Thursday, December 22, 2011

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 6: Itaewon, Seoul Central Mosque, 63 Building, Hangang Park & KBS Building

Wednesday, 6th July 2011

Hari ni kami memulakan perjalanan kami ke Itaewon. Of course lah, hari tu dah pergi. Ni pergi lagi bawak Cik Dila. At the same time, kita tengok ada beza ke tak Itaewon di musim panas dengan Itaewon di musim sejuk. Hahahaha.. Poyo.

Itaewon station..

Itaewon ni tempat paling international lah katanya kat Seoul. Banyak restoran asing, nak tengok orang asing, makhluk asing pun banyak kat sini. Nak pergi Itaewon ni senang je. Turun kat Itaewon Station. Memang terus keluar kat tengah-tengah Itaewon lah. Itaewon Station ni letaknya kat subway line no 6 yang berwarna ala-ala warna oren-coklat tu. Dah alang-alang pergi Itaewon ni, kami singgah jugak ke Masjid Seoul.



Antara kedai yang ada..

Deretan kedai menuju ke masjid..

Kedai area masjid..


Pintu masuk Masjid Seoul..

Hari masih pagi. Jadinya tak ramai orang yang ada di sekitar masjid ni. Jalan-jalan sekadar snap beberapa keping gambar.

Kalimah Syahadah..

Perkarangan masjid..

From the other side..

Kawasan Masjid..

Dalam Masjid..

Some info..

Some references..

Habis satu masjid aku skodeng. Naik atas, turun bawah. Hahaha.. Kat tingkat bawah masjid ada office. Kat belah belakang dekat dengan tempat wudhu' perempuan ada classroom. Luas jugak classroom tu. Memang selesa kalau nak buat aktiviti-aktiviti kat masjid ni.

Some locals coming for information..

Classroom..

Gambar-gambar masjid di Korea..

Motip iklan arak??

Dah habis snap sana sini, kami pun keluar. Acara seterusnya adalah melantak~! Terus masuk kedai Mr Kebab yang ada kat simpang jalan nun. Sedap gila makan kebab kambing ni. Lupa pulak aku harganya berapa. KRW6500 kalau tak silap. Sekali dengan kentang bakar dan minuman. Ye mahal. Tapi lantak lah. Dah lapar kan. Lega sangat-sangat bila dapat makan. Huhuhuhu..

Going down..

Mr Kebab..

Makan Kebab.. 

Ankara.. Dulu makan kat sini..

Dah agak-agak kenyang tu kami bergerak ke destinasi seterusnya. Kami ke 63 Building yang terletak di Yeouido. Alkisahnya, kami turun kat station Yeouinaru. Lagi dekat kalau nak ke 63 Building compared dengan Yeouido. Alah. Kalau ikutkan sama je jaraknya. Yeouinaru Station ni letaknya di subway line no 5. Subway line warna purple. My favourite subway line. Hehehe..

Yeouinaru Station..

Kami berjalan kaki dari Yeouinaru Station ke 63 Building. Bapak gila jauh~! Ada dalam 15 minit jugak lah menapak. Tapi masih boleh bertahan sebab jalan di bawah rimbunan pokok. Tak terasa panas. Sebenarnya ada je free shuttle dari Yeouinaru station ke 63 Building tu. Tapi aku tak survey habis dan dalam masa yang sama tak reti lah nak naik bas ni. So, sudahnya jalan kaki je lah.

Nice shades..

Sana sini sinun..

63 Building dari jauh..

Ada banyak aktiviti boleh buat kat 63 Building ni. Banyak tempat nak pergi pun ye jugak. Boleh masuk Sea World, IMAX Theatre, Wax Museum, Sky Art Gallery, etc. etc. Kami ambil pakej Big 3 ke apa namanya tu tak ingat. Satu tiket boleh masuk ke Sea World, IMAX Theatre and Wax Museum. Kalau pergi satu-satu mahal. So ambil kombo terus. Berangan nak pergi Sky Art tu. Boleh naik lif sampai atas ala-ala cerita My Girl tu. Tapi Sky Art tutup lah pulak for renovation. Jadinya, tak ada rezeki lah nak naik sampai atas.

Beli tiket~!!

Our Ticket~!

Disebabkan semalam kami pergi Seoul Night Tour, kami dapat kupon diskaun untuk aktiviti-aktiviti di 63 Building. Apa lagi. Gunakan sepenuhnya~!! Dapat lah diskaun 15%. Jimat duit makcik. Kalau tak, kena bayar KRW30,000. Hambik kau mahal! So tempat pertama yang kita terjah ialah Wax Museum.

Siapa pernah pergi Madame Tussaud? Lebih kurang lah Wax Museum yang ada kat 63 Building ni dengan Madame Tussaud. Cuma patung-patung lilin yang ada kat sini tak ada lah sebanyak yang ada kat Madame Tussaud sana. Aku tepek gambar je lah ye. Banyak ambik gambar tapi kebanyakannya ala-ala tak senonoh sikit. Ahahahaa..

Wax Museum..

Bakal President..

Sama tak??

"kesian pakcik nak.." "ye ke pakcik??"

Schubert..

Pakcik mana ni aku lupa..

Van Gogh..

Ada banyak segmen dan kategori kat dalam wax museum ni. Dari orang kenamaan, sampai ke musicians, sampai ke artis dan segalanya. Ada jugak rumah hantu dalam tu. Belum apa-apa, aku dah kena sergah. Memang kurang asam dracula seorang ni. Kat dalam rumah hantu tu kerja aku asyik menjerit je. Entah siapa yang rajin benar kerja part-time jadik tukang sergah tu. Ahahaha.. Sebenarnya pelawat jugak tu. Dia nak sergah kawan dia, tapi silap timing, tersergah aku. Sorry sorry je lah kerjanya.

Yang ni orang betul..

DRACULAA~!!

Mantop uolss~!!

So comfy.........

Ok. Dah habis Jalan-jalan kat Wax Museum, kami ke IMAX Theatre pulak. IMAX Theater ni gunakan the best 3D technology ever lah kononnya. Nak masuk kenalah pakai spek 3D bagai lah kan. Kat dalam theatre tu memang best. Comfortable some more. Apa yang ditayangkan? Satu dokumentari pasal Bora Bora Island. Kat mana lah letaknya Bora Bora ni kan. Somewhere in the pacific kot. Memang cantik lah tengok 3D ni. Tapi kan, aku bertahan sekejap je. Dalam 10 minit je. The rest 30 minutes ++ aku bantai tidur. Hahahaha.. Sedap betul~!! Sedar-sedar, wayang dah tamat and semua orang sibuk-sibuk bangun nak keluar. Kehkehkeh.. Sangat buruk perangai.

Next it's Sea World~!! Masuk je lah. Tengok apa yang ada. Sama lebih kurang je dengan mana-mana aquarium. Tapi kat sini aku nampak banyak benda-benda pelik. Geli pun ada. Iskkk..

Sea World..

Mak Penguin..

One of the penguins..

Penguin Penguin..

Turtle..

Spider Crab?

OPOCOTTT~!! Apa ni?? Macam momok..

Hambik kau! Panjangggg...

More aquarium..

Eeeeeeekkkk~!!! APA NI??

Yang ni macam ular..

Cuba cari mana ikannya??

Got otter~!!

Kawan Cik Dila..

Seal's playground..

WARGGHHH~!! APA NI?? 

OMONAAA... seram katak ni..

HAH~!! BESOOOO KODOK NI!!

Fish spa..

Sealion show..

During our time here in the Sea World, kami sempat tengok 3 pertunjukan. Gigih kau. Dah macam budak-budak. Nasib baik tak duduk seat paling depan. Hehehe..

Dah tu pun keluar. Berjalan kaki lagi menuju ke Yeouniaru station. Tapi tak terus balik. Nak singgah Hangang Park. Lepak-lepak menghirup udara petang gitu.

Hangang Park..

Hangang Park lagi..

Baru nak relaks-relaks, only to find out that Cik Dila punya camcoder is missing. Ah sudah. Godek-godek beg, tak jumpa. So we go back to the 63 Building dengan harapan adalah jumpa kat sana. Dah pusing, cari kat mana-mana yang patut, tapi tak ada rezeki. Memang tak jumpa. Harap-harap ada orang jumpa and pulangkan kat tempat Lost and Found.

Jadinya, mood sudah bertukar. Dah hilang mood jalan-jalan. So Cik Dila pun balik ke Sunshine. Aku ni masih ada tenaga lagi. Jadi menonong lah aku berjalan seorang diri kat Myeongdong. Cuci mata apa-apa yang patut.

Jalan-jalan Myeongdong lagi..

Dah tu, lebih kurang 8.30 malam aku balik semula ke Yeouido. Kehkehkeh.. Giler minah seorang ni. Bukannya dekat. Jauh~!! Aku ni bila dah kata nak pergi, memang pergi. Aku nak pergi KBS sebenarnya. Nak pergi konti radio Super Junior Kiss the Radio. Last winter aku pergi. Tapi budak-budak SuJu ni tak ada. So, kali ni nekad nak pergi jugak. Harap-harap jumpa. Walaupun sorang-sorang, aku gigih~!!

Konti Kiss The Radio..

Konti radio diorang ni sebenarnya boleh skodeng dari luar. Jadi memang boleh jadi penonton lah kat luar tu. Kebetulan aku sampai, orang tak ramai. Risau jugak kalau malam ni tak ada BORA. Buat penat je kalau aku datang. Aku pun lupa nak check schedule. Ni ada orang kat luar ni, ada lah kot BORA. Sementara nak tunggu pukul 10, aku masuk ke dalam Lobby KBS. Kat dalam lobby, ada beberapa orang melepak. Tak berapa ramai. Aku pun berjalan ke depan sambil pegang kamera. Sekali.... Tersenyum lebar aku bila nampak Hyukjae. Kihkihkihkih..



Jadinya, duduk sekejap lah dan dengar celoteh-celoteh diorang. Dalam 20% je yang aku paham. Lain-lain ke laut. Hehehehe.. Aku tak lama kat sini. Snap gambar sekeping dua, and terus balik. Dah pukul 10.30 malam. Dah agak lewat jugak lah. Kalau aku berteman, mungkin lambat lagi aku balik. Ni sorang-sorang kena lah balik awal sementara masih ramai orang lalu lalang kat jalan tu.

DJ EunTeuk..

In action..

With guests..

Penonton tegar..

Jalan cepat-cepat menuju ke station Yeouido dan terus balik ke Sunshine. Nasib baik tak payah tukar train bagai. Subway line purple ni jugak. Gitu gini dalam 11.30 jugak baru sampai Sunshine. Memang kelepekan. Tak tunggu lama. Lepas freshen up, aku terus tidur. Gembira kekdahnye dapat jumpa Hyukjae. Wakakakaka..

Sekian hari kelima.. ^___^


Perbelanjaan Keseluruhan untuk hari ini :- KRW35,000

2 comments :

e.l.i.z.@ said...

Brapa harga tiket train ke itaewon ni?

CikSengal said...

Aku tak pernah amik tau bape harga subway semua senab aku pakai TMoney card.. Scan je.. Tak cukup, topup..