Monday, September 16, 2013

Miss Egg Hostel, Haeundae

Cak! Sempena trip kami ke Busan, kami tinggal kat sini. Menggelabah ko. Last-last minute, semua tempat penuh. Entah macam mana berjaya jugak squeeze in kat sini. Saspen dibuatnya.


Telur laki bini..



Hostel ni letaknya kat Haeundae. Lokasinya jugak amat strategik jugak lah. Berdekatan dengan subway station, dengan bus stop. Kalau dari airport, naik subway turun kat Haeundae Station. Kalau naik bas, naik bas nombor 307 dan berhenti kat stop terakhir. Senang! Yang susahnya bila dah sampai kat hostel tu kena naik tangga sampai tingkat 3. Takde lif! Harharhar...

Dalam website kemain cantik. Dah sampai sana memang cantik pun layout dia. Senyum jugak lah aku. Tapi yang buat aku payau bila nak membayornya tu. Kebanyakan hostel dan guesthouse kat Busan ni mahal-mahal belaka. Yang murah pun dah fully booked. Nak buat macam mana. Datang time peak season. Bertabah je lah. Bilik yang kami pilih ialah bilik berdua. Harganya KRW54,000 satu malam. T______T


Recept..

Tempat lepak..

Dinding antara recept dengan tempat lepak..

Tempat melantak..

From the other side..

Ada komputer..

Ramainya umat.. Patutlaa penuh..

Lepas bayar, the owner cakap "Your room is @#%@#^& A". Hah? What? Kenapa dengan bilik tu? Aku tanya sekali lagi. Ohhh.. Dia cakap your room is BIG BANG A. Big Bang? Big Bang yang Big Bang tu? Hah? Hahahaha.. Ye lah kot kan sebab bilik-bilik lain yang aku lintas ditulis dengan nama-nama f(x), 2NE1, SNSD. Hoiih. KPOP sungguh lah hai..


Laluan ke bilik..

Our room..

Masuk bilik kami terkejut sebab ada 4 katil. Owner cakap, don't mind the extra bed. Wowwweeee.. Bayar bilik berdua dapat bilik berempat. Luas lagi tu. Suka lah aku. Hehehe..

Hulalalalala..

Meja..

Oklah. Bilik ni tak ada toilet kat dalam. Toilet semua kat luar. Dan setiap toilet tu ada dilabel mengikut nama bilik. So, toilet tu kita punyalah. Tak ada orang boleh guna. Bagus jugak diorang buat macam ni.

Toilet & Shower..

Toilet with label..

Jamban!!

Shower..

Sinki..

Dah skodeng toilet and shower tu, aku skodeng tang lain pulak dah. Ada beberapa merchandise jugak yang dikeluarkan oleh Miss Egg Hostel ni. Tapi ada yang dah takde stok. Owner dia dah tak tempah lagi dah. Sayang sungguh. 

Gambor-gambor..

Merchandises..

Skodeng bilik sebelah..

Oklah. Itu yang ok nya. Yang tak ok nya, ada few things lah. Nomot 1. Kat website ada tulis free coffee and tea. Tettttt...!! NOPE. Takde! Sepanjang 7 hari aku kat sana, tak nampak langsung. So jangan harap lah nak merasa minum-minum free ye. Nomot 2. Kat website jugak ada tulis free washing machine and powder. Tapi see here? 

Hampeh..

Washing machine kot yang free kan. Tapi kalau nak basuh kena bayar. Macam tu tak payah tulis free. Huhuhuhu.. Nomot 3. Owner selalu tak ada kat kaunter. Kalau nak apa-apa kena call dia. Agak menyusahkan jugak lah. 

Dah. So, macam mana nak ke sini? Sila tengok peta kat bawah ni:-

Lokasi Miss Egg..

Dari airport, kalau naik subway train, turun kat Haeundae Station dan keluar ikut Exit 1. Kalau naik bas (no 307) turun kat Haeundae-Gu Office stop, stop yang terakhir sekali (bulat biru tu). Miss Egg Hostel ni letaknya kat tengah-tengah antara pejabat pos dan kedai kosmetik Nature Republic. Tingkat bawah sekali, restoran chicken, tingkat 2 Cafe Candy, dan tingkat 3 Miss Egg Hostel.

Selain dari orang, ada dua lagi penghuni Miss Egg ni...............


Ya ampun comel banget mereka berdua ni!


Sekian! For more info go to Miss Egg Hostel.

0 comments :