Thursday, March 29, 2012

Homeless..

Homeless.. Dah sinonim sangat dah dengan aku ni. Dulu-dulu bila orang dengar, semua pakat kesian. Sekarang ni, masing-masing dah tak heran. Aku pun tak heran jugak.

Right now, I'm 'homeless'ing myself. Kekekeke.. Right here in KLIA. Sangat lah gigih. Aku baru sampai dari KK pukul 12.30 pagi tadi. Aku akan balik ke JB pukul 7.30 pagi nanti. Might as well duduk kat airport sini je daripada check in hotel. Membazir duit je. Lain lah kena sponsor kan?

So, biasanya kalau berhomeless ni apa aktiviti yang boleh dibuat? Biasanya, kalau dah penat macam hapa, disarankan untuk tidur je. Aku ni jenis boleh tidur kat mana-mana so tidur je lah. Ada setengah orang tak boleh ada cahaya lampu lah, tak boleh tidur duduk lah, tak boleh bising-bising lah. Mesti nak tidur atas katil lah. Orang macam ni, sila jangan ikut aku pergi jalan-jalan ke mana. Once you start whining, aku bagi pelempang je. 

Biasanya, aku takkan tidur terus. Aku akan surf internet for few hours. Internet kat airport kan free. Guna lah sebaik mungkin. Dah lepas 3 jam main internet (diorang bagi 3 jam je free), aku layan drama ke, variety show ke apa ke. Pastikan your harddisk dipenuhi dengan bekalan yang secukupnya. Selalunya, bila dah habis activities semua tu, jam dah menunjukkan pukul 4 atau 5 pagi. Hurmm.. Nak tidur pun malas, tapi biasanya aku tidur jugak sekejap. Just take a nap. Tak lama tu, subuh. Normally I do all the check-in necessities sebelum pergi solat subuh.

Kat KLIA ni tak berapa ramai yang homeless. Ke aku yang silap pandang. Mungkin sebab KLIA ni besar, banyak tingkat. Merata-rata orang boleh cari port tidur. Kalau kat LCCT, fuh. 24/7 orang non stop keluar masuk. Kalau tengok jam, macam tak percaya dah pukul 3 atau 4 pagi. Sentiasa ramai orang. Jadi nak rasa takut-takut tu tak ada lah sangat. Selain KLIA and LCCT aku pernah berhomeless di Suvarnabhumi Airport, Changi Airport and Incheon Airport. Masing-masing sekali. KLIA aku rasa dah 4 kali. LCCT? Hurmm.. Tak ingat. Tapi aku rasa ada lebih 10 kali. :P



Dah. Tak susah mana pun berhomeless ni. Biasanya aku homeless sendiri. Kalau ada kawan lagi bagus. Boleh borak-borak tak hengat donia. Tapi kawan tu pun lama-lama boleh ngantuk jugak. So, siapa yang tak pernah berhomeless tu, meh kita try. Hehehe.. 

Related Posts:

  • Tak Pernah Aku Rasa Seronok Macam Ni!Aku seorang yang baik. Aku tak suka marah-marah. Aku seorang yang cepat kesian. Aku juga jenis yang tak sampai hati. Disebabkan itulah, ramai yang suka-suka hati mak bapak atuk nenek moyang mereka memijak kepala aku. Tak pasa… Read More
  • Cerita Hari Valentine Hari Sabtu. Jam 10 malam. Aku merewang seketika di bandar KK. Bertemankan Kak Rafidah and her hubby. Ke terbalik tu? Aku yang teman mereka? Hahaha.. Sekali lagi aku menjadi ubat nyamuk kat tepi. Menyemak aja aku ni kan? Ses… Read More
  • Melepak.. Aku sedang melepak lagi. Kat KKIA. Sementara menunggu flight ke KL. Asyik berjalan je aku ni kan? Sabtu ni balik JB pulak. Tapi bukan dari KL ye. Dari KK. Hahaha.. Bengong jadinya. Pergi KL buat apa? Bengkel Infosys. Nasib … Read More
  • Kisah Air AsiaAir Asia sekarang ni dah pakai seat number! Hehe.. Mungkin aku yang ketinggalan zaman sikit. Ye lah, orang naik MAS je sekarang. Dah lupa dah pasal Air Asia. Kehkehkeh.. Itu pun disebabkan urusan rasmi lah aku naik MAS. Kalau… Read More
  • 25 Random Things About MeAku dapat tag ni dari Facebook. Dah berapa orang dah telah mentag aku dengan entry ni. Cuma belum berkesempatan nak buat. Lagipun, apa lagi nak dicerita tentang diriku ini? Semuanya boleh dikorek dari blog ni. Tapi tak apalah… Read More

0 comments :