Wednesday, August 28, 2013

Raya! Raya! Raya! Part 4

Siang tadi ada program makan-makan. Sakan lah aku pergi kan sebab ada kambing golek. Aku ni pantang sikit. Harus lah berdesup laju menerjah kamben tu sambil lap air liur. 

Sini!!

Dah lama dah aku tak join rumah terbuka ni. Sebab frust sebenarnya. Asal aku sampai je, makanan dah takde. Asal aku datang je, makanan dah habis. Ni, belum program start aku dah sampai dulu. Aku tak pedulik! Aku nak jugak makan kambing!

Nyiahahahaha!! Miu Miu Miu.....

Meriah ko kat dalam ni. Macam-macam pesen gerai yang ada. Sebab ada pertandingan kan. Gerai terbaik gitu. Ada yang versi padang pasir lah, versi jawa kraton lah. Kami? Versi simple malas nak pikir banyak. Hahaha..

Ada lauk unta masak lemak kot sini..

Urmm.. Kuih dorayaki?

Ya ampun ni siapa jadi mangsa ni..

Ha ni dia Kraton mari..

Tema pulang ke kampung gitu..

Ours.. Versi malas.. Kekeke..

Gumbira di hati sebab dapat makan kamben satu tapau. Nyiahahaha.. Gerai kami menyediakan juadah ala-ala international dishes gitu. Ada masakan dari Lebanon, Algeria, Bangladesh, India, macam-macam lagi lah sebab staf kami ramai yang international gitu kan. Menarik dan sedap jugak lah.

Tapi apa-apa pun kambing golek jugak yang sedap! :P

Related Posts:

  • Raya! Raya! Raya! Part 1 Cerita Raya dengan Kengkawan Bahagian Pertama Orang raya pegi rumah sedara mara. Kami raya pergi Aeon Bukit Indah, tengok wayang. Kekeke.. Partners in crime.. Orang raya makan ketupat, rendang sambal goreng ayam … Read More
  • Raya! Raya! Raya! Part 4 Siang tadi ada program makan-makan. Sakan lah aku pergi kan sebab ada kambing golek. Aku ni pantang sikit. Harus lah berdesup laju menerjah kamben tu sambil lap air liur.  Sini!! Dah lama dah aku tak join rumah t… Read More
  • Raya! Raya! Raya! Part 2 Cerita Raya dengan Kengkawan Bahagian Kedua Hari ni dok melayan K Awa and K Alin datang beraya. Kebetulan pulak my brother yang gebu tu tengah bersilat kat dapur masak nasi Arab. First time katanya, tapi rasanya sangat t… Read More
  • Kenduri Durian Lokasi: Kg Ayer Manis, Kulaijaya Tarikh: Malam raya Masa: Waktu berbuka puasa Crime no 1 Crime no 2 Crime no 3 Ni lah jadinya bila semua kaum kerabat berkumpul nak sambut raya besok, dan stok durian kat ke… Read More
  • Marhaban ya Marhaban Tiap-tiap tahun time raya, orang-orang surau akan pusing satu taman buat Marhaban. Rumah aku tak terkecuali. Meriah sikit tahun ni sebab Wak Daut stay agak lama kat Malaysia ni sempena raya. Makanya, ramai jugak lah yang da… Read More

0 comments :