Tuesday, August 20, 2013

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 9: Makarora, Haast, Fox Glacier & Hokitika

Friday, 4th May 2012
Makarora --> Haast --> Fox Glacier --> Hokitika

Hari kesembilan mengembara naik campervan yang dah mula semput tu. Mana tak semput. Dah lebih seminggu lenjan ke sana sini. Macam-macam jenis jalan dah kami terjah. Hari-hari berdoa campervan ni tak mogok kat mana-mana. :P

Right. Pagi ni kita check out dari Makarora Tourist Centre ni. Tapi sebelum keluar, haruslah kita melantak dulu kan. Breakfast pagi ni simple je. Maggi goreng dengan broccoli rebus. Ni namanya tema belasah sajalah janji kenyang. Cornflakes pun ada jugak buat fefeeling breakfast ala mat saleh.

Yum!


Dah siap makan, kemas bagai, mandi bagai, kami pun bergerak lah pergi. Sempat jugak lah berposing beberapa keping gambar kat tempat ni buat kenangan. Cantik jugak lah sebenarnya. Semalam sampai dah nak gelap, jadi tak dapat nak menikmati pemandangan alam sekitar betul-betul. Pagi ni oklah sikit nak menengoknya. Frost everywhere. Kat van kami pun ada jugak tapi tak banyak sebab kami pakai heater. Cuba kalau tak pakai heater, maunya dah macam kat Knobs Flat hari tu.

Family Photo..

Jalan-jalan skodeng campsite..

Mendamaikan..

Okies. Gerak lah kami menuju ke utara gitu. Hari ni nak jalan-jalan sekitar Fox Glacier. Tak pun Franz Josef. Mana-mana yang dirasakan sesuai dan best lah gitu. K Abid dah berangan dari Malaysia nak naik helicopter dan turun kat glacier. Aktiviti yang sangat best. Tapi aku tak mampu lah nak join sama sebab tak masuk dalam bajet. Memang cheapskate betul. Lain kali saja lah. Tapi lain kali tu entah bila.

Kat bawah ni peta laluan kami. Disebabkan google maps aku entah kenapa agak bengong tak nak add lebih banyak destination, terpaksa lah copy paste yang lain dan start balik dari A. Huhuhuhu.. So untuk entries yang seterusnya, aku akan start gunakan map yang kedua tu start dari Makarora. ^___^

A: Christchurch to V: Makarora total of 1857km..

A: Makarora, D: Hokitika 357km..

Makarora River..

Scary..

Sebelum sampai Fox Glacier, kami singgah Haast sekejap. Kononnya nak cari stesen minyak. Ada, tapi gatal tak pergi isi. Konfiden sangat minyak cukup untuk sampai kat Fox Glacier nanti. Harap-harapnya lah. Kalau tak memang padan muka. :P

Haast..

Kat Haast ni kami tak ada lah jalan sampai hujung sampai tepi pantai. Sekadar berhenti sekejap kat satu kawasan bengkel kenderaan ni. Muka dah cuak bila tuan bengkel tu datang tegur this is private property tak boleh camping kat sini. Ye bang. Kami stop sekejap je. Takdenya nak tidur bagai kat sini. Orang tak bagi kan, kita jalan je lah. Kat depan bengkel tu ada kawasan lapang dipenuhi kuda-kuda pendek. Nganga tengok...

Eii spesis apa ni tomeyynyaaa!!

Lebih kurang 3 jam jugak lah on the road, sampai lah kami kat Fox Glacier township. Pekan ni kecik je. Yang meramaikan orang kat sini ialah tourists. Semuanya datang untuk tengok glacier. Termasuk kami jugak lah. Macam-macam bangsa ada kat sini. Nampak jugak ada dua orang lelaki pakai baju petronas kat sini. Muka macam Malaysian. Tapi tak dapat nak dipastikan lah pulak.

Sikit lagi..

The township..

Perkara pertama sekali yang dibuat sesudah sampai kat Fox Glacier ni ialah cari jamban. 3 jam dok menahan sejuk-sejuk macam ni, sangat menyeksakan. Nampaknya bukan kami je. Ramai yang macam tu. Punyalah beratur panjang kat luar public toilet neh. Kekeke..

Kejarr!!

Dah lepas selesai urusan toilet, pergi isi minyak dulu. Dah tu baru lah kami parking dan cari info untuk naik helicopter. Keluar masuk beberapa bangunan jugak lah. Ada macam-macam aktiviti boleh dibuat kat area Fox Glacier ni selain daripada aktiviti naik helicopter. Tapi aku takde lah tertarik sangat nak mencubanya, sebab tak tahan sejuk. Keke..

Antara perkhidmatan yang disediakan..

Dah sudah dapat maklumat, kami pun lepak-lepak kat cafe yang ada. Minum hot chocolate NZD4. Nyaman sungguh sejuk-sejuk macam ni. Duduk pun kat bawah sinaran matahari. Sunbathing kekdahnya ni. Dah selesai minum-minum, kami solat siap-siap dalam van sebelum gerak ke destinasi seterusnya.

Slurrrp...

Destinasi seterusnya ialah tengok glacier. Sementara K Abid pergi naik heli, aku K Awa dan Nott drove out of town ke tapak glacier. Tak jauh sangat lah dari town tu. Dalam 5 minutes drive je. K Abid tengok glacier dari atas, kami pulak tengok dari bawah. 

Dah sampai tu, perkara pertama sekali yang kami buat ialah bukak dapur, bukak tingkap pintu van dan goreng fries. Hahahaha.. Kelaparan. Tak kenyang rupanya makan Maggi pagi tadi. Masak-masak pun punya cover line habis, main nyorok-nyorok, sebab kat area ni tak boleh nak camp dan tak boleh masak bagai. Memang melanggar peraturan betul lah. Ampun lah yek. Kami lapar banget neh!

Cicah ketchup..

Perut dah kenyang, kami pun memulakan langkah menuju ke glacier. Tempat ni boleh pergi unguided. Tapi certain places je lah. Tak boleh masuk sampai boleh pegang dan capai glacier tu. Bahaya kekdahnya. Kat permulaan perjalanan ada papan tanda yang menerangkan keadaan glacier pada hari tu. Baca lah sikit-sikit buat info.

Keadaan hari ni..

Some info..

Marilah start jalan. Aku masih terkedek-kedek kat belakang sedangkan akak lagi dua tu dah laju kedepan. Takpolah kena tinggal, at least boleh ambik gambo banyak-banyak. Punyalah kecik diorang kat sana. Fox Glacier ni ceritanya, has been retreating lah since 2009. Semakin surut. Semakin ke tengah. Kalau tak, maunya sampai ke jalan utama glacier ni. Tempat yang kami jalan ni pun asalnya penuh dengan glacier. Tapi dah cair. :(

All this used to be filled with glacier.. Jauh dah diorang jalan..

Jaga-jaga kak Temah!!

Jauh lagi..

Bukan setakat jalan rata je nak sampai ke glacier tu, kena naik turun bukit lah jugak. Kena cross stream bagai. Menarik dan challenging jugak lah. Silap pijak mau tergolek masuk stream habis basah kuyup. Airnya sejuk bukan main lagi. Dari glacier yang dah cair lah kan?

Small stream..

Sampai kat satu tempat kami berhenti. Sampai sini je kami boleh jalan. Tak boleh jalan ke depan lagi. Kalau nak ke depan kena pakai guide. Kami ni kan cheapskate tak nak keluar duit ambik guide, makanya kami sekadar skodeng-skodeng dari sini je lah. Kawasan ni sangat besar. Dan glacier nya jugak besar. Orang yang berdiri kat depan glacier tu nampak kecik je macam semut. Tu pun cuma boleh detect sebab diorang pakai baju kalerful striking merah kuning oren biru. Kalau pakai warna lain, sorry lah aku tak nampak.

Zoom dari jauh..

Glacier sedia ada..

Kenapa mesti nak pakai guide? Sebab guide tau mana nak pergi, mana nak jalan bagai. Kalau kita pandai-pandai sendiri pergi terjah, tak boleh dijamin keselamatan kita. Pernah ada dua orang tourist tertimbus bawah runtuhan glacier ni sebab main terjah sembarangan je. Makanya jangan lah ambik risiko. Tak worth langsung.

Kisah tourist tu..

Dah puas tu, kami pun bergerak balik. Dah lambat ni. Mesti K Abid tension tengok kami tak ada kat township sana. Kekeke.. Janji jalan-jalan kat sini kejap je. Tapi boleh pulak jadi lama. Ye lah, tak bajet pulak nak kena jalan jauh macam ni. Siapa suruh tak buat research kan..

Gerak balik..

Ngeeeeee...

Abam ni hensem sangat... Mari ikut dia balik.. T__T

Terkocoh-kocoh kelam kabut balik ke van. Dah tu laju je drive. Sampai kat township K Abid dah melepek kat bus stop makan ice cream. Lambat nau tunggu kan. Kekeke.. Ampoonn!! Nampak dia makan aiskrim nampak sedap lah pulak. Ngencess.. Gasaklah cuaca sejuk ke apa ke kan. Janji dapat memuaskan tembolok.

Yeahhh!!

Nyammmmmm..

Dalam van dok korek cerita dari K Abid. Cantik katanya kat atas tu, rasa takmo balik. Hahaha.. Kalau aku kena pikir dua tiga kali kot. 

The view..

Assa! Bergerak lah lagi kami menuju ke utara. On the way kami lalu Franz Josef Glacier pulak. Tadi dah singgah Fox Glacier, yang Franz Josef ni tak payah lah dah. So, kami terus je ke atas. Selepas lebih kurang 2 jam perjalanan kami tiba di Hokitika. Dah gelap dah pun. Terus pusing satu Hokitika ni cari campsite. Kat area Hokitika ni aku rasa lain macam sikit sebab ramai orang dari kambing. Hahaha.. Ada kilang susu kat sini. First time jugak lah ni aku nampak kilang selama mengembara kat South Island ni.

OK. Dah jumpa campsite, check in, mandi-mandi dan mulakan operasi memasak. Dinner yang simple je. Nasi putih with sayur kobis, telur masak kicap dan kentang goreng. Alhamdulillah kenyang.

Kat dapur..

Dinner..

Dah settle dinner bagai, kemas-kemas, mata pun dah kuyu. Awal bebenor tapi rasa macam dah lewat sangat sebab keadaan sekeliling sunyi sepi. Orang-orang yang tinggal kat campsite ni pun masing-masing dah balik ke van/khemah masing-masing. Kami pun dah tak tau nak buat apa. Makanya tidur saja lah. Esok hari menanti kami gitu. Chewaaahh!

Habis!

Keseluruhan perbelanjaan hari ini (seorang):- 

Minyak Petrol = NZD19.50
Holiday Park = NZD12.00
Jajan & Drinks = NZD7.00
Total: NZD38.50

0 comments :