Wednesday, March 28, 2012

TRIZ

Saya telah selamat pergi ke kursus TRIZ selama dua hari baru-baru ni. Katanya bagus untuk membantu kita dalam menyelesaikan masalah. Oleh yang sedemikian, saya pun pergi lah. Balik dari kursus ni, terus saya jadi sewel. Hahahahhaa.. Mungkin sebab saya tidak memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan TRIZ ni. Itu yang jadi bengong tu.

TRIZ. An acronym for Teoriya Resheniya Izobretatelskikh Zadatch. Hambik kau! It's in Russian. Kalau Englishnya, Theory of Inventive Problem Solving. Senang cakap, dia merupakan satu teori yang boleh digunakan untuk mencari penyelesaian yang paling berkesan bagi sesuatu masalah. Pening betul. Saya rasa terus cari solution buta-buta macam tu lagi senang daripada backtrack, korek segala maklumat yang berkaitan dengan masalah tu, design sana sini dan yang sewaktu dengannya.

Siap ada textbook lagi tu..

Anyways, this TRIZ thingy is interesting. Tapi bagi saya, ia macam ala-ala serabut sikit lah. Saya ni sangat pantang benda-benda yang berserabut. Memang selamat lah saya campak ke tepi je. Lagi pulak, saya tak tau nak gunakan TRIZ ni kat mana dalam kehidupan seharian saya. Kalau lampu rumah tak menyala, saya tak kuasa nak kaji apa sebab-sebab dia tak menyala. Saya tak kuasa nak check sama ada hayat mentol lampu tu memang dah habis ataupun berlaku litar pintas di rumah. Kalau hayat mentol dah habis, saya tak kuasa nak kaji kenapa dia habis. Saya tak larat nak senaraikan sebab dan musabab yang boleh menyebabkan hayat mentol tu sekejap saja. Kalau kerana litar pintas, saya tak kuasa nak kaji kenapa berlaku litar pintas. Saya tak larat nak senaraikan kenapa berlaku litar pintas. Adakah kerana ada cicak mati tersepit di kotak karan? Dah tu, saya kena kaji kenapa cicak tu boleh ada kat situ? Saya nak tanya cicak tu pun tak boleh. Macam lah saya boleh bagi warning kepada cicak-cicak yang lain, "cicak, cicak.. kau jangan datang sini tau nanti kena electrocute". Dah tu nak kena korek lagi kenapa rumah saya ada cicak? MANALAH SAYA TAU!!! Huhuhuhu..

Yang saya tau, saya pergi kedai dan beli mentol baru je. Selesai. Kalau ada litar pintas, saya bagitau tuan rumah je, tak ada karan kat rumah. Nanti pandai-pandai lah dia hantar orang datang betulkan. Selesai. Tak payah pikir banyak. Hehehe..





Banyak sangat alasan saya. Tak nak guna TRIZ tu cakap je lah tak nak. Hehehehe.. 

0 comments :