Friday, October 17, 2014

Kerana Orked

Kalau tak kerana orkid, memang tak sampai aku ke sini. Aku saja memenuhi permintaan nenek saudara aku yang bertandang ke KK ni untuk pergi jalan-jalan cari orkid hutan. Peminat orkid lah katakan. Dia nak pergi terus ke kampung yang ada buat perusahaan tanam orked-orked ni.

Lokasi? Kg. Lobong-Lobong, Kota Belud. Poyo je aku kata, ok let's go. Tapi dah sampai Tuaran, baru tergerak nak tanya Kota Belud belah mana. Menghala ke Kudat ke, menghala ke Ranau? Aku ni ye yo ohhh je jalan straight ke utara. Sekali Kota Belud menghala ke Ranau. To be precised, dekat kawasan pekan Nabalu. Nasib baik belum jauh. 

Exact location memang tak tau kat mana. Siap tanya orang-orang tepi jalan lagi. Bila dah jumpa jalan tu, memang tak sangka lah jalan ke bawah ni ada kampung. Semakin lama semakin saspen, masuk jauh ke dalam. Dah tu, jalan bertar pun ilek. Gravel all the way. Menangis mak tengok condition Siwon mak yang tersrettt sana sini dek jalan tak rata. 

Tapi bila dah sampai tu agak speechless jugak lah. Sebab gila cantik kawasan ni! Air sungai dia. Ya Allah jernihnya. Nyaman tengok. Nanti baliknya, kita ambik gambar. Now cari dulu tuan kedai. Dah jumpa tu, memang sakan lah membelek. Orang yang minat je yang paham. Aku ni dok tepi je lah tengok diorang berurusan.

Banyak spesis tu..
Lagi spesis..
Entah apa nama ni..
Hadehhh..
Tu dia...
Dalam rumah pun berlambak..

Aku memang tak campur. Entah apa lah cot cet cot cet kat sana. Bukan interest aku kan. Dah selesai segala urusan, kami pun balik lah. Sebelum balik, kami stop dulu kat jambatan dan posing sakan.

Subhanallah..
Nak mandi tak? Nak mandi tak?

Suasana time tu membuatkan aku nak terjun tiruk je masuk sungai. Air sangat clear. Dari geram dan stress sebab Siwon kemek-kemek terus redha je lah sebab dapat tengok scenery macam ni. Priceless jadiknya.

Walaupun santek macam ni, idokler aku nak datang lagi bawak Siwon. Haha.. Kalau kena datang lagi, kena sewa Hilux baru ngam. :P

Related Posts:

  • CARIans at Kg Nelayan, Kota Kinabalu Baru-baru ni aku, K Bel & Chynez bergather-gather kat Kg Nelayan. Simple gathering gitu lah. K Bel balik kampung Sabah ni sempena Christmas. Jadi, ada kesempatan kami melepak sama-sama. Makan-makan sambil borak-borak, g… Read More
  • Windbell Seafood Restaurant, Kota Kinabalu Ada beberapa orang kat office aku nun naik pangkat. Makanya dibelanjanya kami ramai-ramai makan kat sini. Serius dah 8 tahun duduk KK ni, aku tak pernah pun tau kewujudan restoran ni. Sebab ada majlis makan-makan ni lah aku… Read More
  • English Tea House And Restaurant, Kota Kinabalu *Updated on January 2016, restoran ni dah tutup! Apadaa.. Huhu.. Aku baru je tau tentang kewujudan restoran ni di Alamesra KK bila officemate ajak makan kat sini. Ingatkan ada kat Sandakan je, sebelah rumah scary Agnes K… Read More
  • Ocean Seafood Village Restaurant, Kota Kinabalu Apa? Makan? Makan? Makan? Makan? (Tiru gaya buaya-buaya dalam kartun Sang Kancil dengan Buaya tu). Hehehe.. Tetiba je ni. Dah nak balik rumah dah time habis kerja. Singgah sekejap kat main office, tengok ada staf tengah sib… Read More
  • Koki Bandung, Alamesra Kota Kinabalu Koki Bandung ni merupakan kedai makan biasa-biasa je kat Alamesra ni, tapi bertemakan Indonesian food lah gitu. Bila masuk ke kedai makan ni pun terasa macam kat Indonesia dengan background music lagu gamelan. Macam seram j… Read More

0 comments :