Thursday, October 16, 2008

ARGGHHH!!

Minggu ni aku sewel.
Tiap-tiap hari balik lambat.
Kalau belum pukul 7 jangan harap nak balik rumah.

Besok tarikh akhir hantar FYP report.
Anak-anak buah aku baru minggu ni tunjuk muka.
Kerja aku asyik betulkan DFD dengan ERD mereka-mereka ni je.
Bila disuruh buat, banyak pulak komen dan demandnye.
Tak pasal-pasal karang aku failkan aje.

Aku nak makan tak sempat. Sebab tu aku puasa.
Hari ni pun aku puasa. Aku nak balik buka puasa. Tapi budak-budak ni tak paham bahasa.
Lepas sorang, sorang datang. Berlonggok ramai-ramai depan bilik.
Aku pun sambung bertenggek kat opis ni tak reti nak balik-balik.
Hari ni sempat berbuka biskut raya dengan air jarang je.
Sedihnya rasa.

Malam ni nak amik Dr Hanan ngan wife dia kat airport.
Bawak pegi makan lagi.
Besok nak bawak wife Dr Hanan pergi pasar filipin lagi.
Dengan budak-budak FYP nak merasuk aku lagi.
Dengan ada kelasnya pukul 2 petang lagi.
Hari Sabtu pun ada kelas lagi.
Pagi sampai petang lagi.

Minggu depan nak cover gila-gila semua kelas lagi.
Lepas tu FYP presentation lagi.
Lepas tu jaga final exam lagi.
Lepas tu nak kena pergi kursus lagi.
Kena terlibat dengan meeting lagi.
ISO lah, akademik lah, management lah, program lah, plums lah.
Pastu nak marking exam lagi.
Bukan setakat exam, assignment, quiz, mid term pun belum marking lagi.
Selagi tak habis semester ni aku memang tak boleh duduk diam.
Tapi bila habis buat semua ni, sedar-sedar dah start semester baru.
Nak tak nak, bermulalah semula kisah sewel ku..

HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Related Posts:

  • Buang Karan di Ranau Kenapa buang karan? Let me tell you.. Aku, Diana dan K Asnie ke Ranau terlibat dengan satu roadshow di Ranau. Pergi buat promosi lah ni kiranya. Nak tarik pelajar sekolah untuk join UMS. The program starts at 9am on 2nd M… Read More
  • It's March Already It's March already. I achieved some things. The things are menghabiskan duit pergi jalan-jalan. :P It's March already. Aktiviti meroyanku mula kembali. Got lots of outstation thingy and some out-of-work-area-thingy-you-know… Read More
  • Mangkuk Ayun? Area Maybank Alamesra sentiasa packed. Sentiasa banyak kereta. Nak parking pun susah. Bila parking susah, masing-masing ikut kepala sendiri. Parking sesuka hati dan menyusahkan orang lain. Otak letak kat kaki.  Aku … Read More
  • Bodoh Piang.. Sekadar menepek apa yang dibebelkan kat Facebook.. Ya. Saya emo.... BODOH... TIKET BOLA RM50, WISMA FAM KENA LEMPAR CAT MERAH.. MEMANG BANGSA ORANG TAK SEKOLAH.. PERANGAI MACAM !%$#!&!*@.. ORANG KALAU JENIS TAK RETI … Read More
  • Hanya di KK Apa yang hanya di KK? Ni haaa... Daebak tak? Menyumpah-nyumpah aku kalau jumpa dengan pemandu macam ni. Suka-suka hati menyelit dari belah kiri kat traffic light. Dah tu, kalau lama sikit ramai yang mengekor berbaris … Read More

2 comments :

Anonymous said...

sobo.. cik adik ku.. kekek.. sama2 la menyewelkan diri.. hidup sbagi lect mmg gini.. hihihihih.. waaaaaaaaaaaaa... nak jadi lain.. tak nak jadi lecturer.. yat blm laie sebut pasal research laie.. baru ni.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

CikSengal said...

Research tu menatang hapa? Kehkeh..