Thursday, October 28, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 1

Lambatnya aku publish entri ni. Ni pun sudden urge konon-konon nak share dengan Murni tempat-tempat yang aku pergi masa aku kat Bali dulu. Ni dia dah balik jalan-jalan aku tak terpublish-publish pun. Sementara ada masa nak merapu, aku siapkan cepat-cepat entri ni.

Saturday, 27th June 2009

Kisahnya, tiket ke Bali ni dibeli sekali dengan tiket ke Bangkok. Sengkek lah sekejap. Tapi berbaloi-baloi selepas tu. Mula-mula kami bercadang untuk pergi 4 hari sahaja. Sebab ikut promotion tiket lah ni. Tapi as time goes by, rasa 4 hari tu macam tak cukup lah pulak. Hehehe.. Kesimpulannya, kami tambah lagi 2 hari, dan ambil tiket lain untuk balik ke Malaysia. SAKAN!! Hehehe.. Ngokngek ngokngek tuptap tuptap, tibalah harinya untuk bertolak ke Bali. Kami bertiga saja. Aku, K Awa and K Abid. Sepatutnya Ina Kembong ikut sekali. Tapi disebabkan tengah hangat H1N1 outbreak, dia tak jadi pergi. Aku gerak dari KL. Kebetulan baru je habis LI visit. Seminggu aku out of office. Ditambah lagi seminggu aku pergi jalan-jalan. Seronok betul. Kekeke..

Met up with K Awa and K Abid kat LCCT. Flight pukul 7 malam. Sampai di airport Bali dah pukul 10 lebih. Main jalan je tak tau arah tuju. Hotel semua tak book lagi. GASAK!! Minta driver teksi hantar kami ke Legian. Kat sana pandai-pandai la kami cari hotel.


Hambik kau! Hotel memang banyak. Tapi semua penuh. Padan muke!! Siapa suruh gamble? Hahaha.. Dah malam-malam macam ni apa kau nak buat? Nak tidur tepi jalan? Mat-mat saleh dan minah-minah saleh pulak bersepah-sepah sepanjang jalan di Legian. Ada yang dah terhuyung-hayang dah. Maaakkk.. Kalau tak jumpa hotel ni mau aku nangis kat tepi jalan ni. Jalan punya jalan akhirnya jumpa juga vacant room. Lega! It's 350K rupiah per night. Gila bapak mahal! Dah la tak berapa bersih. Tapi tak kisah lah. Janji tak tidur tepi jalan. Besok pagi-pagi buta harus cabut dari sini!!


*Gambo takde sebab dah malam-malam buta nak ambik gambo apa. Takkan nak ambik gambo Mat saleh mabuk? :p


Next Entry...
Bali oh Bali!! ~ Day 2

Related Posts:

  • Bali oh Bali!! ~ Day 3: Gunung Batur Monday, 29th June 2009 Aku tidur-tidur ayam je. Bangun pun ada rasa lalok-lalok sikit. Dah penat berjalan satu hari. Dah tu rehat tak cukup. Dah tu nak panjat gunung some more. Pengsan makcik. Kami pun bersiap-siap lah. Akt… Read More
  • Bali oh Bali!! ~ Day 5: Muzium Bali, Pasar Kumbasari & Kuta Beach Wednesday, 1st July 2009 It's Day 5. Kami check out awal pagi, tinggalkan beg dekat kaunter and off pergi Denpasar town. Sebelum tu macam biasalah. Posing-posing dulu.. Queen Hotel, Denpasar.. Our room.. Breakfast teh o… Read More
  • Asikkk... Dah lama tak update blog. Tak tau nak cerita apa sebenarnya. Aku tepek gambar saja lah ye. Kat atas puncak Gunung Batur berlatarkbelakangkan Gunung Agung, Gunung Abang dan Danau Batur.. Aku masih lagi di Bali. Esok baru… Read More
  • Bali oh Bali!! ~ Day 1 Lambatnya aku publish entri ni. Ni pun sudden urge konon-konon nak share dengan Murni tempat-tempat yang aku pergi masa aku kat Bali dulu. Ni dia dah balik jalan-jalan aku tak terpublish-publish pun. Sementara ada masa nak m… Read More
  • Bali oh Bali!! ~ Day 2: Taman Ayun, Chandikuning, Alas Kedaton & Tanah Lot Sunday, 28th June 2009 It's Day 2! Sebelum mengcheck outkan diri, adalah lebih baik kami pergi jalan-jalan dulu. Tak kuasa nak heret beg ke sana ke mari. Jalan Legian pagi-pagi ni agak meriah juga dengan kereta, motor etc. … Read More

0 comments :