Wednesday, April 1, 2009

1 April 1999

Hari ini 10 tahun yang lalu, keputusan SPM 1998 diumumkan. Aku lah antara manusia yang berdebar menunggu hari itu. Perasaan bercampur baur. Entah macam mana lah performance aku ye? Tercapai ke target sekolah nak menghasilkan pelajar yang mendapat aggregat 10 ke bawah? Aku termasuk ke dalam kelompok tu? Iskk..

Esoknya, aku dan Aliza ke sekolah menaiki bas ekspress Mayang Sari . Aku dan Aliza sama saja prinsipnya. Biarlah kami je yang terkedu menerima keputusan. Mak abah tak payah lah join terkedu sama. Hahaha.. Perjalanan 2 jam stengah ke Muar aku rasa macam sekejap je. Kalau boleh biarlah lambat-lambat. Macam tak sanggup nak memunculkan diri di sekolah.

Tapi bila dah sampai, lain pulak yang aku rasa. Seronok juga bila jumpa kawan-kawan lama. Masing-masing bukan budak sekolah lagi. Bermacam-macam fesyen yang diragakan. Ada yang smart habis, ada yang serabai, ada yang dulunya alim sekarang ni tudung entah melayang ke mana, rambut dah karat, ada yang dulu rock sekarang dah macam ustazah. Macam-macam ada. Aku? Macam ibu beranak empat! Huwaaaa.. Seriously, 4 bulan duduk di rumah selepas SPM membuatkan aku menternak lemak dengan jayanya. Tension betul lah.

Keputusan dah berada di tangan. Agak frust juga lah. Target agreggat 10 tak tercapai. Terlebih satu. Wuwuwuwuww.. Nak nangis aku kat situ. Tapi dalam empangan nak pecah tu, aku bersyukur juga. Masih berada di kelompok yang terbaik. Alhamdulillah. Dapat juga aku masuk ke Universiti yang ada di seberang rumah. Hahaha..

Dulu, ambil 10 subjek untuk SPM terasa macam separuh mati. Nak dapat A1, A2 pun rasa terseksa. Sekarang? Aku tengok macam senang-senang je pelajar-pelajar dapat A. Kenapa ye? Aku selalu menyedapkan hati dengan mengatakan graf turun.. SPM gempak bukan main, tapi cuba tengok bila masuk Universiti nanti. Adakah mereka akan perform dengan baik? Lu Pikirlahhh Sendiri!!

4 comments :

Ayuniez said...

ahaha. ok la tu spm k.yatt! hebat2.

yantie said...

Hahhaha...

ala yatt, skrg soalan dah boleh target mana yg keluar sebab duk pusing set soalan sama je...(ayat penyedap ati jgk ni)

r0xz said...

budak sekarang dah pandai..
itu diakui..
cumanya, kekadang tu dah TERLALU pandai sampai memandai-mandai ikut suka hati mak-bapak-belah-pakcik-jiran dorang...
bila orang 'lama' cakap sikit,they'll reply "come'on..it's 21st century le..open la sket!"...

21st century kepala otak dorang..

CikSengal said...

ayu,
tak hebat mana pun.. kawan-kawan semua majoriti dapat 6 ngan 7.. akak ni ngokngek sket zaman sekolah dulu.. hahaha..

k yanti,
hehe.. mesti diorang ada buat question bank kan? pastu recycle je.. kita pun boleh macam tu..

r0xz,
tu bukan pandai, tu mengada2 namanya.. macam lah bagus sangat.. haha..