Thursday, October 14, 2010

Yuk Ke Jakarta!! ~ Day 3: MONAS, Muzium Gajah, Anchol & Grand Indonesia

Sunday, 17th January 2010

Memang kami kurang bernasib baik. Hari ketiga di Jakarta, cuaca masih tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas. Berfikir dua tiga kali juga kalau hendak bergerak ke mana-mana.

Hari ni kami ke MONAS. It is short for MOnumen NASional. Remember what I wrote back in 2007 about these Indonesians? They simply love to shorten some-long-words to come up with new words. Much easier to say I guess. So, MONAS. Apa yang ada di sini? Satu kawasan yang sangat lapang dan ditengah-tengahnya berdiri satu menara yang cukup tinggi dengan megahnya. Aku pernah ke sini dulu pada tahun 2005. Tapi sekadar tengok dari luar pagar saja. Masa tak mengizinkan ketika itu. Kali ni, bolehlah aku ronda puas-puas.

MONAS ni dah ada sejak pemerintahan Presiden Sukarno lagi. Apa yang uniknya, the tip of the monument is all GOLD. Yeah, gambar yang aku ambik ni takde lah nampak ke'gold'annya. Sila google untuk gambar yang lebih jelas. :p


MONAS


The thing is, kami sampai awal lah pulak. MONAS tak buka lagi. Kalau tak, dapat juga aku study diorang punya national historty, dapat tengok diorang punya hall of independence. What to do. Jalan-jalan around situ sajalah. Banyak juga aktiviti yang dijalankan di perkarangan MONAS tu. The citizens picnic here and there, some youths doing their youth stuffs, and..........



Siapa mereka ini? Mereka adalah security guards. Jogging and training. Muda-muda lagi orangnya. Kalau kat Malaysia ni most of the security guards tua-tua dah. Tak berapa mampu nak training or jogging macam ni. Ye tak?

Kami berjalan dan berjalan. Berhasrat untuk ke Muzium Nasional Indonesia pula. Yep. Boring me. Always go to Museum sana sini bla bla bla yadaa yadaa.. Hahaha.. Tapi sadis sungguh, tidak ada seorang pun di situ tahu muzium tu di mana. Muzium Gajah diorang tau lah. Mungkin orang yang ditanya tu bukan penduduk setempat. Jadinya, kami memohon bantuan pak polisi. Pak polisi pun ala-ala pening. Ala-ala tak tau juga kat mana Muzium Nasional Indonesia ni. Tapi dia bagi jugalah direction. Ke Muzium Gajah. Huhuhu.. I don't want to see gajah....


Istana Presiden. Just outside MONAS.

Gajah pun gajah lah. Janji Muzium. Setelah jalan dan jalan dan jalan kami pun sampai ke Muzium Gajah tu. Then we laughed. Really hard. Muzium Nasional Indonesia IS Muzium Gajah! See the picture down here? Got gajah wooo..


Muzium Nasional @ Muzium Gajah

Walaupun cenonet je gajahnya, orang tempatan lagi familiar dengan nama Muzium Gajah dari Muzium Nasional. Gitulah ceritanya ye! Hehehehe..

Well, kalau anda berketurunan pelik-pelik, bukan melayu pure walaupun orang nusantara, silalah datang ke Muzium Gajah ni. It tells you a lot about your ancestors. Banyak betul keturunan suku kaum etnik yang ada di Nusantara ni. Yang biasa aku dengar dah banyak. Yang tak pernah dengar lagi lah banyak. Aku? Aku ni wong JOWO. Tapi aku tak pandai cakap Jawa. Aku seronok dapat tau sejarah, asal usul keturunan aku, kat mana keturunan Jawa ni membuat penempatan, etc. etc. Really learned lots of new things here.

Selain keturunan, ethnicity bla bla bla, aku dapat tau serba sedikit tentang pulau-pulau dan daerah-daerah di Indonesia ni. What amused me the most is sejarah IRIAN JAYA. Korang tau tak mana diorang dapat nama IRIAN ni? Sorry, no offence to Indonesian and Irian people, but seriously, I laughed my head off rasa nak guling-guling atas lantai bila dapat tau. IRIAN comes from the phrase Ikut Republic Indonesia, Anti Nederland. See? Interesting kan?

*Aku sebenarnya dah publish entry ni tapi my backpacker geng mengingatkan aku satu lagi benda lawak kat muzium ni yang harus aku masukkan kat sini. Hehehe.. Apa yang lawak tu? Kisah PAPUA lah pulak. Tau? Cerita aku tadi tak habis sebenarnya. Irian Jaya is no longer called Irian Jaya. Sekarang ni namanya dah tukar jadi PAPUA. So asal usul nama PAPUA ni mana datang? Sebenarnya perkataan PAPUA ni datang dari perkataan melayu lama yang bermaksud kerinting. You know kerinting? As in rambut kerintinglah kekdahnya. Membaca asal usul nama saja dah buat aku dan geng gelak. Yang buat aku gelak some more sampai tak keluar suara........
K Awa: Yatt, kau orang PAPUA lah macam tu..
K Alin/K Abid: (blur..) Kenapa pulak?
K Awa: Rambut..
K Alin/K Abid: Eh.. Rambut Yatt kan lurus..
K Awa: PAPUA moden ni.. dah pandai rebonding..........
Yatt: kohkohkohkohhhhhhhhh...............
Aksi kami menikmati pelajaran di muzium ni berjaya menarik minat seorang photographer ni. Aku tak pasti pulak dia datang ke muzium ni untuk apa. Yang pastinya kami perasan sikit-sikit dia mesti candid gambar kami yang tengah khusyuk menelaah. Bagus beneren cewek-cewek ini yach. Mungkin itu yang bermain dalam fikiran dia. Ingatkan masa tu je. Time kami gelak barai pun dia snap jugak. Habislah muka-muka ayu kami masuk dalam majalah mana-mana. Hehe..*

Dah puas meround di muzium, kami bercadang ke Ancol pulak. Yep! It's a theme park. Got a lot of time to kill. Kita pergi main-main lah.


Got TV ba in the cab..


Order?

Muzium dengan Ancol supposed to be dekat. Tapi macam jauh tak sampai-sampai. Sekali the cab driver salah dengar lah. Dia ingat kami nak pergi ke TMII. Whoahhh!! Itu yesterday sudah pergi wo. Selamat. Kena lecture free. Pusing balik masuk ke Jakarta. Dengan traffic jamnya lagi. Last-last sampai jugak. Well, this is Ancol when we arrived..... NANGESS!!!


Pouring heavily..

Hujan pun hujan lah labu. Kita enjoy sajalah. To our dismay, disebabkan hujan, banyak rides yang tak buka. Huhuhu.. Sedey. Sedey. Main pun ala kadar ler ni. Tak banyak boleh story. Letak gambar je lah.


Pasport masuk..


Peta theme park


Kena cop lagi..


Got on the ferris wheel with this girl. Nak tersedak aku bila dia kata nama dia Veronica...


Dilarang Menconteng


Tapi ada conteng jugak..


Hujan-hujan buat orang lapar..

Hujan sekejap-sekejap. Pastu terik. Lepas tu hujan balik. Rides pulak sekejap bukak. Lepas tu tutup. Lepas tu bukak balik. Orang pulak ramai. Bila hujan masing-masing berebut cari tempat berteduh. Lemah aku jadinya. Dah tu, kami pun balik ke hotel. Mandi-mandi tukar baju yang dah kuyup ni untuk acara yang seterusnya. MENERJAH GRAND INDONESIA. Hehehe..


keleessssssssss..

Acara di Grand Indonesia? The highlight of our trip. Tengok wayang! Kekeke.. Bukan any wayang tau. Ini wayang SANG PEMIMPI. Pada siapa yang tak tau, Sang Pemimpi ni merupakan kesinambungan dari Laskar Pelangi. You've seen the before mesti nak tau the after kan? So, that's why we ended up here.


The cinema..


Sinopsis Sang Pemimpi


Sang Pemimpi merupakan kelanjutan dari Laskar Pelangi. Film ini menceritakan mengenai Ikal dan saudara sepupunya, Arai, serta sahabatnya, Jimbron, pada usia remaja, dan mengisahkan mengenai anak remaja yang mencari identitas diri dan seksualitas pada usia 17 tahun.

Ikal masih merindukan cinta pertamanya yang telah pergi dari Belitung, menyisakan hanya kenangan dan sebuah kotak kaleng yang bergambarkan menara Eiffel. Arai, seorang playboy bergaya Melayu, jatuh cinta kepada teman sekelasnya Zakiah Nurmala yang tampaknya bertepuk sebelah tangan. Sementar itu, Jimbron berangan-angan untuk menyelamatkan Laksmi, seorang gadis muda yang bekerja di sebuah pabrik cincau. Bersama-sama, ketiganya berusaha untuk mengatasi masalah-masalah yang mereka hadapi.

Sang Pemimpi sangat best. Jatuh chenta aku dengan Arai. Arai kecik ye dek non. Bukannya Arai besar @ Nazriel Irham @ Ariel Peterporn tu ye. Hehehe.. Selamba kodok je si Arai kecik ni. Nak-nak scene dia mengorat Zakiah Nurmala. Harus aku tersengih lebar. Kalau lah aku jadi Zakiah. Hikhikhik..

This is one of my favourite scene...

Arai - Fatwa Pujangga

cr: yesmusicvideo @ youtube

Nak tunggu cerita ni keluar kat Malaysia entah bila. DVDnya pun. Kena pergi Jakarta lagi kot lepas ni? Hehehe..

Acara last sekali, melantak, mengangkut buku-buku dari Gramedia dan balik hotel!! Sekian, tamat hari ketiga..

0 comments :