Friday, 18th November 2011
Ye. Aku pergi merayap ke Korea lagi. Macam orang gila dah. Tahun ni je 3 kali aku pergi Korea. Cik Ina pun dah bising-bising. Tak ada tempat lain ke kau nak pergi, tanyanya. Aku sengih je lah. Nak cakap macam mana lagi lah kan? Hehehe..
Trip Winter Sonata, trip backpackers. Trip Summer Scent, trip santai-santai. Trip Autumn in My Heart ni trip apa kebenda pulak? Well.. Trip meroyan! Meroyan tengok Super Junior to be exact. Hahahaha.. Sewel tak sewel. Almost tiap-tiap hari kami ada aktiviti dengan Super Junior. Kelesss kau. Bab melagha memang no.1 aku ni kan? Astaghfirullahalazim.. Bila nak insaf ni.
Rombongan Cik Kiah kami seramai sepuluh orang. Ramai kali ni. Lapan orang kaki meroyan, and lagi dua tu aku saja gatal-gatal ajak. Ajak-ajak ayam pun ada jugak sebab dua orang tu memang tak masuk kategori kami yang sewel ni. Tapi setelah diberi penerangan segala, tak sangka pulak diorang nak ikut. Belasah je lah kan. Lapan orang kaki meroyan tu sudah semestinya aku, Mulan, Queen, Aleng, Asue, Fieza, Leen and Idie. Yang un-kaki meroyan tu is my sister Aida and my colleague K Yati. Sakaaaannnn~!! Kekekekeke..
Hari yang dinantikan pun tiba. 18th November 2011. Hari Jumaat. Disebabkan last minute, harga tiket AirAsia mahal macam hapa. Jadinya, selamat lah aku gunakan tiket balik wilayah aku. Kuang Kuang Kuang.. Dah lah hujung tahun expired. Daripada aku tak guna, baik guna sekarang. Tapi timingnya sangat lah tak best. Pukul 7.10 pagi. Kihkihkih.. Cuti sekolah kekdahnya. Semua flight full. Nasib lah kau Yatt. Pagi-pagi dah kena keluar. Yang jadi mangsa my bro - Sharir. On the way dia nak pergi kerja jugak tu. So tak apa lah.
6 am in KK..
Dah lama tak naik MAS..
Gitu gini gitu gini, pukul 10 pagi aku dah terpacak kat KLIA. Flight ke Incheon pukul 11 malam. Huh.. Apa lagi, penat betul aku membuang masa kat situ. Lappy jadi peneman. Buat kerja~!! Kebetulan minggu submit exam paper. Terkial-kial update sana sini. Tu lah. Kerja banyak tak siap, pergi jalan-jalan makan angin. Memang cari penyakit lah kan. Mula-mula lepak kat McD, dah agak lama lepak kat McD, aku pindah ke KFC pulak. Kembang setaman aku jadinya hasil makan McD and KFC satu hari ni. Buat stok dalam perut. Seminggu tak jumpa nanti. Hehehehe..
I stayed in KLIA sampai maghrib. Lepas maghrib baru bergerak ke LCCT. There, I met up with K Yati. Kitorang tak datang sekali, since I opted MAS coming to KL. Jadinya lepak-lepak lah kat LCCT tu sementara menunggu geng in crime sampai. Lepas seorang, seorang datang. Mulan, Asue, Queen and Aleng. Masing-masing dari area KL/Selangor je. So lambat sampai pun tak apa. Idie and Leen dua beradik tu dah pergi awal on the 16th. Jumpa kat Seoul je lah nanti.
Yang tak sampai-sampai rombongan dari JB ni. Si Fieza and Aida. Risau macam apa dah aku. JB hujan lebat, jadi bas bergerak lambat. Sampai KL lambat, dah tu masing-masing tak reti pergi LCCT. Tertinggal ERL lah pulak. Terpaksa tunggu 20-30mins for the next train. Sampai ngam-ngam pukul 10. Pukul 10 jugak lah kaunter baggage drop tutup. Fuh.. Panic attack aku dibuatnya. Check in memang dah buat siap-siap. Cuma nak drop baggage je. Kang orang boleh naik, beg pulak kena tinggal. Dah sampai tu boleh pulak jalan lenggang kangkung makcik berdua ni. Isyyy.. Geram betul aku. Hahahaha.. Aku yang eksaited suruh lari cepat-cepat. Nasib baik sempat kau check in beg. Kalau tak, beli je lah baju kat Seoul sana.
It's already late, kami cepat-cepat pergi mengisi perut kat Marrybrown. Boleh lepak-lepak lagi tu. Borak-borak entah apa-apa. Pukul 10.30 sepatutnya dah boarding tapi pukul 10.30 baru kami nak gerak ke immigration. Apa lagi, pecut 100m lah berlari kat tempat parking kapal terbang tu. Dah lah kapal terbang AAX ni parking jauh-jauh. Huru hara betul. Hahahaha.. Muka masing-masing tak boleh blah sedut oksigen bila sampai kat dalam perut kapal terbang. Mana taknya. Senak berlari lepas makan. :P
Sempat lagi lepak-lepak cari nahas..
Take off lah kami ke Incheon. Dijangka sampai around 6 pagi. First time aku ni. Sebelum-sebelum ni naik flight petang and sampai Incheon malam. Kalau naik flight malam ni, alamatnya tidur je lah atas flight. Yosh~!! Jumpa in the next entry. Our first day in Autumn Seoul. ^_________^
1 comments :
Haihh mmg sengal..setiap musim muka ko je ada kt seoul..kalu ahjumma jual udang tu xkenal ko, aku xtau la hahahah
Post a Comment