Wednesday, August 27, 2008

MIRЯORS


Sape dah tengok cerita ni? Aku rasa nak nangis bila tengok cerita ni kat CP ahad lepas. Bukannya cerita sedih. Tapi cerita hantu! Cerita yang buat aku sekejap2 terkejut. Sekejap2 tersentap. Menjerit jangan cakap la. Paling juara. Benci betul.

Check out the movie at --> www.mirrorsmovie.com/

Aku ni sememangnya penakut. Jangan lah disuruh tengok cerita hantu. Menangis aku kat situ. Tapi kawan punya pasal aku cuba gagahkan diri jugak. It was 9.50 pm. Malam dah. Kami 5 orang, aku, K Leen n Zul with two of their friends membuang duit enjoy tengok wayang. Tak ramai yang tengok cerita ni. Panggung agak kosong. Kami duduk tengah2, seat paling best, tapi paling depan. Penonton yang lain2 semua duduk belakang kami.

Sepanjang cerita, K Leen jadi bantal peluk aku. Kesian dia diramas dan digomol aku. Hehe.. Sorry ekk K Leen. Len kali janganla ko bawak aku tengok citer hantu camni. Kalau tak, pasti aku gomol ko lagi. Haha.. Zul kat sebelah dah tergelak tengok aksi aku yang bermacam2 pesen. Dahsyat betul minah sorang ni tengok cerita hantu. Katanya, kalau aku pegang minuman, mesti dah tercampak. Yo lah. Simbah muka ko lagi Zul oii. Habis rosak cap Esprit baru ko. Nasib baik jugak la K Leen ada jadik batal peluk. Kalau tak, ko laa jadi mangsa, Zul. Wakaka..

Overall, aku suka cerita ni walaupun most of the time aku tutup muka n sembunyi belakang K Leen. Ending pun saspen. Membuatkan aku semakin gabra dan takut. Kalau ada sequel lagi best. Tapi nak ke aku tengok? Kalau takde kawan memang aku tak tengok.

Aku tak sanggup balik malam tu. Almost 12am man! Tak nak aku. Nak drive kena tengok side mirror semua. Isk. Phobia aku dengan cermin malam2 buta ni. Kesudahannya aku tumpang tido bilik hotel K Leen. Pagi2 buta lepas subuh baru aku balik. Kalau tak kerana kena masuk konvo sidang 5 pagi tu takdenya aku bangun awal. Huhu..

Related Posts:

  • Cerita Menonton The Coffin I know cerita The Coffin ni dah basi. Tapi nak cerita juga. Ramai yang tau aku pantang tengok cerita-cerita seram. Tapi aku nak juga tengok cerita ni. Untung-untung ada yang kena peluk nanti. Hehe.. Aku macam biasalah, akti… Read More
  • The Three Musketeers All for One and One for All. Yey~~!! Wayang beb! Dah lama aku tak layan wayang-mayang ni. Tak ada masa kekdahnya. Padahal kemut sebenarnya nak keluarkan duit. Hahahaha.. Tapi kali ni sangat nekad jugak nak pergi teng… Read More
  • Museum of Angels, Demons at Night Tajuk punyelah keren banget. Konon-konon sedap lah tu bunyinya. Hahaha.. Kisahnya, hari sabtu lepas aku layan wayang dengan Dila. Seronok la jugak. Dah lama tak tengok wayang. Mula-mula tengok Night at the Museum 2. Pada ak… Read More
  • TIREN Aku pergi menonton TIREN malam tadi di Growball, KK. Cerita hantu Indonesia. Kok namanya TIREN? TIREN tu sebenarnya short form dari maTI kemaREN. Died yesterday lah gitu. Got it? Biasalah orang Indonesia suka banget memendek… Read More
  • The Time Traveler's Wife Ditched work, watched the movie, friggin' loved it.... And what do you know? I contributed RM26.32 to POPULAR's piggie bank! Happy reading! … Read More

0 comments :