Saturday, June 13, 2009

SKTM Family Day

Hahaha.. Sakan sungguh aku ni. Sampai tak menyempat-nyempat nak buat benda lain. Baru je habis meroyan di Family Day aku dah menconteng kat sini.

Al kisahnya, hari ni kami berfamily day. Tak jauh mana pun. Di ODEC je. Tahun lepas di Karambunai Lagoon, tahun ni kita cut cost sikitlah. Buat kat dalam lah pulak. Aturcara majlis bermula pada jam 7 pagi. Sesampainya aku di sana lebih kurang 7.15 pagi, tiada seorang umat pun yang ada. Aiyoorrkk.. Janji melayu memang macam ni. Aku sekadar melepak melihat matahari pagi sebelum aku balik semula ke ofis melayan internet. Dah agak-agak waktu nak makan breakfast aku datang balik. Hahaha..


Pemandangan jeti dari jauh..


Buruk benor lah signbod ODEC ni..


Syoknye..

Lebih kurang pukul 8 baru lah aku memunculkan diri. Itupun masih belum ramai orang yang datang. Registration kaunter pun nan ado je. Sabo je lah makcik. Duduk kat tepi lah dulu dengan umat-umat yang lain.

Kami warga SKTM dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan. Kumpulan Tom Tom Bak, Geng Bas Sekolah, Gerak Geri Gasing dan Kapten Boleh. Sengal betul nama-nama kumpulan ni. Siapa lah punya idea ni. Macam budak-budak tadika pulak. So, tuan-tuan dan puan-puan, aku ni kumpulan TOM TOM BAK ye! Memang tersangat-sangat lah sengal.


Antara yang excited berfamily day..


Ucapan alu-aluan oleh big boss..

Acara dimulakan dengan senam robik. Apa pesen punya senam robik pun aku tak tau. Dah macam apa entah. Masing-masing buat cheoreography sendiri. Sebijik macam budak-budak tadika. Sorang ke sana, sorang ke sini, nasib baik takde yang ke laut. Hahaha.. Selepas senam robik, ada ucapan alu-aluan dari Dekan dan lepas tu, aktiviti makan ler!

Bila dah kenyang, baru boleh main. Acara yang disediakan banyak. Tapi dek kerana tak cukup masa cuma tiga game je yang kami main. Apa entah nama satu sukaneka tu, bola sepak pantai dan musical chair.


Bersiap sedia main sukaneka..


The ladies of Tom Tom Bak..

The first game tu, sukaneka apa ntah namanya. Sepak bola guna botol? Lebih kuranglah. Kami Tom Tom Bak juara. Kekekeke.. Sewel betul. Aksi masing-masing memang hodoh. Aku pun tak kurang huduh juga. Itu sebabnya gambar main sukaneka tu aku tak masukkan kat sini. Wakakaka..

Bola sepak pantai pulak lain dari yang lain. Selain bukan diadakan di pantai, cuma namanya je bola sepak pantai, kami dikehendaki memakai kain batik sambil bermain. Hahaha.. Comel sungguh masing-masing pakai kain batik sambil lari terkedek-kedek. Aku pun belasah join main. Tapi nasib tak menyebelahi kami. Tom Tom Bak sekadar dapat tempat no 3 je.


Bola sepak pantai yang tak ada rupa pantainya..


Hidup TOM TOM BAK!!


Other group.. Kapten Boleh dan Geng Bas Sekolah..

Last but not least, musical chair. Aku 2nd round dah terkeluar. Nak buat macam mana, my rear side is not that big. Wakakaka.. Orang tua main ni rupanya lagi dahsyat dari budak-budak. Masing-masing ikut kepala, tak nak bergerak. Sungguh tak senonoh. Pemenangnya? Our Dr Patricia. Dahsyat juga dia rebut kerusi. Hahahaha..


Aku tersangatlah konpius kenapa, mengapa dan bagaimana mamat serba putih tu datang ke family day ni...


Tema Oil & Gas..
Dari kiri:- Gerak Geri Gasing = BHPetrol, Kapten Boleh = Esso, Tom Tom Bak = Caltex & Geng Bas Sekolah = Petronas.


Karaoke Session..

Selepas habis acara kami pun lunch. Sambil-sambil lunch tu ada lah cabutan bertuah dan pertandingan karaoke. Aku ni tiap-tiap tahun muka hamper saja. Hamper family day tahun lepas pun tak habis-habis lagi. Dah expired dah agaknya. Hahaha.. Dah habis lucky draw hamper, ada lucky draw untuk 4 hadiah utama pulak. 3rd prize - Mountain Bike, 2nd prize Mini Hi Fi, 1st prize - Mini Laptop and Grand Prize.......... drumroll.... LCD TV 32". BESTTT!!

Aku tak bertuah langsung nak dapatkan hadiah-hadiah utama tu. Congrats to Kak Azreen yang menang LCD TV tu. Jangan sampai juling biji mata ye bila menonton tu. Hehehe..


Pemenang Grand Prize. Err, yang belah kiri ye.. Hehehehe..


Dah habis cabutan bertuah, acara pun habis. Makanan yang banyak ditapau bawak balik. Tak payah aku masak malam ni. Hehehe..


Suka gila aku tengok laut ni. Kalau ikutkan hati nak je aku terjun masuk..

Overall aku enjoy. Sekali sekala tunjuk perangai gila-gila, seronok juga. Harap-harap tahun depan ada lagi..

4 comments :

ernie said...

wah behnyaa.. rindu la pulak family day.. kalau tak sure kita mcm monyet time tu.. teringat pulak last year punya.. hehehheheh..

r0xz said...

yang baju putih tu pun ada lagi..
hahahaha~
dia VIP kot...sebab tu masih ada dalam list. :P

Daisy Vanie said...

Dapatlah jugak buli lecturer sebelum balik...hehe...It was awesome...too bad this is my last year here... =D

CikSengal said...

ernie,
tahun ni agak sopan jugaklaa.. tahun lepas ye kita macam monyet.. hehehe..

r0xz,
tatau apa motif dia ada kat situ.. sibuk nak main jugak tu..

vanie,
tak cukup dibuli lecturer-lecturer ni.. harus dibantai habis-habisan.. hehehe..