Friday, June 5, 2009

Rombongan Cik Kiah..

Yes. My whole family is here. Datang merewang ke KK lah. Pulak tu, datang time Kaamatan dah habis. Buang karan jek. Oh ya. Ada juga orang lain yang ikut rombongan. Abah angkut sekali dia punya PA and one of his students from Indonesia. Budak dua orang tu tak pernah datang Sabah. Apa lagi, seronok meroyan lah mereka.

Aku pening. Tak tau nak bawa jalan-jalan ke mana dah. Bukannya first time datang family aku tu. Dah masuk kali ketiga dah pun. Kundasang, Poring, Simpang Mengayau, Manukan, semuanya dah tak heran dah. Boring dah. Tapi boring-boring pun pergi jugak Kundasang, Poring dan Manukan tu. Agaknye lah kan, muak dah tempat-tempat ni tengok aku. Muahaha..

Dulu, aku tinggal sorang di rumah, tak ada housemate. Jadinya family aku tertonggeng terbalik tertiarap di rumah aku lah. Sekarang ni, aku dah berhousemate. Abah lagi prefer duduk di hotel. Bukanlah hotel grand pun. Promenade Hotel Apartment di Api-Api Centre. Asal dapat tidur dengan lena oklah tu. Dahsyat juga reservation cuti-cuti sekolah macam ni, nyaris-nyaris fully booked. Nak dapatkan family suite pun tak dapat. Cuma studio suite sajalah. Oklaa tu. Studio suite cuma RM103 per night. Siap dengan kichenette lagi di dalam. Boleh main masak-masak.

Kalau ikutkan, nak aja aku bagi-bagi rombongan ni separuh duduk rumah aku dan separuh lagi duduk rumah Sharir. Tapi Abah kata susah la pulak kalau Mak nak pergi pasar phillipines. Kekeke.. Fikir sampai ke situ pulak.

Tinggal sehari je lagi ni. Besok, Sabtu balik la mereka semula ke JB. Aku pulak hari ni satu hari ada pra-retreat MQA. Tak dapat nak entertain mereka-mereka ni. Malam ni plan nak makan seafood lah kot. Huuhhuhu.. Meleleh dah air liur aku. Slurrppp...

Related Posts:

  • Mabul Island 4D3N Getaway Mereng. Siapa mereng? Aku lah yang mereng. Baru je balik dari Jepun, tak sampai 3 hari duduk kat rumah, aku dah terbang lagi merewang. Mereng tak mereng, senget tak senget, lain cerita. Yang penting kita enjoy. Sementara bo… Read More
  • Beijing BBQ Steamboat, Kota Kinabalu V2 Last time pergi, tak berkesempatan nak ambik gambar sangat. Hah kali ni, snap jugak lah beberapa keping gambar buat tatapan. Sorry lah kualiti gambar hampeh sikit. Pakai handphone cap ayam kan. Mi galore.. Sayur &… Read More
  • Poring Hot Springs Entah berapa kali entah aku pergi Poring ni. Asal ada kaum kerabat, besprenzz, geng karatz dan yang sewaktu dengannya datang ke KK ni mesti nak kena bawak jalan-jalan ke sini. Kat KK tu bukannya ada apa sangat kan.  … Read More
  • He Jia Fo Seafood Restaurant, Kota Kinabalu Pada suatu hari, Cik Dila membawa saya yang sengal ini pergi makan kat sebuah Chinese Restaurant ni. Pemiliknya seorang Cina Muslim dari China gitu. Teruja lah saya kan sebab saya tak pernah masuk mana-mana Chinese Restaura… Read More
  • Basah Kuyup di Pulau Manukan Degil. Langit hitam, cuaca sendu, angin tak berapa nak sepoi-sepoi, tapi degil. Mengada-ngada jugak nak pergi pulau kan. Rasakan! Memang padan muka. Salah timing kami datang ni. Tapi belasah je lah. Mudah-mudahan tak hujan. … Read More

4 comments :

Misako said...

pra retreat MQA? ada lagi retreat pasal benda tu? Ingatkan dah ok

CikSengal said...

ni PLUMS punye pulak.. huhuhuhuhu.. lama-lama boleh jadi pakar MQA ni.. kekeke..

blackpurple @ jowopinter said...

Datang mengendap. Hahaha!

CikSengal said...

sila.. sila.. nak skodeng, nak ngintai, sume boleh.. :p