Monday, September 2, 2013

Korea 330K Won ~ Day 2: Hwaseong Fortress, Hwaseong Haenggung, Suwon Hwaseong Museum, Jidong Market, Haewoojae (Toilet House) & Mouse Rabbit Cafe

Thursday, 21st March 2013

Hari kedua. Mari jalan-jalan Suwon! 

Dah tak tau nak pergi mana dah kat Seoul ni, makanya kami ambil keputusan untuk jalan-jalan luar Seoul pulak. Makanya kami ke Suwon. Suwon ni sebenarnya boleh dikatakan capital city lah bagi Gyeonggi Province. Ada banyak aktiviti boleh dibuat kat sini dan banyak tempat yang boleh dilawati gitu.

Nak ke Suwon ni tak lah susah mana sebenarnya. Boleh aje naik subway dan turun kat Suwon Station. Dari situ boleh lah pergi ke mana-mana yang nak dipergi. Dalam pukul 8 jugak lah kami gerak dari hostel. Naik train dari Euljiro 3-ga, tukar kat City Hall dan naik train terus ke Suwon Station. Punya lah ramai orang dalam train ni sampai terpenyek-penyek aku kat pintu train. Ingatkan sekejap je lah sesaknya. Rupanya sampai Suwon sesak macam ni. 1 jam 20 minit kami kena lenyek. Tskk..

Dah sampai Suwon Station, kami turun dan menyeberang jalan untuk ke bus stop. Destinasi pertama kami ialah Hwaseong Fortress. Dah sampai Suwon ni, tak sah lah kot kalau tak pergi Hwaseong Fortress. Mesti kena jejakkan kaki. So, naik lah bas. Nak jalan kaki pun boleh jugak tapi kalau style kami jalan kaki confirm ambik sejam lebih. 

Bus to Hwaseong Fortress..


Ada banyak bas ke Hwaseong Fortress ni. Boleh naik bas no 2, 7, 7-2 dan banyak lagi lah. Turun pulak dekat-dekat dengan kawasan Janganmun. The starting point untuk Hwaseong Fortress ni lah. Tapi kami ni sengal jugak lah dibuatnya. Tak dapat nak bajet Janganmun tu belah mana. Asal nampak fortress je kami terus turun. Memang dah dalam kawasan Hwaseong Fortress dah pun tapi kami turun di tempat yang salah. Kena lah jalan kaki sikit menuju ke Janganmun.

Salah turun..

Kami jalan menyusuri tembok fortress ni. Kemain ko. Cantik pemandangan kat sini. Ada fortress, dah tu ada kawasan perumahan dalam fortress tu, dengan cuaca sempoi, langit cantik macam ni. Terbaik lah.

Jalan kaki..

Sekali sekala kami berhenti untuk ambik gambar. Kalau boleh kat setiap ceruk tembok tu kami berposing. Tapi disebabkan kejar masa kan, mana-mana yang penting je lah kami snap.

Tembok..

More tembok..

Okies, lebih kurang setengah jam jugak lah jalan-jalan makan angin kat tembok ni, kami sampai kat main gate. Janganmun. The starting point gitu lah. Gigih sangat nak ke Janganmun ni sebab pernah masuk dalam rancangan 1 Night 2 Days. So ambil lah gambar bagai, berangan jadi ahjusshi-ahjusshi senget tu. 

Janganmun..

Dah habis ambik gambar baru lah kami ke booth tiket. Lah, kena bayar rupanya nak jalan-jalan kat fortress ni. Ekekeke.. Takpe lah. Kita bayar je lah. Harga tiket KRW3,500. Tiket ni 4-in-1 boleh guna untuk Hwaseong Fortress, Hwaseong Haenggung, Suwon Hwaseong Museum dan Suwon Museum. Siap dapat peta lagi. Bagus!

Tiket..

Marilah belek-belek peta. Humang aiihhh.. Besar tempat ni! Harus semput kalau nak keliling fortress ni. Mana taknya, panjang fortress ni 5.7km. Haaaa.. Masak ler. Marilah kita plan laluan mana kita nak ikut. Dari peta ni jugak kami dapat tau tempat yang kami turun dari bas mula-mula tadi tu ialah Hwaseomun. Hehehehe..

Besar!!

Tak mampu lah nak pusing semua. Kami ambik keputusan untuk jalan patah balik menuju ke Hwaseomun, jalan naik bukit ke Seojangdae, then lalu kat Bell of Hyowon turun bawah ke Hwaseong Haenggung, lintas jalan dan stream ke Hwaseong Museum dan patah balik menyusuri stream ke Jidong Market dan last sekali ke Paldalmun. Fuh!!

Kisahnya lah kan, Hwaseong Fortress ni mengambil masa 3 tahun lebih kurang untuk disiapkan dari 1794-1796 semasa pemerintahan King Jeongjo gitu. Dah didaftarkan as one of UNESCO site sejak 1997. Hurmm apa lagi, ada 4 gate utama, Janganmun (North Gate), Hwaseomun (West Gate), Changyongmun (East Gate) dan Paldalmun (South Gate). 

Oklah. Mari jalan! Menyusuri tembok dan menikmati keindahan alam sekitar gitu. Semakin lama semakin tinggi jalan tembok ni. 

Naik bukit dek non.. Sempoootttt..

Pusing belakang, snap!

Outside the fortress..

Jalan rata..

Naik lagi! Humppphhh..

Semput naik tangga! Aku dan Mulan je berjaya naik atas. Dua beradik tu lalu jalan tar dan tunggu kami kat bawah je. Kekekeke.. Sampai lah kami kat kawasan Seojangdae. Seojangdae ni command post gitu. Pos kawalan lah kan? Kami lepak-lepak kat sini sekejap untuk melepaskan penat. Dari atas ni boleh nampak Suwon secara kasar lah. Cantik jugak lah.

Seojangdae..

Suwon..

Seonodae & Seojangdae..

Okies. Dah sampai atas ni kami pun turun lah ke bawah melalui trail yang ada, met up with Leen dan Idie dan seterusnya ke Hwaseong Haenggung.

Singgah minum kejap..

Seojangdae dari bawah!

Matahari dah tegak atas kepala tapi tak panas mana pun. Seronok jalan-jalan dalam cuaca macam ni. Nak ke Hwaseong Haenggung ni tak lah jauh mana pun. Dari jauh memang dah nampak. Berdekatan dengan Hwaseong Haenggung ni ada information centre dan youth hostel. Kalau sesiapa nak bermalam kat Suwon boleh bermalam kat sini lah kot.

Information centre & youth hostel kat belakang..

Sampai lah kami kat perkarangan pintu masuk Hwaseong Haenggung ni. Apa kejadah tempat ni? It's a palace dek non. Banyak kan istana-istana kat Korea ni. Kat Malaysia ada berapa? Cuba kira. Hehehe..

Hwaseong Haenggung ni spesis palace jugak lah walaupun bukan full palace. Sebabnya tempat ni cuma temporary palace. Aku pun tak paham kenapa temporary. Mungkin istana singgahan? Sebab nak kata temporary, palace ni dah terpacak sejak zaman dolu-dolu lagi. Bila godek-godek tenet dapat tau tempat ni shelter bagi Raja lepas dia balik dari perang. Oooooo...

Ikut sini..

Pintu masuk..

Besar jugak lah kawasan Hwaseong Haenggung ni. Ada banyak bahagian. Nama setiap bahagian ni ofcoz lah dalam Korean yang tergeliat-geliat lidah aku nak nyebutnye. Ni bila dah besor macam ni mula lah pening kepala tak tau nak start mana satu. 

Kawasan Haenggung..

Kat satu sudut nampak lah pulak Jang Geum dengan Pegawai Min tu. Alahai.. Kat sini pun ko ada ke? Hahaha.. Hwaseong Haenggung ni biasa jugak lah jadi tempat filming locations untuk drama-drama Korea terutamanya yang sageuk tu. Drama purba gitu. Antara drama yang pernah buat filming kat sini Dae Jang Geum, The Moon Embrace The Sun and Rooftop Prince.

Ngeh..

Ruang utama?

Urmmm ruang apakah ini..

Ni lagi lah..

Ni lah jadinya kalau explore sendiri. Tak tau setiap satu bahagian istana tu digunakan untuk apa. Kalau ikut kan setakat jalan-jalan macam ni memang lah sangat boring. Tiba-tiba ternampak satu benda dari jauh.

HOH!!!

Ada stamp pad! Ada beberapa tempat kat dalam palace ni disediakan stamp pad dan stamp lah sekali untuk kita cop mengecop. Nak dijadikan cerita, tempat stamp pad ni agak tersorok jugak lah. Dah. Macam main cari harta karun dah. Borang mengecop boleh dibeli kat kaunter depan harga KRW500. Ada total 10 cop semuanya. Mari mulakan misi mencari dan mengecop!

Cari lah saya!!

Sambil mencari cop, sambil tengok jugak lah apa yang ada sekitar istana ni. Tapi bila dapat jumpa cop tu, macam orang tak betul berlari pergi cop. Sampai tak hirau dah apa yang diperhatikan sebelum tu.

Ini sida-sida..

Dayang istana..

More places..

Dapur simpan barang..

Uniform istana..

Lawatan ke Haenggung ni berakhir dengan lengkapnya semua cop yang diperlukan. Hahahaha.. Dah. Boleh balik! Next destination ialah Suwon Hwaseong Museum.

Tadaaaa...

Untuk ke muzium ni kami kena merentas kawasan lepang di hadapat Haenggung ni. Tengah dok melintas tu nampak lah ada orang tengah buat senaman. Eh bukan senaman. Sekejap macam buat senaman. Sekejap main pedang lah pulak. Tapi mengikut info yang ada dalam leaflet Hwaseong ni, orang-orang ni sebenarnya tengah buat martial arts trial performance gitu. Tiap-tiap hari diorang perform kecuali Isnin. Gigih la hai. Comel-comel pulak tu orang yang perform. Hikhik..

Performance..

Bye-bye Hwaseong Haenggung!

Orait, lintas jalan, lintas stream kecik dan sampai lah kami kat Suwon Hwaseong Museum. Muzium ni dari luar nampak besar. Tapi kat dalam dia tak ada lah besar sangat. Ada tiga tingkat semuanya.

Lintas stream..

Sampai!

Suwon Hwaseong Museum

Kat dalam muzium ni ada banyak maklumat tentang Hwaseong Fortress. Siapa nak maklumat lebih lanjut boleh lah datang sini. Aku kat sini pun sekadar layan gitu-gitu je sebab kebanyakannya tak ada English translations. Payah makcik nak memahamnya! Kat dalam muzium ni tak boleh ambik gambar. So no piccas!

Hwaseong satu masa dulu..

Dah habis jalan-jalan dalam muzium kami jalan kaki menuju ke Jidong Market. Gedik sangat nak pergi market ni sebab masuk dalam 1 Nights 2 Days jugak. Boleh feeling-feeling gitu. Hahaha.. Sepanjang jalan nak ke market tu, ramai jugak lah orang berjualan kat kaki lima. Meriah uols!

Besonye..

Ikan..

Adik beradik keladi keledek?

Tepi fortress meniaga..

Jidong Market!

Jidong Market ni lebih kepada pasar menjual bahan-bahan makanan basah dan kering. Macam-macam ada. Tinggal nak pilih je. Kalau ikut kan hati nak aje beli dan bawak balik masak kat hostel. Tapi perjalanan masih jauh lagi. Entah pukul berapa nak sampai hostel!

Meronda-ronda lah kami kat sini jalan slow-slow sampai penat menuju ke arah Paldalmun. Our last stop gitu. 

Ikan..

Eel..

Segala jenis grains..

Ginseng?

Jemput makan!

Dah sampai Paldalmun, rasa kachiwa lah pulak sebab Paldalmun tu under construction. Kena tutup dengan pagar zink memang tak nampak apa. Hampa lah kiranya ni. Tak dapek nak buat apa dah lah. So, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Toilet House!

Motiplah Toilet House kan? Kenalah kita check it out Toilet House ni hapa. Nak ke Toilet House ni nak kena naik bas. Mengikut maklumat yang ada, kena naik bas dari Sungkyunkwan Univ Subway Station dan turun kat bus stop Dongwon High School dah tu kena jalan lagi 15 minit. Dah. Ceruk rantau mana lah tu kan. Kami ni dah tak larat dah nak balik ke subway station. Makanya kami pergi ke arah bus stop yang ada kat depan Paldalmun tu dan tengok semua nombor bas yang berhenti kat bus stop ni. Haaa, time ni lah kepakaran membaca hangeul sangat-sangat lah diperlukan. Kita tengok laluan mana yang ada Dongwon High School didalamnya. Alhamdulillah. ADA! Selamat. Tak payah pergi ke subway station!

Perjalanan memakan masa dalam 15 minit jugak lah. Dah naik bas ni tak boleh lah nak tidur sebab kita pun tak tau Dongwon High School ni kat mana. Kena alert tengok route dan dengar announcement. Bila dengar je terus lah lompat turun. And............................. We're in the middle of nowhere. Hahahahhaa.. 

*crickets.. crickets*

Adoihh.. Nak ke mana ni? Tersangap-sangap kat bus stop Dongwon High School tu. Alkisahnya kat belakang kami ada intersection. Dari jauh nampak signboard Hae Woo Jae. Hae Woo Jae tu Toilet House lah kot? Godek-godek internet untuk confirmkan. Ye betul! Makanya jalan lah kami menuju ke intersection tu. Nasib baik boleh access internet kan. Huhuhuhu..

Ke Toilet House @ Haewoojae..

Dalam 15 minit jugak lah kami jalan kaki dari bus stop tadi sampai ke Haewoojae. Kiri kanan sunyi sepi je. Tak nampak orang pun. Nasib baik masih terang. Kalau dah gelap memang lah seram. At last sampai jugak lah kan. Wah. Menarik tempat ni. Belum apa-apa dah melekek-lekek dah. Jamban galore!

Sunyi sepi kiri kanan jalan..

Haewoojae..

Kenapa gelak. Sebab kat mana-mana ada jamban. Dan bangunan utamanya pun bentuk jamban jugak. No wonder lah nama dia Toilet House kan. So, sebelum masuk ke dalam main building kami jalan-jalan dulu kat kawasan sekitar. Tengok segala jenis jamban yang ada.

Toilet House..

Melekek-lekek kami. Kebetulan kami je yang ada kat perkarangan rumah jamban ni. Memang seronok posing kat sini. Tapi hasilnya entah apa-apa lah kan. Merepek sangat. Kekeke..

Hurmmm..

Ehhh??

Dah berak angkat sendiri ye..

Pose membuang?

Jamban negara mana ni?

Ruang termenung..

OMG...

Eeeppp!!

Banyak ketawa makanya banyak gambar tak jadi. Menyampess.. Tapi we had fun lah kat sini berposing. Kekeke.. So, dah settle kat luar kita masuk lah ke dalam. Mari kita tengok siapa punya idea lah ni nak buat Toilet House macam ni. Gigih bebeno orang ni.

The man behind all this was Mr Sim Jae Duck. Dah meninggal dah pun atuk ni. Dulunya dia ni Mayor of Suwon City. Dia ni minat sangat on environment and culture so dia rasakan public toilet kena improve supaya dapat attract people gitu. Nak-nak kebetulan masa tercetus idea tu kebetulan lah kan time 2002 FIFA World Cup. Suwon termasuk dalam tempat perlawan bola tu. So dia pun arahkan semua public toilet kat Suwon ni dijadikan public toilet paaaaaaaalliiiiinnngggg cantik kat dunia gitu. Gigih kan?

Sim Jae Duck..

Kenapa atuk ni sangat obses dengan toilet? Sebab dia dilahirkan kat dalam toilet. Toilet zaman dulu-dulu kan kat luar rumah. Gitu lah kot? Terus obses dengan toilet. Sangat obses sampai dia tubuhkan World Toilet Association. GIGIH KAN? This World Toilet Association sangat lah besar. Even Malaysia pun salah satu negara anggota. Kekeke..

Malaysia also!!

Ekekekeke.. comel..

Kawasan Haewoojae..

Kat dalam main building ni banyak lah cerita dan penglibatan atuk ni dalam projek public toilet ni. Banyak info. Jangan risau, semua ada English translations. Kalau tak paham, boleh tanya staf kat situ. Semuanya friendly dan boleh cakap English. Yang kelakarnya, diorang boleh terkejut beruk nampak kami. Siap tanya macam mana boleh tau pasal toilet house ni. Hehehe.. We have our ways.. :P

Dah habis round kawasan toilet, dah pueh hati baru lah kami gerak balik. Seronok jugak lah datang sini. Posing entah apa-apa. Ekekekek.. Next? Perut pun dah lapar. Kebetulan on the way datang tadi ada nampak satu restoran ikan bakar. Kita terjahhh!!

Let's momom..

The owner terkedu nampak kami datang. Tapi dia dapat teka kami dari Malaysia. Wow.. Terer ko! Yang si husband boleh lah cakap english sikit-sikit. Paham jugak lah. So kami order yang biasa je lah. Ikan bakar. Then dia recommend sejenis makanan ni nama Kalchi Jjeorim. Aku ni tak pernah makan. Dia kata fish stew. Oklah. Kita try.

Huwaaaaaaaaaaaaaarrggghhh besttt..

Kalchi Jjeorim tu macam asam pedas kita lah kisahnya. Sedap lah jugak. Dia pakai ikan spesis ikan timah. Korang tau ke ikan timah tu apa? Aku panggil ikan timah lah sebab mak aku panggil ikan timah. Kekekeke.. Tak tau lah kalau ada nama lagi komersial dari nama tu. 

Burpp..

Dah habis makan, macam biasalah kan kalau makan nasi dalam mangkuk batu ni, kena tuang air panas lepas tu minum. Deyy tak boleh terima aku sampai ke hari ni. Aku dah tuang tu, aku bior je. Bila mintak tambah air untuk minum, ahjumma tu tanya kenapa tak minum air dalam mangkuk tu. Miahahaha.. TAKMO!

Lepas makan minum kopi.. nyaman..

Mula lah misi kami balik ke Seoul. Hari dah nak gelap. Sampai kat bus stop tak tau nak naik bas nomot berapa. Hahahhaa.. Sudahnya kami naik je bas mana-mana dengan harapan dia akan berhenti kat mana-mana Subway Station. Kami di bawa balik ke Suwon Station. Oklah. Zassss kami balik ke Seoul. Tamat lah sudah satu hari jalan-jalan di Suwon. ^___^

Dah sampai Seoul, malam masih muda. Makanya kami mengatur langkah ke Mouse Rabbit! Rindu kat Jongjin kekdahnya. Kehkehkeh.. Dulu cari dia kat H&G. Ni H&G dah tak ada kita cari dia pulak kat MoBit. 

Nak ke MoBit ni ikut je instruction Kim kat bawah ni. :P


Direction to MoBit..

We're here!

Opening Hours..

Sampai lah kami kat MoBit ni. Tadaaaaaaaaaa.. Perkara pertama sekali, kena cari tempat duduk lah. Tempat ni sentiasa penuh ramai orang sampai tak ada tempat duduk. So, kalau dapat tempat duduk tu memang bernasib baik lah sangat-sangat. MoBit ni 3 tingkat sebenarnya. Kami dapat tempat duduk kat tingkat atas. Dah dapat tempat boleh lah order. 

Sambil beratur tu terjenguk-jenguk cari Jongjin. Alah. Takde ke dia. Hahahhaa.. Takpolah. Kita order dan minum-minum je lah. Sementara tunggu order tu sempat jugak lah belek-belek MoBit ni. 

Kaunter Pick Up..

Naik atas..

I see Yeye's mom..

Antara barang yang dijual..

Mug..

Toilet..

Suasana tingkat atas..

Lagi..

Macam biasa order Vanilla Latte. Masa order siap, Jongjin keluar bawak order kami. Terus tersengih aku. Ada orang tu sampai terketar-ketar. Hahahhaa.. Apa pun Jongjin tetap comel macam dulu. Hikhikhik..

Minum!

Agak lama jugak lah kami melepak kat sini. Dah habis minum, pergi beratur pulak lagi beli mug. Mug dia takde lah mahal mana so boleh beli. Mak Yeye melayan. Comel je makcik ni. Nasib baik dia tak lari macam hari tu. Kalau lari syok jugak dapat Jongjin datang melayan. Puahahaha..

Dah tu, ngada-ngada pulak pergi lepak kat basement. Hahaha.. Duduk diam-diam kat bawah tu sampai kena halau. Dah nak tutup rupanya MoBit ni. Kehkehkeh..

Suasana basement..

Dah lah. Dah malam dah pun. Balik lah kita ke hostel. Tamat lah sudah jalan-jalan hari kedua. ^___^

0 comments :