Saturday, October 26, 2013

Konvokesyen UTM ke-51

Terkocoh-kocoh aku dari KK balik ke JB untuk attend konvo adik aku nan seorang ni. Dari rumah pukul 4 pagi. Naik flight 6 pagi. Sengal naik MAS kena transit KL. Dari KL pukul dah dekat pukul 10. Sampai JB almost 12pm. Orang tu dah keluar dewan dah. Huwarrrgghhh!! Tapi sempat lah aku sampai untuk bergambar. Menyemak memeriahkan majlis. Ye lah. Parents dok jauh kan. Siapa lagi nak datang celebrate.

I'm here!

Dapat Master dah! Lepas ni sambung PhD pulak! Aku? Kweng kweng kweng... Malas nak pikir. Harharhar..

Yang grad tak nak pakai jubah!

Family potrait mesti ada. Orang kat Arab tu sibuk suruh ambik gambar beramai-ramai. Nak lepas rindu lah tu kot. Aishhh.. Macam geli je. Hahahaha..

Us.. Specky siblings..

Then, I met someone. My KTHO room mate back in 1999! Waliaaaaooo.. Di UTM terchenta ni kita bertemu untuk pertama kali dan di UTM ni jugak lah kita bertemu lagi. Mek Yus datang attend konvo adik ipar dia. Sempat lah borak-borak sekejap.

With Mek Yus!

Errmmm.. Tahun depan ada lagi sorang konvo Master kat UTM ni. Kami adik beradik memang lah produk UTM. Huhuhuhu..

Related Posts:

  • Konvo.. Konvo.. Macam la majlis kawin tu aku yang punya. Kepenatan sangat aku tido mati macam kayu sampai tak sedar dah pukul 10 pagi. Terjaga pun sebab dapat mesej dari bapak aku "jap lagi nak kuar dewan ni.." WHAT?? Terus aku melompat dar… Read More
  • Festival Inovasi & Kreativiti UTM Forgot to story the mory. Aku berkesempatan pergi ke Festival Inovasi dan Kreativiti UTM sempena short trip back home hari tu. Konon-kononnya nak bertenggek kat perkarangan festival tu seawal pukul 7 pagi sebab nak tengok s… Read More
  • Kisah Bos dan Big Boss.. "BOSSS!! Majlis Anak ke?" tegur sorang pegawai. "Meh masuk ikut sini meh" Lelaki yang dipanggil bos tu pun tersenyum2 dan terus berborak2 dengan pegawai tu sambil masuk ke dewan diikuti dengan isteri dan dua orang anaknye … Read More
  • Konvokesyen UTM ke-51 Terkocoh-kocoh aku dari KK balik ke JB untuk attend konvo adik aku nan seorang ni. Dari rumah pukul 4 pagi. Naik flight 6 pagi. Sengal naik MAS kena transit KL. Dari KL pukul dah dekat pukul 10. Sampai JB almost 12pm. Orang… Read More

0 comments :