Monday, August 26, 2013

TransJava Yuk! ~ Day 2: Mt Bromo - Penajakan 1, Mt Bromo, Savannah, Pasir Berbisik & Madakaripura

Saturday, 27th April 2013

Seawal pukul 4 pagi dah ada orang ketuk pintu, minta kami bersiap-siap untuk aktiviti tengok sunrise. Aku sebenarnya dah bangun dah pun, cuma liat sikit nak bersiap. Sejuk pagi-pagi macam ni. Nak jejak lantai pun nak kena fikir dua tiga kali. Mandi? Kirim salam lah. Lepas balik bersunrise lah kita mandi ya. 

Kami akan ke Gunung Penanjakan 1. Melihat sunrise dari situ. Sebelum keluar aku dah ambik wuduk siap-siap. Mudah-mudahan ada lah ruang celah bedah untuk solat. Sepanjang perjalanan nanti diharap sangat tak terkeluar gas. Kekeke..

Once keluar dari bilik, kami nampak ramai betul orang di perkarangan luar hotel. Ni semuanya nak ke Penanjakan ni? Giloss.. Sesak lah gamaknya ni. Kami dibawa ke jip yang akan membawa kami ke sana. Muat 6 orang naik. Tapi sendat lah macam sardin. Masing-masing spesis besar kan. Hehehe.. Kami dah duduk bertenggek dalam jip lebih kurang 15 minit dah tapi masih tak gerak-gerak. Jip kami tak boleh keluar rupanya. Banyak lagi jip di depan yang masih belum bergerak dek kerana nak tunggu penumpangnya datang. Pagi-pagi dah buat kami angin kuskus. 

Beratur beb..



Tension jugak dibuatnya. Driver kami datang awal sangat. Terpaksa lah parking kat belah dalam. Dah tu susah nak keluar. Driver kami ni namanya Rudy. Oleh sebab gelap sangat pagi ni tak dapat dipastikan dia ni muda ke dah tua ke hensem ke tak. Kekeke.. Nanti dah terang baru boleh nampak. Rudy ni pendiam je tak banyak cakap. Mungkin dia tak paham apa yang kami bualkan dan dia tak reti nak menyampuk. Jadi dia buat bodoh je lah. 

Perjalanan ke Penajakan 1 mengambil masa lebih kurang setengah jam. Sepanjang perjalanan aku diam je tak larat nak cakap apa-apa. Entah ke manalah Rudy ni bawak kami. Kiri kanan gelap gulita tak ada lampu. Lampu yang ada cuma lampu dari jip-jip di depan kami dan lampu dari jip-jip di belakang kami. Kagum aku sebab semuanya berderet menuju ke destinasi yang sama. Dah macam gerabak keretapi kalau tengok dari jauh. 

Dah sampai kat tempat yang dituju, cuaca semakin sejuk. Ramai yang menawarkan khidmat sewa baju sejuk. Aku sekadar pinjam sweater K Awa dan pakai windbreaker. Tu pun sejuk jugak. Selain daripada mereka-mereka yang offer baju sejuk, ada jugak yang offer khidmat ojek. Naik motor lah ni sampai ke atas. Tak kuasa lah aku nak keluar duit bagai. Selagi boleh jalan, jalan je lah. Tapi penat jugak rupanya. Sampai semput-semput. Nak-nak asap motor sepanjang-panjang jalan tu, perghhh.. Dah lah laluan nya kecik je. Sesak nafas sekejap.

Sebelum kami berjalan tadi, Rudy dah siap pesan jangan lupa warna dan nombor plat jipnya. Ye lah kan. Ada berjota lemon jip kat sini. Kang salah jip lah pulak. Dah lah muka Rudy tak nampak sangat gelap-gelap macam ni. Hahaha.. So snap lah nombor plat jip yang berwarna merah ni. Dah tu dia pesan lagi, pukul 6.30 je kena turun. Kalau tak turun nanti jem. Wah wah wah. Kena rushing lah jugak ni.

Ini nomotnya..

Jalan kaki ke atas..

Setibanya di atas, orang dah ramai. Masing-masing dah get ready in place nak tengok sunrise. Kami pergi cari port untuk solat dulu. Nasib baik ada gazebo kat situ dan ramai yang telah solat, so kami menyelit je lah mana yang boleh. Dah selesai solat boleh lah cari tempat menunggu. Dan tunggu lah kami kat situ sampai penat. Tak keluar-keluar pulak matahari ni. Dah dekat 6.30 pagi dah. Mana matahari ni? Tsskkk..

Ramainya umat..

Memang ngam-ngam agaknya, 6.30 pagi baru matahari muncul. At last. Semua orang happy sebab dah lama menunggu. Aku pun happy jugak. Now, nak kena ambik gambar ala kadar dan rushing turun bawah. Tak nak lah aku kena bebel ngan Rudy nanti kan.

Matahari yang malu-malu..

Dah habis ambik gambar sunrise dan posing bagai, aku K Awa dan K Ayu boleh lah pulak terpisah dari yang lagi tiga tu. Tak apa lah. Masing-masing dah tau nanti jumpa je kat jip. Kami menapak ke bahagian atas. Dari sini pemandangan lagi cantik. Nampak Gunung Bromo dan gunung-gunung lain. Aku ni geografi fail. Tak tau yang mana satu Gunung Bromo. Hahaha.. Sekali, gambar yang diambil tu takde satu pun yang nampak Gunung Bromo. Sigh...

Gunung apa ini?

Oklah, kalau ikut gambar kat atas ni, yang paling depan tu yang dekat tangan orang pegang kamera tu haa namanya Gunung Batok. Yang belakang Gunung Batok tu, Gunung Widodaren, yang paling tinggi kat belaaaaaaaaakannng sanun tu Gunung Semeru. Gunung Bromo kat mana? Dia kat belah kiri bercantum dengan Gunung Widodaren. Aku yang sengal sangat tak tercapture Gunung Bromo tu. Sobsss..

Dah puas posing kami pun turun ke bawah. On the way tu nampak orang jual jagung bakar. Oii nampak sedap. Beli lah seketul buat alas perut. Jagung bakar tu di sapu dengan cili. Memang ikhlas sangat dia menyapu. Bila aku gigit memang ikhlas sangat mulut aku pijar. Hahahaha.. Dah terpaksa moncong macam ikan buntal. 

Pakcik jagung bakar..

Nyamnyam sedap!

Ada jugak kedai cenderamata cenderahati cenderaperut bagai kat sini. Tapi tak sempat lah aku nak membelek. Takut lambat lah pulak. Mana tau, K Rin, Zati and Razat dah tunggu kat jip. Jalan laju-laju dalam misi mencari Rudy. Gigih jalan ke bawah tapi tak jumpa-jumpa. Sekali Rudy CAKKK!! dari belakang jip. Ciss.. Hahahaha.. Rupanya kami yang sampai dulu. Tiga dara pingitan tu tak sampai lagi. Jangan Rudy jadik incredible hulk sudah sebab kami ni pun dah kira lambat dah ni.

Mana kau Rudy?

Manalah mereka ni tak sampai-sampai. Kami siap membuat andaian mereka pergi makan maggi kat gerai yang ada. Hahaha.. Masak lah ni nak tunggu. Rudy dah macam hapa dah muka dia. Tak lama tu muncul jugak lah. At last. Pukul 7.15 jugak kami gerak. 

Menyusuri jalan turun dari Penanjakan tu sangat lah menarik. Dah feeling-feeling rasa macam kat New Zealand gitu. Masa pergi tadi tak nampak apa lah kan sebab gelap. Ni dah terang ni, baru lah aku nampak kawasan yang kami lalui pagi tadi. Tak ada jalan proper. Redah je lah mengikut trek yang ada. Bukan kami saja yang turun. Malahan banyak lagi jip-jip yang lain ikut beredar dari tempat kejadian. 

Ku kira memang banyak lah jip ni. Menurut Rudy, kalau hari-hari biasa ada 60 hingga 80 jip yang akan membawa pelancong naik ke atas untuk tengok sunrise. Kalau weekend cuba teka berapa? Boleh cecah 300 jip. GILAKK.. No wonder sesak sangat kat atas tadi tu.

Gunung Batok & Gunung Widodaren dari jauh..

Humang aihh.. Bila di close up.. 

Next destination, lepas tengok sunrise ialah pergi naik Gunung Bromo. Orang kata naik Gunung Bromo ni macam naik Batu Caves. So aku boleh bajet lah, sepanjang-panjang jalan ke atas tu tangga saja. Tapi nak pergi ke kaki tangga tu katanya kena jalan jauh jugak lah. Dalam 1km gitu? Biar betik? Penat lah nak jalan ni. Tapi kalau jalan ramai-ramai tu ok lah kot kan? Kalau tak nak jalan kaki boleh naik kuda. Sediakan je duitnya.

Menuju ke Gunung Bromo..

Dalam perjalanan Rudy bertanya nak sewa kuda ke tak? Wah kami dengan poyonya serentak kata tak payah! Nak jimat duit punya pasal kan. Jalan kaki saja donk! Rudy kata lagi, tapi nak jalan tu jauh. Ambik masa. Tak payah! Kami jawab lagi. Rudy pun jek-jek lagi. Saya tolong cari kuda yang murah-murah. TAK PAYAH!! Kami jawab buat entah yang kesekian berapa kali dah. Rudy pun give up. Leceh betul mbak-mbak ni kan. 

Sekali bila dah sampai sana, terus terkedu masing-masing. Ni pukul berapa ni nak sampai ke puncak. Baru lah terhegeh-hegeh cakap kat Rudy, MAU KUDA! Hahaha.. Tadi jual mahal sangat lah kan. Sekarang ni padan muka. Rudy pun mula lah cari kroni kuda dia. Dapat lah harga murah dari harga asal. IDR80,000 untuk trip pergi balik per kuda. Sila bayar bila dah balik semula ke jip. Kalau bayar awal-awal, kang ko takde transport nak balik semula ke jip. Padan muka ko. 

Ngeeeeehhh..

Setiap kuda ni ada tuannya yang akan lead the way gitu. Aku ni dah lama tak naik kuda. Seram lah pulak. Kang silap haribulan kudaku lari gagah berani, menangis aku dibuatnya. Tak pun kuda tu tak larat nak jalan sebab aku ni gemok sangat. Huwaaaaaa..

Ecehhhh..

Ok start! Kami pun memulakan perjalanan. Punye lah jauh nak ke kaki tangga Gunung Bromo tu. Kami berenam saling berlumba. Tengok siapa yang sampai dulu. Kekeke.. Semput aku tengok perjalanan nak ke kaki tangga tu. Bukannya rata sepanjang jalan. Kena naik turun bukit jugak. Memang masak macam ni. Bila kuda nak turun bukit aku kena kebelakangkan badan aku. Kalau kuda nak naik bukit, aku kena kedepankan badan aku. Kalau tak, CONFIRM JATUH TERGOLEK. Susahnya naik kuda. Huhuhu..

Tapi susah-susah pun kan, aku bersyukur jugak lah sebab kami membuat keputusan yang tepat untuk naik kuda. Hahahahah.. Tak sanggup oii.. Jauh ni. Kalau jalan kaki entah berapa jam lah nak sampai. Lagi pulak kami ni mengejar masa. Kalau tak ada nak pergi mana-mana lepas ni, boleh aje kalau nak jalan kaki window shopping bagai.

Jauh kan? Hurrr...

Dah sampai kat atas tu, kuda pun diparkingkan kat tempat yang disediakan. Tuan kuda tu kata nanti dah siap semua jumpa balik kat sini. Dia akan duduk kat situ je. Ok lah. Sementara menunggu yang lain sampai, aku snap lah pemandangan yang ada kat sini. Meriah ko ramai orang. Mesti sesak kat atas sana.

Nampak tak kat mana jip diparkir?

Okies, bila semua dah cukup kami pun memulakan perjalanan naik tangga. Humang aihh.. Punye lah curam. Ni berapa jam ni nak sampai kat atas. Tarik nafas panjang-panjang sebelum melangkahkan kaki. Bismillahirahmannirrahim.......

Ampun nyaahhh..

Start!!

Baru 20 anak tangga aku dah tercungap-cungap. Muahahaha.. Padan muka. Stamina tak kuat. Tu lah. Orang suruh ko eksesais, ko malas. Nah rasakan! Memang mencabar keimanan sungguh. Naik 20 anak tangga, berhenti 5 minit. Dah tu naik 20 anak tangga lagi, berhenti lagi 5 minit. Kahkahkah.. Memalukan sungguh. Ada seorang nenek orang putih tu siap potong aku lagi. Eii.. 

Sambil-sambil naik tu aku kira lah jugak berapa jumlah anak tangga yang ada. Menurut ceritanya, setiap orang yang kira anak tangga ni dapat jawapan yang lain-lain. Misteri lah gitu kononnya. Oh ye ke? Aku dapat 243 anak tangga. Korang yang dah pernah pergi tu dapat berapa? Yang belum pernah pergi, nanti jangan lupa kira ye. ^___^

Dah sampai atas tu memang dah tercungap-cungap tahap gaban. Terus togok air macam tak pernah jumpa air. Relaks, tarik nafas dulu sebelum posing maut ambik gambar. Kalau tak, mau buruk gambar-gambar aku semua dengan posing hidung kembang kempis. Tssskk..

Cerita sikit lah ye pasal Gunung Bromo ni. Nama Bromo tu datang dari sebutan Jawa bagi Brahma. It's an active volcano. Menggelegak-gelegak kat bawah sanun. Bau belerang sangat lah kuat. Agak kurang menyenangkan jugak lah nak bernafas. Last sekali meletus tahun 2011 dulu. Kira baru lah jugak tu. 

Glup glup glup......

Aku tak spend masa yang lama sangat kat mulut Bromo ni sebab ramai nau orang. Dah lah tak berapa best sangat nak bernafas. Sesak pulak tu. So, ambil gambar mana-mana yang patut je dan mula bergerak turun. Lagi pulak, matahari dah naik. Panas. Banyak nau komplen aku ni.

Antara pengunjung..

Aku orang yang pertama turun dulu. Lepak-lepak je kat bawah kaki tangga tu sementara tunggu yang lain turun. Tapi sampai kesudah tak nampak juga, makanya aku mengambil keputusan untuk balik ke kuda dan seterusnya bergerak turun ke tempat parking jip.

Ada yang berjualan..

Dah sampai kat tempat parking, dah siap bayar kuda bagai, jadik satu kerja pulak nak cari jip si Rudy ni. Stress haku dibuatnya. Dah lah banyak jip warna merah kat situ. Setiap satu jip tu dibelek no platnya. Ada lah lebih kurang 15 minit jugak mencari baru jumpa. 

Tak lama tu, yang lain-lain pun sampai. Masing-masing mengambil kesempatan untuk membeli t-shirt as souvenir untuk dibawa pulang. Rajin betul mereka ni. Aku takde bajet nak beli souvenir. Hehehe.. Bukan takde bajet. Tapi kedekut. Mesti lah kedekut. Orang lain pergi jalan takde pun belikan aku souvenir. So tak payah lah susah-susahkan diri belikan souvenir kan? Miahahhahaa..

Oraito! Next destination ialah Savanna ataupun lebih dikenali dengan Bukit Teletubbies. Hah? Teletubbies? Teletubbies bulat-bulat tu? Ye lah. Betul lah tu. Katanya kat kawasan Bromo ni ada kawasan yang rupanya lebih kurang dengan Teletubbies Land. Iyolah tu kan. Marilah kita check it out.

Dah sampai tu, aku pun, hurrrmmm lah panjang-panjang. Tak ada rupa pun? Hahahhaa.. Aku pun tak pasti tang mana dikatakan Teletubbies tu. Gasak lah. Dah orang kata ni tempat teletubbies, kita iyakan je lah. Boleh lah kot. Ada lah bonjol-bonjol sana sini macam rumah teletubbies. Ini kalau penuh dengan bunga ni harus cantik kawasan ni.

Misi mencari La-La..

Teletubbies Malaysia..

Oklah jugak kalau nak snap gambar kat sini. Cantik sebenarnya. Ada kawasan tanah lapang. Ada bukit-bukau. Ada gunung-ganang. Meriah jugak lah. Tapi camera cap ayam aku tak dapek lah nak snap gambar cantik-cantik kat sini.

Tinky Winky where art thou?

Dah! Our final destination sebelum balik ke hotel ialah Pasir Berbisik. Tempat ni dinamakan Pasir Berbisik sempena nama filem Indonesia bertajuk Pasir Berbisik. Kenapa? Sebab tempat ni menjadi lokasi pengambaran filem Pasir Berbisik pada tahun 2001 gitu. So, sebelum tahun 2001, tempat ni namanya apa ye? Ke takde nama langsung?

Kawasan ni sangat menarik. Dengan pasirnya yang berwarna hitam-hitam gitu. Kalau warna ceklat cair gitu dah boleh feeling-feeling macam kat Sahara Desert gitu. Dah siap berposing bagai, kami pun balik semula ke hotel. 

Pasir Berbisik..

Us and Rudy!

Dah sampai hotel, mandi bagai kami pun keluar untuk breakfast kat restoran yang ada. Kelaparan ko. Ada nasi goreng, mi goreng siap dengan keropok dan acar bagai. Memang berselera makan. Dah tu kopi dia. Ya ampun kaw-kaw sedap banget tak tau aku nak cakap macam mana. Pekat, likat, manisnya memang tiptop. Tanpa segan silu aku minum sampai 5 cawan. HEOL KENCING MANIS!

Momom dan minum..

Dah habis breakfast kami pun skodeng-skodeng kawasan hotel dan balik bilik untuk packing. Lepas Zohor kami bergerak keluar dari kawasan hotel.

Bromo dari jauh..

Close up!

Oklah. Bye-bye Bromo, moga kita ketemu lagi lah ye kalau panjang umur. Zasss lah kami pergi meninggalkan Tengger Semeru National Park ni. Destinasi seterusnya ialah? Air Terjun Madakaripura. Sebenarnya tempat ni tak termasuk dalam pakej pun. Kebetulan on the way, kami singgah lah sekejap tengok apa yang ada.

Aku tak rajin nak cari maklumat tentang trip ni so aku tak tau lah apa yang best kat Madakaripura ni. Yang aku tau nak jalan ke dalam tu ambik masa sejam. Pergi balik dah dua jam. Itu pun Zati yang bagitau. Huehuehue.. Nak ke air terjun tu kena pakai guide lah kot sebab jauh dan kena lintas sungai bagai. Takut salah jalan lah pulak. Si Nasyid terus dapatkan guide yang boleh bawak kami ke sana. Ada dua orang yang bawak kami masuk. 

Sebelum masuk, kami sumbat siap-siap baju hujan ke dalam beg. Aku terlupa nak bawak baju hujan tapi boleh pulak teringat nak bawak payung lipat. Hahahaha.. Katanya kat sana confirm basah kuyup. So kena lah pakai apa-apa yang patut kalau tak mo basah gitu kan. Iyolah. 

Madakaripura ni dikatakan tempat pertapaan terakhir Gajah Mada. Korang kenal tak pakcik ni? Sila bukak balik ye buku sejarah. Tak pun google je. Perdana Menteri zaman Kerajaan Majapahit dulu-dulu tu. Raja masa tu siapa ingat lagi? Yess.. Hayam Wuruk. Walaupun dah lama aku tinggalkan sekolah, ada lah nama-nama ni aku ingat sampai bila-bila. Belajarnya best tapi nak mengingat tu hampeh sangat. Nak masuk ke air terjun tu kami disambut dengan patung besar yang tengah duduk bertapa. Patung Gajah Mada kah?

Gajah Mada?

Challenging sungguh perjalanan ke air terjun ni. Naik turun bukit, menyeberang sungai sampai 5 kali, selipar hanyut, belum apa-apa dah basah. Macam-macam jugak lah. Sebelum sampai ke air terjun kami tiba di satu gerai gitu. Ada orang berjualan lagi kat sini. Boleh minum-minum dan makan-makan. Kat sini kami disuruh untuk pakai baju hujan siap-siap. Aku pun bukak lah payung. Beg sandang pulak dimasukkan dalam beg plastik. Salah sorang guide tu tolong bawak aku punya beg. Senang sikit nak berjalan. 

Jalan dan jalan..

Pakai baju hujan..

Dah siap semua kami pun bergerak pergi menuju ke kawasan air terjun. Belum apa-apa dah menyumpah dalam hati. NO POINT PAKAI BAJU HUJAN ATAUPUN PAYUNG. Memang basah kuyup! Eiii.. Mana tak basah kuyup sebab kami lalu betul-betul bawah air terjun tu. Cisss.. Kalau tau tadi tak payah susah-susah nak pakai baju hujan. Biar kuyup terus lepas tu terus mandi kat air terjun ni. Masing-masing tak terfikir. Bongok nau.

On the way..

Nak tengok air terjun yang cantik tu kena lalu satu laluan yang sempit sangat. Seorang je yang muat lalu at one time. Dah tu kena jalan menyenget macam ketam. Macam mana tau? Macam ni --> http://farm4.staticflickr.com/3155/2335927985_90a5c7b291_z.jpg Hoiii menyeramkan sungguh! Dah lah licin sebab kawasan berbatu berlumut bagai dan basah dek air terjun. Terpaksa lah jalan slow-slow kalau tak nak tergolek. Dah melepasi laluan tu, dapatlah tengok air terjun. Memang cantik!

Air terjun..

Air mencurah-curah turun dari atas dan masuk ke dalam kolam. Menurut guide, kolam tu dalam cecah 8 meter. Dan air sangat deras, so tak boleh lah nak mandi-manda kat dalam kolam tu. Guide pun tunjuk tempat pertapaan Gajah Mada. Mak oii tingginya tempat tu. Macam mana lah ye dia naik ke atas sana. Guide dengan selambanya kata "Dia terbang.." Lepas tu gelak-gelak. Aku tak tau lah nak percaya ke tak kata-kata dia.

Gua kat atas tu tempat pertapaan Gajah Mada..

Dah basah kuyup tu, kami pun memulakan perjalanan balik. Menyeberang sungai sebanyak 5 kali lagi. Penat betul. Tapi worth it lah kot sebab cantik jugak kawasan air terjun tu. Tapi nak ambik gambarnya tak berapa nak menjadi sangat sebab lense kamera sentiasa basah kena air.

Sampai kat van, kami tukar baju. Aku malas nak tukar semua, aku tukar seluar je. Selamba kodok je lah guna kain batik dok buat free show kat belakang van. Nasib baik tak ada orang. Dah settle semua kami bergerak ke Probolinggo.

Kat Probolinggo kami bertemu dengan Pak Wawan. Bosnya si Nasyid ni lah. Pergi rumah dia ngeteh-ngeteh gitu. Comel jugak lah Pak Wawan ni sebenarnya. Malangnya dah kawen dan dah ada anak dah sekolah dah pun. Melepas.. Hahaha.. So jumpa Pak Wawan ni untuk bayar duit pakej lah ni sambil-sambil berkenalan dengan lebih lanjut gittew mengeratkan silaturahim.

Dah habis ngeteh, Pak Wawan bawa kami ke stesen keretapi Probolinggo untuk kami bertiga beli tiket keretapi. Semalam Nasyid tak dapat nak belikan sebab perlukan pasport bagai. So hari ni dah alang-alang Pak Wawan tunjukkan macam mana nak beli tiket. Settle sudah tiket Surabaya-Solo kami. Tak payah pening-pening lagi dah nak pikir.

Dah tu, say bye-bye ke Pak Wawan dan kami teruskan perjalanan ke Malang. Jumpa masjid, stop solat sekejap sebelum bergerak lagi. Hari dah mula malam. Tak nampak apa dah kiri kanan jalan. Entah ke mana sajalah Nasyid bawa kami. Seram pulak. Then, dia stop kat satu tempat. Tempat untuk kami melantak! Weehuuu!! Sangat happy. Kelaparan banget dah ni.

Nama restoran ni unik ko. Waroeng Wareg. Tulisan dia perghh.. Zaman-zaman P Ramlee dulu ni. Menu yang ada pun perghhh tergeliat lidah aku nak sebut satu-satu. Order yang biasa-biasa yang kami pernah dengar je. Kekeke.. Kawasan restoran ni menarik jugak lah. Siapa nak duduk di kerusi meja boleh. Siapa nak duduk bersila pun boleh. Kami ni ramai, duduk bersila je lah. Lagi tenang nak makan kot? 

Kelesss ko menu dia!

Sekitar restoran..

Makanan sampai!

Kami makan penyet! Ayam penyet lah, lele penyet lah. Dia punya penyet sedap ko. Sambal dia tu. Perggghhhh.. Memang keles dan sangat terbaik! Pedas dan mantop. Haruslah sambal ni bakal menguatkan sistem pencernaan kami lepas ni. Hahaha..

Selesai sudehh..

Dah settle makan, kami teruskan perjalanan lagi. Entah dah pukul berapa dah ni. Tak sampai-sampai jugak. Aku siap terlelap-lelap lagi dalam van dek kekenyangan. Sedar-sedar dah sampai kawasan hotel. Bagus. Terus check in ambil kunci. 

Hotel ni namanya Grand Palem Hotel. Kok pelik nau lah namanya kan. Gasaklah. Aku ni dah ngantuk. So mandi-mandi, solat bagai dan terus bummm.. Tido lah jawabnya.

Bilik bertiga..

Toilet & Shower..

Got TV..

Penat betul jalan-jalan hari ni. Besok perjalanan masih panjang. Dan entah bila lagi lah ye aku nak update? Heol malas sungguh. :(

Perjalanan kami so far..


Kkeutt!!

0 comments :