambik gambar dengan rumah-rumah kampung zaman-zaman dulu. Entah kenapa banyak pulak pumpkin bertaburan kat perkarangan rumah. Ada jugak digantung-gantung kat atas pokok. Musim pumpkin lah kot kan. Rupa-rupanya bila di Google, sepanjang bulan Oktober ni berlangsungnya Pumpkin Festival kat Jeju. Kisahnya lah kan. Baru lah paham. 

Rumah kampung dulu-dulu..
Gigih nau gantung atas pokok.. 

Akhirnya kami pun jalan-jalan kat taman burung dan jugak taman air. Ni dah last kopek dah ni. Dah penat sebenarnya jalan-jalan dalam ni. Nak ambik gambar pun tak ada mood dah. Ada macam-macam jenis burung kat taman ni. Tapi banyak-banyak burung yang ada, aku ambik gambar burung unta je lah. Hehe.. Ganas kemain dia siap rempuh pagar. 

Be wau re nge.. Unta!!

Kat taman air, just layan blues je lah. Ada tasik, ada man made waterfall. Boleh lah nak santai-santai. Dah tu, moh lah kita balik. Tak larat dah rasa. 

Lilies?
Waterfall ciput..

Dah! Balik lah kita kan. Balik kat sini maksudnya, kita keluar lah dari Hallim Park ni. Dah tak mampu dah nak jalan-jalan lagi. Tapi sebelum keluar tu sempat lah jugak singgah tengok gift shop. Mahal jugak segala jenis souvenir yang ada. Memang tak beli apa-apa lah. Jimat duit aku. :P

Hari dah petang, nak berjalan lagi dah malas. So kami balik lah semula ke guesthouse. Tapi on the way balik tu kami singgah sekejap kat Hyeopjae Beach. Melangut tepi pantai lah kejap ambik angin petang. Hyeopjae Beach ni tak jauh pun dari Hallim Park. Kalau jalan kaki tak sampai 10 minit pun. Naik kereta dalam 3 minit je kot. Parking ada disediakan di kawasan pantai ni free of charge. Sekitar parking pun ada beberapa restoran seafood. Boleh makan kat sini ni lepas ni. 

Hyeopjae Beach..

Hyeopjae Beach ni panjang pantainya. Tempat yang kami singgah ni pantainya berbatu lah pulak. Tak berani nak main-main kat gigi air. Tak tau dalam ke tidak. Makanya, kita posing ambik gambar je. Tapi banyak gambar hampeh. Sebab angin kuat, hasil gambar tu jadi tak senonoh. Tudung senget lah, nampak perut buncit lah, muka tak semenggah lah. Entah apa-apa. 

Ni senonoh sikit..

Disebabkan pantai ni berbatu, kat belah kiri pantai ada banyak stone pagoda. Rajin betul lah orang yang datang ni buat menompok-nompok batu. Nampak cantik jugak lah dari jauh kalau nak ambik gambar pemandangan. 

Dah. Perut pun dah merengek macam apa, makanya kita pergi makan lah. Kami ke restoran seafood yang ada di kawasan parking kereta. Menu makanan seafood dia standard sungguh. Kalau tak Haemultang - Seafood masak Stew, Haemuljjim - Seafood masak Steamed. Yang lain-lain tu adalah jugak tapi tak familiar. Kang tak reti nak makan. 

Omak kau besorr..
Side dishes..
Nasi.. Oihh sedap!!

Kelaparan satu hari tak makan kan. Dari Seoul lagi, menggigil-gigil. Bila dah dapat makanan panas macam ni terus senak kekenyangan. Boleh lah kita balik lepas ni. Ahjumma yang hidang makanan tu tengokkan je kami makan. Agaknya tak pernah kot orang pakai tudung datang makan kat sini. Atuk-atuk yang duduk makan di meja sebelah kami, dok main teka-teka sama sendiri kami ni dari mana. Haha.. Ada yang sebut-sebut Malaysia. Pandai atuk ni. Dah tu tiba-tiba salah seorang atuk-atuk tu tegur kami dan tanya, "Malaysia?" Kamu pun angguk ler laju-laju. Sengih je atuk-atuk tu sambil sambung borak sama sendiri. Mesti dia cakap, "Aku dah kata dah, Malaysia.." Haha..

Puas hati!

Sebelum balik, singgah dulu convenience store yang berada kat seberang jalan beli apa-apa yang patut macam nasi segera. Kami memang ada bawak lauk Brahim dari Malaysia. Senang, boleh bawak bekal kalau on the road, lapar-lapar, boleh berhenti makan. Lagi cepat dan lagi jimat daripada pergi restoran. Koman-koman mau dua jam tu duduk makan. Hehe..

Oklah. Itu je lah aktiviti-aktiviti yang kami buat pada hari pertama kat Jeju ni. Dah sampai guesthouse, kami check in, freshen up dan terus tidur. Besok nak kena bangun awal tengok sunrise. ^__^

Till the next entry!


Kos perbelanjaan hari ni:-

Airport Bus to Gimhae Airport = KRW7,000
Jeju Air flight Seoul-Jeju-Busan = KRW105,000
Jeju Car Rental = KRW40,000
Hallim Park Entrance Fee = KRW10,000
Dinner Haemultang = KRW13,500
Groceries = KRW2,800
Yeha Guesthouse = KRW88,000

TOTAL = KRW266,300

2 comments :

PaE said...

Dinner mu sunggu sodapppp. Pae x penah try. Ni kat sebelah hallim park y ade parking pasir putih lapang tu kan.. Ha gitu describe.. Paduhal byk kali kah kectu

MsApek said...

Membantu betul blog ni. Saya pun tgh cari info mo pegi korea this Sept especially di Busan & Jeju. Walaupun kali ke-3 pegi Korea tp gigih juga cr info