Wednesday, December 7, 2011

Kerja OR Jalan-Jalan?

We had a meeting yesterday morning. Minggu depan kami akan mengadakan lawatan benchmarking ke beberapa buah universiti. Ke mana makcik? Ke UTM dan UTHM di Johor dan NUS serta NTU di Singapura. Yahuuuuuuuuuuuuu~!!! Suka ye makcik. Mestilah. Sebab makcik dapat pergi jalan-jalan. Hahahaha..


Lagi makcik suka, makcik boleh balik kampung. Muahahaha.. Bukan main makcik ni ye. Mesti lah kan. Sambil menyelam, kita tonggak air banyak-banyak. Bagi kembung terus. Kami akan ke sana 12-16 Disember. Seminggu tuang kerja. Seminggu jugak tuang kelas. Bila inform student, dengan senang hati mereka bersorak gembira. Makcik pun tumpang bersorak jugak lah. Hahaha.. Sewel.

Kebanyakan ahli rombongan visit ni tak pernah pergi Johor dan Singapura. Sedih betul aku dengar. Tu lah. Terperap je kat sini. Macam mana nak berkembang. Lepas tu nak komen macam-macam. Hahahaha.. Teremo pulak aku ni. Bila dapat tau aku ni orang JB, mula lah aku ni nak dijadikan tourist guide. Hahahah.. Lawak-lawak. Siap suruh aku bawak makan kat tempat-tempat yang best. Tempat makan yang best? Yang aku tau tempat makan yang best kat rumah aku ler. Mak aku masak. Hahaha.. Bila balik kampung tak adanya kau nak makan luar. Mestilah kau nak makan masakan mak kau. Betul tak? So bab-bab makan best kat JB tu sorry lah. Memang aku tak tau.

Singapore pulak? Mentang-mentang aku ni kerjanya keluar masuk Singapore kan? Adoilaaa.. Sabar je lah aku. Aku rasa kalau aku tak tau jalan-jalan kat Johor dengan Singapore tu, takdenya diorang nak bawak aku kan? Hahahhaa.. Semangat weh itinerary mereka ni. Nak pergi Esplanade, USS segala. USS tu kalau tak satu hari jangan harap lah nak pergi.

Apa pun, back to the main issue. Sebenarnya memang bagus buat benchmarking ni. Boleh kita tengok kelebihan dan kekurangan yang ada pada kita berbanding universiti-universiti lain. Ye lah kan. Tempat kami ni staff terhad. Program tak banyak. Fasiliti pun masih kekurangan. Hasil benchmarking nanti boleh lah dijadikan panduan untuk mengupgrade tempat kami ni kan?

Next benchmarking visit selepas ni adalah ke universiti-universiti di Hong Kong. WOOWWWW~!! Aku diajak sekali ke? Hurmm.. Aku tak pernah pergi Hong Kong. Mesti kena tinggal kan aku ni? Hahahaha.. Tapi kalau diajak syok jugak weh. Makan angin lagi. Hehehehe..

Benchmarking Visit to JB and Singapore 12-16 December. Tiket flight ahli rombongan 12-16 December. Tiket aku? 10-18 December. Muahahahahaha..

Related Posts:

  • Jadual Gaji Kakitangan Awam 2011Nah, salin cepat!! Nampaknya tarikh gaji tahun ni lebih kurang je tiap-tiap bulan. Tak adalah aku nak tertonggeng-tonggeng menderita penyakit "GajiBulanNiMasukAwalGajiBulanDepanLambatLagi". Hehehehe..Marilah kita buat peranca… Read More
  • Center of Excellence in Semantic AgentsJust want to share...Our new center. Dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili. Untuk berita lanjut klik sini -- MIMOS-University Malaysia Sabah Centre Of Excellence To Support … Read More
  • Gaji 2010Aku tengah kayap. Tu sebabnya aku gigih mencari jadual pembayaran gaji untuk tahun 2010. Boleh buat perancangan dari awal lah konon-kononnya. Hehehe.. Here goes..Nampak gaya Mac dan Disember 2010, bakal sesakkk macam sekarang… Read More
  • Hello Kota Kinabalu!CAK!! Hello KK! Do you missed me? 19 hari ko aku balik kampung. Mesti semua orang rindu nak tengok muka aku kan. Hahahahaha.. A new semester. New students. New faces. New tasks. Tapi nasib baik mengajar subjek lama. Kalau sub… Read More
  • Gaji 2009Untuk kegunaan bersama. Yang kerja gomen lah ye. Yang tak kerja gomen tu boleh la juga ambil tahu bila kawan-kawan, saudara mara korang terima gaji. Boleh POWW gitu!! Hehehe..Source: S.K KAMPUNG MUHIBBAH… Read More

0 comments :