Monday, February 10, 2014

Nasi Lemak Dah Tak Telanjang

Sejak dua menjak ni kan kecoh kan pasal Nasi Lemak Telanjang from MAS kan. Makanya flight dari KL ke KK naik MAS ni nasi lemak ada dalam menu sarapan pagi. Walaupun perut aku rasa sebu sebab dah breakfast, aku gagahkan diri jugak mintak nasi lemak sebab nak tau tahap ketelanjangannya tu macam mana. Memang menyakitkan mata kah? Ke separa bogel je?

Bila dah dapat tu, nah.. Tak telanjang dah! Ada je semuanya kecuali timun ler. Tak apa lah tak ada timun. Mereka yang sediakan makanan ni pun dah bekerja keras sangat dah nak sediakan makanan untuk dimakan kat langit kan. Kot ada timun tu takut cepat basi lah pulak.

Tak telanjang dah.. :)

Apa-apa pun, boleh lah MAS dengan rasa bangga kata nasi lemak kami dah tak telanjang dah. Hehe..

Related Posts:

  • Mondok Gila & Pokemon Mabuk! Hi peeps. Aku baru je masuk kerja hari ni setelah dua minggu meroyan tak ingat kerja. Banyak cerita nak dikongsikan tapi buat hari ni aku tepek dua je dulu cerngal (cerita sengal) kat sini. Si Mondok Yang Kejam Memang haru… Read More
  • Museum of Angels, Demons at Night Tajuk punyelah keren banget. Konon-konon sedap lah tu bunyinya. Hahaha.. Kisahnya, hari sabtu lepas aku layan wayang dengan Dila. Seronok la jugak. Dah lama tak tengok wayang. Mula-mula tengok Night at the Museum 2. Pada ak… Read More
  • SKTM Family Day Hahaha.. Sakan sungguh aku ni. Sampai tak menyempat-nyempat nak buat benda lain. Baru je habis meroyan di Family Day aku dah menconteng kat sini. Al kisahnya, hari ni kami berfamily day. Tak jauh mana pun. Di ODEC je. Tahun… Read More
  • Fruit Picking Seingat aku, kali terakhir aku pergi fruit picking, masa aku kanak-kanak ribena lagi. Lebih 16 tahun yang lalu. Picking segala jenis berries - straw, blue, black, rasp, goose, dan juga apples, plums bla bla bla.. Ye. Masa tu… Read More
  • She's Back!Dia udah kembali. Our red kancil yang telak dirampok dari rumah lebih sebulan yang lalu. Panjang umur dia kan? Mati-mati aku ingat dah jadi besi buruk. Masih sihat walafiat lagi rupanya. Syukur alhamdulillah. Jumpanya kat car… Read More

6 comments :

Irfa said...

i like this entry
hahaha,kelakar sgt
buh timun pastu reheat, merasalah makan timun lembik, nnti komplen lagi kata timun tak fresh
takkan nak suh bawak timun lepas tu suh crew potong kat dapur kecik diorang tu,agak2lah kan..
bukan senang nak puaskan hati semua orang ;)

isme_cv said...

owh..ada sambal sutun eh, igt sambal udang je..huhu

irrayyan said...

Yumyumyumm..lama xmakan nasi lemak...salam singgah

CikSengal said...

irfa,
nak nasi lemak sedap sila masak sendiri gitu khenn.. hehehe..

CikSengal said...

Cik Viva,
rasanya ada macam-macam jenis sambal kot.. sebelum ni pernah jugak makan sambal udang.. tapi sambal sotong ni lagi mantop lah.. hehe..

CikSengal said...

nuirra,
terima kasih lah banyak2 menyinggah kat sini.. sila sila cari nasi lemak.. letak sambal kerang lagi sedap kott.. pergghh..