Wednesday, May 20, 2009

Erkk?

Aku rasalah kan, bilik aku kat rumah tu ada 'orang' lain tinggal lah selain aku. Selalu saja barang-barang aku hilang. Dicari bagai nak rak. Tapi tak jumpa-jumpa. Bila aku dah mula naik angin, barang yang di cari tu boleh tiba-tiba ada depan mata. Aiyooo.. Kau main-mainkan aku ye?

Hari isnin lepas aku jadi bengang, bila getah ikat rambutku menjadi mangsa. Benda tu besor, bukannya pattern getah tempe. Berpeluh-peluh aku mencari tapi tak jumpa. Setelah relaks sekejap, getah rambut tu tiba-tiba ada atas katil. Angin nya aku. Dengan tiba-tiba je aku membebel sorang-sorang,

Daripada kau buang masa main-main kat sini baik ko pergi cari sape yang pecah masuk rumah aku kat JB sana..
Boleh gitu? Mereng dah aku ni........ O_o

Related Posts:

  • Hello... Aku balik dari Busan menjajar cari budak kecik 4 ekor tu tak jumpa. Mesti mak dia dah bawak lari. Sedih pulak rasa. Sekali time basuh baju kat belakang dengar bunyi miu miu. Oihh.. Dia menyorok dalam penyodok sampah rupanya… Read More
  • Banjir Kilat Ko hengat KL je banjir kilat? Rumah aku yang terchenta kat KK ni banjir kilat jugak kekdahnya. Banjir sebab paip air bocor. Banyak-banyak tempat, store room jugak lah nak tempat kau nak banjir kan. Menangis tak berlagu aku … Read More
  • Nama Saya Demok Nama saya Demok. Saya adik Kakak Dila. Kakak Dila sangat sayangkan saya. Itu sebablah saya gedik dan mengada-ngada. Saya datang jenguk Kakak Dila bila saya lapar. Kakak Dila memang ada sediakan makanan untuk saya 24/7. Saya… Read More
  • Kittieeessssss.. Dah berapa hari mak kucing tu sangat restless. Asyik mengiau je siang malam. Dah nak due dah kot. Seram pulak aku dibuatnya. Balik kerja tadi aku tak dengar apa-apa. Senyap je. Dah lari kot. Terus aku ke belakang dapur dan … Read More
  • Sobss.. Tak lama rupanya hayat dia. Yang lemah tu dah meninggalkan alam fana. Aku balik kerja tengok dia dah keras kejung. Huwaaaaaa.. Sedih gila. Adik dah takde.. Sobs.. Sedih ko. Aku ni dah lah tak ada kawasan bertanah kat … Read More

11 comments :

sitinurulhawa said...

mcm umah mak kat kg, pisau selalu ilang. kiteorg selalu buat lawak, org sblh pinjam :P. pastu sengaja cakap kuat suruh 'diaorg' pulangkan. tp tak de la sampai nyanyi 'pulangkan...' hehehe

CikSengal said...

hehee.. karang nyanyi pulangkan ada yang menyahut plak.. sambung buat adlip wowowowoooooo.. kekeke.. :p

yantie said...

hahahhaa..
awa, bukan ke ko citer sblh umah ko ada bunian...

yatt, harap2 die setuju idea yatt pi cari perampok tu...

oooh pulangkan cinta hatiku..pulangkanlah pada dirikuuuuu..uu..uu..

Marriatyi Morsin said...

erkk.....takut weh...dia nk berkwn kot..erkk tak berani nk cakap lebih...tetiba naik bulu roma

CikSengal said...

hehehe..

k yanti,
pergi kot.. sebab takde main2 dah kat bilik tu.. kuikuik..

maity,
ha'ahh.. saja nak berkenalan.. almaklumlaa tuan bilik ni bujang lagi.. kehekhehek..

blackpurple @ jowopinter said...

Macam cerita keliwon la pulak. Hehehe!

CikSengal said...

boleh diusahakan buat skrip.. :p

Anonymous said...

yatt...aku ingat lg time kt utm...ko slalu cr pen kalo nk study..mesti xjumpa...pas rilex2 tiba2 je dok dpn mata..aku rs bnda tu ikut ko g sabah la tu..cuti2 mesia..hehehe.. :p

CikSengal said...

fuh anon.. ko ingat lagi kes pen tu ekk? ko ingat lagi tak pasal pen ni jugak aku mencicit lari lintang pukang keluar bilik.. muekekeke.. mana taknye.. dah geram sangat aku jerit "ko pi mana pen?" alih2 ha nkau pen tu tetiba tercampak depan mata aku.. hahahaa.. soheh2 aku sorang2 dalam bilik masa tu..... seraaammm..

dia rindu kat aku tu.. tu ikut aku datang sini.. kuikuikuiii..

Anonymous said...

ko kenal ke aku??mekyusz la...

CikSengal said...

hahahaa.. aku bajet gak ko yang mengomen.. tapi tak konpem.. :p