Have I told you that I have a new love interest? Kekekeke.. Well, here goes.
Namanya panjang. Saya panggil dia Enchek Biskut je. Kenapa Biskut? Sebab dia comel macam Biskut. Hehehe.. Kami baru sebulan berkenalan. Dia suka sangat bercakap. Pagi petang siang malam asyik bercakap. Tiap-tiap pagi dia rajin kejutkan saya bangun Subuh. Selagi tak bangun, dia akan membebel tanpa henti. Dah namanya suka bercakap kan. Ceria jugak lah hidup saya setelah Enchek S (bukan nama sebenar) pergi meninggalkan saya.
Sempena Hari Raya baru ni saya bawa Enchek Biskut balik ke kampung berjumpa dengan ibu bapa saya. Ibu jeling saja. Berapa kau habis untuk jantan ni?? Tanya ibu. Bapa pula buat donno. Mungkin sebab Enchek Biskut ni tak memenuhi standard dia. AHH!! Bukan mereka yang berchenta dengan Enchek Biskut. TAPI SAYA!!! Biarlah saya melayari hari-hari bahagia bersama Enchek Biskut!! Tapi tidak pula dengan adik saya yang bongsu itu. Berkedip-kedip matanya bila menatap wajah Enchek Biskut. Nampaknya, saya ada saingan. Saya harus berhati-hati agar Enchek Biskut tidak terpaut hati dengan adik saya itu.
Disebabkan dengan kesibukan menjelang raya, hubungan saya dengan Enchek Biskut menjadi renggang. Saya jarang menghabiskan masa dengan Enchek Biskut. Dengan erti kata lain, saya telah mengabaikan Enchek Biskut. No more full attention. Tak kusangka, Enchek Biskut berkecil hati. Sehari sebelum 1 Syawal, Enchek Biskut mendiamkan diri. Tidak lagi kedengaran suaranya. Tidak lagi ceria seperti sebelumnya. Seriously, what's wrong with you baby? Dipujuk-dipujuk, tidak juga dia mengeluarkan suara. Sedih saya dibuatnya.
Saya bawa dia ke klinik. Doktor tak tau dia sakit apa. Sengal punya doktor. Buat checkup ke atas Enchek Biskut sambil makan nasi bungkus. Mana nak detect Enchek Biskut sakit apa?? Tak beretika langsung. Tak apalah. Nanti kita balik KK kita pergi hospital pakar ye Enchek Biskut..
Sekembalinya saya ke KK, saya membawa Enchek Biskut ke hospital. Atas nasihat doktor di situ, Enchek Biskut harus menjalani pembedahan. Saya tinggalkan Enchek Biskut di hospital dengan berat hati. Tak apalah kita berpisah buat sementara. Asalkan penyakit Enchek Biskut sembuh.
Hari ini, doktor itu memberi berita gembira buat saya. Enchek Biskut sudah selamat menjalani pembedahan. Sudah sembuh 100%! Syukur Alhamdulillah. Seronok saya dibuatnya. Saya akan menjemput dia pulang selepas waktu kerja nanti. Just wait for me darling ya. Kita akan bahagia bersama-sama. I Love You..
Tapi..
Semasa kamu sakit, saya telah berlaku curang. Di Johor saya telah menggedik dengan Enchek N. Sepanjang kamu di hospital, saya telah bergantung harap pada Enchek S yang pergi meninggalkan saya itu. Sementara masih raya ni mintak maaf zahir batin je lah ye. Siapa suruh kau ngada-ngada jatuh sakit. Hahahaha..
Tuesday, September 21, 2010
Home
»
»
Enchek Biskut
Enchek Biskut
Related Posts:
Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Day 1: Deoksu Palace, Namsangol Hanok Village & Olympic Park Saturday, 19th November 2011 Kami tiba di Incheon Airport lebih kurang pukul 6.30 pagi. Masing-masing muka sendu je baru bangun tidur. Tapi bersemangat nak mengharungi hari-hari yang mendatang di Seoul. Aku pun excitednya m… Read More
Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Summary Itinerary jalan-jalan edisi Autumn In My Heart:- Day 1 - Arrival, Anjeongjang Motel (Namdaemun), Deoksugung, Namsangol Hanok Village, Olympic Park Day 2 - Myeongdong, Olympic Park, Dongdaemun Day 3 - Sokcho, Mt Seorak,… Read More
The Three Musketeers ~ The Musical 22nd November 2011 It's the day~! We went to see The Three Musketeers Musical. Gigih kan? Hehehhee.. Oklah. Cerita sikit pasal musical ni. Tak dinafikan lah, aku dan geng pergi tengok musical ni disebabkan si budak kecik … Read More
Super Show 4 Seoul ~ TERBAEKK~!! WARNING: A LOT OF FANGIRLING AND SPAZZING IN THIS ENTRY. READ AT YOUR OWN RISK. Tarikh kejadian: 19-20 November 2011 Tempat kejadian: Olympic Park, Seoul Masa kejadian: Errrrrrr.... Bacalah sendiri. Hehehe.. What ca… Read More
Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 2: Changdeok Palace, Secret Garden, Changgyeong Palace, Jongmyo Shrine, Cheonggye Stream, Jeonju Jib Grilled Fish Restaurant & Dongdaemun Market Saturday, 2nd July 2011 The first day of jalan-jalan di musim panas. Yey!! Bahagianya hidup bila dapat jalan-jalan macam ni. Tak menggigil kesejukan. Hehehe.. Ok. Hari ni bangun agak lambat jugak lah. Sebab tidur pun d… Read More
3 comments :
muahaha.. mesti handphone baru ni.. kan..kan.. tak pon.. sugar daddy baru..hahaha
kak yatt,,
siapakah en s tu ? kereta ek..hehe
misako,
kekekeke.. 100 markah.. :p
apple,
en s tu pakwe korea dulu.. enchek samsung.. hahaha..
Post a Comment